Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017
Hai, Morning semua..
Pagi ni nak join giveaway la.. Mana nak tahu kan, kut-kut la ada rezeki yang sangkut. Macam dah lama je tak join giveaway ni..
Kalau korang nak join juga, klik je banner kat atas tu ye.. Mudah kan?
Untung-untung merasa la hadiah giveaway ni kan?
In Shaa Allah done follow all step in media social. ;)
Tarikh tutup : 30 November 2017
So, mana-mana yang nak join tu, join la cepat-cepat ye.. dah nak masuk hujung-hujung tahun ni contest, giveaway, segmen bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan gitu. So join cepat-cepat sebelum terlepas.
Leo Palace Hotel
Assalamualaikum.. Hai readers! =)Harini macam nak share tentang hotel yang saya menginap masa ke PWTC atas urusan Majlis Makan Malam Rejimental haritu. (27 Oktober 2017)
Kisah makan malam rejimental tu nanti saya share dalam entri lain ye.
Sebenarnya saya tak berani nak main booking je hotel mana yang akan saya duduk. Means booking secara online di trivago ke, agoda ke,.. Maklumlah, tak biasa selok belok ke PWTC tu. So, kami keluar awal, kami cari la kat sana nanti. Sebab senang nak tengok depan mata dulu kan keadaan hotel tu dekat ke tidak, nampak selesa ke tidak, parking mudah ke tidak.. Ehh banyak la nak kena pertimbangkan. Sebab melibatkan keselamatan kenderaan juga bila booked hotel ni kan. Tapi malam sebelum gerak tu, saya survey online juga la. Cuma tak terus booking. Sebab kami pergi pun hari kerja. So rasanya takde masalah kut.
Actually saya ada tanya di FB pasal hotel yang berdekatan, kak kimi kata dia bakal duduk di Leo Palace Hotel. Actually masa saya nak terjah Leo Palace Hotel tu, saya tak teringat pun pasal kak kimi info tu. Dalam kepada otak saya masa tu, 'ehhh, macam ok je hotel ni'.. 'Macam senang je nak cari'.. 'Macam ok je tempat dia'.. Ehhh, bermacam-macam pulak saya kan. haha!
Ntah macam mana, masa en.suami dah tanya kat kaunter pendaftaran tu, saya godek fb. tengok balik respon pasal pertanyaan saya tu, sekali macam 'ehhhhh hotel ni ke yang akk tu cakap'.. haha.. Patut la kak kimi nak duduk sini.. Nampak selesa, parking pun mudah!
Leo Palace Hotel ni ada banyak bilik tau. Jangan risau. Ada 6-7 tingkat macam tu. Macam saya haritu menginap tu tingkat 2. Buat apa nak dok tinggi-tinggi kan. haha.. ambik hat bawah je. Senang in case kena turun ikut tangga. Ok, berbalik pada hotel ni, bagi saya strategik sebab nak ke PWTC dalam 5 minit je macam tu. Pastu yang bestnya buat kaki makan! Haaaa, bersepah la tempat makan kat bawah tu tau. Restoran bawah hotel ada. Tapi sampai pukul berapa je la macam tu. Pastu ada je kedai makan sekitar situ. So tak perlu risau akan kelaparan ke apa la kalau malam-malam.
*gerai niaga malam baru nak buka*
Permandangan dari bilik saya duduk
Tapi kitorang takde la membeli pun malam tu sebab kitorang dah kenyang makan di PWTC tu kan.
Tapi hari jumaat tu kitorang memang makan dibawah hotel tu je. Saya order nasi kerabu rajo ke apa namanya. Rasanya ok laa.. Petang hari jumaat tu pulak kitorang makan roti canai/roti sardin di gerai berdekatan. Ok la kedai makannya. berdepan aje pun dengan hotel kami menginap. Senang. Lepas parking terus ke kedai makan. rasanya pun okay. Ditambah pula waktu tu hujan. Memang perut mintak diisi aje la. hehe..
Ni saya sertakan sikit sekitar lokasi tempat hotel saya menginap tu ye. Mana la tahu, kengkawan nak ke PWTC, boleh juga ambil hotel ni. :)
Saya share sebagai pengalaman saya disana. In Shaa Allah ada rezeki kalau ke sana dengan anak-anak boleh la kut menginap di hotel tu lagi. Cuma kena ambil bilik besar sikit la. hehe
Untuk bayaran hotel saya menginap ni RM98
Kebetulan saya masuk sebelum jam 2petang. Saya sampai dalam jam 11pagi. So kena tambah RM10.
Deposit pula RM50.
Wifi Free ada ke tak, tak perasan pulak. Sebab pakai data sendiri. Line pun okay kat sana. Takde masalah.
Untuk deposit tu kalau takde masalah apa-apa, diberikan balik. So total kami bayar RM108 untuk semalaman. Pagi tu saya gerak balik awal, dalam pukul 8 lebih dah check out. Rindu anak!.. haha
Sekian saja untuk pengkongsian saya.. ;)
Mamteen : Diformulasikan Untuk 4 Sasaran Utama!
Assalamualaikum.. Hai readers! :)Harini saya nak share tentang satu lagi produk yang dikatakan sebagai penambah susu badan atau dikenali dengan nama lain 'MilkBooster'.. Tetapi, ianya bukan sahaja sesuai untuk ibu yang sedang menyusu sahaja tau.. Nak tahu lebih lanjut? Boleh teruskan pembacaan anda ye.
Bila kita dalam fasa menyusukan anak ni, mesti la kita nak mencuba apa-apa sahaja produk yang ada dipasaran kan? Lagi-lagi bila kita tahu fungsinya untuk 'menambahkan susu badan, memekatkan susu'.. Motif dia? Supaya anak cukup dalam penyusuannya.
Kali ni, saya nak share la salah satu produk baru ni. Alaaa, kita kena la mencubakan untuk tahu tahap keserasiannya.. Betul tak?
Produk kali ni nama diberi 'Mamteen'.. Kenapa mamteen? Nampak macam unik dan comel jeeee kan.. hehe..
Untuk beberapa hari ni, saya try makan.. Feedbacknya?
Alhamdulillah.. Susu pun tak la drop. Sekalipun kurang makan nasi. Sebenarnya, bila kita ambil apa sahaja produk penggalak susu badan ni, perkara paling utama ialah kita kena ambik air secukupnya. Kalau kita sendiri susah nak minum air, macam mana produk yang kita cuba tu nak memberikan hasil yang cepat. Atau hasil yang memuaskan, kan? Betul tak?
Semalam try makan 2 tablet terus. Pastu makan nasi kurang. Sebab takde selera. Tengok elok susu banyak je. Zhareef pula taknak makan nasi. Sudahnya memang nak menyusu je la kalau boleh. Pastu tengok dia macam kusyuk je nyusu. Mungkin tindakbalas dari makan mamteen tu kan. Susu pun pekat agaknya. Sedap je nak menyusu. Sampai bagi makan pun taknak!
Okay, kalau ditanya dari segi rasanya pula, rasa dia macam masam masam manis gitu. Tapi bukanlah masam sampai terkenyit-kenyit mata bila makan tu tau. heheh.. Rasa masam manis buah delima gitu..
Macam sedap je rasa dia tu. Macam gula-gula budak je rasa dia tu. Ni kalau dapat kat zara ni, mesti dia ingat gula-gula dia.
Ok, meh kita sambung lagi cerita pasal tablet mamteen ni ye.. Mesti nak tahu, mamteen ni dibuat dari apa, apa kelebihan yang terkandung dalam badan-bahan tu kan? Teruskan baca perkongsian saya ni ye. :)
BAHAN DAN KELEBIHAN DI DALAM MAMTEEN
Tablet kunyahan ini mengandungi tiga bahan utama iaitu susu, delima dan kurma. Manakala bahan tambahan lain bagi membantu penyokongan terhadap keberkesanan tablet ini adalah brokoli, tomato, saffron, dan daun zaitun. Tujuan kenyataan kelebihan bahan-bahan tablet ini adalah untuk menambah pengetahuan am mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Tablet Kunyahan Delima dan Susu dan sekaligus boleh diguna pakai dalam promosi tablet ini.
Haaa, nak bagitahu ni.. sekalipun ada macam-macam dalam tablet mamteen tu, rasa dia taklah pelik tau. Tak tahu pula ada brokoli dalam tu. Haha!.. Sebab rasanya macam delima je.. Nak kata rasa susu sangat pun tak. Sedap buah je tau..!
Meh teruskan lagi pembacaan korang. Wajib tahu tau.
DELIMA
· Delima dapat membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
· Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
· Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
· Buah delima baik untuk penghadaman perut.
· Delima berkesan mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara.
· Buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kulit yang sihat merupakan dambaan setiap orang.
· Mencegah keletihan.
· Mencegah rasa mual.
· Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
. Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah.
KURMA
· Kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa(glukosa memberikan tenaga kepada ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian)
· Tenaga diserap serta merta selepas makan kurma.
· Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.
SUSU
· Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
· Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
· Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
· Mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus besar.
· Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan.
. Mengandungi protein berkualiti tinggi dan banyak lagi.
TOMATO
· Membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.
· Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
· Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
. Mengurangkan bahaya pengambilan ubat statin, ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.
BROKOLI
· Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan selenium yang menguatkan system imunisasi.
· Mengurangkan risiko kecacatan dalam kandungan kerana secawan brokoli mengandungi 94mg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangat penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan.
· Mengurangkan penyakit kencing manis ini kerana brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dibekalkan pada tahap yang minimum.
· Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
· Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
· Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
· Menggalakkan kesihatan tulang kerana brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakkan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menghindarkan osteoporosis di usia muda.
. Vitamin C di dalam brokoli yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan membantu melegakan symptom selsema.
SAFFRON
. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
. Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
. Menambahkan tenaga zahir dan batin.
. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
. Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
DAUN ZAITUN
. Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.
. Kandungan antioksidan di dalam daun Zaitun ini lebih tinggi dibandingkan teh hijau yang selama ini dikenal sebagai sumber antioksidan yang sangat baik bagi tubuh.
. Daun Zaitun dapat mencegah kerosakan saraf dan mencegah penyakit kanser
Haaaaa.. dah habis baca dah apa kelebihan yang terkandung dalam tablet mamteen ni? Ok, kalau dah, meh kita teruskan lagi baca siapa yang sesuai untuk mengambil produk ni ye.
GOLONGAN YANG SESUAI MENGAMBIL MAMTEEN
1.IKHTIHAR HAMIL
2.SEDANG HAMIL
3.SEDANG MENYUSU
4.MASALAH PERIOD TIDAK TERATUR
- Mamteen bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dll kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil.
Nampak tak? Bukan ibu yang menyusukan anak je boleh ambil tau. Tu haa, yang sedang hamil pun boleh, yang sedang ikhtiar hamil pun boleh, yang ada masalah period tak teratur pun boleh rupanya amalkan..
Banyak kelebihan dia..
Okay, yang seterusnya saya nak share sikit la testimoni pengguna lain. Sebab tadi saya dah ceritakan tentang saya bila dah ambil Mamteen ni kan.. Bila kita share pengalaman orang lain, mesti bertambah yakin orang lain nak mencuba nya kan?
Banyak kelebihan dia..
Okay, yang seterusnya saya nak share sikit la testimoni pengguna lain. Sebab tadi saya dah ceritakan tentang saya bila dah ambil Mamteen ni kan.. Bila kita share pengalaman orang lain, mesti bertambah yakin orang lain nak mencuba nya kan?
Ha.. Macam mana.. Tertarik ke nak mencubanya? Nak tahu sedikit sebanyak info tentang harganya pula?
RM 65 SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 SABAH DAN SARAWAK
Ataupun.. korang boleh terjah instagram serta facebook yang saya nyatakan dibawah ni ye.
INSTAGRAM : INSTAGRAM.COM/MAMTEENHQ
FACEBOOK : https://m.facebook.com/MAMTEENHQ
INFO PRODUK
MAMTEEN – 30 TABLET KUNYAHRM 65 SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 SABAH DAN SARAWAK
Ataupun.. korang boleh terjah instagram serta facebook yang saya nyatakan dibawah ni ye.
INSTAGRAM : INSTAGRAM.COM/MAMTEENHQ
FACEBOOK : https://m.facebook.com/MAMTEENHQ
Ulangtahun Perkahwinan Ke-4
Assalamualaikum.. Selamat Petang..
02 Nov 2013 - 02 Nov 2017
4Tahun dah melayari alam rumahtangga gitu.
Masih terlalu 'muda' lagi usia perkahwinan tu berbanding usia perkahwinan yang mak abah layari..
Walaupun baru 4tahun, macam macam juga liku kehidupan dah tempuh. Macam macam dah belajar dalam meneruskan kehidupan .
Dari takde anak, Alhamdulillah.. Allah kurniakan sepasang sekarang ni. Dari seorang yang lemah lembut, sekarang dah macam singa. Dari tak pandai masak, dah tahu serba serbi. (Tapi belum terror) Dari berlebih masa, sampai tak cukup masa buat kerja.
To my husband,
Terima kasih sebab sudi terima diri ini menjadi seorang isteri..
Isteri yang selalu garang..
Isteri yang kuat membebel..
Isteri yang kadang kuat makan..
Isteri yang kadang kuat tido bila dah terlampau penat..
