Assalamualaikum
dan salam syawal buat semua..
Harini
ada checkup lagi. Kalau tak silap saya dah 10x pergi checkup. Checkup harini
kena minum air gula again!!!.. Fine, saya sampai sekarang masih rasa
pening-pening lagi kesan dari minum air gula tu. Air oren yang saya minum tu.
Ya Allah.. Azabnya rasa nak habiskan sebotol tu. Loya tekak sampai ke sudah!!
Disebabkan
ni kali kedua minum, so rasa payah nak telan air tu. Tadi ada 2 orang akak ni,
dia pun kena minum air gula tu juga. Rilex je dia habiskan. Dia kata sedap.
OMG! Sedap kata dia. Giler kentang betul. Maybe dia biasa makan/minum benda
manis kut. Tu yang rilex je kut. Saya jenuh kena tegur ngan nurse suh habiskan.
Baru
masuk sikit dalam tekak saya terus pening. Minum sampai terbelahak dibuatnya. Sampai
bergenang airmata kut. Redha je la.. L
Minum
juga la slow-slow. Tak kisah la nurse nak mara ke apa. Janji tak minum
sekaligus. Memang tak boleh nak masuk kut.
Pastukan
kena ambik darah kali kedua lepas 2jam minum air gula kan, saya rehat sejam
lepas minum air gula tu, then sejam lagi pergi checkup biasa. Nasib la buat
hari sama. So takde la saya termenung je tunggu masa camtu je. Checkup buat kat
bahagian lain.
Masa
keluar bilik tu nak ke bilik lain, lega rasanya. Tetiba lepas minum air gula tu
saya seram sejuk, pening.. nasib la masih boleh bangun. Menggigil jap kat situ.
Masuk
bilik yang buat checkup tu still rasa menggigil. Yela berpuasa dah berapa jam
kan. Nasib la tak tunggu lama. Harini timbang berat 50kg. 2minggu lepas 49kg.
Naik sekilo. Ok la tu. Nurse siap puji elok la berat setiap kali naik tak
banyak. Haha.. nak buat macam mana, saya ni memang jenis susah nak naik badan.
Pastu
kali ni check HB. HB dah okay. Ngam-ngam naik 11.0. Alhamdulillah. Macam tak percaya pula. Selalu 10 lebih atau 9
lebih kan. Harap-harap checkup 2minggu lagi HB tak turun la. Saya pun tak sure
apa yang boleh buat HB naik. Tercari-cari juga puncanya. Bukan apa, bila dah
tahu punca, senang nak kekalkan, kan?
Sebelum
ni saya suka minum air soya. Padahal sebelum pregnant xsuka pun. Tapi baru-baru
ni, dalam bulan puasa ada yang kata air soya tak elok tuk baby dalam kandungan.
Ada yang kata nanti baby mudah kena eczema. Ya Allah, risaunya rasa. Dah 7month
baru tahu. Tanya juga la kat beberapa orang. Ada yang kata tak elok. Stop la
minum. Pastu tanya nurse dia kata pengalaman dia xde pape. Ok je. Yela, lain
orang, lain ketahanannya kan?
Then
start raya kedua saya stop minum. Before ni minum pun bukan la banyak. Then nurse
cakap amalkan la makan tembikai dan buah oren sekali. Saya buah oren kureng
sikit. Bila beli asik terkena yang masam je. Last-last request to my hsbnd
belikan tembikai. Dalam seminggu raya ni dapatlah makan tembikai. Tembikai kuning.
Nikmatnya la hai. Soya saya stop minum.
Then
semalamkan kena puasa start pukul 10malam. So sebelum pukul 10 tu saya ada
minum air vitagen (susu) dengan makan yogurt buah2an tu. Ubat terskip.. hehe.. Mungkin kah saya stop minum soya HB saya
boleh naik? Adakah sebab saya makan yogurt tu HB saya boleh naik?? Ada sapa-sapa
yang tahu? Kalau yogurt boleh naikkan HB, saya nak makan selalu la.. hehehe
Then
harini kena inject Kancing Gigi sekali. Inject kali kedua. Checkup harini
banyak kena cucuk-cucuk. Haha! Nasib la rasa takut tu takde. Bagi saya kena
cucuk lagi rela dari kena minum air gula. Seksa rasanya.
