Showing posts with label Sup Tulang. Show all posts
Showing posts with label Sup Tulang. Show all posts

Wednesday, 18 April 2018

Masakan : Sup Tulang Lembu Bersama Bergedil.

7:57 am 15 Comments
Sup Tulang Lembu Bersama Bergedil. | Hari jumaat lepas ddy ZaraZhareef ada beli tulang lembu. Katanya dah lama tak makan sup tulang. Actually tu my favourite juga. Siapa yang tak suka sup tulang, betul tak? 
So pagi hari ahad baru masak. Masak sup tulang ni bukan la susah pun. Rebuskan dia sampai empuk, pastu baru tumiskan bahan bahan lain macam rempah sup bunjut + rempah 4 sekawan + halia tu kan?
Pastu bubuh lada sulah juga bagi rasa lagi. 


Selalu kalau masak sup tulang, perkara paling pening pikir, apa lauk lain yang boleh ngam ye? Kengkawan selalu makan dengan apa lagi? Macam say haritu tak tahu ada yang ngam. So saya buat bergedil je la. Sebab dah lama pun tak makan. Lawan lain sup tulang pastinya kena ada sambal kicap pedas, betul tak? Baru selera terangkat. 

Resepi bergedil

Ada ke yang tak tahu macam mana nak buat bergedil? Senang je sebenarnya. Kalau cara saya, ubi kentang potong la bulat ke petak ke, ikut la suka macam mana kan, pastu goreng kan bagi empuk. Dah masak, toskan minyak dulu ye. Hiris bawang merah, gorengkan sekejap bersama udang kering dan juga lada sulah (anggaran sendiri). Nampak macam masak sikit, angkat, toskan.

Lepas tu tumbukkan semua bahan tadi. Termasuk ubi kentang tu. Ada orang suka lenyek lenyek kan je. Ikut mana senang la ye. Ambil dan sup, hiris halus. Gaul kan sekali. Tak perlu bubuh garam pun takpe. Sebab udang kering ni kadang dah masin. Kepalkan dia buat bulat. 
Ambil sebiji telur, kacau rata. Lepas tu celupkan bergedil tadi pada telur. Gorengkan. 

Mudah je sebenarnya kan? Sebelum buat rasa macam renyahnya. Bila dah buat, ehhh, sekejap je dah pun siap untuk dihidang. 

Sponsor

Comments