Isteri yang kadang kadang terlebih rajin..
Isteri yang kadang kadang hilang mood nak buat kerja..
Isteri yang kadang kadang malasan masak..
Isteri yang kadang kadang kuat berjalan..
Isteri yang kadang kadang ikut peel kepala dia je..
Isteri yang kadang nampak relax, tapi suka shopping senyap senyap..
Isteri yang cuba untuk selalu menjadi supermom & superwomen untuk keluarga dia..
Sebolehnya isteri mu ingin menjadi seorang isteri yang serba boleh! Walaupun hakikatnya tak boleh. Manusia ada had limitnya..
Moga moga Allah kuatkan hati, tinggikan kesabaran, cekalkan hati untuk teruskan kehidupan akan datang..
Hadiah Anniversary :
Tahun 2014 - Kelahiran Zara
Tahun 2015 - Takde hadiah sebab kena duty. Haha
Tahun 2016 - Takde hadiah sebab operasi
Tahun 2017 - Takde hadiah juga sebab duty.
Ehhh, awat tiap tahun Anniversary duty je ni..? Adakah ni hadiah nya??
Erm.. ikut la.. nak duty pun duty la. Hari kerja kan. Tak terasa sangat. Kalau hari cuti mesti feel nak ajak kuar berjalan. So duduk rumah kita pulun sale aje la. Kita buat sale tuk baju budak harini. Rezeki tuk anak anak la kan.
Kalau orang lain mesti celebrate best best kan? Dari tahun pertama kawen tak pernah celebrate. Kadang rasa macam 'beruntungnyaaaaa' orang tu. Husband dia macam ni. Husband dia macam tu. Erm... Beruntung sangat tau. Husband kita wish pun tak. I is redha. Hehe..
Lain orang, lain peelnya kan. Tak kan nak paksa-paksa. Lagipun tarikh tu hanya sekadar angka. Sekadar mengingati je.. Cuba pujuk diri, tak perlu ada rasa nak merajuk. Kang merajuk sapa nak pujuk?
So, jangan samakan pasangan kita seperti orang lain walaupun kita teringin nak macam tu ye.
Apa apa pun, semoga kehidupan kecil kami diberkati. Anak anak pun kena la sentiasa tabah dengan mama korang yang garang mengalahkan singa betina ni. Hehehe
Hai readers!..
Selamat pagi.. Setelah 2 hari bercuti, mesti rasa lemau je kan nak mulakan kerja harini.. No monday bluess ye.. Kita kena cari mood yang positif untuk mulakan hari-hari kita.
Nak tanya sikit la pada kawan-kawan, biasanya la kan, kalau ada peluang bercuti, kemana pilihan korang? Kut la plan bercuti sempena anniversary ke? Sebab cuti sekolah ke.. Sebab nak berehat ke? Kita kena juga pergi bercuti kan untuk dapatkan balik mood dalam diri bila hari-hari kena bekerja je.
Mesti Belum ada idea kan??
Agak-agaknya la kan, kalau saya nak share tentang satu tempat ni, korang nak tak pergi? Pada pengamatan saya, menarik juga tempat ni. Memandangkan cuti sekolah pun tak lama lagi dah, boleh la kengkawan 'masuk list' dulu tempat percutian ni.. Tak rugi tau kalau korang pilih tempat ni. Sesekali kena la bercuti kat tempat yang kita belum pernah pergi kan?
Ehh, kat mana tempat yang nak dipergi tu?
Tempat yang saya maksudkan tu di Batu Feringghi Pulau Pinang !
Korang kalau bercuti ke Pulau Pinang, korang terjah mana dulu? Cari tempat yang menarik ke, korang pergi cari makanan dulu?
Kalau pergi ke Pulau Pinang tu jangan lupa pekena dulu nasi kandaq anak mami dengan mamu Pulau Pinang.. tudiaaa.. hahahaha! Pulau Pinang adalah satu tempat yang terkenal dengan makanan ala-ala mamak gitu antaranya ialah seperti nasi kandar, passembor, laksa penang dan banyak lagi la! Bukan tu saja, kalau hampa nak tau kat Penang ni pon bnyak tempat yang boleh kita lawati taw. Pantai?? Pantai of course la ada! Dah nama pon Pulau Pinang kan. Pantai-pantai di sekitar Pulau Pinang ni pon tidak kurang hebatnya u olls! Cantik okay, macam pantai kat luar Negara tuh.. tak payah la korang nak kejar pantai luar neagara, kat Malaysia pon ada hokey!
