Ciptaan Hadiah Buat Yang Tersayang Ikhlas Dari Hati

Saturday 14 October 2017

Ciptaan Hadiah Buat Yang Tersayang Ikhlas Dari Hati


Hai Selamat Pagi.. Assalamualaikum..
Pagi ni saya nak share la sikit tentang satu laman website untuk korang semuaaaa terjah! 
Apa yang menariknya tentang website yang saya akan kongsikan ni? Haaa, Pastikan baca sampai ke akhir penulisan saya ni ye. In Shaa Allah korang pasti suka!

Ok, website yang dimaksudkan ialah printcious.com/my . 
Apa yang bestnya dengan printcious ni? Okay, Nak tanya, korang kan kalau tiba hari lahir orang tersayang ke, hari ulangtahun ke, korang selalu tak pikir nak hadiahkan apa?
Kalau saya? Tentunya la pikir. Sekalipun orang 'tu' tak pikir nak bagi kita hadiah ke tak.. haha!

Kadang-kadang kita bagi hadiah ni bukan sebab birthday ataupun ulangtahun semata-mata kan? Kadang tiba-tiba rasa mood tu baik, mood tengah berbunga-bunga, kita nak buat 'suprise' ke, mesti kita nak bagi sesuatu yang membahagiakan si penerimanya kan?

Erm.. 
macam sekarang ni, mood nak buat sesuatu la.. Sebab bulan depan anniversary yang ke-4 tahun dah.. Anniversary perkahwinan. So tengah pikir nak buatkan satu gift kenang-kenangan je.. Tapi tak tahu nak buat apa. So ni tengah godek-godek printcious la ni nak tengok apa yang ada. Apa yang menarik kat situ.



Dekat printcious ni korang boleh create apa je yang korang rasa menarik. Macam-macam ada tau. Sebab kat situ boleh pilih. Nak create itu ke.. ini ke.. contohnya macam kat bawah ni..



Ni baru sikit tau saya tunjuk.. Kalau nak tengok penuh, haaaa, sila la terjah printcious tu sekejap aihh.. Rugi tak terjah. Dah terjah, rambang mata la pula.. Sampai ralit memilih tau.. Ni saya tunjuk sikit hadiah yang korang boleh pilih ikut kategori yang ada..



Ikut pada kategori ni, korang boleh la pilih nak buat hadiah apa. Nak buat tshirt ke.. Nak abadikan pada Mug ke.. Kut-kut minum air kosong pun boleh rasa manis semanis cinta korang ke.. hehehe..
Macam sebelum ni, saya pernah buat cushions tau.. 

Masa tu ada kakak zara je.. So tempek muka kakak zara dengan mama dia je la. Kali ni macam nak buat untuk letak gambar adik pulak. Sebab dorang berebutkan bantal tu. Hahaha.. Sampai sekarang masih elok lagi bantal tu tau.. Rasanya untuk si adik ni pun mama dia cadang nak hadiahkan bantal juga.. haha! Sebab nanti dah ada muka masing-masing kat bantal tu, tak berebut dah kan..

Korang nak tahu cara dia macam mana? Meh saya share sikit ye step dia..



Saya plan nak buat Cushions kan.. So step dia senang je.. Meh la tengok.. Nampak tak ada tulis Create You Cushion tu? Haaa, kalau nak tekan situ pun boleh. Nanti dia kan keluar la paparan bantal semua..



Haaaa, nampak tu ada macam-macam kaler.. Ikut mood korang la nak pilih kaler apa..

Atau korang tak nak [X] buat bentuk Square macam ni, korang boleh pilih bentuk lain.. Contohnya macam dibawah ni.. Caranya, nampakkan button 'Shop' di atas tu? Korang klik pada tulisan cushions terus. Nanti dia akan terus ke halaman berikut.




Saya dah pening ni.. Tak tahu nak pilih bentuk apa. Haha.. Nak buat square juga ke rectangle.. Haa, nampak kan belah bawah tu ada kaler hijau, oren, kuning semua tu? Tu warna untuk bantal korang tau. Macam saya dulu buat untuk zara, buat warna hitam. La ni kaler hitam takde laaa.. Kaler hitam ni sebenarnya penyelamat sikit. Kalau kotor pun tak berapa nak perasan kan..

Untuk adik zhareef ni, mama dia tengah pening pikir. Ambik kaler cerah, karang lajuuuu je dia lap makanan kat situ.. naya jeee.. ehehe

Nak bagitahu juga ni.. Kalau korang takde idea nak letak gambar apa, gambar sendiri segan nak letak kan, korang boleh je pilih dari design yang ada tu tau..



Tapi.. 
Rasanya semua orang banyak je idea dalam nak menghadiahkan sesuatu kan pada yang tersayang. Tentu letak muka sendiri.. hehehe..

Ok.. Kalau korang nak letak muka korang sendiri, maksudnya gambar korang sendiri la ye, korang tekan bantal yang ada tulis 'Your Design Here' tu.. Nanti akan keluar seperti paparan dibawah ni.



Ok.. dekat sini la korang boleh create gambar apa nak letak. Tapi sebelum tu, korang pilih dulu nak warna apa. Macam sekarang ni yang saya nampak ada warna putih dan kaler cream sahaja.. Lepas dah pilih tu, korang tekan la 'Start Designing' tu.. Maka akan keluarlah ia seperti dibawah ni..



Dekat sini, kalau korang nak bubuh text, korang klik je pada 'Add Text' tu. Kalau nak bubuh gambar, korang bubuh la gambar. Klik pada perkataan 'Image' tu.. 



Cadangnya saya nak bubuh gambar. So saya klik pada 'Image' tu. So dia akan keluar macam ni tau. Korang boleh pilih gambar dari 'My Files' ke.. 'Facebook' ke atau dari 'Instagram' korang sendiri. Senang kan?
Macam saya, saya ambil dari 'My Files'. So, saya klik situ dan klik pula pada 'Upload Files'..



Ni contohnya ya.. Lepas ambil gambar, dah keluar pun macam tu, saya klik pada gambar tu. Bila rasa okay, saya terus tekan 'Insert'.. Kalau rasa nak rotate dulu ke apa, korang klik pada 'Edit' tu ye..




Nanti, korang adjust la besar gambar tu tau. Tapi tak boleh lebih dari petak hijau tu. So kalau rasa macam, alaaaaaaaa.. kecik la gambar.. nak tukar gambar lain la...
Korang klik balik pada 'Image' tu eh.. Buat la sampai korang rasa dah puashati. Kalau dah puashati, korang boleh tekan pada kotak kecik 'DONE' tu ye.. :)

Haaa, next step tu korang follow je. Just untuk settle kan bayaran serta sahkan alamat penghantaran semua tu la.. Don't worry.. Setiap step dia senang je. Tak rumit mana pun. 
Selamat mencuba..

Post a Comment