Assalamualaikum..
salam syawal..
Memandangkan
ramadhan baru je berlalu, rasanya boleh kut saya share pengalaman saya sendiri
berpuasa ketika pregnant ni. Bukanlah untuk menunjuk ke apa, cuma sebagai
sebuah coretan. Nanti akan datang kut-kut ter-alaminya lagi, senang nak tahu
kan? Haha!
Sebelum
berpuasa haritu saya punya la risau. Terfikir-fikir juga boleh ke saya ni
berpuasa dalam keadaan pregnant. Masa start berpuasa haritu saya baru masuk
7bulan. Tak ingat la dalam berapa week time tu. 7bulan tu kira dah masuk
trimester ketiga.
Sebelum
tu ada tanya pendapat nurse, nurse kata boleh je berpuasa, asalkan waktu sahur
jangan tinggal. Jangan tak makan. Makan makanan yang berkhasiat, yang berat
sikit. Macam nasi ke jangan tinggal. Then tanya mak agak-agak boleh ke
berpuasa. Risau kan. Mak cakap mak dulu boleh je berpuasa penuh. So ada la
keyakinan nak berpuasa tu.
Sebab
ada kawan saya tu dia kata dia tak boleh nak berpuasa. Dapat buat 3hari je. Pastu
kalau berpuasa dia pening, muntah, pitam. Mungkin masuk angin juga kut.. tu
yang saya terikut risau. Syukur sangat masa hari first puasa, baby pun aktif
je. Alhamdulillah.. masa tu tak sangka juga boleh habiskan puasa 1 hari tu.
En.suami
bagi kelonggaran juga kalau tak boleh berpuasa, tak larat buka je. Tapi sebab
saya nak cuba buat juga, Alhamdulillah dipermudahkan. Memanglah lembik sikit
kan, nak-nak bila baby macam meronta-ronta lapar. Sian baby time tu. Pujuk dia
bagitahu kena puasa. Ayah dia pun pujuk sama. So sweet sangat time tu.. :’)
Apa
yang sama amalkan masa sahur ialah makan nasi. Tapi sahur ni mana mau masuk
banyakkan? So makan la mana yang mampu. Then saya makan kurma bila dah lepas
makan nasi. Orang kata elok makan dalam kuantiti ganjil kan? Saya paling banyak
makan pun 5biji je. Tapi selalunya 3 je. Tu pun dah sendat perut.
Then
peel saya 1 lagi time sahur ianya wajib makan roti. Roti krim yang Rm0.70 tu. Hari-hari
lepas sahur mesti makan. Dah macam benda wajib pun ada makan roti tu. Haha! Pastu
mesti nak yang perisa coklat. Air minum air kosong je. Selalunya air kosong
sejuk peti. Air kosong sejuk biasa macam tak boleh nak telan la pula.
Alhamdulillah,
saya amalkan makan camtu hari-hari. Yang saya perasan, kalau saya tak makan
roti, perut punya la pedih. Ada la bape kali skip, try tak makan roti tu,
sekali pedih mak aihhhh perut. Yela,roti kan mengembang dalam perut. Tu pun
salah 1 yang membantu supaya saya bertahan. Then kalau nak makan kurma, mesti
makan selepas makan nasi. Kalau makan sebelum makan nasi, confirm pedih perut.
Then perkara
paling-paling penting sekali adalah NIAT kita. NIAT kita bila kita berpuasa tu.
Minta pada Allah supaya dipermudahkan. Supaya Allah dilindungi diri kita dan
Baby sepanjang kita berpuasa. Bila lepas solat maghrib saya selalu berdoa,
bersyukur pada Allah sebab izinkan saya habiskan puasa untuk hari tu.
So
takde alasan kenapa ibu mengandung tak boleh berpuasa. Tapi kalau atas sebab
memang tak boleh tu, lain la kan.. tapi kalau saja-saja atas alasan ‘mengandung’
rasanya tak patut kut. Lagipun kalau kita nak kena checkup macam nak kena minum
air gula pun, kita disuruh berpuasa dulu kan? Betul tak?
