Monday, 10 December 2018

Jauh Perjalanan, Luas Permandangan.

Hai readers. Selamat petang..
Dah lewat petang baru dapat update blog. Pagi tadi menaip dah sikit. Tapi tak larat nak habiskan. Kepala sakit berdenyut-denyut. So petang ni kita settlekan update entri ni ehh..

Ni nak habiskan cerita pasal percutian kat ipoh haritu. Ehhhh dah kat sebulan baru nak habiskan cerita ke??

Maklumlah, nak mengarang ni kena perlukan modal idea. Perlukan masa. Tak seronok kalau main cerita je, tapi bila baca balik, macam takde 'feel' je. So harini, kira last entry pasal #Percutian2018DiIpoh ye. Kemain entri panjang lebar kan. Hehe

Orang kata, jauh perjalanan kita, maka makin luaslah permandangan kita. Betul tak?
Erm.. Macam kita ni, dulu duduk gemas, kalau nak balik ke Ipoh dalam 6jam dah sampai. Itu kalau jalan elok clear. Tak jem gitu.
Tapi kalau jem, pernah merasa 8jam la gitu. Masa tu tunggu hari nak bersalinkan zhareef. Mujurlah zhareef takde bagi hint nak keluar. Haha..

Bila dah berpindah ke Mersing ni, perjalanan makan masa 10jam. Itu pun kalau tak jem. Haritu kami sekeluarga gerak jam 7.15pagi dari rumah. Dan sampai Ipoh jam 4.30 la macam tu rasanya. 

Penat?

Tentunya. Walaupun hanya duduk sebelah. Walaupun dapat berhenti rehat di RnR sekalipun, penat tetap terasa!

Sebenarnya, bila start kata nak balik ke Ipoh, satu benda yang kita suka tengok adalah permandangan. Lagi lagi bila dah masuk highway. Seronok tu lain. Yela, mood balik kampung is ON kan.


Tapi paling best bila dah sampai ke Pusat Bandaraya. Suka tengok keindahan bangunan yang megah berdiri. Terasa kagum. Terasa makin berkobar kobar nak sampai ke rumah mak abah. 
Tapi kalau diberi pilihan untuk pindah ke bandaraya besar tu, rasanya macam taknak. Sebab kesibukkan kota. Tapi seandainya kena juga berpindah tanpa ada pilihan lain, kena juga ikut la kan. 


Sebenarnya seronok sangat bila perjalanan balik ke kampung tempuh pusat bandaraya ni. (Kuala Lumpur) Dapat tengok kesibukan kota sekali sekala kan. Tapi sebab lalu atas highway, jarang la jem. Sebab kitorg kalau balik, tak pernah la balik time perayaan. Kena balik time hari bekerja. Sementara zara belum bersekolah, boleh la balik. Nanti zara dah sekolah, kena juga plan balik time cuti sekolah. 


Lagi satu bila lalu pusat bandaraya ni kan, kita suka perhatikan awan. Indahnyaaaa.. 
Lagi lagi nampak luas je. Seronok tengok. Keindahan ciptaan Allah kan. Bila bergerak awal pagi dari Ipoh, akan nampak kabus yang tebal. SubhanaAllah.. Terlalu indah.. 

Benarlah kata pepatah..
Jauh perjalanan.. Luas pemandangan..

23 comments:

  1. Bila jalan jauh...merenung langit...itulah jadi terapi...tengok gelagat orang...kenderaan lain..

    ReplyDelete
  2. Kalau balik kg.. TB tak fikir lain.. kalau lama perjalanan tu if selesa ok la.. kalau time tu nak terkucil la.. perut meragam ke.. adoi.. yang tu memang spoil betul.. hahahah.. nak jalan jauh ni.. doa2 je badan sihat kan mimi

    ReplyDelete
  3. Macam kg zaza pun nk sampai 6 ke 7 jam..tu kalau jem lagi lah naik krem kaki.. Haha.. Tu baru duduk belakang.. Kalau yg memandu lagi lah letih ya amat.. Tp seronok gak jauh2 ni sbb dpt tgk pemandangan indah sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
  4. Akak pun sama mimi..kalau perjalanan jauh akak suka tengok pemandangan jugak..jarang la tido dalam kenderaan sebab nak feel tengok tempat orang...akak tunggu sihat jer ni lepas tu banyak plan nak buat untuk anak dara akak tu...

