Monday, 30 October 2017

Alami Percutian Yang Hebat Di Pulau Pinang


Hai readers!..
Selamat pagi.. Setelah 2 hari bercuti, mesti rasa lemau je kan nak mulakan kerja harini.. No monday bluess ye.. Kita kena cari mood yang positif untuk mulakan hari-hari kita.
Nak tanya sikit la pada kawan-kawan, biasanya la kan, kalau ada peluang bercuti, kemana pilihan korang? Kut la plan bercuti sempena anniversary ke? Sebab cuti sekolah ke.. Sebab nak berehat ke? Kita kena juga pergi bercuti kan untuk dapatkan balik mood dalam diri bila hari-hari kena bekerja je.

Mesti Belum ada idea kan??

Agak-agaknya la kan, kalau saya nak share tentang satu tempat ni, korang nak tak pergi? Pada pengamatan saya, menarik juga tempat ni. Memandangkan cuti sekolah pun tak lama lagi dah, boleh la kengkawan 'masuk list' dulu tempat percutian ni.. Tak rugi tau kalau korang pilih tempat ni. Sesekali kena la bercuti kat tempat yang kita belum pernah pergi kan?

Ehh, kat mana tempat yang nak dipergi tu?

Tempat yang saya maksudkan tu di Batu Feringghi Pulau Pinang !

Korang kalau bercuti ke Pulau Pinang, korang terjah mana dulu? Cari tempat yang menarik ke, korang pergi cari makanan dulu?



Kalau pergi ke Pulau Pinang tu jangan lupa pekena dulu nasi kandaq anak mami dengan mamu Pulau Pinang.. tudiaaa.. hahahaha! Pulau Pinang adalah satu tempat yang terkenal dengan makanan ala-ala mamak gitu antaranya ialah seperti nasi kandar, passembor, laksa penang dan banyak lagi la! Bukan tu saja, kalau hampa nak tau kat Penang ni pon bnyak tempat yang boleh kita lawati taw. Pantai?? Pantai of course la ada! Dah nama pon Pulau Pinang kan. Pantai-pantai di sekitar Pulau Pinang ni pon tidak kurang hebatnya u olls! Cantik okay, macam pantai kat luar Negara tuh.. tak payah la korang nak kejar pantai luar neagara, kat Malaysia pon ada hokey!

Adududud.. Cerita pasal nasi kandaq pagi-pagi ni, leleh ayaq liuq uiiii.. Sedapnyaaa la hai! Rata-rata pengunjung mesti tak lepaskan peluang kan? Orang kata, rugi kalau nak mai pulau pinang tak pekena nasi kandaq! So, korang lepaskan peluang tau. Masuk list!

Ehhh, kemana destinasi seterusnya tu?




Salah satu tempat yang sering mencuri hati pengunjung ke Pulau Pinang ni ialah di Batu Feringghi tau korang. Nak tahu tak sebab apa? Haa antara sebab kenapa Batu Feringghi ni sering menjadi tumpuan para pengunjung ialah pantainya yang cantikk, air yang bersih, pasir yang memutih bak mutiara, angin laut yang segar dan yang penting korang juga akan dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik dan tak dapat la nak diungkapkan dengan kata-kata la orang kata! hahahaha! Dah alang-alang sampai Penang ni korang, apa kata tido la sehari dua hari kat sini, bawak anak bini ronda Penang pulak.


Di sekitar Batu Feringghi ni ada sebuah hotel taw, nama hotel tu ialah Lone Pine Hotel. So kalau korang nak cari hotel yang dekat dengan laut korang boleh la menginap di Lone Pine Hotel ni sebab hotel ni berhampiran dengan pantai iaitu mengambil masa selama 2 minit jer dengan berjalan kaki. Hotel ni pon terletak di kawasan yang strategik tau iaitu berhampiran dengan Penang National Park, Gurney Plaza, Bukit Bendera, Penag Times Square, Komtar dan banyak lagi. Senang la korang nak berjalan nanti, tak perlu nak ambil masa yang lama untuk ke tempat yang saya sebut tadi.


Di sini terdapat lebih kurang sebelas pilihan bilik yang disediakan, yang pastinya setiap bilik ni mempunyai harga yang berbeza ye. Walaupun hotel ni mewah yang bertaraf lima bintang, harga yang ditawarkan di sini sangat memeranjatkan korang okay! Korang boleh la google sekarang untuk usha Lone Pine Hotel Penang dan nikmati tawaran yang disediakan di situ. Bilik-bilik yang terdapat di hotel ni sangat selesa okay, malah penginap yang pernah menginap di sini mengatakan bahawa hotel ni berkonsepkan ala-ala butik okay! Ruang bilik yang sangat luas, dihiasi dengan hiasan dalaman yang mewah dan selesa. Setiap bilik mempunyai balkoni dimana boleh la korang menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan pantai yang cantikk. Tempat ni juga sangat sesuai untuk korang berbulan madu, perjumpaan bersama rakan sekerja, dan bercuti bersama keluarga. 

Menarik tak? Menarik tak? 



Now saya nak cerita mengenai fasiliti yang disediakan di sini antaranya ialah hotel ini mempunyai kawasan luaran tau dimana korang boleh bersiar-siar di taman pada waktu petang sambil menikmati pemandangan pantai sebab ia berhadapan dengan pantai.







Terdapat juga kolam renang dan pusat kesihatan seperti khidmat urutan, pusat spa dan kesihatan, serta pusat kecergasan bagi korang yang nak sadokan badan tuh. Hahahah! Di sini juga mempunyai khidmat pembersihan seperti dobi, cucian kering, khidmat menyeterika dan khidmat pembersihan harian. Kalau korang nak tahu, kat sini pun ada suite untuk pengantin tau..


Sesuai sangat la bagi korang yang nak buat majlis perkahwinan di Lone Pine Hotel ni. Pergh! confirm jadi weeding of the year u olls! Sapa tak nak kan.. hahahaha! janji duit ada ye dok. hehehe. 



Masa untuk check in hotel bermula dari pukul 3pm dan kalau korang nak check out pulak macam biasa la selewat-lewatnya pukul 12pm. Agak-agak tak nak check out tu pergi la tambah hari lagi untuk bermalam di situ.. hahaha yela mana tau dah jatuh cinta dengan Lone Pine Hotel ni betul tak??hahaha! So, percayalah la cakap aku, percutian korang lebih bernilai kalau korang bercuti di sebuah hotel yang sangat memuaskn dengan harga yang sangat berpatutan. 


Agak-agak macam mana dengan percutian yang hebat saya kongsikan ni? Ada rasa nak alami nya sendiri tak? Bestkan? Yang penting Jadikan percutian korang kali ni sebuah percutian yang paling terindah dalah hidup korang ye! Jangan lepaskan peluang dan Selamat bercuti!

28 comments:

  1. lama dah tak pergi batu feringgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak pernah sampai lagi. Pernah ke Balik Pulau je.

      Delete
  2. Wahh !! Kalau pergi penang ni wajib tau pekena nasi kandaq , baru lengkap tapi make sure sebelum nak makan pilih restoran or kedai- kedai yang bersih .heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena tengok persekitaran yang bersih. Takut nanti makan tempat tak bersih, balik sakit perut pula kn..

      Delete
  3. Saya pernah pergi penang... makanannya sedap sangat terutamanya rojak dan Char Kuey Tiaw..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak ki penang sebab tak pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
  5. Alaaa rasa nak pergi tapi tak ada patner lagi nak ajak.. Lawa tempat.. Zaza mmg suka view3 mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak family la zaza kalau takde kawan nak ke sana. Hehe
      seronok juga kalau pergi dengan family.

      Delete
  6. k.el pun tingin nak pi lone pin..lawa kan

    ReplyDelete
  7. Ok next target holiday wawa ... Sblm ni mmg rncg nk ke p.pinang... Harap2 jdla..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. dh dalam plan kena terjah tu wawa. Hehe

      Delete
  8. Wahhh menarik baru lepas g pulau pinang bulan januari aritu tak sampai lagi kat sini boleh masuk list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaah.. dah ke sana ye, tapi ada yang tak sempat terjah. Kena repeat tu. Hihi

      Delete
  9. Penang ni memang best terutamnya tempat2 yang ada pulau..pulau kecik2 pun banyak ..lagi best dan lebih privacy.. Bab makan , nasik kandar je la yang banyak..yang lain sama je macam tempat lain cuma harga cekik darah sikit terutamnya makanan yang mamak jual.kalau pi makan kedai biasa2 ok je..berbaloi dan tetap sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.
      Kna pndai cari kn. Dapat yang ok, berbaloi.

      Delete
  10. Pergi lenang memang akan makan nasi kandar..tak oernh lagi pergi batu feringhi..pulau gurney ye..penang walaupun kecik tapi macam2 tempat menarik ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat kecik tapi penuh dengan tempat yang menarik kn.

      Delete

Sponsor

Comments