Thursday, 2 November 2017

Ulangtahun Perkahwinan Ke-4

Ulangtahun Perkahwinan Ke-4


Assalamualaikum.. Selamat Petang..
02 Nov 2013 - 02 Nov 2017
4Tahun dah melayari alam rumahtangga gitu. 
Masih terlalu 'muda' lagi usia perkahwinan tu berbanding usia perkahwinan yang mak abah layari.. 

Walaupun baru 4tahun, macam macam juga liku kehidupan dah tempuh. Macam macam dah belajar dalam meneruskan kehidupan . 

Dari takde anak, Alhamdulillah.. Allah kurniakan sepasang sekarang ni. Dari seorang yang lemah lembut, sekarang dah macam singa. Dari tak pandai masak, dah tahu serba serbi. (Tapi belum terror) Dari berlebih masa, sampai tak cukup masa buat kerja. 

To my husband,

Terima kasih sebab sudi terima diri ini menjadi seorang isteri..
Isteri yang selalu garang..
Isteri yang kuat membebel..
Isteri yang kadang kuat makan..
Isteri yang kadang kuat tido bila dah terlampau penat..
Isteri yang kadang kadang terlebih rajin..
Isteri yang kadang kadang hilang mood nak buat kerja..
Isteri yang kadang kadang malasan masak..
Isteri yang kadang kadang kuat berjalan..
Isteri yang kadang kadang ikut peel kepala dia je..
Isteri yang kadang nampak relax, tapi suka shopping senyap senyap..
Isteri yang cuba untuk selalu menjadi supermom & superwomen untuk keluarga dia..



Sebolehnya isteri mu ingin menjadi seorang isteri yang serba boleh! Walaupun hakikatnya tak boleh. Manusia ada had limitnya.. 

Moga moga Allah kuatkan hati, tinggikan kesabaran, cekalkan hati untuk teruskan kehidupan akan datang..

Hadiah Anniversary :
Tahun 2014 - Kelahiran Zara
Tahun 2015 - Takde hadiah sebab kena duty. Haha
Tahun 2016 - Takde hadiah sebab operasi
Tahun 2017 - Takde hadiah juga sebab duty.

Ehhh, awat tiap tahun Anniversary duty je ni..? Adakah ni hadiah nya??
Erm.. ikut la.. nak duty pun duty la. Hari kerja kan. Tak terasa sangat. Kalau hari cuti mesti feel nak ajak kuar berjalan. So duduk rumah kita pulun sale aje la. Kita buat sale tuk baju budak harini. Rezeki tuk anak anak la kan. 



Kalau orang lain mesti celebrate best best kan? Dari tahun pertama kawen tak pernah celebrate. Kadang rasa macam 'beruntungnyaaaaa' orang tu. Husband dia macam ni. Husband dia macam tu. Erm... Beruntung sangat tau. Husband kita wish pun tak. I is redha. Hehe..

Lain orang, lain peelnya kan. Tak kan nak paksa-paksa. Lagipun tarikh tu hanya sekadar angka. Sekadar mengingati je.. Cuba pujuk diri, tak perlu ada rasa nak merajuk. Kang merajuk sapa nak pujuk? 
So, jangan samakan pasangan kita seperti orang lain walaupun kita teringin nak macam tu ye. 

Apa apa pun, semoga kehidupan kecil kami diberkati. Anak anak pun kena la sentiasa tabah dengan mama korang yang garang mengalahkan singa betina ni. Hehehe

8 comments:

  1. Samalah kita kawen bulan nov 2013. tapi awk kawen dulu :). Congrats.. semoga kekal till jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. yeke..
      Sama bln sama thn ye. Hehe
      Mekasih awk. 😉

      Delete
  2. Semoga kamu berdua kekal hingga ke jannah dan sihat sentiasa...

    ReplyDelete
  3. Hihi, cam sama je ngn laki akk, Tak wish besday ke, hepi anniversary ke, takpelah betul cam syamimi cakap, tukan cuma angka, yg penting Kita terus berusaha menjadikan rumahtangga Kita sbg Al jannatul ajilah..yg diberkati.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments