KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU
Hai, harini saya nak bercerita tentang satu produk baru keluaran Carrie Junior. Rata-rata ibu zaman sekarang ramai yang memilih produk yang dikatakan produk yang terbaik untuk anak-anak sejak dari dahulu lagi kan?
Sebut sahaja Carrie Junior, tentunya semua orang mengenali jenama yang terkenal ni kan? Kalau saya sendiri, produk ni memang sinonim dengan diri sebab digunakan dari kecil lagi sehingga kini. Lagi best sebab produk ni dihasilkan dengan bau bauan yang sungguh menyenangkan.
Mungkin ada yang belum tahu, Carrie Junior telah mengeluarkan satu lagi produk baru selain dari penjagaan diri seperti mandian, serta bedaknya. Kini Carrie Junior memperkenalkan produk barunya iaitu Wipes atau lebih dikenali sebagai tisu basah bayi.
Kalau ditanya penting ke tisu basah ni? Saya sendiri yang sememangnya mempunyai anak kecil, tisu basah ni sememangnya satu benda yang penting dan perlu dibawa ke mana-mana bila berada diluar kawasan rumah. Contohnya anak kecil ni boleh dikatakan suka memegang sesuatu yang kita mungkin tidak perasan. Lepas tu meminta makanan. Jadi adanya tisu basah ni sebagai langkah untuk menyelamatkan keadaan la..
Dan lagi satu bila berada dalam kereta. TIba-tiba mereka makan sesuatu. Kadang-kadang tangan tu melekit-lekit, jadi adanya tisu basah ini sedikit sebanyak memang membantu la.
Jom kita kenali sikit tentang Carrie Junior ni.
Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.
Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada dipasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia, memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtimes Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80helai sesuai untuk diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.
Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.
Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).
*Harga termasuk GST.
Website : Carrie Junior
Ehh dah ada yg wipes ke..senanglah lepas ni nk bawa kemana2 kan.. Kita suka bau carrie junior.. Wangi sgt2
ReplyDeleteBestnya, saya suka baru produk Carrie junior bau baby tenang je wangian yang lembut
ReplyDeletekalau poo poo emergency pun boleh guna...cuma tak sesuai la kalau mak nak tumpang pakai kat muka..sbb bau wangi nawwww
ReplyDeleteProduk carrie junior mmg best..wipes dia pun bau wangi..budak2 suka
ReplyDeleteWah carrie junior dah ada wipes.lagi mudah kerja kan
ReplyDeletetau takpe..sejak ada anak kecil ni, tisu basah memang wajib bawak sana sini..suka dengan tisu basah carrier junioe..bau wangi
ReplyDeleteNi klu dapat kat anak2 buah emi ni, cepat je habis dorang buat main. Haha
ReplyDeleteKita ni pun zara suka buat main. Lap muka la. Dia ckp wanginyaa..
DeleteSuka dengan wipes carrie junior ni sebab wangi dan bila lap terasa bersih..
ReplyDeletenora pun guna jugak selalu bawak wet tissu ni pi mana mana.. anak saudara suka dengan wet tissu ni dia pun kata wangi kot..
ReplyDeleteWa.. bestnya.. mesti budak2 suka kan.. tengok happy je
ReplyDeleteTeman pun standby satu pack dalam setiap bag sebab kadang kalau keluar main ambil je beg.. so setiap beg memang dah ready siap2 wipes tiddue
ReplyDeleteSuka sangat wipes nie.. Bau dia pun best..
ReplyDeletesuka baby wipes...sng nk bawak travel...thanks for the share...salam perkenalan...
ReplyDelete