Short Vacation Unplanned : Bandar Hilir Melaka.

Sunday 21 January 2018

Short Vacation Unplanned : Bandar Hilir Melaka.


Hai readers! Assalamualaikum..
Berapa hari dah dok taip, tapi tak selesai mengarangnya. Taip sikit, masuk draf. Sudahnya berhari hari laaa baru nak selesai cerita. Sampai cukup seminggu baru nak publish. 

Tengok tajuk macam menarik je. Menarik ke? Ke kita je rasa menarik tu? Ye, Unplanned sebenarnya. Kisahnya hari sabtu baru ni .
13 Jan 2018. Ddy dorang ni ajak musing ke KL. Nak cam jalan tuk tempat kursus nanti. So kita ikutkan je la. Tolong teman. Tapi sampai tempat tu, takde la kitorng melencong singgah mana mana pun kat KL tu. Tak tahu nak singgah mana. Tiba-tiba blurrr 

Blurr sebab tak plan juga lepas tahu tempat kursus tu nak pergi mana. Haha.. sungguh la memusing kat jalan ajeeee.. Takpe-takpe, next plan balik pergi KL tu mana pulak nak dituju.

Disebabkan memusing atas jalanraya semata-mata, so cakap kat ddy dorang ni balik singgah Bandar Hilir. Dah lama tak jejak situ. Last pergi masa lepas kahwin. Kiranya 4 tahun lepas la. Dan datang balik 4tahun kemudian dengan 2 orang anak. Haha.. Dasyat kan. Nama je kawin dengan orang Melaka, takde maknalah nak musing bandar Melaka tu selalu.

Sampai Bandar Hilir kita teruja jap. Haha.. teruja sebab 'akhirnyaaa sampai jugak'.. Dah ada anak of course la teruja tu lain kan. Sebab rasa macam seronok nya dpt bawak budak budak ni berjalan. Dapat belanja dorang berjalan tengok tempat orang. 



Masa sampai tu dah petang dah. Alaaa, tak ingat pukul berapa. 6petang kut agaknya. Nak masuk ke kapal yang ala ala tugu kat bandar hilir tu, dah close dah. Adoiyai, beberapa kali juga la melepas nak masuk situ. Takpe, kita bergambar aje laa kat situ. Dulu bergambar sensorang. Sekarang 1 family gituu..



Lepas puas bergambar kat situ cadangnya nak naik cruise. Bot tu. Ehh betul ke namanya. 😅😅
River Cruise.



Tapi rasa tak berbaloi pulak nak leburrrrr duit ke situ. Rm18 seorang tuk orang dewasa. Kanak-kanak dalam Rm11 kut. Lupa. 
Kalau Rm10 ke gagah lagi daku keluar duit. Pusing situ situ je. Zara nak naik. Tapi mama dia rasa tak mampu. 😄😄
Ddy nya tanya, nak naik la. Dia tunggu. Malas laa nak naik ngn anak je. Jenuh kang nak control.



Tak naik cruise tu, kitorng jenjalan aje la sekitar tu. Mana mana tempat yang kaki ni boleh melangkah kan. Sambil tu ambil gambar buat kenangan. Nanti zara Zhareef dah besar, boleh tengok balik kenangan tu. Alahai.. sebut bila besar nanti, mesti nanti rasa rindu segala moment indah masa kecik tu kan. 




Ehh, ala-ala flash back pulak. 😅😅
Kitorang berjalan la sampai ke 1 tempat ni. Ada gerai jualan banyak kat lorong ni. Ala ala buka pasar malam macam tu. Ke pasar malam tak tahu la pulak kan. Kat situ kitorang beli coconut shake. Alahai.. lupa nama gerai. Rasanya Coconut Shake Fatimah kut. Dekat jonker walk. Kitaorang beli coconut shake je. Nak rasa. Tengok ramai orang beli. Coconut shake nya sedap. 1bekas Rm3.50. 3Bekas Rm10. Kitorang beli 1 je. Tu pun jenuh nak habiskan. 

Settle habiskan coconut shake, kitaorang tak masuk pun dalam kat jonker walk tu. Bersesak dengan orang ramai. Tak selesa. Lagi lagi Zhareef tak sihat sepenuhnya lagi. Memandang kan tak tahu nak kemana, kitaorang tuju ke bangunan kedai yang jual kraftangan tu. Beli pun tak banyak. Lebur kan Rm10 je. Nak beli beria pun bukannya makan sangat. Beli pun kuih karas, pisang salai & kerepek bawang. 3paket rm10. Ni bukan kedekut tau. Tapi takut beli banyak, nasib tak baik bau tengit atau lemau je. Kira berjaga-jaga la camtu. 😅

Selesai beli, rasa macam tak puashati lagi kut. Nak pusing selagi boleh. Bukan hari hari kan dapat peluang macam tu. Zara nak naik beca. Tapi rasa macam next la kut kalau rezeki job mama ada kan. Boleh mama kumpul bawak berjalan lagi. Kalau nak naik beca, Rm25 tau. Rugi pulak tak ambik gambar beca lawa lawa tu. Takpe takpe, ddy zara kata nanti nak pergi lagi. (Tapi tak tahu la bila) haha

Nampak menara taming sari. Terus ON! Hehehe..
Tapi macam biasa la. Tengok harga dulu. Kalau harga biasa Rm21 ye. Tapi kalau kita tunjuk IC dapat kurang tau harganya. RM17 untuk seorang. Dewasa. Budak tak ingat berapa. Rm13 ke ehh.. Lupa. Tapi ada diskaun la juga. Rm11. Untuk baby bawah setahun tak perlu bayar. Total kitorg satu family RM45 sahaja. Lepas bayar nanti dorang bagi air mineral. 




Lepas bayar dia akan bagi resit. Resit tu simpan dulu. Lepas bayar dorang akan bagitau kena tunggu dimana tuk naik tu. Masa dorang nak lepaskan masuk ke sana, dorang akan check resit tau. So jangan pula dibuang resit tu dulu. Bila dah masuk dalam tu, teruja jugak. Sebab teringin sangat nak tengok bandar melaka waktu malam. Tapi jangan tanya mana gambar ye. Saya dok pegang Zhareef. Boleh nya ddy dorang dah ambil gambar, pastu tak tunjuk pun ke kita dulu, dia cakap gambar dah delete. Sebab katanya gambar tak cantik. 😖😖😖😖

Rugi pulak tak dapat nak share gambar permandangan yang lawa waktu malam time kat atas tu. Ada rezeki naik lagi kena la ambik gambar permandangan pulak. Pakai tipon ddy zara, dia main delete tak bagitahu dulu. 

Dalam 7minit kut kat atas tu. Rasa berbaloi sangat harganya pun berbanding naik cruise. 😅😅
Kita paham kenapa harga boleh 'tahan' tu. Sebab nak tanggung kos penyelenggaraan semua tu kan.
Apa apa pun Unplanned ni berbaloi sangat. Puashati. Anak anak pun happy. 

Last naik Taming Sari, pastu terus gerak balik gemas. Badan pun dah lemau. Tak larat dah nak berjalan. Next ada rezeki kena cari hotel la pulak. Berjalan puas puas. 💕

Next nak berjalan kemana pulak yerk.. 🚸

8 comments

  1. Allah jua yg maha merancang... bestnya sis p melaka

    ReplyDelete
  2. bestnya berjalan bawak anak-anak

    ReplyDelete
  3. Lama tak pi melaka.. Dulu pnh stay sana mmg merayap sokmo la bndar melaka ni.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Lepas nad habis pantang memnag nak bercuti dekat Melaka. Lama dh tak bercuti

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan walaupun short vacay je. Alja pun dah lama tak berjalan ke melaka. Last pun 4-5 tahun lepas rasanya. Taming sari tu pun tak pnh naik. Bila lah dpt pergi lagi.

    ReplyDelete
  6. Bestnya pi melaka. Melaka mmg salah saty negeri kegemaran emi selain penang. Pi berjalan ke sana byk2 kali pun x puas.

    ReplyDelete
  7. amboi. tak dirancang tapi meriah je jalan2 nya. jeles temann

    ReplyDelete