Showing posts with label Review Produk. Show all posts
Showing posts with label Review Produk. Show all posts

Tuesday, 19 March 2019

Tips Pengawalan Kulit Berminyak | Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

3:11 pm 18 Comments
Dulu kita ingat lagi, masa sebelum kawen. Suami pernah tanya.. Kita kalau cuci muka, kita pakai cleanser apa. Kita bagitahu la pakai je cleanser yang dijual kat pasaran luar tu. Suami masa tu tanya, seolah-olah memang nampak la dia jenis ambik kisah bab-bab penjagaan muka ni. Kita pulak rasa macam, aikkk, kita ni tak jaga muka ke..

Dia tanya tu sebab dalam kehidupan seharian, kita takkan terlepas dengan 1 perkara penting ni.
Mencuci muka. Mungkin ada yang kata, mencuci muka cukuplah sekadar mencuci dengan air begitu sahaja. Bagi kita, mencuci muka perlu juga dititik beratkan. Mencuci ala kadar orang kata belum memadai ye. Apatah lagi kalau kita bekerja, keluar pagi balik petang. Cukup ke sekadar cuci dengan air tanpa penggunaan sebagai cleanser? Lagi pula, muka merupakan anggota pertama orang lain akan pandang dahulu.

Kalau bab cuci muka ni, kita memang ambil berat. Sebab kalau tak cuci sebaiknya, terasa muka berlengas, berminyak. Ohhh tidak.. Kita cukup tak suka kalau lepas mandi, belek muka pastu terasa muka ni semacam. Walaupun kita bukanlah jenis kaki mekap 24jam, tapi bila keluar, kulit muka terdedah dengan persekitaran luar, habuk dan kotoran dari luar. So, part mencuci muka ni la memang kita utamakan.


Dulu, zaman sekolah macam tu, sampai la zaman awalan kerja, sebenarnya kita tak pandai pilih cleanser yang sesuai. Dulu pakai satu jenama pencuci muka ni. Tapi stoknya selalu habis kat pasaran. So kadang tu beli jenis scrub. Kita tak tahu pula kalau jenis scrub ni tak boleh digunakan untuk harian. Sebab ianya bertekstur kasar kan. Sebenarnya kita kena cari jenis foam macam tu sebab ianya lembut. Dan sesuai untuk digunakan secara harian. Rupanya penting untuk tahu jenis jenis pencuci muka ni kan.

Perkara yang kita cuba atasi bila mencuci muka ni ialah dalam pengawalan minyak. Kita tak suka muka yang berminyak. So, bila mencuci muka, kita akan pastikan pencuci tu mencuci dengan baik, membuang kotoran dari dalam. Sekarang ni kita dah tak perlu risau lagi, sebab kita dah jumpa satu pencuci yang sangat sesuai untuk kulit muka kita iaitu Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Dalam nak mendapatkan kulit muka yang bersih, pastikan muka dicuci sehari 2 atau 3kali dengan penggunaan cleanser tau. Macam kita sebab housewife, dan tak bermekap, so sehari 2kali kita akan pastikan muka dicuci.



Selama sebulan tau kita cuba cleanser ni. Then kita rasa boleh setia la dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, sebab kita tengok semakin lama kita guna cleanser ni muka rasa bersih, rasa fresh je. Suami pun dah tak tegur muka berminyak macam sebulan yang lepas (selepas operation). Kalau muka berminyak, suami tegur, kita pun mula rasa macam tak seronok kan. Macam ada sesuatu je tak kena. Suami kita ni jenis tegur je kalau ada yang tak kena dengan muka isteri dia.

Bila bercerita pasal Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, kita tengok ianya serasi dengan kulit sebab dah sebulan lebih penggunaannya secara konsisten, kulit muka tiada masalah seperti kemerah merahan yang boleh mengakibatkan kulit menjadi nipis dan pedih, malahan kulit sentiasa lembap dan ianya tidak mengeringkan. Tu yang terbaik,kan.. Sebab orang kata kalau kita pakai sesuatu cleanser tu, pastu kulit pedih, maknanya tak sesuai la dengan kulit muka kita. Kiranya cleanser tu menipiskan kulit muka.



