KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

Friday 9 March 2018


Hai readers!
harini saya nak share tentang KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR!

Kalau nak bercerita tentang produk ni, produk ni dah dikenali sejak dahulu lagi kan? Masa tu zaman kita ni masih bersekolah lagi tau. Mak memang beli produk carrie junior la tuk kami adik beradik pakai. Dari bedaknya sampai la ke mandian & shampoo nya juga. Baunya jangan dikata la, semerbak! Dan sehingga ke hari ini pun, mak masih gunakan lagi produk ni. Setia kan?


Jom kita cerita kan lagi tentang KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!




Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml.





Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.


Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.







13 comments

  1. Bukan budak-budak jer suka dan gunakan carrie junior ni. Ros pun suka tau. Selalu beli yang botol purple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik Rose. Mak kita pyp sampai sekarang guna produk ni.

      Delete
  2. bestnye carrier junior..mase mandi masa ceria

    ReplyDelete
  3. Alololo.. Kita yg dewasa pon suka sgt dgn carrie junior ni.. Hehehe.. Bau dia pon sedap wangi...

    ReplyDelete
  4. anak2 akak masa diaorang kecik dulu memang akak belikan Mandian CJ ni..bau dia sedap, lepas tu pekat pulak,lambat la habis..jimat duit..hehehe

    ReplyDelete
  5. Anak anak akak memang guna Carrie Junior nihbdai dulu lagi.

    ReplyDelete
  6. Bukan stakat kanak2 yang teruja dapat ni kita yang dewasa pun teruja hihihihi.. Suka bau carrie junoir ni wangi

    ReplyDelete
  7. Carrie junior memg best..wangi sangat..kalau mandikan anak, satu bilik air bau wangi..hehehe

    ReplyDelete
  8. Carrie junior ni sedap je dia punya bau... geram macam nak makan je...

    ReplyDelete
  9. Sabun kesukaan anak-anak. Wajib ada di rumah...

    ReplyDelete
  10. Bila baca tajuk ni trus mulitnyanyi lagu carrie junior.. ahhaha

    ReplyDelete
  11. emm..budak-budak ni selalu suruh beli botol baru nak dapatkan mainan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  12. Harraz pun dah start pakai mandian ni.. hehehe.. wangi sangat kan mimi.. yang ebstnya ada mainan kat belakang tu.. suka benar mak nya .. eh.. makn nya pulak.. hahaha

    ReplyDelete