5S
adalah singkatan kepada 5 aktiviti seperti berikut :
Sisih
: aktiviti pengasingan barang berdasarkan keperluan
- Peringkat ini
membabitkan pemilihan dan pengumpulan barang yang boleh digunakan dan barang
yang perlu dibuang
Susun
: aktiviti penyusunan barang mengikut kategori
- Selepas
aktiviti sisih dilakukan, barang yang masih diperlukan hendaklah disusun dan
disimpan ditempat yang sesuai.
Sapu
: aktiviti harian baik sebelum, semasa mahupun selepas melakukan sesuatu
tugasan.
- Pastikan
kawasan kerja dibersihkan dan semuanya disimpan semula ditempat asal selepas
digunakan
Seragam
: keseragaman pembabitan pekerja dalam setiap aktiviti 5S serta barangan
ditempat kerja.
- Setiap
pekerja perlu melakukan aktiviti 5S
secara bergilir. Begitu juga barang dan peralatan ditempat kerja
menggunakan label atau warna yang seragam dalam menentukan jenis mahupun
kegunaan.
Sentiasa
Amalkan : amalam kerja secara berterusan.
- Pelaksanaan
5S seharusnya mengikut turutan dan secara berterusan yang membawa kepada
kebiasaan serta menjadi tabiat pekerja pada akhirnya.
MANFAAT
5S
1. Meningkatkan kualiti
persekitaran kerja (lebih bersih, selesa dan selamat)
2. Meningkatkan kualiti
kerja (hasil kerja yang lebih baik meningkatkan imej dan keupayaan syarikat)
3. Mengurangkan kerosakan
peralatan (kurang kerosakan akan mengurangkan kos penggantian dan pembaikan
sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat)
4. Mengurangkan pembaziran
masa (kes kerosakan yang berkurangan akan mengurangkan pembaziran masa
sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja)
5. Menigkatkan rasa
tanggungjawab di kalangan pekerja dan pengurusan (rasa cintakan tempat kerja
akan menjamin kesetiaan pekerja)
6. Meningkatkan semangat
kerjasama berpasukan (pekerja dan pengurusan adalah asset utama organisasi)
sumber : Harian Metro 08.02.2013
semua jabatan tgh promote kan 5S ni kan.. :)
ReplyDeleteselamat bercuti.. :)
kat sekolah saya pon ade program 5s ni :)
ReplyDeleteBaik Puan.. :)
ReplyDeletemaria firdz :
ReplyDelete-oo..yeke..tak tahu pula sy..saya just share dari HM..hehehe
puteri afiqah :
-oo..yeke..tak sngka pula.. :)
eiqa almond :
-belum puan lagi..masih cik.. :p
yeahh pekerja berdedikasi lah mcm ni :D
ReplyDelete