Hai readers, morning..
Harini kita rajin nak menaip banyak kat blog ni. Seronok membebel kat blog. Hanya mereka yang bergelar blogger je yang tahu.
Kadang tu hal biasa-biasa je pun. Tapi syok nak share.
Kadang tu rasa macam perlu jugak kecohkan kat blog sendiri. Haaa, gituuu..
Sebenarnya kisah kita balik bercuti kat ipoh tu tak habis lagi wak.. Kita nak share gak la walaupun ceritanya tak penting mana. Sebab tu je cara nak bebel bebel bagitahu kengkawan, syoknya balik kampung. Haha..
Maklumlah, balik kampung setahun sekali. So agak kejakunan la sikit kan.
Orang kata, bila balik berkumpul anak beranak ni mak ayah memang la paling happy kan? Macam macam la dorang nak tamu anak makan gitu. Kadang tu pikir balik, anak yang balik la belanja mak ayah makan. Ni kadang terbalik. Mak ayah belanja anak anak makan. Haha..
Macam haritu masa balik Ipoh bulan 11. Kebetulan adik yang tentera tu balik jugak. Dapat cuti habis Operasi 3bulan. Takdir Allah, dapat kitaorang berkumpul lengkap 4beradik dengan ipar duai. Bila dah ramai ramai mak akan tanya la.. "korang nak makan apa"?
And me "akak nak makan Laksa mak buat"
Actually, kita tak pernah masak laksa sendiri.
Why?
Sebab ddy dorang tak suka laksa. Anak anak pun kalau makan mesti makan mee laksa dengan telur rebus je. So mak dia takde geng makan.
Bila dah balik ipoh tu, geng makan laksa ramai oiii.. Adik, adik ipar, mak, and me opkos dah buat rasa berselera bila makan beramai ramai kan?
Tu yang syok tu. Kadang tu dah makan banyak dah. Satgi kang geng makan lagi lepas 2jam macam tu, kita pun ikut menambah lagi. Hehehe..
Cakoi!
Hat ni favouriteeeeeee sangat okeh! Nak-nak dengan kuah kaya dia tu.. Marvelousss sangat.
Satu petang tu macam hujan. Hujan renyai. Tapi macam lebat jugak la. Tiba-tiba abah start motor keluar. Cuak dan risau. Sebab menonong je keluar tak bagitahu nak kemana.
Tak lama tu abah balik dengan bag plastik.
Abah cakap kat cucunya..
"ni makan cakoi ni zhareef"..
Ni bukan cucu yang happy sebab dapat macam cakoi favouriteeeee.. Tapi anak dia yang ke'happy'an okay. Kat mersing tak tahu ada orang jual ke tak. Nanti nak cari la.
Minum petang ramai-ramai sambil menikmati cakoi.. Tahu tak nikmat tu macam mana.. Duduk semeja beramai-ramai. Itulah moment yang sangat bermakna.
Tapi sayangnyaaaa.. Takde gambar kenangan la pulak. Next time bila balik. Boleh la bergambar kenangan kan.. In shaa Allah.
Kek Masam Manis.
Mak buat pertama kali ikut resepi baru dari buku yang adik beli. Simple resepinya. Tapi kita lupa pulak nak ambik resepinya tuk try buat sendiri.
Mak buat untuk bekalkan pada adik ipar. Kiranya buahtangan untuk besannya. Sebab adik ipar nak balik ke rumah maknya. Buat 2 bekas. 1 bekas untuk makan sendiri.
Zara suka pulak. Then makan ramai-ramai jadi tak cukup pulak.
Esoknya demi cucu, mak repeat buat lagi. Cuma buat berwarna warni sikit. Nikmatnya bila balik rumah mak. Makanan yang simple-simple ni bila dimakan beramai-ramai terasa begitu nikmatkan?
Itulah yang dikatakan nikmat kekeluargaan. 💕
aduh mimie ni buat org lapar pagi2 ni..hihi
ReplyDeletetak silap ada tengok laksa ni kat fb ke ig tah pastu terus teringin :(((
ReplyDeleteKalau balik kampung memang tak berhenti makan. aktiviti balik kg makan macam-macam..seronok!
ReplyDeleteya.. nak makan laksa ade geng, baru semangat nak masak sendiri. setakat kita sorang nak makan, alamatnya beli je la. hihi. tapi, Ros buat juga kalau teringin. sebab kadang-kadang beli ni tak kena dengan selera.
ReplyDeletesedapnya ! dah lama teringin cakoi dengan kuah dia tu.kalau dekat jb ni susah nak jumpa kena balik perak bersepah orang jual.balik hujung minggu ni memang airah pergi borong cakoi jela
ReplyDeleteAduiii.. Laksa tu sedap nampaknya. Kita pun teringin nak buat sendiri, tapi anak² xmakan.. So macam rugi pulak nak buat. Kalau beli senang sikiy.. Hahaha..
