Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Thursday 15 February 2018


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 





Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci 
1. Pakaian Wanita : Blause, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2. Mobil & Gajet   : iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 
4 : Kasut Wanita : Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 
5. Beg Wanita : Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas






Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Produk Paling Popular Terjual 
1 Kasut Wanita : Kasut Terbuka
2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi
3 Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware 
4 Kesihatan & Kecantikan  : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5 Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas 

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya sila layari : shopee.com.my

10 comments

  1. Skrg ramai shopping kat shopee sbb byk free shipping kan...brg pun murahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sally. pilihan pun banyak. harga pun boleh tahan jugak la.

      Delete
  2. Akak seronok shopping kat Shopee sebab murah dan barang pun berkualiti.dah banyak akak shopping kt Shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita sblm ni x kisah sngt dgn shopee. Kunon taknak terjebak la kisah nya. Tp adk mintak tlng bli kn brng. Trus terjebak skli. Hehe

      Delete
  3. Apasal semua orang pakat up shopping kat shoppee ni?

    ReplyDelete
  4. Shopee ni memang saja je tau.. abeslah duit simpanan.. shopping aje. hahahs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nk shopping. Tp tak tahu nk bli apa. Kronik btl prsn ni. 😅😅

      Delete
  5. Wah kempen hari gaji, kena mark dekat calendar ni. hehehe nak collect coin banyak2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..
      Shopping jgn x Shopping iday.
      Cpat masuk cart.

      Delete