Kerja Rumah Kian Bertambah

Thursday 15 June 2023



Morning everyone. Lama nya tak membebel dekat blog ni. Rindu rasanya walaupun cikmimi tak tahu la still ada readers yang sudi singgah membaca ke tidak.


Tapi tak kisah la . Blog bukan untuk kita menarik perhatian pembaca semata mata kan.. 

Kadang kadang tu tempat kita nak melepaskan bebelan..


Takde kawan nak membebel takpe. Bukak blog, kita bebel habis habis kat situ. Pastu lega. Settle. 🤭🤭


Sekarang ni cikmimi macam biasa jugak. Pagi pagi kisahkan budak nak sekolah. Cukup masa nak kena masak memasak. Cukup masak nak kena pintal eskrim. Job paling membahagiakan cikmimi sebab bila dapat tengok stok eskrim yang pelbagai perisa tu, rasa happy. 



Budak budak datang membeli pun ada banyak pilihan sampai tak terpilih. Kerja rumah lain cikmimi buat juga. Tapi biasa la. Tetap jugak tak selesai. Gitu la bila kita adalah seorang housewife kan. 


Setiap inci ruang dalam rumah tu ada je kerja yang perlu diselesaikan. Kang dah mengemas kat sana, kat sini pulak perlu dikisahkan. Haaa gitu.. 

Alaaaa mak mak, isteri isteri kat luar sana pun agitu jugak. Sibuk je cikmimi ni kan nak bagitahu. 😅🤭


Alaaa, nama pun nak membebel kan.. Kena la panjang lebar cerita. Alang alang dah lama tak tepek story baru. 


Cikmimi ni kalau nak story pun kan kadang tak tahu nak story apa tau. Yela, macam takde yang menarik. Hari hari buat kerja yang sama. Nak story pergi jalan jalan, cikmimi tak berjalan ke mana. Tak kan pergi beli ikan pun nak cerita. Hahaha..


Jadinya kita bebel kosong kosong je la kan. Teringat zaman cikmimi kerja dulu kan, dah settle kerja cikmimi suka skodeng blog blogger blogger yang suka story pasal kehidupan seharian. Syok je baca. Hari hari update cerita baru. Bab anak anak. Bab masak memasak. Ehhhh kenapa bila cikmimi dah jadi housewife ni tak boleh nak cerita camtu?


Adakah kehidupan seorang cikmimi ni tak best? 😅😅


Erm.. kena cari mood balik la. Nak skodeng balik blog yang cikmimi suka tengok dulu tu. Ada lagi ke tidak. Mana tahu dari situ cikmimi ada kerajinan nak berkongsi kan.. 🤷🏻‍♀️


Atau ada readers kat sini berminat nak tahu apa apa story pasal cikmimi tak? Suh berkongsi resepi ke.. cara buat eskrim ke.. haha


Komen sikit. Sebagai buah idea. 💡

Post a Comment