Adududud.. Cerita pasal nasi kandaq pagi-pagi ni, leleh ayaq liuq uiiii.. Sedapnyaaa la hai! Rata-rata pengunjung mesti tak lepaskan peluang kan? Orang kata, rugi kalau nak mai pulau pinang tak pekena nasi kandaq! So, korang lepaskan peluang tau. Masuk list!
Ehhh, kemana destinasi seterusnya tu?
Salah satu tempat yang sering mencuri hati pengunjung ke Pulau Pinang ni ialah di Batu Feringghi tau korang. Nak tahu tak sebab apa? Haa antara sebab kenapa Batu Feringghi ni sering menjadi tumpuan para pengunjung ialah pantainya yang cantikk, air yang bersih, pasir yang memutih bak mutiara, angin laut yang segar dan yang penting korang juga akan dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik dan tak dapat la nak diungkapkan dengan kata-kata la orang kata! hahahaha! Dah alang-alang sampai Penang ni korang, apa kata tido la sehari dua hari kat sini, bawak anak bini ronda Penang pulak.
Di sekitar Batu Feringghi ni ada sebuah hotel taw, nama hotel tu ialah Lone Pine Hotel. So kalau korang nak cari hotel yang dekat dengan laut korang boleh la menginap di Lone Pine Hotel ni sebab hotel ni berhampiran dengan pantai iaitu mengambil masa selama 2 minit jer dengan berjalan kaki. Hotel ni pon terletak di kawasan yang strategik tau iaitu berhampiran dengan Penang National Park, Gurney Plaza, Bukit Bendera, Penag Times Square, Komtar dan banyak lagi. Senang la korang nak berjalan nanti, tak perlu nak ambil masa yang lama untuk ke tempat yang saya sebut tadi.
Di sini terdapat lebih kurang sebelas pilihan bilik yang disediakan, yang pastinya setiap bilik ni mempunyai harga yang berbeza ye. Walaupun hotel ni mewah yang bertaraf lima bintang, harga yang ditawarkan di sini sangat memeranjatkan korang okay! Korang boleh la google sekarang untuk usha Lone Pine Hotel Penang dan nikmati tawaran yang disediakan di situ. Bilik-bilik yang terdapat di hotel ni sangat selesa okay, malah penginap yang pernah menginap di sini mengatakan bahawa hotel ni berkonsepkan ala-ala butik okay! Ruang bilik yang sangat luas, dihiasi dengan hiasan dalaman yang mewah dan selesa. Setiap bilik mempunyai balkoni dimana boleh la korang menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan pantai yang cantikk. Tempat ni juga sangat sesuai untuk korang berbulan madu, perjumpaan bersama rakan sekerja, dan bercuti bersama keluarga.
Menarik tak? Menarik tak?
Now saya nak cerita mengenai fasiliti yang disediakan di sini antaranya ialah hotel ini mempunyai kawasan luaran tau dimana korang boleh bersiar-siar di taman pada waktu petang sambil menikmati pemandangan pantai sebab ia berhadapan dengan pantai.
Terdapat juga kolam renang dan pusat kesihatan seperti khidmat urutan, pusat spa dan kesihatan, serta pusat kecergasan bagi korang yang nak sadokan badan tuh. Hahahah! Di sini juga mempunyai khidmat pembersihan seperti dobi, cucian kering, khidmat menyeterika dan khidmat pembersihan harian. Kalau korang nak tahu, kat sini pun ada suite untuk pengantin tau..
Sesuai sangat la bagi korang yang nak buat majlis perkahwinan di Lone Pine Hotel ni. Pergh! confirm jadi weeding of the year u olls! Sapa tak nak kan.. hahahaha! janji duit ada ye dok. hehehe.
Masa untuk check in hotel bermula dari pukul 3pm dan kalau korang nak check out pulak macam biasa la selewat-lewatnya pukul 12pm. Agak-agak tak nak check out tu pergi la tambah hari lagi untuk bermalam di situ.. hahaha yela mana tau dah jatuh cinta dengan Lone Pine Hotel ni betul tak??hahaha! So, percayalah la cakap aku, percutian korang lebih bernilai kalau korang bercuti di sebuah hotel yang sangat memuaskn dengan harga yang sangat berpatutan.
Agak-agak macam mana dengan percutian yang hebat saya kongsikan ni? Ada rasa nak alami nya sendiri tak? Bestkan? Yang penting Jadikan percutian korang kali ni sebuah percutian yang paling terindah dalah hidup korang ye! Jangan lepaskan peluang dan Selamat bercuti!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons