Masakan : Sup Tulang Lembu Bersama Bergedil.

Wednesday 18 April 2018

Sup Tulang Lembu Bersama Bergedil. | Hari jumaat lepas ddy ZaraZhareef ada beli tulang lembu. Katanya dah lama tak makan sup tulang. Actually tu my favourite juga. Siapa yang tak suka sup tulang, betul tak? 
So pagi hari ahad baru masak. Masak sup tulang ni bukan la susah pun. Rebuskan dia sampai empuk, pastu baru tumiskan bahan bahan lain macam rempah sup bunjut + rempah 4 sekawan + halia tu kan?
Pastu bubuh lada sulah juga bagi rasa lagi. 


Selalu kalau masak sup tulang, perkara paling pening pikir, apa lauk lain yang boleh ngam ye? Kengkawan selalu makan dengan apa lagi? Macam say haritu tak tahu ada yang ngam. So saya buat bergedil je la. Sebab dah lama pun tak makan. Lawan lain sup tulang pastinya kena ada sambal kicap pedas, betul tak? Baru selera terangkat. 

Resepi bergedil

Ada ke yang tak tahu macam mana nak buat bergedil? Senang je sebenarnya. Kalau cara saya, ubi kentang potong la bulat ke petak ke, ikut la suka macam mana kan, pastu goreng kan bagi empuk. Dah masak, toskan minyak dulu ye. Hiris bawang merah, gorengkan sekejap bersama udang kering dan juga lada sulah (anggaran sendiri). Nampak macam masak sikit, angkat, toskan.

Lepas tu tumbukkan semua bahan tadi. Termasuk ubi kentang tu. Ada orang suka lenyek lenyek kan je. Ikut mana senang la ye. Ambil dan sup, hiris halus. Gaul kan sekali. Tak perlu bubuh garam pun takpe. Sebab udang kering ni kadang dah masin. Kepalkan dia buat bulat. 
Ambil sebiji telur, kacau rata. Lepas tu celupkan bergedil tadi pada telur. Gorengkan. 

Mudah je sebenarnya kan? Sebelum buat rasa macam renyahnya. Bila dah buat, ehhh, sekejap je dah pun siap untuk dihidang. 

15 comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mimi fav miza ne sup tulang lagi-lagi dapat pakej begedil dan cili kicap

    ReplyDelete
  3. Sup tulang akak pun suka. Pergh... Makan dgn mee kuning. Sedap..

    ReplyDelete
  4. sup tulang sambik kicap mmg terrrrbaikk sis

    ReplyDelete
  5. Ratah sup tulang ni memang sedap.. Tak pun makan dgn bihun ke.. Perghhh mavelesssss

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedap ni..lm x msk sup tulang

    ReplyDelete
  7. wajib celur bihun sebungkus ni..boleh makan dengan sup daging dan bergedil..nak buat la petang ni..tapi tak de tulang..ada daging je nih..

    ReplyDelete
  8. sup tulang tu hubby punya favourite.. kalau dia .. sebulan 4 kali pun tak jemua2 sup tulang.. adoii.. pastu bergedil tu comel la mimi buat.. bulat2 je yea.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Sup tulang dengan bergedil memnag dua gabungan yang mantop..hehehe..alahaii sedapnya..hirup2 tu, kerjakan tulang tu..allahu dah terliur dah

    ReplyDelete
  10. sedapnya sup lembu, nasib baik minggu lepas baru makan takde la kempunan. susah nak dapat sup tulang lembu

    ReplyDelete
  11. sedapnya sup tu. makan panas panas mmg nice to begedil tu Alja tak pernah lgsg makan. Takut tak kena tekak, pdhl kentang je dgn isi daging / ayam. haha

    ReplyDelete
  12. Sup mmg fav shad jugak. Berbaloi rasa dengan masa utk masaknya. Hehe.

    ReplyDelete
  13. best dapat makan panas2...
    salam perkenalan...sy br follow sini..
    jemput singgah di Blog saya juga.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya Mimi. Dah lama tak buat begedil tuh

    ReplyDelete