Mungkin faktor isi kandungan bahan pun kena dititikberatkan juga. Seperti Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, bahan utama yang terkandung didalamnya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Rasanya semua pun sedia maklum, Aloe Vera sememangnya bagus untuk kulit, lagi lagi kulit yang bermasalah,kan? Bila ia diletakkan di dalam pencuci muka, tentunya ia ingin mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Kita suka jenis cleanser macam ni. Sebab kulit muka ni kadang kala boleh kering kan. So kalau pilih cleanser yang betul, kulit muka tak rosak.


So, disebabkan kita juga sememangnya pengguna setia Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni, so kita juga nak suggest la kalau korang yang mempunyai masalah kulit muka, tak kira apa pun, atau kulit muka korang normal sekalipun, untuk mencuba produk ni. Macam kita, kita memang perlu cari cleanser yang boleh mengawal minyak di muka. Sekarang muka kita berada di tahap yang normal balik dah. Dia tak berminyak atau kering pun.

Dan macam kita kadang kadang petang tu mandi awal. Mungkin nak keluar beli barang ke apa kan. Balik pulak dah malam. Kadang tu, memang tak mandi dah. Tapi, please okay siapa yang malas sangat tu, pastikan sebelum nak tidur, cuci la muka tu dulu. Buang habuk kotoran tu. Setiap malam sebelum tidur, kita akan pastikan muka bersih. Kalau nak tidur, muka kena bersih sebab time tu la kita nak rehatkan kulit muka kan.. Kalau muka bersih, pastinya kulit akan elok cantik terjaga je sepanjang masa. Lagi lagi kalau korang jenis kaki mekap, please okay, sila cuci muka tu dulu bagi bersih. Buang segala mekap. Time tidur kalau bermekap pun bukan ada orang nak tengok.

Bukan susah nak cuci muka, lagi-lagi dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni.. Picit sikit, dan sapukan rata ke seluruh wajah. Urut lembut, lepas tu bilas. Kan dah rasa segar je muka tu. Sekarang kita dah jumpa produk yang bersesuaian dengan muka kita dan mungkin ramai kawan kawan nak mencuba juga kan? Benda yang baik haruslah dikongsi bersama kan? Nak tahu macam mana nak dapatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni?
Korang boleh layari :







Jangan rasa ragu-ragu untuk mencuba okay, yang penting ianya selamat digunakan.

Monday, 18 March 2019

Atasi Penuaan Bersama Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++

11:31 am 23 Comments
Hai readers.. Salam sejahtera semua..
Bila bercakap mengenai peningkatan usia, apa yang sering korang risaukan? Penuaan? Garis halus mula kelihatan? Tompok tompok hitam jeragat? Erm.. Banyak kan yang mula memunculkan diri.. 

Kalau tanya kita, walaupun baru nak masuk usia 31tahun, kita pun kena risau juga. Untuk menjaga muka ni, kita perlu penjagaan seawalnya. Bukan dah terlewat, dah nak masuk usia 40an baru perlu jaga. Baru nak kisah produk apa yang nak dipakai. No, no, no okay..


Sebagai mengambil langkah awal, atau erti kata lain langkah berjaga jaga, kita diperkenalkan dengan 1 produk, yang rata rata dah ramai yang mengenalinya. Dulu selalu terdengar orang cerita pasal Murad. Ehhh siapa Murad ni? Pakwe baru ke? Tiba tiba je menjadi sebutan ramai.. 


Haaaa, ni nak cerita, Murad ni adalah satu produk yang dikatakan boleh membantu untuk mengatasi masalah korang juga, yang tercari cari produk untuk membantu melambatkan proses penuaan la gitu. Haaa, ni kita nak share sebab kita memang guna tau. Sebab produk ni best, so kita nak cuba la. Untuk memastikan kulit kita sihat selalu dan terjaga dari seawalnya. 


Kenapa kita memilih untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni, kerana ianya dapat melindungi kulit wajah dan dapat mengaburkan garis garis halus yang mula menampakkan diri. 


Yang bestnya bila menggunakan Murad ni, kulit muka terasa lembut sangat tau. Krimnya tu soft sangat. Bukan jenis berminyak, sangat selesa digunakan. Dan kita juga dah try guna, dan keluar pula pada waktu panas tengahari. Tak menjejaskan apa apa pun dimuka. Muka tidak berminyak, kekal lembut sentiasa. 