Then
dalam masa yang sama, pujuk-pujuk la baby kita tu.. insyaAllah dia akan paham..
J
Dan yang paling best sekali saya perasan ialah waktu berbuka. Baby pun ikut
rentap-rentap dalam perut bila kita makan. Sian baby lapar. Nak-nak saya kalau
berbuka cari air sejuk. Lagi la kuat dia bergerak-gerak. :’)
Then
seperkara lagi yang saya perasan, saya masa bulan puasa haritu kerap juga la
makan kuih berpulut. Contohnya kuih seri muka, tetiba suka sangat-sangat la..
kalau boleh nak makan selalu. Pastu buat kuih buah Melaka. Then yang saya
perasan, kalau saya makan kuih berpulut ni, baby jadi kurang aktif. Asik tido
je. Gerak pun slow je. Nak monitor pergerakkan pun risau tak cukup 10x.
Adakah
makan kuih berpulut ni baby pun akan ikut kita jadi kuat tido je?? Sebab saya
kalau makan kuih berpulut akan ngantuk je.. Bila saya tanya mak, mak tak tahu
pula. So saya ambik inisiatif sendiri, elakkan dari makan kuih berpulut. Risau baby
bila dia kurang bergerak. Sampailah sekarang ni. saya cuba elakkan.
Then
1 lagi, time pregnant ni elok juga minum air ribena. Tu pada saya la. Pada orang
lain, saya tak pasti la pula. Sebab apa yang saya perasan, bila time berbuka,
saya minum air ribena, baby akan sentiasa bergerak aktif pada esoknya bila kita
berpuasa. Tu yang saya perasan la. So saya amalkan minum tu la waktu berbuka.
Ni
antara yang saya amalkan masa berpuasa haritu la.. syukur sangat dapat berpuasa
habis. Cuma tinggal sehari je. Tu pun dah tengahari terpaksa buka sebab baby
kurang gerak. Sebab semalamnya masa berbuka saya makan kuih berpulut. Start dari
tu sangat takut nak makan dah kuih berpulut.
Alhamdulillah..
selesai juga ramadan saya untuk tahun ni.. :-)
Alhamdulillah... Masa anak first tggl gak sehari sbb kena asma... Anak kedua tggl dua hari sbb demam... Tapi mmg tiada alasan x berpuasa.. Selagi daya kna puasa..
ReplyDeleteYup.. Betul tu.. Tiada alasan selagi blh laksanakan,kan? :)
DeleteKuih pulut mmg bahaya kan. Ayu pun angin hritu sbb pulut.
ReplyDeleteTu la.. Klau x prgnt x pe klau mkan.. Klau time prngnt ni x bape elok..
DeleteAlhamdulillah Allah permudahkan. Sebenarnya bergantung pd diri kt sndri juga untuk mngatasinya. Kiranya semangat awak mmg kuat jg tu...tahniah ye
ReplyDeleteAlhamdulillah kak.. Kna ada semangat.. Risau nti lembik je x mmpu nk buat..
Deletetahniah..bakal jadi mummy .
ReplyDeletebtw,itulah pengalaman manis kan.doakan sy pula..:)
Mekasih jia.. :)
DeleteAlhamdulillah.. Tu la pengalaman berharga.. InsyaAllah.. Doa bnyk2 tau.. Moga diizinkan Allah tuk jia pula..
alhamdulillah mimie.. dpt gak habiskan puasa eh. hehee
ReplyDeletekesian baby tp dh menjadi kewajipan kita :) selamat hari raya maaf !
alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dapat jugak berpuasa penuh walaupun mimie terpaksa tinggal sehari.. xpe la nak ganti balik sehari tak berat sangat kan.. =D
ReplyDeleteAlhamdulillah MImie dapat meneruskan puasa :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...baik baby...phm dah...semoga bby menjadi anak yg soleh n solehah...
ReplyDeletekalo rse boleh puasa teruskan berpuasa kan..xde alasan..leh je puasa asalkan kne mkn secukupnya
ReplyDelete