Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, 3 September 2019

Riadah Petang | Pantai Kem Iskandar

1:17 pm 26 Comments
Hai readers.. Selamat tengahari..
Salam maal hijrah buat semua. Harini baru berkesempatan nak update blog kesayangan ni. Maklumlah bizi 24jam. Tapi tak tau bizi dengan apa.

Sebelum menjadi entri basi, baik Cik Mimi simpan dalam blog ni buat kenangan hari mendatang kan.

Kisahnya tentang pantai.
Rasanya sejak balik dari ipoh zhareef suka sebut nak mandi sungai. Tak tahu la mana dia tahu pasal sungai. Sebab rumah opahnya rumah taman. Dan rasanya dalam 4bulan dia duduk dengan Opahnya, takde pulak dorang bawak ke mana mana sungai. 🤔

Pastu bila dah balik mersing yang nampak laut. So dia akan sebut laut. "Mana laut, mana laut. Adik nak ngok kan (nak tengok ikan).

So bila keluar dari kawasan kem nak ke pekan akan nampak la juga air laut. Ke pantai ekkk nak sebut. Haha.. Laut dengan pantai tu sama ke tidak ekk? 😄😄
Okay, janji paham la yer. 

Kisahnya hari ahad nak pergi ke Pantai Penyabong. Minyak kereta tinggal setakuk. Ddy nya tak isi pun. Dah tanya, cukup ke minyak tu. Dia cakap cukup. Ehhh, yakin sangat la kan. Dah la tempat tu jauh juga. Sekali tak sampai pun ke Pantai Penyabong, dah naik lampu. Erm.. 

Patah balik ler jawabnya. Kenapa patah balik? Sebab mana ada stesen minyak nak isi kat situ. Cuak lettew ddy dia. Dah la nak patah balik pun jauh. Separuh jalan dah. Tak kesampaian la nak tengok Pantai Penyabong tu rupa mana. Anak anak pulak dok tanya, mana laut. Mana pantai. Erm.. Pantai apa nyaaa kalau dah kena patah balik.

Then cakap kat ddy nya.. "haaa, esok bawak pergi pantai dalam kem ekk"..
Actually dah setahun kat mersing, tak pernah pun ke situ. Ada ajak ddy nya ke situ. Tapi dah ddy nya  tak nak bawak, malas la kita nak bawak budak budak kan.

Dan semalam ddy nya kotakan janji. Sebab ddy nya kata, selagi tak bawak nanti mama nya bebel je cakap nak pergi pantai.

Ehh orang perempuan kan. Biasa la tu. Ajak pergi tempat FREE je pun. Bukan holiday tempat mahal mahal. 





Semalam bila pergi pantai dalam kem.. alahai... bestnyaaa.. Lapang je fikiran.. Dengan angin yang kuat. Permandangan pun indah. Berbeza la kalau tengok pantai kat tanjung tu. Walaupun pantai dalam kem ni bukan la tempat kunjungan orang ramai, tapi best. Sebab orang dalam kem je pun yang ke situ. 

Kalau nak mandi pun boleh. Takde hal. Tapi takde tempat nak salin pakaian je la. Sebab dia bukan tempat tuk berkelah sakan pun. Kalau nak berkelah pun boleh. Tapi kalau sakit perut ke, nak terkencing ke, pergi je la lari balik umah. Hahaha.
Macam umah cik mimi nak ke pantai ni tak la jauh pun kalau naik moto. Tak sampai 10minit pun. 

Tak pun tumpang la toilet dekat masjid. Masjid kem ni berdekatan juga la dengan pantai ni. So bila semalam dah bawak zhareef teruja la dia tengok air laut tu macam mana. Tertunai dah hajat nak bagi dia tengok laut. 



Ddy nya kata boleh la lepas ni anak anak boring kita jenjalan kat situ lagi kasi lapangkan fikiran. 
Duduk rumah 24jam pun boleh naik beku otak kan. 






Suka tengok pantai dalam kem ni. Airnya pun bersih je. Haritu ada tertengok Cik Puan Khalida ke Istana Flinstone. Then anakanda nya bermandi manda dekat pantai tu. Cantiknyaaa.. Tak sangka pula pantai yang anakanda mandi tu sama macam pantai di dalam kem ni juga. Kalau berjalan kaki dari kawasan pantai ni, rasanya sampai ke istana flinstone tu. 

Now dah ada port baru nak berjalan petang petang. 😍




Siaran dikongsi oleh nur syamimi (@syamimi8088) pada




promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

Sponsor

Comments