DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

Sunday 29 April 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


Harini saya nak share la dengan semua, mungkin ada yang belum tahu lagi, satu jenama yang tidak asing lagi bagi semua kaum lelaki iaitu Dashing yang sememangnya kaum lelaki menggemarinya telah mengeluarkan satu lagi produk baru dipasaran. Boleh dikatakan, Dashing menjadi sebutan dan ramai yang menggemarinya. Ddy ZaraZhareef pun salah seorang yang menggunakan produk ni tau. Sebab tu dikatakan Dashing ni mendapat perhatian.


Baru-baru ni, saya hadiahkanlah produk baru Dashing ni pada suami. Sometimes kena la buat kejutan sikit kan? So harini baru la dapat share apa yang saya berikan pada ddy ZaraZhareef ni.. Nak tahu takDashing ni keluarkan produk apa? Jom baca coretan dibawah ni..
 

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.
Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.




Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.


DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml

So, sesiapa yang nak hadiahkan pada suami tersayang dengan produk baru ni, boleh la cari di pasaran sekarang. Atau mungkin nak jadikan ia sebagai set hantaran perkahwinan pun okay juga kan? Satu idea yang menarik. Pastinya penerima akan begitu teruja!

Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Dashing idaman setiap kaum lelaki ni bolehlah layari :

Website : www.dashing.com.my

9 comments

  1. Suka sangat bauan dashing nie.. Maskulin habis.

    ReplyDelete
  2. Suka bau dashing ni..nti bleh beli set ni tuk besday asben hihi

    ReplyDelete
  3. Saya suka bau dashing ni, Sedap memang sesuai untuk lelaki buat hantaran boleh Okey

    ReplyDelete
  4. Nak beli satu set untuk adik saya, dia tu memang kuat bersukan.

    ReplyDelete
  5. Wah dh cntik btol dashing skrg.. Bau yg lembut skit botol hijau ke kuning mimi?

    ReplyDelete
  6. dashing memang best produk dia. Dahla wangi pewangi tu..memnag kena cari yang ni, nampak comel botol dia berwarna

    ReplyDelete
  7. suka bau2 dashing ni..masa bujang pernah pakai perfume dia..hahaha.. walaupun tu lelaki punya..tapi sebab suka..pakai je la..

    ReplyDelete
  8. Confirm wangi kan mimi..untung cik abang dpt dashing.packaging pun menarik

    ReplyDelete
  9. Dashing ni dah lama ada dipasaran. Keluaran yang baru ni wangi sangat. Suka suami kita dengan dashing sport ni. Packaging pun smart

    ReplyDelete