Assalamualaikum..
hai semua..
Sebelum
ni saya ada cerita yang saya ke Melaka pasal internet kan? Haa, ni nak tempek
kisahnya.. En.suami pakai celcom wifi. So saya pun pakai la sama. Tapi on pun
bukan la selalu. En.suami pakai yang 4GB tu. Bukan ke 4GB tu besar?
Haaa,
masa bulan 4 saya rajin juga on fb. Blog ada juga. Tapi berpada. Takut nanti
cepat habis GB dia tu. Lagipun kami berkongsi internet kan? So tak kan saya nak
pakai sorang. Pastu masuk 24hb or 25hb tetiba line slow.. Slow sangat-sangat.
So
en.suami check la dengan celcom centre. Kadangnya penggunaan dah 4GB. Terkejut.
Ok lah, mungkin sebab saya pun rajin on kan. So diam je la sampai dia reset
balik 08hb mei. After 8 mei 2014 memang syok la guna. Tapi kami sangatlah
berhati-hati.
Segala
games tak buka. Segala video tak buka. Maksudnya youtube pun memang tak sentuh.
Buka fb pun kejap-kejap. Kadang tu lama sikit pun 10minit je. En.suami pun
sama. Dia kan keje. So kalau dia online pun just tengok online paper je. Tu pun
tak lama. Kejap-kejap je. Yang peliknya, masuk tarikh 24 ke 25 hb haritu, saya
nak online pagi, buka fb sekali tak boleh.
Dah
pelik dah. Internet buat hal lagi ke. Kebetulan time tu en.suami turun basuh
kete. Bila dia pula nak guna, tak boleh nak sangkut. So dia call celcom centre
lagi sekali. Bila call katanya pengguan GB dah habis. What??? Habis?? Pelik.
Games tak usik. Video tak buka. Online kejap-kejap, internet habis juga?? Haaa,
yang ni en.suami memang takleh terima. Dia sendiri pun tahu saya kurang online.
Yang
pelik 2 bulan berturut-turut kami kena benda sama. Internet buat hal dalam
tarikh yang sama. Mau tak bengang. Nak tunggu dia reset balik 08 hb, bulan
berikutnya. Sanggup nak tunggu?? Memang tak la.. Last-last en.suami matikan
celcom wifi dia, then kami bertukar pakai Maxis pula.
Hat
maxis ni 8GB. Ok la kan.. cumanya 4GB tu ada pembahagian masanya pula. Erm..
sabar je la.. 4GB tu penggunaannya dari 2 pagi hingga ke 8pagi. Dan 4GB
seterusnya pula start 8 pagi hingga la ke 2pagi tu balik. So sekarang ni dek
kerana takut penggunaan GB cepat habis belum sampai masanya, saya terpaksa la
kurangkan online.
Before
ni internet la yang saya ngadap. Sekarang ni tak dapat dah nak buat camtu.
Terbatas. Kalau saya nak pakai pun kena hati-hati jangan sampai terbabas guna.
Kang sia-sia je menung berhari-hari nak tunggu dia reset balik.
Dan
kalau siapa kadang perasan saya ada singgah tinggal jejak ke apa, saya kejar
masa guna internet waktu pagi. Antara pukul 7 ke pukul 8 pagi saya online.
Itupun kalau pagi saya tak bz. Kalau nak kena siap minum pagi yang heavy,
memang saya tak dapat on laa..
Dan
buat kawan-kawan yang baru add saya, jangan mara ye kalau saya lambat jejak.
Tak kira la lambat sehari 2 ke, berminggu ke.. Bukan saya sombong. Tapi sebab
saya nak on terhad. Takpe, tinggalkan je URL blog korang yang komen entry ni
pun boleh. Senang saya jejak if terlepas pandang.
Tapi
yang tak bestnya bila kita tak dapat nak baca kisah terkini kawan-kawan. Dan
kawan-kawan pun dah tak singgah blog kita. Sedih. Bila buka nuff, tengok kawan
yang singgah kadang takde. Kadang sorang 2 je. Hukhukhuk.
Nak
tanya, ada ke sapa-sapa yang guna celcom wifi kena macam yang saya kena ni??
celcom wifi pun boleh kena godam ke?? Alangkah indahnya kalau dapat pakai
streamyx unlimited. Memang syok nak upload gambar sekali dalam entry.
Tunggu
dapat balik ipoh nanti, saya nak online puas-puas. Nak upload gambar puas-puas.
Taip entry siap-siap, then set masa je. Kasi balas dendam sikit. Hehe. Macam
sekarang ni, segala entry saya terpaksa simpan dalam word dulu. Pastu pagi bila
online saya copy letak di blog. Senang sikit kerja.
Ok
laa, kalau ada sapa-sapa yang mungkin baru dengan blog saya, jangan mara tau.
Even sebelum ni saya pernah share yang saya tak dapat nak online sangat, tapi
ada juga yang tinggal jejak, nak minta follow balik macam, nak kita follow
cepat2. Don’t worry, saya mesti balas if saya dapat link blog awk semua ye.
Nota
: nak balas komen kat blog sendiri pun tak sempat.
sabar je lah kalau kena macam ni :)
ReplyDeletesabar jer la mimie..:)
ReplyDeleteCmne ek plak celcom wifi.. Sy guna celcom mobile internet..
ReplyDeleteAkk faham sgt bila jadi camni...mesti rasa bengang kan...sabar jela..huhu..
ReplyDeleterasanya mungkin kena godam lah ada tgn ghaib yg mencuri . sis tak guna celcom tapi sis punya broad band pun sama . 8G yg pd thn lepas n sebelumnya cool jer sampai tarikh byr bill wpun rajin pi tgk utube n dload movie . tapi bila masuk jer akhir thn lepas 23 hb dah habis . 2 bln kebelakangan ni lak 14 hd dah habis ... sabar lah mmg . perkara ni berlaku selepas sis wat entry psl broadband nih . maknanya ada org hack lah ... sabar jer lah . so lepas ni klu blh jgn citer kita guna broadband apa ... bahaya !
ReplyDeleteCUba tukar yang lain pula akak. Insyallah ok.
ReplyDeletemasa kat jb ciksu pernah guna celcom n maxis. lepas tu dh mls skrg tukar yg lain.. so, far alhamdulillah la..
ReplyDeleteunipai kat umah teman pun kadang selow bebeno.. ntah apa kena..
ReplyDelete