Apa kelebihan lain Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

1. Boleh menjadikan mekap tahan lama, kekal flawless selama 12jam pengunaannya.

 2. Dapat menutup 30% liang liang pori serta menjadikan kulit licin jika digunakan secara konsisten.

Melalui kajian yang telah dijalankan secara klinikal juga, Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ini juga dapat memberikan :

- 71% dilihat dapat mengurangkan garis halus dan kedutan diwajah.

- 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik

- Perisai SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA / UVB tanpa coretan atau corak putih. 100% perlindungan diberikan.


Siapakah yang boleh menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

Mereka yang mempunyai kulit berminyak, normal,  kulit kering, senang cerita mereka yang mempunyai kulit sensitif pun boleh menggunakannya ya. Tanpa rasa ragu-ragu.

Kenapa kita katakan, kita tak perlu berasa ragu ragu untuk menggunakan Murad ni? Kerana ianya telah dirumus dengan selamat tanpa :
- Parabens
- Sulfat
- Phthalates
- Gluten
- Bahan yang berasal dari haiwan

Bagaimana cara untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?


Cara penggunaan yang sangat mudah. Hanya perlu gunakan dengan cara sapuan nipis diwajah. Bagi yang suka menggunakan mekap, boleh menyapu Murad Invisiblur terlebih dahulu, dan penggunaan nya akan mengekalkan mekap lebih tahan lama. Bagi kita, kita hanya menggunakan Murad Invisiblur sahaja setiap kali untuk keluar rumah supaya kulit muka sentiasa dilindungi. 

So, tertarik tak dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni? Nak tahu macam mana nak dapatkannya dengan cara yang selamat dan mudah? Boleh layari : 

Website : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30

Facebook : @murad.malaysia

Instagram : www.instagram.com/muradmalaysia


Saturday, 16 March 2019

Safi Expert Solution Memberi Keanjalan Pada Kulit Wajah

8:33 pm 17 Comments
Bila sebut pasal penjagaan muka, tentunya kita ambil berat tentangnya,kan. Kita akan kisahkan dari segi penjagaan, produk apa yang terbaik untuk merawat muka. 

Orang kata, kalau kulit muka bermasalah, berjerawat, berjeragat, kulit kering, kulit berminyak, kita perlu pastikan produk yang diambil benar-benar sesuai dengan kulit muka. Orang kata, jangan main guna je sedangkan muka tak serasi dengannya. 

Semakin meningkat usia, pelbagai masalah mungkin mudah timbul. Garisan halus diwajah, berpigmentasi, orang kata masalah ini akan timbul seiring peningkatan usia. Namun, untuk mengelakkan kita nampak tua sebelum usia, apa kata kita cuba atasinya dengan Safi Expert Solution.


Bercerita mengenai Safi Expert Solution ni, kita sendiri dah mencubanya tau. Sebelum ni kita ada mengalami demam. Dan akibat dari tu, muka jadi kering. Bukan setakat kering, tiba tiba kulit muka menjadi kasar tanpa diketahui sebabnya. Adakah sebab kurang minum air?? Tu kita tak berapa pasti. 


Yang pastinya, mula mula agak ragu ragu juga nak menggunakan Safi Expert Solution ni. Sebab risau kalau mungkin boleh membuatkan kulit muka menjadi lagi teruk. Seawal 3hari penggunaan sebenarnya ianya dah bertindak secara positif! Tanpa disangka, kulit muka terasa lembut, kekasaran di kulit pipi pun beransur hilang. Terasa macam Safi Expert Solution ni ajaib tau. Jom ketahui lebih mendalam lagi tentang Safi Expert Solution ni.


Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation.

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation Ini merupakan sistem ampoule dengan 2 tindakan diformulasikan dengan bahan aktif DN Age Technology yang sangat baik. Kombinasi yang kuat ini menembusi dengan pantas ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bahagian gelap yang mendalam, membekalkan kelembapan yang sengit dan menggalakkan pembaharuan kulit untuk penampilan kulit keseluruhan yang kelihatan lebih baik

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

- Tanpa minyak mineral
- Tanpa alkohol
- Tanpa silikon
- Tanpa paraben
- Tidak diuji pada haiwan

Hasil yang telah diuji juga menyakinkan pengguna lain diluar sana kerana : 

85.7% bintik hitam berkurangan
100% pembaharuan kulit
100% menganjalkan kulit
91.7% kulit muka berseri
100% tona kulit muka dipertingkatkan


Cara penggunaan :
Langkah 1 : Renewal Hydra Complex
Titiskan sedikit ampoule ke tapak tangan menggunakan dropper yang diberikan. 
Kemudian sapu rata atau dap dap kan ke seluruh wajah.


