Lengkap 2 Dos Vaksin.

Tuesday 31 August 2021

 Lengkap 2 Dos Vaksin.


Assalamualaikum & hi semua..

Macam dah lama sangat tak share cerita sendiri dekat sini kan..

Maklumlah dah Pkp gini. Apa yang nak diceritakan. 🤷


Okay la, kali ni kita just simpan kenangan pasal cucuk Vaksin je la.. Boleh?



Alhamdulillah, 13 Ogos yang lalu, cik mimi dah cukup 2dos suntikan vaksin yang pihak "kerajaan" wajibkan ke atas kita semua. 


Kita usaha jea la dengan cara ni untuk mencegah wabak yang makin menular ni kan.. Sebelum kita nak jaga diri orang lain, kita kena kisahkan diri kita terlebih dahulu. In Shaa Allah.. 


22 julai 2021 dapat suntikan pertama.

13 ogos 2021 dapat suntikan kedua.


Maka lengkaplah setakat ni pemberian dos vaksin ke atas badan ni. 


Kita doa yang baik baik. Moga takde kesan sampingan yang memudaratkan. 


Untuk dos pertama, takde effect apa kecuali pada waktu malam tu mengantuk sangat sangat. Pastu nak lena, tak boleh nak lena sangat. Macam tido tido ayam je. Tak tahu la sebab terlena awal, then budak budak bising ke apa. Badan macam panas. 


Bukan panas sebab kita demam. Tapi rasa macam bahang je badan ni tau. Rasa tak keruan, tak senang duduk jadi ya. 


Untuk dos kedua ni, Alhamdulillah badan okay. Cuma petang tu mai la rasa mengantuk. Tapi tak boleh nak lelap mana bila jap jap budak datang nak membeli aiskrim la. Budak budak kat umah ni bergaduh la. 


Kalau tanya kesan buruk lain tu, macam tetiba jatuh sakit ke apa, sakit kepala ke, demam ke, Alhamdulillah takde. 


Apa apa pun, memana kengkawan yang belum cucuk vaksin lagi, harap dapat bersabar. 🤗

In Shaa Allah, sampai turn kengkawan juga. Dan jangan ada perasaan takut okay. Just happy kan diri je. 

3 comments

  1. Alhamdulillah dah complete dos tanpa side effect yang teruk. semoga dijauhkan dari virus Covid 19

    ReplyDelete