Redha Dan Permudahkan. Niatlah Bersedekah Dalam Cara Apa Pun.

Friday 6 April 2018

Assalammualaikum, hi readers.
Pagi jumaat yang indah ni rasa nak menaip pulak. Berhari hari dah tak update kan. Line slow + tak tahu nak story apa. So harini kita cerita pasal bersedekah la, boleh?

Macam mana cara kengkawan bersedekah?



Bila ditanya macam ni, terus zassss kita terpikir kan? Terus rasa macam, ehhh aku ni rajin ke memberi?

Kalau cara saya, setiap hari Jumaat, saya suka ke pasar malam. Sebelum keluar, saya pastikan bawa wang RM1 lebih. Macam standby dalam RM10 macam tu. Selalu kat pasar malam ni nampak mereka mereka yang dari sekolah tahfiz kut, beberapa orang minta sedekah. Selalu nya dalam 3-4 orang macam tu. 

Kalau ke pasar malam, kadang saya suka jalan belakang suami. Sebab kadang suka masuk kan duit ke tabung tu senyap senyap tanpa pengetahuan dia. Hehe..
Orang kata kita bersedekah tak perlu menunjuk-nunjuk kan? Tak banyak takpe. Janji memberi. 

Kadang tu suruh zara yang masukkan duit ke tabung. Dari sekarang saya cuba nak didik ZaraZhareef untuk rajin memberi pada orang yang memerlukan. Tak banyak takpe. Janji tangan tu ringan menghulur. Sometimes pass duit pada ddy dorang, suruh bagi zhareef yang masukkan. (Ddy dukung zhareef)

Saya rasa tenang sangat kalau dapat menghulur even tak banyak. Paling terharu kalau beri pada pakcik makcik yang buta penglihatan. Mereka siap kata "semoga rezeki anak dimurahkan lagi".. 
Allah, lebih dari rasa tenang rasanya.

Saya selalu pikir, dalam saya menjadi dropship, rezeki yang saya hulurkan juga adalah rezeki dari customer saya. Saya anggap hulurkan sikit bagi pihak mereka. Lagipun kita tak kan jatuh miskin kerana bersedekah kan?

Orang kata, kita permudahkan je. Tak banyak takpe, dapat memberi sikit pun takpe. Selalu perasan, kalau dalam 1 hari tu saya dapat menghulur, Allah gantikan CASH!
Dia berikan customer yang ingin beli baju. Allah datangkan rezeki job untuk blog. 

Alhamdulillah..

Permudahkan, walaupun dalam nilai yang kecil. 

21 comments

  1. ya betul.the power of sedekah (^_^)

    ReplyDelete
  2. Samalah cara kita..sedia duit rm1...tapi biasa bukan sha letakkan..suruh anak2 letak..

    ReplyDelete
  3. btoi la sedekah byk mana yg mampu :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. betul tu mimi.. lagipun bersedekah salah sati cara nak menyucikan hati kita.. Dan macam mimi kata.. Allah beri balasan disebalik niat murni kita tu dalam sekelip mata

    ReplyDelete
  5. ya once we go out need spend money. better to bring extra money, last time I bawa anak lrt he tercicir RM1 untuk beli ticket, nasib baik I ada bawa extra RM1 kalau tak kena patah balik rumah. Saving money important, can start teach save from young. sikit sikit menjadi bukit

    ReplyDelete
  6. betul entry nih. semalam ai ada bersembang dengan sorang abg ni..dia meniaga mmg tak pernah kedekut. dia ckp kalau kita bagi lebih Allah balas setimpalnya.

    ReplyDelete
  7. Dah lama rasanya tak bersedekah. Baca entry mimi ni terbukak pulak hati nak bersedekah semula

    ReplyDelete
  8. Yang ni akak setuju sangat2..lebih banyak kita sedekah, lebih murah rezeki kita..

    ReplyDelete
  9. setuju dengan konsep sedekah ni..perlu diamalkan..lebih banyak sedekah lebih mudah rezeki kita kan

    ReplyDelete
  10. Bagus amalam sedekah ni. Banyak kelebihannya. Insyaallah kalau kita betul betul ikhlas. AdaAda ganjarannya

    ReplyDelete
  11. Ada sorang abang ni dulu dia selalu pesan, jangan takut nak sedekah. Kalau boleh sedekah lah time rasa plg tgh syg benda tu.

    ReplyDelete
  12. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, tidak akan miskin jika kita memberi sedekah. Moga diberi rezeki yang lebih buat Syamimi sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Betul tu.. Sekali kita memberi, Allah bagi ganjaran berlipat ganda. .Jangan kedekut. Even kita dapat payment sikit, sedekah la sedikit.

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Sebab orang selalu kata makin bnyk sedekah semakin bertambah rezeki kite. Walau sekecil jumlah pun kite sedekah keikhlasan itu penting.

    ReplyDelete
  15. Ya betul tu. Tak jatuh miskin kalau bersedekah Akak pun selalu ajar anak anak bersedekah supaya sampai diorang besar diorang seronok untuk bersedekah. Akak pun kadang suka sorok sorok bila bersedekah tak nak nanti orang cakap kita menunjuk2 kan

    ReplyDelete
  16. Sedekah selain dapt membersihkan harta. Kita dapat mendidik hati untuk sentiasa berkongsi mengingati orang yang lebih susah. Tangan yang memberi lebih baik daripada yg menerima itu mmg tidak dapat dinafikan lagi

    ReplyDelete
  17. Mudahan dimurahkan rezki ye. Memang betul takkan miskin kalau bersedekah - malah akan mensucikan harta dan memudahkan rezki kita.

    ReplyDelete
  18. betul sangat , biar sedikit yang penting berterusan ...pupuk rasa sedekah pada diri anak2 supaya mereka jauh dari sifat bakhil ...semoga anak sya menjadi anak2 yang soleh

    ReplyDelete
  19. Yana jarang bersedekah... Tapi selalu menolong kucing2 Jalanan... Hehehe itu je yang mampu buat masa ni... Huhuhu

    ReplyDelete
  20. Allah dah kata tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima. Kena ingat 1 ja bila nk bersedekah... Dalam rezeki kita ada rezeki org lain

    ReplyDelete