Langkah 2 : Supreme Anti-Spots Complex
Titiskan beberapa titik Supreme Anti-Spots Complex dan sapukan ke muka secara urutan ke atas. 


Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin

Safi Expert Solution Milk Drop Serum membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.


Langkah penggunaan.
Ambil sedikit krim serum tersebut dan sapukan ke seluruh wajah dan leher.
Urut secara lembut, supaya ianya rata dan meresap ke dalam kulit.

Daripada hasil kajian juga didapati :

280% merangsang kelembapan segera
72 jam mengekalkan kelembapan tanpa henti
92.5% menguatkan/menganjalkan kulit
1 bulan kulit kekal cerah
1 bulan kulit kekal keanjalan


Setelah pengunaan beberapa hari, ternyata ianya memberikan kesan yang positif kepada kulit muka. So, kita tak perlu risau lagi, kerana Safi Expert Solution dah membantu dalam menyelesaikan masalah kulit muka kita. 


Wednesday, 27 February 2019

Serum DR. BEAU, Serum Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Jerawat Dan Jeragat.

11:27 am 28 Comments
Masalah Jerawat Dan Jeragat Sering Menghantui Diri?

Hai readers.. 
Siapa kat sini susah sangat nak jaga muka? 
Rasa macam lecehnyaaaa nak kena pakai itu, nak kena tepek ini.. Rasa rimas je..
Haaa, sama la tu dengan kita. Kadang tu rasa macam rimas nak tepek macam macam kat muka ni. Rasa macam kan best, pakai 1 produk je muka terus elok cantik. Tak gitu? Punyalah tinggi impian, tapi malasss je nak usaha kan bunyinya tu.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal Serum ni, kita sangat jarang nak pakai serum. Sebab apa? Konon-konon dok pikir pakai krim muka je dah cukup boleh cover segala masalah kat muka tu. Tapi rupanya tidak. Salah tanggapan tu. 
Then masalah lain, pernah gunakan serum, tiba-tiba kulit tak serasi pulak. Then naik jerawat yang besar dan merah-merah tu.
Seriau tengok muka sendiri okay. Start tu la kita kena berhati-hati untuk memilih produk muka terutama sekali serum.



DR. BEAU Serum Vitamin E

Ntah macam mana secara tak sengaja, tergerak hati nak cuba serum vitamin E DR.Beau ni. Tengok ramai juga yang dah pakai. Nampak best je produk ni. Nampak macam nak gunakan pun mudah, tak perlu risau kulit akan menjadi masalah lain sebab Serum ni fungsinya nak membantu masalah kulit yang kita hadapi.



Jom kita kenali dulu Serum Vitamin E Dr. Beau ni.

Telah mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan lebih 300,000 botol telah terjual. Diperbuat dari ekstrak herba-herba semulajadi dan dirumus khas oleh kilang tempatan. Produk keluaran bumiputera ini diyakini halal dan bukan berbentuk bahan kimia berbahaya.

Adunan berkualiti premium adalah dari formulasi bioteknologi terkini yang menggunakan teknologi pemprosesan penyulingan molekul dan pengekstrakan superkiritial yang disahkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kulit Berminyak Dan Muka Berjerawat.

Sebenarnya mungkin ada kawan kawan yang sedia maklum,kan. Selepas menjalani operation haritu, kita mengalami masalah kulit berminyak. Alhamdulillah ianya dapat diatasi dengan mengunakan pencuci muka yang bersesuai. Namun, ianya tetap berminyak, cuma tidaklah begitu ketara. 

Tapi rasa tak best la bila bangun pagi, muka berminyak. Siapa alami masalah macam tu juga?
Okay macam ni. Kita ni kan kita nak testing la gitu, okay ke tidak serum ni digunakan pada waktu malam dan juga siang. Ternyata okay sangat tau. Bila pakai waktu malam, bangun pagi muka elok je lembut. Takde pun nampak macam makin bertambah berminyak. Elok je dia. 
Bila gunapakai waktu siang pun sama. Yela, waktu siang kan banyak aktiviti nak dibuat. Walaupun duduk rumah, kerja mengemas, memasak nak kena buat. 

Bila pakai waktu pagi selepas mandi, kita biarkan je. Sampai la tiba waktu nak masak. Selalu bila duduk dapur ni kan panas. Muka berminyak. Tapi bila kita gunakan tak pulak muka berminyak. Still kekal seperti biasa. Tu yang best tu. Pakai waktu malam okay, pakai waktu siang pun okay. Depend pada individu la kan. Sebab kita semua kulit muka berbeza-beza. 

Mungkin ada yang nak tahu, apakah isi kandungan serum ni kan? Antaranya ialah :


Vitamin E 

Rosehip Oil


Argan Oil

Almond Oil

Apricot Kernel Oil

Wheat Germ Oil

Evening Primrose Oil

Cara Penggunaan Yang Mudah.




Bersihkan muka terlebih dahulu. 
- Ambil 1 butir softgel serum dan koyakkan bahagian atas. Boleh letakkan ditapak tangan terlebih dahulu, atau titikkan dibahagian muka dikehendaki.
- Sapu rata ke bahagian muka. 

Nota : 1 softgel serum ni boleh guna 2x tau. Nampak je kecik. Selalu 1 butir ni saya gunakan untuk pagi dan juga malam. 

Serum ni nampak macam oily sikit. Tapi jangan risau, sebab dia cepat meresap ke dalam kulit ye. Macam kalau nak pakai mekap selepas menggunakan serum ni boleh. Pastikan ianya meresap ke kulit terlebih dahulu.

Menjadi Pilihan Selebriti

Mungkin ada yang tak tahu Dr.Beau Serum Vitamin C ni menjadi pilihan para selebriti terkenal juga tau. Haaa, bukan calang calang orang yang menggunakannya. So, nampak tak betapa bestnya serum ni. Jom tengok siapa yang menggunakan serum ni. 

Haaa, sebelum terlupa.. Serum ni sesuai untuk lelaki juga tau. Bukan je orang perempuan je yang perlu jaga kecantikan wajah, tapi orang lelaki pun kenal ambil berat aspek penjagaan wajah kan..









Testimoni Pengguna

Sebelum terlupa, kita share sikit antara testimoni pengguna yang lain juga ye. Antara mereka-mereka yang dah berjaya dalam mengatasi masalah mereka. 






Haaa, korang mesti nak tahu juga, kat mana nak dapatkan maklumat penuh untuk serum vitamin E yang best ni kan? Ni maklumat yang korang boleh terjah ya.



WEBSITE : 

FaceBook : 
drbeau malaysia

Instagram : 

PHONE : 
0169633443

Thursday, 14 February 2019

Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

3:09 pm 22 Comments

Hai readers.. Harini kita nak berkongsi tentang satu masalah selepas jalani Operation haritu. Selepas operation, kita memang tak dapat nak jaga kulit muka. Sebab wayar tiub sana sini, then operation haritu kan berjahit sampai ke bibir. So nak elakkan kesan jahitan disitu terkena air, terpaksa skip skip basuh bahagian muka.

Disebabkan masalah tak dapat nak cuci muka dengan sebaiknya, muka kita mula nak jadi sesuatu. Kulit muka mula berminyak. Pelik rasanya sebab kulit muka kita bukan jenis berminyak. Rasanya hari ke-4 macam tu kita slow slow cuci muka. Guna cleanser. Tapi tak boleh nak cuci betul betul sebab masa tu tiub minum susu belum dicabut lagi. 



So disebabkan muka menjadi berminyak dan mula naik berdaki, kita cuba cuci pakai 1 jenis cleanser ni. Sebab cleanser tu je yang kita bawa ke hospital, so bila pakai muka still sama. Muka tetap berminyak. Bila dapat balik rumah, kita cuba gunakan satu cleanser baru ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser namanya. Try guna yang ni dengan harapan dapat atasi masalah kulit berminyak tu. 

Beberapa hari juga la mencuba gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit yang berminyak tu berjaya diatasi. Punya la pening pikir kenapa muka berminyak, rupanya ada juga jalan penyelesaikannya. 



Mesti nak tahu apa kandungan yang terkandung dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser, yang boleh membantu muka jadi bersih tak berminyak tu kan? 



Haaa, nak tahu, nama nya pun Aloe kan, salah satu kandungannya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kita semua pun sedia maklum kan, aloe vera elok dalam mengatasi masalah kulit kan.



Sebenarnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja untuk masalah kulit berminyak, tetapi, ianya juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat juga. Bagaimana ianya dapat membantu? Ianya dapat membantu dengan membersih secara mendalam dan menutup lubang-lubang jerawat yang ada. 

Apa yang bestnya bila dah menggunakan Cleanser ni, kulit dah la tak berminyak, dia elok je lembap seperti biasa. Dan ianya juga tidak mengeringkan tau. So memang best guna sebab tak perlu risau dah. 





Mesti ada yang nak tahu, macam mana rupa Cleanser ni kan? Meh tengok ni. Botol ni tersedia dalam bentuk dipam tau. So bila kita pam, maka akan keluar cecair dan ianya dalam bentuk berbuih. Berbuih tapi ada air sekali. So kalau kita tak basahkan kulit muka terlebih dahulu pun takpe, sebab ianya takkan kering dimuka. Dan teksturnya ringan. 



Kebiasanya pembersih jenis gelembung boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi mungkin membuat kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI Pembersih Bubble Clean Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih kualiti yang baik, ia membilas liang kulit bersih dengan kulit kelembapan, kita pasti selepas korang bersihkan dan basuh, korang akan rasa kelembapan, tidak kering. Ia adalah pembersih yang berbuih, Melembutkan & WATERY.



Okay, dah bebel banyak ni kan, mesti ada yang nak cuba produk ni, betul tak? So macam mana nak dapatkan produk ni dengan cara paling mudah? 
Ni kita sharekan websitenya, dan korang boleh terjah situ, then boleh juga tengok apa sahaja yang mereka sharekan tentang produk tersebut.



🍁Website : 






Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan untuk 1 botol ni ialah RM65 sahaja.
Untuk kandungan sebanyak 150ml.







Wednesday, 6 February 2019

Hadiah Special Untuk Zhareef Dari Printcious

8:28 am 21 Comments
Assalamualaikum. Hai readers..
Seronok bercuti tu.. Balik kampung ke tu.. 
Bestnya dapat berkumpul seisi keluarga. Kita cuti ni duduk rumah je. Rehatkan diri.

Harini nak share entri dah basi ni. Lama dah nak share. Tapi tertangguh sebab urusan di hospital, then operation pula kan. So kebetulan ni ada masa, so harini kita share la sikit.

Bulan 12, 2018 besday zhareef. Masa tu kalut dengan urusan pindah rumah. (Pindah blok) Plannya nak sambut kecil-kecilan. Tapi tak sempat! Tunggu nanti mama dah sihat, dah boleh makan macam biasa mama belanja makan okeh.

So bulan 12 tu sempat order hadiah je. Pening juga nak bagi apa. Takkan nak belikan mainan favourite dia - lorry pulak kan. Tak berbaloi. 😄

So, godek godek la website printcious.com tengok apa yang menarik. Mula mula macam nak order canvas tu. Tapi pikir balik macam tak sesuai je nak hadiahkan pada zhareef. Last-last orderkan bantal la untuk dia.


Orderkan bantal sebab dia boleh peluk macam tu kan. So dia rasa lebih happy macam tu. Tak sangka pulak zara pun nak bantal pun. Walhal zara pun ada dah. Kalau tak silap, ni bantal yang ke-4 kita order dengan printcious. Sebab suka dengan hasil kerja mereka yang terbaik.


Masa order tu 31hb. Kalau tak silap 02 januari 2019 dah sampai. Cepat sangat sangat! Tak sangka secepat tu sampai. 
Kalau dari segi harga pula, kalau tak silap harga masa tu Rm49 dan postage Rm10.
Harga yang mampu milik lagi. 

So kalau kengkawan tak tahu nak order bantal macam ni kat mana, sila la terjah printcious okay. 🤗


Monday, 24 December 2018

Huggies Dry Pants Dengan 5 Kali Ganda Penyerapan Terbaik.

11:16 pm 44 Comments
Huggies Dry Pants Dengan 5 Kali Ganda Penyerapan Terbaik.

Hi readers tersayang..
Jom kita bersembang sikit. Bila kita bakal menjadi ibu dan ayah buat kali pertama, apa agaknya yang kita akan risaukan?

Dan.. Nak tanya juga la kan lagi lagi kengkawan yang dah bergelar ibu dan ayah ni..
Ada tak perkara penting yang sentiasa menjadi kerisauan dalam diri? 
Mesti ada kan? Mustahil takde. Lagi-lagi kalau anak tu masih kecil. Belum pandai berkomunikasi sepenuhnya kan?

