Assalamualaikum.. Hai readers!..
Tengah buat apa tu.. Dok melayan jiwa dengan monday blues ke tu? Meh kita bebel sikit meh..
Dulu masa time kerja koperasi, hari isnin hari paling semangat tau. Tak tahu kenapa. Maybe sebab sabtu ahad dah cuti, mai hari isnin, berkobar kobar nak menghadap kerja yang menimbun. Tapi kalau bab kata ada audit nak datang, haaaii la malass.. Kaki nak melangkah pun lembik! haha..
Haaaa, harini kan kita menaip dengan penuh semangat tau!
Walaupun kerja hanya dari rumah, of course la semangat tu kena ada.
Semalam ddy zara ajak ke UO segamat. Dalam kepala ni dah sah-sah la dok ingat MR.DIY je tau.. Sebab kat situ macam-macam boleh dicari kan.
Plannya nak ubah suai meja kerja kita ni haaaaa..
Actually meja ni meja tv yang tersedia ada kat rumah kauters ni haaa..
Sebelum ni kalau la online, letak je la mana yang rasa selesa. Kat atas meja ke, atas lantai ke.. Atas narita nak tido ke..
Memang macam tak efisen langsung buat kerja camtu.
*Rupa asal meja tv tu*
Bulan lepas ada rezeki lebih. Rezeki dalam dunia blogging ni juga. Duit tu kita leburkan untuk dapatkan meja tv yang baru. Sebab meja tv yang ada ni tak sesuai laaaa..
Nak-nak kita ni ada baby yang tengah rancak dengan segala program dia.
So, plannya dah tukar meja tv, kita nak la meja tv ni dijadikan meja kerja kita. hihi
Sebab nakkan suasana kerja tu ada. Gituuuuu..
Tapi macam tak best je meja togel camtu. haha
So, kuarlah belanja sikit beli wallpaper, lekatkan kat meja ni haaa..
Pastu hias sikit dengan bunga tu haaa..
Ehhh, orang perempuan kan kalau dapat bunga happy kemain lagi kan?
So, kat meja kerja Wajib la letak sepasu bunga supaya nampak ceria..
Betul tak? Betul tak?
Now kita dah semangat nak menaip, nak membebel.. Haha..
Moga moga lepas ni job pun kencang la hendaknya kan. Amen!
Lanafira.Com Butik Muslimah Trendy & Terkini!
Hai..
Hari ni saya nak share sikit tentang satu butik online yang kian menerpa nama. Butik Online yang dimaksudkan ialah Lanafira.Com. Kenapa Butik Lanafira dikatakan sebagai satu Butik Online Muslimah yang trendy dan terkini?
Butik Lanafira kini mengeluarkan produk-produk yang bercirikan muslimah. Setiap busana yang dikeluarkan menepati citarasa setiap pelanggan yang menginginkan gaya muslimah dan dalam masa yang sama nampak 'up to date' dalam setiap busana yang digayakan.
Bila kita seorang muslimah, tentunya kita akan mencari butik-butik muslimah untuk mengenakan busana yang dikatakan tidak keterlaluan dari segi pandangan umum. Saya mencadangkan anda semua untuk melihat sendiri antara busana muslimah yang dikeluarkan oleh butik lanafira ini.
Pelbagai jenis blouse dikeluarkan untuk menampakkan anda lebih anggun dan bergaya. Sesuai digayakan dalam apa jua majlis. Boleh dipadankan bersama skirt ataupun seluar/palazo.
Pelbagai pilihan warna juga ditampilkan. Jadi anda tidak perlu kuatir jika majlis yang anda ingin raikan mengenakan warna tema tertentu.
Sesuai juga digayakan untuk ke pejabat. Pastinya bercirikan muslimah serta selesa digayakan.
Zaman sekarang kebanyakkan wanita suka menggayakan Kebaya Moden. Kebaya tidak lagi dikatakan sebagai pakaian dahulu kala, atau 'pakaian tinggalan zaman'. Kini, kebaya telah dimodenkan mengikut peredaran masa. Butik Lanafira juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan kebaya moden yang menjadi permintaan tinggi pada zaman ini.