ReplyDeletewaa bestnyaa ada pelbagai jenis makanan tuu lagi2 bila dpt apa yg kita suka dan dah lama diidamkan tu kan, hehe! best betul dapat makan semuanya ramai2, barula meriah dan happy jee rasa nak makan bila mcm tu kan hehe. semuanya nampak sedap2 belaka pulak tuu mmg best! 😃
ReplyDeleteLaksa? Huiiii saya pun suka sangat. Sedapnya lahai. Nak dapatkan laksa yang sedap tu susah juga. Kadang2 kuah dia cair sangat. Kalau masak sendiri best la. Makan ramai2 pastu mulut pot pet. Kejap je laksa kat tangan habis. hehe
ReplyDeleteLaksa tu mmg favorate zaza tau.. Dpt hari2 mkn laksa tu fuhh sedapp
ReplyDeleteMemang kalau balik rumah mak ayah ni seronok. Semua yang kita nak makan, mesti dapat. Lagi² makanan legend masa kecil². Air tangan mak. Air tangan makcik gerai tepi jalan masuk kampung, Memang best! Bab laksa tu Ya Allah, cx paling tak reti buat sebab renyah bayka benda nak kena sediakan. Hahahaha tp makan reti ahhaha.
ReplyDeleteall the food look so delicious. make me feel hungry now. I wish to eat Cakoi because they are crunchy outside and fluffy inside. best to dip with kaya so yummy la wei
ReplyDeleteBila balik kampung dan berkumpul ramai ramai dengan adik beradik memang best dan meriah samgatkan Makan pun jadi berselera kan
ReplyDeleteNad bukan peminat laksa tapi nampak laksa tu kuah dia pekat, mesti sedap kan. Part laksa ni boleh tahan lagi. Tetibe nampak pulak my favourite cakoi TT_TT Dah alam sangat tak dapat makan cakoi. Sebab masa study Penang dulu cicah dia lain dari negeri Nad. Eee tapi memang dah lama sangat la tak dapat makan cakoi.
ReplyDeleteSebab tu walaupun sepandai mana saya masak kat rumah tetap nak balik kampung dan juga nak rasa masakan air tangan ibu memang itu yang paling sedap. Ala rindu lah nak balik kampung nak makan semua masakan mak... Waaaa jahat...
ReplyDeleteKalau berkumpul ramai-ramai memang masa makan la best. Masakan macam2 then duduk panjang je makan hidang. Rindu nak makan masakan kampung sebab memang lah sedap.
ReplyDeletememang seronok berkumpul adik beradik sambil masak2 n makan2 tu. dpt mengeratkan silaturrahim..
ReplyDeleteI paling suka makan asam laksa waktu petang petang, best sangat.
ReplyDeleteMmg selalu mcm tuuu..kalau anak sebut sepantas kilat je Mak masak kan...huihhh..kuah pekat, kuah cakoi tu lagi...aduhaiii
ReplyDeleteRawlins pun sama - bila balik Sarawak je, memacam masakan emak akan diminta. Hehe. Memang best bila berkumpul satu keluarga kan.
ReplyDeleteSedap2 makanan tu.. terutama laksa dan cakoi. Tapi lebih istimewa sebab kita dapat nikmati di kampung sendiri bersama ahli keluarga lain
ReplyDeletelooks very sedapppp! especially the kuih.. and the laksa too! although it looks different from the one in penang but i supposed it must be very appetizing.
ReplyDeleteInvest in PRS to get Tax Relief!
Wah tengok laksa terus terliur memang suka juga dengan laksa ni. Kalau kita dapat masak sendiir menu yang kita nak, memang bagi 1 kepuasan kan.
ReplyDeleteWah..mcm2 masak klu dah ramai Berlin,mcm kak pun klu blk kpg suami dulu pun mcm tu,tp skrg dah kurang sbb dah xda sapa kat kpg,kak ipar plk sbk dgn restoran Ida.
ReplyDeleteNampak sedap macam nak try je. Nanti boleh la share resepi dekat pengikut bleh
ReplyDeleteLapar semula tengok mknan2 ni..huhu
ReplyDeleteThat laksa and kaya with fried yao tiao is so good, you're so lucky!! I really miss eating authentic food like that.
ReplyDeleteKesemuanya lauk fav wawa... Hehe.. Btul mmg puas kalau apa kita nak smuanya dh dpt kan? Takdelah rasa terkilan bila dh pergi tp xdpt..hihi
ReplyDeletecakoi tu wak makan panas2 time petang petang gini dengan teh o.. pehhhhhhhhh.. syahdu dia lain macam.. hee~
ReplyDelete