Nurse
tanya juga, inject yang pertama haritu bape hari tahan rasa sakit. Tetiba rasa
blur. ‘Sakit’? Alhamdulillah.. saya tak rasa sakit. Rezeki dari Allah agaknya. Sebab
ada sorang kawan saya ni cerita naik gerun dengar. Siap cakap cucuk kancing
gigi ni sakit tau. Kena tahan la sikit. Syukur la saya tak rasa apa. Cuma sekarang
ni rasa lenguh sikit je la. Takde la lenguh sampai takleh angkat tangan ke apa.
Balik
tadi rehat jap 10-15minit terus masak. Rehat pun sebab pening dari minum air
gula tu la.. So boleh bertahan la. Bukan nak riak ke apa tau. Then tadi check
baby, nurse kata baby pun ok kedudukan
dia. Kepala dah kat bawah. Masa scan 2minggu lepas pun doc memang ada bagitahu.
Tapi sebab rasa baby ni gerak tendang-tendang kadang sampai nak ke pinggang,
rasa cuak pun ada. Risau kalau dia berpusing balik (melintang). Mana nak tahu
kan?
Erm,
apa lagi eh nak catat kat sini? Haaa,kalau bab check tekanan darah still sama
je. 90/60. Confius-confius. Takpelah, ingat nanti balik ipoh nak try buat scan
3D/4D lagi sekali. Before deliver. Nak minta doc checkkan tekanan darah sekali.
Kalau nurse saya check, tekanannya sama je. Tapi kalau nurse lain check, ada
juga perubahan. Bertabah aje la.. T___T
2week
lagi jumpa nurse. Pastu sambung check di Ipoh pula.. Sedih pula rasanya. Erm..
harap-harap la keputusan minum air gula harini ok. Risau. T____T
Nota
: Checkup 33week 6day.
Maybe mkn yogurt tu blh naikkan hb..air soya mmg x elok minum selalu...nk minum boleh..tapi jgn terlampau byk..
ReplyDeleteKalau kathy memang xsuka sangat minum manis² tambah² g air gula. Uwek.
ReplyDeletea ah air soya jangan amalkan sbb xelok sgt.lbh baik minum susu jer lebih2 lg susu kambing..susu lembu tu kurangkan
ReplyDeletemoga semuanya dipermudahkan :)
ReplyDeletep/s: Selamat hari raya dari Ros :)
mkin berseri muka ibu mengandung...semoga dpermudahkan..aamiin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya! Semoga sihat selalu!
ReplyDeletesalam. take care of u and your baby heee
ReplyDeleteJaga diri aka yea.
Deletebagi ciksu air gula oren lagi sedap dr yg putih.
ReplyDeleteciksu kena yg ptma warna putih
2nd oren.mmg minum skaligus je.
alhamdulillah dua2 result oke..
soya mmg x elok. melainkan soya yg dibuat sndiri..ciksu suka mkn tembikai merah. hihihi..
bila start balik ipoh?
Pejam-celik-pejam-ceilk dan nak deliver ye Mimi..
ReplyDeleteDulu-dulu pregnant tak ada pun minum-minum air gula ni Mimi.
Tapi nasib baik kakak tak ada diabetic. Sekarang pemakanan banyak boleh jadikan penyakit itu agaknya dah jadi perkara mesti bila check-up.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.
mimie, nti ciksu updated oke.dh dlm draft gambar syawal. in shaa Allah.. :)
ReplyDeletenak nengopk jgk.. yeye!!
DeleteHuhu..takde pengalaman. Macam baby girl je gaya anak kak sya ni. :) alhamdulillah semua okey.
ReplyDeleteazie pun ada dgr jugak air soya tak elok,tapi azie minum je sbb air soya yg ok dgn tekak azie..
ReplyDeleteazie pun taknak minum air gula lgi... taktahan
alhamdulillah semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteInsyaAllah mimie.. jangan risau sangat k.. semoga dipermudahkan...=D
ReplyDeleteAlhamdulillah... Mujur sy sekali je minuma air gula hari tu...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan semasa bersalin tu..
ReplyDeleteWah...mimie..kurusnya..time preggy pun nmpk langsir..hehe...lps ni mesti mkin comel...
ReplyDelete