Rezeki Dari Sekolah.

Friday 16 June 2023



Orang kata, kalau dah tertulis rezeki tu, in shaa Allah memang tetap akan untuk kita kan. Cuma kita je la kena rajin berusaha. Tu syaratnya. 


Macam semalam, cikmimi baru je hantar tempahan aiskrim ke sekolah budak budak ni. Semalam, cikgu tempah 60batang untuk portluck ada cikgu yang akan keluar. Bertukar keluar. 



Tertulis rezeki buat cikmimi, ustazah yang pernah mengajar zara order aiskrim. Alhamdulillah. 

Seronok sebenarnya bila orang dah mula kenal produk kita. In shaa Allah, aiskrim yang cikmimi buat semua fresh fresh. Takde jual stok yang dah berbulan bulan simpan. 


Kalau stok betul betul agak banyak sikit dalam simpanan, cikmimi promote kat group kem sini. Ataupun up je status Whatsapp. Kalau kat group tu kena banyak stok dan banyak perisa. Baru seronok kan orang nak membeli. 


Dan ni pun cikmimi tengah sibuk menopup stok sebab ada yang order aiskrim lagi. Hari hari buat memang seronok. Tapi bila masuk hari jumaat mesti stok yang ada berkurang. Kena topup lebih. 


Tapi tu laaaaaaaa..

Nak mengadap aiskrim je kena pastikan makan tuk anak suami dah ready juga. Takde la cikmimi ngadap aiskrim sampai masak pun tak sempat. Hihi..

Tak boleh berniaga camtu kan. Sebab kita abaikan keluarga sendiri. 


Okay la dulu bebelan pagi ni. Cikmimi nak masuk opis dapo balik. Stop kejap kejap sambil nyusukan hanaa bagi tido balik. Baru aman mama dia nak buat kerja. 🫰

2 comments