Kebaya moden ini bukan sahaja sesuai digayakan untuk kemajlis keraian sahaja, malahan ada yang menjadikan ia sebagai salah satu 'Uniform kerja'..
Anda sukakan gaya santai? Apa kata anda mengenakan Long Dress dari Lanafira ni. Nampak simple, menarik dan selesa! Tentunya keselesaan menjadi pilihan utama apabila kita mengenakan sesuatu busana itu.
Siapa suka berpeplum? Jangan tak tahu, Lanafira juga ada mengeluarkan Peplum Moden tau. Rugi sangat la siapa yang tak terjah website Lanafira Boutique ni tau! Saya dah terjah, memang cantik-cantik baju yang dihasilkan.. Kalau kawan-kawan baru pertama kali tahu tentang kewujudan Butik Lanafira ni, apa kata kali ni cuba buat pembelian dari situ. Sesekali kena la tukar selera kan!
Agak-agak macam mana? Korang rasa menarik tak butik Lanafira ni? Pada saya menarik. Ada la yang saya berkenan juga di butik lanafira ni. Kalau korang nak terjah lebih lagi, saya sertakan detailsnya ya.
Website : www.lanafira.com
Facebook : https://www.facebook.com/lanafiraofficial
Instagram : https://www.instagram.com/lanafiraofficial
Sedikit TIPS dari Butik Lanafira yang saya suka!
Yakini Diri Anda!
Jika anda memiliki pakaian dengan gaya terkini sekalipun tetapi anda tiada keyakinan semasa memakainya, anda tidak akan kelihatan menyerlah.
Jadi, anda perlu sentiasa yakin yang apa yang anda pakai sangat bersesuaian dengan bentuk tubuh dan juga tona kulit anda. Pakaian yang sesuai akan menyerlahkan lagi keterampilan diri anda.
Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam
Hai readers.. today kita share resepi la yerk. Macam dah lama je tak Share resepi kan? Dah tu pusing pusing lauk sama, tak kan nak share menu yang sama kan. Ok, harini share resepi menu yang belum pernah share lagi.
Semalam takde idea nak masak apa. So buka peti ais tengok apa yang ada. So kita jadikan ia sebagai 1 jenis lauk.
Sup Sayur Bebola Ayam
Bahan-bahannya :
📍 Carrot
📍 Jagung tongkol
📍 Bebola ayam
📍 Bawang Merah (hiris)
📍 Bawang Putih (hiris/diketuk)
📍 Kayu manis
📍 Bunga cengkih
📍 Bunga lawang
📍 Buah pelaga
📍 Sedikit lada sulah/lada putih (ditumbuk)
📍 Sedikit garam
📍 Sedikit kiub pati ayam
📍 Daun sup
Cara-caranya :
📌 Tumiskan bawang putih + bawang merah + rempah 4 sekawan.
📌 Masukkan air (untuk dijadikan kuah)
📌 Masukkan carrot + jagung tongkol (biarkan lembut/didih). Masukkan sedikit lada sulah yang telah ditumbuk.
📌 Dah mendidih masukkan bebola ayam. Ikut suka la nak bubuh banyak mana pun ye. Pastu masukkan juga kiub pati ayam knorr.
📌 Perasakan dengan garam. Dan masukkan sedikit daun sup.
Alaaaa, mudah je. Macam buat sup ayam tu jugak. Cuma hat ni bubuh jagung tongkol. Lada sulah. Sedap tau. Fav sangat la sup macam ni. Makan pun tak muak. Haaaa, kan dah tercipta satu resepi. So boleh la mak mak cuba.
Assalamualaikum..
Hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai SAPS Ibu Bapa. Apa itu SAPS Ibu Bapa? Sebelum tu, selalunya bila tiba musim peperiksaan ibubapa lah yang paling excited untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak kan? Untuk melihat sejauhmana prestasi pembelajaran mereka selama mereka belajar. Bila tiba masa keputusan keluar, kadang-kadang anak-anak senyap tidak mahu memberitahu keputusan mereka peroleh. Namun, dengan adanya SAPS ni, ianya dapat membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan dengan cepat.
SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul serta menganalisis Data Peperiksaan Dalaman untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah dimanfaatkan oleh golongan ibubapa atau penjaga bagi memantau perkembangan prestasi anak-anak atau jagaan mereka melalui aplikasi ini dengan cara memuat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak mereka. Setelah diperkenalkan SAPS Ibu Bapa ini, ianya menampakkan kesan yang sangat positif. Anak-anak tidak dapat lagi berselindung dengan keputusan dengan keputusan yang mereka peroleh kerana ibu bapa terlebih dahulu telah membuat semakan dengan pantas.
Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
Bagi ibubapa yang baru sahaja mengetahui tentang kewujudan SAPS Ibu Bapa ini, bolehlah membuat semakan serta memahami sedikit sebanyak sistem ini terlebih dahulu. Mungkin ada segelintir ibu bapa agak kesibukan dengan kerjaya, dan tidak sedar akan kewujudan sistem sistem ini.
Dalam memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dikawal dengan baik, ibubapa harus sentiasa menitikberatkan soal pendidikan anak-anak. Tetapi, bagaimana kita dapat memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?
Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!
Mungkin dulu susah untuk dapat melihat keputusan anak-anak, sekarang ianya telah menjadi mudah dan senang serta mengambil masa yang singkat untuk mengetahui keputusan anak-anak tanpa perlu pergi ke sekolah semata-mata. Ibu bapa masa kini tidak boleh memberi pelbagai alasan demi untuk memastikan tahap pendidikan anak sentiasa dalam keadaan baik dan dikawal.
Adalah digalakkan, ibubapa perlu 'Bookmark' laman web SAPS Ibu Bapa ini bagi membantu memudahkan urusan memantau prestasi pendidikan anak-anak melalui sistem ini. Setiap kali rekod keputusan yang diperolehi akan terus dikemaskini dalam sistem tersebut dengan kadar segera!
Semoga anak-anak berjaya dengan hasil pemantauan dari sistem SAPS Ibu Bapa ini.
Rata-rata ibu bapa sekarang ni kalau boleh nak permudahkan segala urusan untuk anak-anak, kan? Lagi-lagi bagi anak-anak yang dah mula masuk alam persekolahan. Maklumlah, ibu zaman sekarang ni kebanyakkan bekerjaya. Kadang-kadang masa untuk anak tu terhad sangat-sangat.
Harini saya nak share la tentang tudung sekolah anak-anak. Memang la anak-anak belum lagi masuk alam cuti persekolahan kan? Tapi kebanyakkannya ibu bapa akan buat persiapan awal untuk masuk persekolahan akan datang. Betul tak?
Walaupun anak saya belum lagi bersekolah, tapi rasanya situasi macam tu juga la nanti saya kena buat. Zaman sekarang ni cepat sangat masa berlalu. Jangan nanti sampai satu tahap kita kelam kasut nak selesaikan hal anak-anak.
Untuk harini, kita nak share mengenai tudung sekolah anak-anak. Selalunya mak-mak mesti pening nak sediakan tudung sekolah anak kan? Sebab apa? Anak-anak baru nak belajar pakai tudung, so nak kena la cari tudung yang selesa, nak pakai pula dalam tempoh yang lama sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
Perkongsian saya pada harini adalah mengenai Tudung Sekolah by Tudung Si Comel. Dengan adanya tudung sekolah by tudung si comel ni, ibu-ibu tak perlu kuartir dah kat mana nak beli tudung sekolah anak. Pilih je dihujung jari, pasti puashati. Cukup masa, barang pun sampai. Mudahkan?
Antara tudung yang disediakan :
Pelbagai pilihan size
RM16.90
Tudung Sekolah Pengawas Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan.
RM16.90
Tudung Sekolah Kuning Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan.
RM16.90
Ni antara sedikit perkongsian dari saya. Sekiranya ibu-ibu memang berminat untuk membuat pembelian, apa kata 'bookmark' dulu perkongsian saya ni. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons