Showing posts with label Jualan Dalam Kem/Kauters. Show all posts
Showing posts with label Jualan Dalam Kem/Kauters. Show all posts

Wednesday, 24 July 2019

Wednesday, 19 September 2018

Roti Gebu Gebas Pelbagai Topping.

8:00 pm 4 Comments

Roti Gebu Gebas Pelbagai Topping.


Hai readers.. Sebenarnya kan, kita rasa la, kita ni sejenis manusia pencinta makanan. Haha.. 
Pantang betul nampak orang promote dalam group. Kalau rasa rasa berbaloi untuk beli, in shaa Allah kita beli. Itu pun kalau ada duit dalam tangan la. Tak kan nak order pakai airliur pulak kan? 
Tak kan la beli berhutang pulak. 
No, no, no..

Kita ni sejenis manusia yang tak suka berhutang. Apatah lagi barang makan. Bak kata mak yang selalu pesan. "Benda makan ni jadi t*ik.. Tak kan la dah tak nampak depan mata, baru nak bayar kan?"

So, haritu ada sorang akk ni open roti dalam group. Kita pulak masa tu tengok macam sedap jeeeee. Harga pun murah. RM8 je. Sambil support orang niaga kan, kita beli la. Anak suami pun boleh makan sekali. Tak tahu la nama roti ni apa. Haha. Dia macam roti biasa je. Tapi atas tu ada pelbagai topping.

So haritu beli, memang gebu betul la rotinya. Homemade kan.. Mesti la gebu dia tu lain. Fresh gitu. Budak budak biasa la. Suka makan topping hat atas tu je. Kita tak kisah sangat. Sebab manis topping dia. Makan sesikit je pun takpe.

Seronok bila dalam kem ni sebenarnya kalau ada yang rajin open order macam macam tau. Bukan apa, dah la nak keluar mencari tu, jauh. Satu hal pulak kalau elok keluar, kedainya tutup ke kan?
Kan elok kalau semangat berniaga tu ada di dalam kem. Tak perlu pening kepala cari kat luar. Lagi lagi kalau hari bekerja. 

Sebab kalau nak keluar hari bekerja ni, malam la pun. Itu pun pikir banyak kali nak keluar tu. Sebab jauh dan gelap. Bahaya sedia menanti. Seronok kalau dalam kem iskandar ni, orang yang berniaga tu macam kat kem syed sirajuddin, gemas tu. 

Setakat ni, ada beberapa jenis makanan jugak la kita dah beli dari orang kem. Lebih kepada tanda support juga sebenarnya. Sebab orang pun semangat nak open pelbagai jenis lagi hasil jualan kan?

Perkasam Ikan Sg. Pahang

5:54 pm 12 Comments

Perkasam Ikan Sg. Pahang


Hai readers. Siapa kat sini suka dengan ikan perkasam? Orang kata, makan lauk ikan perkasam dengan nasi putih panas pun dah berselera dah kan? Tu bagi penggemar ikan perkasam la kan..

Jiran depan rumah promote ikan perkasam ni. Promote dalam group whatsApp. Tapi sebenarnya kita tak pernah lagi jumpa dengan jiran tu. Hehe
Tengok macam sedap je. So tanda support orang berniaga, kita pun beli la sebekas. Rm5 je pun. 
Tak tahu la jenis ikan apa yang dibuat perkasam ni. Kita main beli je. Katanya ikan sg. pahang.

So tadi masak lauk tomyam. Pastu terbayang sedapnya ikan perkasam ni. Then ddy dorang balik, baru goreng. Makan panas panas ikan perkasam ni. Ya allah. Pertama kali la makan lauk tomyam sekali kan dengan ikan perkasam. Sedapnya. Ikan perkasam kan masin masin masam gitu kan. Ntah kenap tomyam harini tak berapa nak masam. So sedap la pulak.

Ke sebab lapar, tak tau la pulak. So, kalau habis stok perkasam ni, boleh la repeat order lagi. Buat stok. Orang kata ikan perkasam ni, lagi lama disimpan, lagi sedap rasanya kan?

Sponsor

Comments