Perasan tak, bila kita bakal menimang cahaya mata buat kali pertama, bila mana kita perlu membeli barang keperluan, mesti kita akan membuat pilihan, sehinggakan ke lampin pakai buang pun, kita akan pening pikir lampin pakai buang jenama apa yang terbaik untuk digunakan untuk anak yang bakal lahir tu kan?

Sejujurnya la.. 
Masa bakal dapat anak pertama dulu kan, kita memang mencari cari tau, lampin pakai buang mana yang terbaik. Walaupun bakal anak tak guna lagi, kita kena bijak pilih. Sebab? Baby ni kan kulitnya sensitif. So, nak elakkan dari perkara tak diingini, perlulah kita bijak memilih. 

Dan hari ini, kita nak share dengan semua pembaca la, tentang lampin pakai buang dari Huggies iaitu Huggies Dry Pants. Rupanya ramai ibubapa di luar sana menjadikan Huggies Dry Pants ni sebagai pilihan untuk anak mereka.

Jom kita ketahui lagi, kenapa Huggies Dry Pants menjadi pilihan.


- Huggies Dry Pants menjadi pilihan kerana mempunyai kadar serapan yang baik dan pantas. Ini kerana, ia mempunyai 1000 lubang mikro pantas serap yang membantu dalam kawalan serapan yang menyeluruh ketika digunapakai.

Lihatlah bagaimana pantasnya Huggies Dry Pants menyerap basahan berbanding lampin pakai buang jenama biasa di pasaran di dalam video di bawah:





- 5-way comfort fit yang ada pada Huggies juga membuatkan ia mempunyai regangan yang lebih baik serta keanjalan pada pinggang dan celah kelangkang bayi di mana ia tidak mudah bocor dan terlucut.

- Huggies dikatakan mempunyai lapisan yang lembut, dalam membantu mengawal masalah kulit yang sensitif. Kulit bayi tidak mudah melecet walaupun dipakai di dalam tempoh masa yang lama.


- Penyerapan terbaik. Lapik Bertekstur Lembut menyerap air kencing dengan cepat untuk mengekalkan kulit bayi sentiasa bersih dan kering. Ini dapat membantu anak kecil dalam mendapatkan keadaan yang selesa serta membantu anak mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam.

- Dilengkapi penunjuk kebasahan untuk membantu anda menentukan bilakah masa untuk menukar lampin. Bagi ibu yang kali pertama mendapat cahaya mata, ini dapat membantu anda untuk 'set time' bilakah waktu perlunya membuat pertukaran lampin anak anda.
Menunjukkan tahap tampungan kebasahan lampin, khas untuk kanak-kanak lelaki. Warna corak akan berubah dari kuning ke biru apabila bayi anda membuang air kecil; ini menunjukkan mungkin masa untuk menukar lampin*.

*Simpan di tempat yang dingin dan kering. Keadaan tempat penyimpanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan penanda tampungan berubah ke biru sebelum digunakan.

- Daya penyerapan 2 kali ganda. Sememangnya ia menjadi pilihan untuk ibubapa. Demi mendapatkan keselesaan anak anda. 


Jangan risau, Huggies Dry Pants menyediakan lampin pakai buang dari size Newborn hingga size Xxl. Ini memudahkan anda untuk membuat pembelian dari permulaan untuk penggunaan kepada seawal bayi anda dilahirkan. 



Mungkin ada ibubapa agak keliru berkaitan dengan saiz yang bersesuaian untuk anak-anak. Boleh juga dapatkan saiz berdasarkan berat badan mereka secara anggaran. Contohnya :
- Size M : 6-12kg
- Size L : 9-14kg
- Size XL : 12-17kg
- Size XXL : 15-25kg

Kenapa perlunya Huggies Dry Pants sebagai pilihan anda?
Ini kerana, ia telah diuji secara klinikal, Teknologi pengekalan kekeringan dan pengudaraan lampin Huggies® telah terbukti secara klinikal++ dapat membantu mengelakkan ruam lampin atau dermatitis.
++Akin et al, Dermatologi Pediatrik, 2001.

Jom Dapatkan Huggies Dry Pants dari http://bit.ly/2LgcBwt sekarang.

Sponsor

Comments