Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch Mengatasi Demam & Tidur Malam.

Tuesday 20 June 2023

 


Memperkenalkan produk keluaran terbaru Tasneem Naturel, CF-Patch & Sleep Tight Patch, solusi ekspres untuk legakan selsema dan bantu tidurkan anak anda. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan.


Bila bercakap tentang keadaan anak yang tidak sihat, pastinya ibu ibu akan mencari jalan untuk meredakan kesakitan yang anak alami kan? Bagi cikmimi sendiri yang mempunyai 3 orang anak, semestinya dekat rumah cikmimi akan sediakan pelbagai jenis bantuan selain dari ubat-ubatan dari doktor. 

Tasneem Natural telah memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu CF Patch & Sleep Tight Patch yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana dalam menangani masalah anak yang tidak sihat.. 

Jom cikmimi kongsikan sikit apa kelebihan CF Patch & Sleep Tight Patch ini :-


Atasi Batuk

Batuk yang berpanjangan tentu menyakitkan buat si manja. Kita yang dewasa pun jika batuk tak berhenti rasa terseksa, apatakah lagi mereka. Betul tak? Jadi kita perlu bantu anak anak supaya mereka baik dari batuk dengan segera.

Keringkan Hingus

Si kecil masih belum pandai mengeluarkan hingus sendiri. sebagai ibu, kita akan kesian tengok anak yang tak selesa dengan keadaan hidung yang sentiasa dalam keadaan selsema kan?

Melancarkan Pernafasan

Tiada hingus, tiada lagi bendalir & tahi hidung yang menyumbatkan rongga pernafasan. Nafas pun tak lagi berbunyi. Yang ni adalah paling penting dalam memastikan anak anak dapat bernafas dengan baik. Supaya mereka juga sentiasa ceria.

Turunkan Suhu

Buat bayi yang selsema dan pada masa yang sama turut alami demam, CF-Patch dapat bantu turunkan suhu badan dengan pantas. In shaa Allah dengan izinnya. Apabila anak anak kembali normal, mereka akan ceria sentiasa. Ibu juga gembira. 

BAHAN-BAHAN AKTIF :-



Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb berupaya untuk bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk.
Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak. 
Cara Menggunakan CF Patch :-


Selain dari CF-Patch ini, satu lagi produk yang ibu-ibu perlu tahu ialah Sleep Tight Patch. Ini membantu ibu-ibu supaya anak dapat tidur dengan lena walapun dalam keadaan yang tidak sihat.


Jom cikmimi kongsikan apa Kelebihan Sleep Tight Patch ini :-

Kitaran Tidur Yang Lebih Baik

Sleep Tight Patch dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur. Bayi atau anak kecil memang memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti sebab ianya dapat membantu dalam tumbesarannya kan..

Tidur Yang Nyenyak

Tidur yang nyenyak dan berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood bayi yang baik. Bukan sahaja anak anak perlukan tidur yang berkualiti, malahan ibu juga supaya dapat menjaga anak dalam keadaan baik.

Kurangkan Keresahan

Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur, merengek dan meragam. Bagi memastikan anak dalam keadaan selesa, ibu perlulah mencari jalanpenyelesaian terbaik dengan penggunaan sleep tight patch dan CF Patch.

Kurangkan Situasi Terbangun

Bayi yang kurang terbangun tengah malam, tidur ibu ayah pun kurang terganggu. Ini juga tidak mengganggu emosi ibu dan ayah untuk menjalankan tugas seharian.





Kenapa memilih TASNEEM PATCHURE?

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi makan ubat. Solusi/produk lain yang berada di pasaran pula leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk.
Di sinilah Tasneem Patchure dapat membantu.



Shortcut Mudah

Mengapa perlu beratur panjang di klinik, atau menghabis masa yang lama menyapu pelbagai produk kalau boleh main lekat je?


Tak Berbau Kuat

Tak seperti koyok yang berbau terlalu herba dan keras, Tasneem Patchure tidak meruap sehingga satu bilik berbau busuk.


Tiada Kesan Gam

Tak meninggalkan kesan lekatan. Gam juga tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya.



Bebas Toksin, Lulus FDA

Tasneem Patchure diyakini selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi.






Kalau ibu ibu nak tahu,neelofa juga memilih CF-Patch ni untuk Bilal tau..





Cikmimi pernah menggunakan produk Tasneem ni satu ketika dulu ketika anak sulong & kedua masih  kecil.

Nampak gaya cikmimi juga perlu mendapatkan produk baru ni untuk baby hanaa..


Kalau ibu-ibu ingin mendapatkan sample percuma boleh layari https://www.tasneemnaturel.com/patchure/

1 comment

  1. Hai...singgah sini, lama dah menyapa...hahhaha..nampak mcm best produk Tasneem ini..huhuhu

    ReplyDelete