    ReplyDelete
  5. betul tu..jauh perjalanan luas permandangan...perjalanan yg amik masa jauh ni kalo dpt tgk permandangan yg sejuk mata memandang mmg syok la...tp kalo ada ank kecil bosan juga diorang...tp kena sediakan la apa2 dlm kenderaan supaya mereka tk bosan...

    ReplyDelete
  6. airah pun tak sabar nak balik perak weekend ni.walaupun balik kejap je sebab ada urusan tapi bila dah ada dekat negeri sendiri rasa seronok je

    ReplyDelete
  7. memang bagus dapat ke negeri orang atau sekadar dalam negeri.. kita luaskan pemandangan.. gain knowledge.. get new feeling kan.. takdela sama je kat tempat kita tak keluar2. cuti sekolah ni, ligan la berjalan tapi tak dapatla kereta rosak. huhu. hopefully b4 end cuti, anak2 dapat jalan2 tuk view diaorg selain dari area kampung-rumah. haha

    ReplyDelete
  8. Ye..jauh berjalan luas pemandangan. Sebab tu kte suka travel heheh banyak pengalaman n pengajaran utk setiap perjalanan

    ReplyDelete
  9. Cx pon kalau pergi tempat orang, pertama sekali suka tengok view sekeliling. Then suka hirup udara segar. Kengkonon udara dkt setiap negeri berbeza². Hahah bab awan tu cx pon sama! Suka tengok. Dekat negeri sendiri pon suka tengok,apatah lagi jalan jauh. Lagi suka tengok. Rasa kagum dengan kuasa Allah.

    ReplyDelete
  10. Memang jauh sungguh perjalanan dan luas pemandangan hehehe kita sendiri dah lama tak berjalan jauh-jauh macam ni harap-harap tahun depan kita akan pergi bercuti dalam negara juga lah... ok lah lepas ini nak up pemandangan yang luas dan jauh hehehe..

    ReplyDelete
  11. Betul tu jauh perjalanan luas pengalaman. Memang banyak benda boleh belajar dari perjalanan kita ke suatu tempat ni. Cerita suka, duka and seram pun ada kan? Eh rindu juga nak ke Ipoh. Lama juga tak ke sana.

    ReplyDelete
  12. betul tu, jauh perjalanan luas pemandangan. kaella pun suka tengok awan-awan nampak tenang jer.

    ReplyDelete
  13. Kita pun suka tgk awan.. Nampak tenang ja... Hati pun tenang bila tengok awan lama2

    ReplyDelete
  14. Samalah dengan sis..kalau gi mana-mana sure tengok awan and tangkap gambar awan..unik sangat n menenangkan, baru2 ni pun sis dok sibuk gak tangkap gambar awan bila berada diawan biru..cantik sangat

    ReplyDelete
  15. Memang penat sis. Syira faham sangat sebab dulu selalu travel balik Kedah. Walaupun tak drive memang terasa krem kaki tu. Hehe tapi seronok kan sekali sekala balik kampung ni. Berkobar ja sementara nak sampai

    ReplyDelete
  16. Qiss pun suka kalau balik Ipoh dan tengok pemandangan sepanjang jalan. Macam-macam kita boleh lihat. Lama dah tak pergi Ipoh. Nanti nak curi masa gi sana. Walaupun sekejap..

    ReplyDelete
  17. Lepas habis spm, ena da start berdikari sendiri. Belajar berapa kali semua jauh2.. sekarang dah kawen pon ikut suami. Seronoklah sebab kita dapat belajar culture orang lain.. bila raya seronok je nak balik kampung.hehe.. berbezalah rasa merantau ni.lom penah sampai ipoh. Teringin pergi sana.

    ReplyDelete
  18. yes i agree with you. and also in a deeper meaning, the more we explore, the more we get to know. the more we know, the more we know what we do not know. hahaha

    EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!

    ReplyDelete
  19. if i went travel, definitely i will not fall asleep in car as i got so much things to see out there.. thou up hill as well... i love to counts those trees and also looking at the sky too.. feeling so lucky that im still seeing the beautiful scenery

    ReplyDelete
  20. memang betul jauh perjalanan luas pemandangan..otak pun jadi more open minded bila tgk adab dan budaya tmpt lain..eh sama la ciktom pun suka tgk view awan..cecantik dan mendamaikan.

    ReplyDelete
  21. Kalau sebelum tol highway jalan duta tu waktu malam lagi cantik tgk bagunan masa masuk kl. Cantik sgt. Tk boleh nak snap sb drive. Haha

    ReplyDelete
  22. Betul! The more we travel the more we experience and our mind are not so narrow. Plus the more I travel the more I love my country, we Malaysians are so blessed nation.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments