Ahad, 30 September 2012

Sotong goreng kicap

8:40 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

ni saja-saja je nak tempek resepi ni kat blog.. kut-kut la ada kwan2 yng baru berjinak-jinak masuk dapur, blh la mencuba..
actually ni kes xde modal nak story.. hehe  ;-)

bahan-bahannya..

sotong [anggaran ikut pada sendiri]
2 bawang merah
3 bawang putih
1 biji bawang besar [potong bulat]
cili blender
cili masak
sedikit halia
sedikit kicap
sedikit garam
sedikit air


cara-caranya :-

1. rebuskan sotong untuk tos kan airnya.. [rebus tanpa air sebab nak kuarkn air yng ada]
2. tumiskan bawang merah + bawang putih + halia [yang ditumbuk]
3. masukkan cili blender [pedas ikut masing-masing] + sedikit garam
4. masuk kan cili masak + bawang yng dipotong bulat
5. masukkan sotong + kicap + sedikit air..
6. dah siap.. =)


Jumaat, 28 September 2012

Target

10:06 PG 2 Comments
assalamualaikum.. salam jumaat semua..  =)

bestkan bila tiba hari jumaat..sebab sabtu boleh cuti..kalau mana yang keje pun *like me* just halfday.. tapi tengok pada keje apa jgk la.. kan.. tp selalu cuti je sebab ada hal.. ngeh ngeh ngeh..

tetiba je rasa pagi ni nak update blog.. walaupun xde la story yang hebat pun.. cite nya macam ni..kisahnya malam tadi susah nak tido, walaupun badan dah letih & ngantuk.. sebab tetiba terfikir pasal blog..

tetiba je terlintas dalam kepala ni, boleh tak nak target something for blog.. *bunyi macam la kita ni hebat sangat kan* ahaaakss!..
erm, sekarang ni diri ini dah menggila nak berblog.. *amboi bukan kemain*.. hUhU.. Fb pun dah jarang buka..buka pun sekejap-sekejap je tengok perkembangan terkini kawan-kawan .. * terkini la sangat* ahaakss!

Nak update something kat Fb pun kena fikir banyak kali..yela, ramai tukang comment kan..tukang pemerhati dah confirm ramai kan.. confirm en.tunang salah sorang.. ahaks!.. jgn mara ye en.tunang.. *kelipmatalajulaju*
tapi memang xde apa pun nak story kat fb tu, sebab tu la sy berhijrah ke alam blog pula.. hehehe!.. buleh kan, kan..kan..??

so, kat blog ni macam-macam la boleh cite..means, boleh cite panjang lebar tanpa sekatan asalkan pandai guna bahasa.. *dah macam ckgu pulak*!
yela, kang sesuka hati je cite hal orang, habis kena saman pula kan..hehe

ewaahh, panjangnya mukadimah kan..hahaha!.. berbalik pada tajuk diatas iaitu 'target something for my blog' kan, boleh tak agaknya sy target nak punyai ramai follower.. atau senang kata sy nak punyai ramaiiiii friends? yela berblog ni sebenarnya seronok.. seronok sangat kalau kena pada gayanya kan.. 

boleh bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita, berkongsi ilmu dan berkongsi lain-lain la.. but bukan berkongsi pasangan sehidup semati ye.. hehehehe!!..
tu menempah maut namanya.. ;)

target first *amboi, macam banyak target je* kalau boleh nak tengok follower friends sy dalam 5++ dalam tempoh setahun before married ni.. SETAHUN ye bukan SEBULAN.. hehe agak-agak boleh ke eh?? 5++ [5rtus orng tu macam mustahil je kan, awak bukan hebat pn *sedar diri*] tu macam x mungkin je kan.. paling tidak pun 1++ la.. means boleh tgk angka ratus la.. *ewaaah, kelipmatalajulaju* 

nama pun target kan..kalau boleh tu, kiranya tercapai la hajat dihati.. *ewaahh* sesungguhnya nanti sy bersanding pun dengan hati yang girang! hahaha.. *apa perkaitannya* mana tahu kan, mana yang dah kenal rapat, yang berdekatan ke, boleh la jgk di jemput sekali.. *amboi, bukan kemain awl menjemput* ahaakss..

akhir kata *penutup karangan??* andai ada kawan-kawan yang ikhlas nak kenal lebih rapat, boleh la to be my follower ye.. sapa yang ada blog, lagi senang..boleh sambil tu berblog walking sekali.. hehehe.. 
xde paksaan pun ye.. sekadar niat nak berkawan..
=)

*now my follower baru 30 si comel, hope pasni ada la peningkatan* =)
[xde follower sebab ramai xtahu i have a blog] sedia maklum.. hehehe.. *maluuu*  :-P

key, bye.. 





Khamis, 27 September 2012

Segmen : Saya Nak Ramai Kawans Blog

11:11 PG 4 Comments
assalamualaikum..

pagi ni dah settle kerja yang ada tu.. so, masa untuk berblog jap.. eh, boss awk bayar gji tuk berblog sekali ke?? erk.. xpun kan..
xpe-xpe, ni nak rest kan otak jap sebelum meneruskan perjalanan untuk buat kerja yang lain..  ;-)

so, dah alang2 nak berblog, kita jenguk2 la blog kawan2 yang ada..tetiba terjumpa blog Ain Dzaya ni.. segmen dia pun macam best je.. memandangkan my follower friend pun ciput je, apa kata kita join..hehe.. :-P



follower blog i baru je 29 orng yng comel2..

agak-agak bila la nak ada peningkatan yerk.. ahaaks!.. :-P

Rabu, 26 September 2012

Disebaliknya.. ;)

11:07 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

disebalik gambar mereka-mereka yang comel ni, mcam-macam komen yang dikomen.. :P

siap ada planning nak reunion bagai, pastu kita kena arrange..apakah?? maafla, sy x pndai tahu bab2 ni..mungkin yang sy tahu, sy nak datang dan makan, dan gosip-gosip je.. :P

boleh x macam tu?? haha.. jom tgk komen dorang nih..

*jgn mara ye..sume ni buat kenangan jgk tau*

click tuk besarkan ye.. :)





ni je yang kerajinan nak printscreen, pnjng lagi, dh x kuasa dah.. seronok jgk duk komen-komen dgn kawan2 semua..maklum lah, lama dah xjmpa.. dah dh xsembang sama-sama kan.. ni la pluang nya pun nak bertanya kabar balik..

yang x boleh blah nya bila dorang dok puji i rajin..tang mana la kerajinan nya itu?? haha.. klkar ok.. dh2, korang xyah susah-susah ye..kita reunion je tahun depan..makan nasi minyak free.. korang isi minyak kete korang je okeh!.. haha.. :P

okay, bye.. :P

sweet memories 2005

8:55 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

semalam dah share gambar sekolah masa form 6 kan.. harini tetiba nak share gsmbar time sekolah, form 5 pula..tadi dah share kat Fb..waaaahh, bukan kemain kawan-kawan mengomen ye..

nanti kita share ye.. ;)
meh tengok kawan-kawan kita masa form 5..


rasa-rasanya jelas la tu kan.. x jelas sila tgk pkai kanta pembesar ye.. :-P

meh nak perkenalkan sorang-sorang..actually macam chinese & indian friend memang lupa nama dorang..nasib baik la ada catat nama dorang belakang gambar..hehe

mula dari atas sekali ye..

atas kiri : Muhammad Nur Iqbal, Mohd Fadhli, Khairul Fazli, Mohd Khairil, Shamsul Bahari, Mohd Asyraf, Mohd Zulhelmi, Shahrul Naim, Abdul Hafiz & Abdul Razak

tengah dari kiri : Chong Man Ni, Liew Chai Chin, Lee Woon Wai, Lee Kok Hong, Narendra Kumar, Abal Raj, Kenny Hew, Saran Raj, Keaw Kean Huat, Mohd Diniy & Asrol

depan dari kiri (duduk) : Siti Noor Mazura, Nur Syamimi, Nor Izwanie, Nurul Diana, Mohd Hafiz, Pn. Mary Stella, Wong Sok Theng, Nur Zawatil Isyqi, Noorul Wahida, Nurul Nadia & Tommy Ng..

so, yang kita ingat yang xde dalam gambar ni Nur Hafizah..kawan lain ada ke eh?? nasib la dapat kawan pelupa camni.. :-P
sedia maklum je la kan..dah 7tahun tinggalkan sekolah tu.. ;-)

jap g kita share komen kawan-kawan kat fb pula eh.. :)

‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'???

3:15 PTG 0 Comments
Gadis   : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis   : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis   : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu G    : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna  : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G    : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna  : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G    : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna  : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. 
Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G   : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G   : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) 


Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi 
sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. 
Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur 
hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan

~~~~COPY PASTE~~~SHARING IS CARING


Selasa, 25 September 2012

Kenangan saat-saat itu!..

9:58 PG 0 Comments
assalamualaikum..
selamat pagi..  =)

ok, semalam dah share intro dulu kan tentang kenangan masa form6..
Ya Allah, rindu sangat kenangan bersama kawan-kawan semuaaaaaa.. sangat-sangat rindu.. dan semalam saya sangatttttt rajin untuk meng'scan' balik gambar-gambar yang ada..

baiklah..kalau dah rajin baru nak buat kan..kalau tak rajin buat aje la tak tahu kan.. tiba-tiba je semalam lepas sembang ngan perempuan cantik ini, terus datang 1 aura [tetiba je datang aura] haha  nak buat sangat video time sekolah..

niat nak buat video tu punya la dah tersimpan lama okeh!..sejak tahun lepas.. dasar 'M' kan..haha, terus buat tak tahu je..dan dalam masa yang sama, confius nak buh gambar apa.. so semalam punya la cari Cd gambar sekolah, baru terjumpa..

okeh! last-last terus 'terkemas' almari muka buku.. [betul-betul rajin!] =) haha
baiklah, daripada membebel panjang-panjang, nanti bosan pula nak baca kan.. jom kita tayang sikit gambar masa sekolah dulu.. video nanti baru share ye.. sedia maklum la ye kalau gambar scan ni.. yang cun pun boleh hilang 50% cun nya.. hihihihik..


gambar pun dah nak rosak..nasib baik x hilang kepala si vasant tu..hihihik..
ni masa lower 6.. comel-comel je kan..hehehe..  ;-P


time ni dah 6atas.. sume lonjong-lonjong kan..sedih akak tau.. sebab sy pling ktara lonjong je.. tp still shomel kan..kan..kan.. [muntah sapa baca ni] hahaha..  ;-P


cikgu-cikgu yang spoting.. ;-)

kami-kami yang gila kamera..  ;-P

with cik zurina yang makin cun..  ;-)

korang sume, rindu tak time pegi lawatan ni?? 


kat atas ni sume kenangan masa pergi lawatan ke Mkm Petaling Jaya dan ANGKASA..
26 Mac 2007  [kalau tak silap time ni birthday ratna insa .. hehe..
*tak sangka juga bila dah keje ni kena berhubung dgn Angkasa & Mkm..  ;-)

 time class pun sempat aje bergambar.. ;-)

rindu nya time macam ni.. semua bersatu kalau buat apa-apa pn..  :(


 korang!..rindu x time ni..sama-sama pergi pangkor.. kalau pergi lagi sekali pun dah xsama suasana nya kan.. 
 Malam jamuan pengawas.. *oohh pengawas rupanya sy ni* haha.. :-P
Jamuan at Hotel Excelsior..

okeh2..banyak dah kan share gambar-gambar ni.. ke xpuas lagi..  :-P
xpe, sat g kita share video pula eh.. korang jangan nangis tau tengok video tu.. 
[hanya yang memahami je akan rasa touching..] 


Sabtu, 22 September 2012

22 September 2012

6:53 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

harini anniversary ke 8month for our engegement day..hehe..tiap-tiap bulan kita sambut anniversary kan en.tunang.. *macam.la.dia.baca*
sambut anniversary dari jauh je la..

tunggu after married baru la setahun sekali.. *kelipmatalajulaju*

alhmdulillah..sepanjang 8month menjadi tunangan orang, masih lagi semua baik-baik.. mudah-mudahan akan bertambah baik lagi semuanya..

*makin.bertambah.rindu.kat.en.tunang.*

en.tunang, kalau awk terbaca la blog ni, 1 je nak bagitahu awk tau, sya sayang kan abang sangat-sangat!.. sya sayang kan abang macam mana sya sayang keluarga sya!.. 
sya harap 1hari nanti hanya abang sorang je yang akan menjadi kekasih halal buat sya dunia akhirat..jika diizinkan Allah..

*moga.cepatlah.kita.disatukan.&.dipermudahkan.urusan.untuk.disatukan*
amin..




Jumaat, 21 September 2012

Segmen : Let Be My Follower By Fayun

10:38 PG 4 Comments
assalamualaikum.. salam jumaat semua..  ;)

pagi ni tak bape nak bz..so, kita manja-manjakan blog pula ye..kena la singgah menyinggah blog kawan-kawan.. ;)

so, terjumpa la 1 blog ni...



jom kawan-kawan join blog kawan-kawan yang lain..sambil tu boleh tambahkan kenalan & mengeratkan silaturrahim..  :)




Rabu, 19 September 2012

Sepintas lalu . .

9:18 PG 2 Comments
assalamualaikum..


Selamat Pagi.. kejap je masa berlalu kan..dah 2 bulan++ en.tunang bertugas di Lubnan..rasa maca kejap je dia ada kat sana.. now ada lagi 300hari lagi dia bertugas.. erm, i think, dalam 300 hari lagi tu, xla sebanyak tu dia akan berada disanakan..mana tahu kemungkinan dia akan balik bercuti & balik dari bertugas awal kan..
*harap-harap macam tu la*  ;)



bila diingat-ingat balik, rasa macam ngeri je baca segala kisah yang sy tulis sepanjang perjalanan hidup kami ni..means kisah-kisah yang mengejut en.tunang nak kena bertugas kat sana.. Ya Allah, bila baca balik, rasa tak sanggup je..
Tapi, bila dikaji balik, begitulah turutan hidup kita yang Allah dah aturkan, kan.. adakala diatas, adakala dibawah..



memang tak sanggup nak baca..sebab kita menulis dalam keadaan yang tersangat down!.. so, hasil penulisan pun boleh kuar airmata..sebab menulis sambil punyai feel touching yang tinggi.. hehe..



alhamdulillah..tergerak hati rasa nak coretkan sepintas lalu tentang semuanya.. kadang-kadang Allah memberi ujian tu bersebab..dan tidak semua orang sanggup nak hadapikan? betul tak? serius, sy sndiri pun takut nak hadapi semua ni..percaya la, walaupun kita rasa tak sanggup, kita mengalirkan airmata sekalipun, Allah akan gantikan semuanya tu dengan sesuatu yang indah.. InsyaAllah.. berdoalah mudah2 an Allah akan makbulkan..



syukur alhamdulillah juga, walaupun en.tunang jauh, kami dapat berhubung..serius, masa dia belum pergi bertugas disana, macam-macam dalam fikiran ni..bila ada yang bagitahu susah nak contact-contact..susah tu ada la sikit..sebab keadaan kat sana tak sama macam kat negara kita sendiri kan..



sesungguhnya, zaman dah semakin maju..ramai yang berhubung melalui skype kan?, so, kami pun berhubung melalui skype & fb..kadang-kala ada juga yang menguji keimanan atas masalah yang tak dapat elakkan, syukur sangat sebab masih boleh berhubung mcm tu..



so, kalau kat m'sia berhubung just msg & call kadang-kadang je..so, bila en.tunang disana, ambik, sekali vdeo terus..hehe..tu la salah 1 gnjaran dari Allah juga kan..bila kita berhubung, dapat tatap diri dia sekaligus, terubat segala rindu.. *terubat sikit je la pun*

dan sy sangat-sangat rindu nak dengar phone sy berbunyi macam selalu..  :'(


bila dicoretkan dari permulaan kisah en.tunang nak ke lubnan, rasanya ianya benar-benar menguji kekuatan hati..sangat-sangat menguji!..kisah yang sepatut dikongsikan tentang preparation wedding terus bertukar.. xpelah, insyaAllah, sampai masanya kita kongsikan pula kisah wedding ye..  :)



sesungguhnya, kita perlu memandang sedikit ke belakang untuk kita teruskan perjalanan ke hadapan..moga lepas ni, jangan la diri ini diuji dengan airmata kesedihan lagi..rasa tak sanggup..biarlah sekalipun airmata ni harus mengalir, biarlah ia kerana airmata kebahgiaan..



amin..


*rindukan en.tunang..baru 2hari xcall..*  :'(

Ahad, 16 September 2012

16 September 2012

10:14 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

16 September 2012.. Selamat hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.. syukur alhamdulillah sebab dapat tinggal dan dibesarkan dalam negara yang aman dan makmur..  =)

rasa sangat-sangat beruntungkan..tidak macam negara lain, yang punyai bermacam masalah..rasa takut dan kesian pun ada pada mereka..andai mampu bantu mereka, rasa macam nak sangat bantu..tp, diri sendiri pn belum berkemampuan..

dan harini juga genap 2 bulan en.tunang berada di Lubnan sebagai pengaman disana..tugas sebagai seorang tentera sangat-sangat mencabar..syukur sangat en.tunang dapat berkhidmat disana, walaupun dihati ni 1001 kerisauan yang ada..

mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan en.tunang serta rakan-rakan kerja lain disana..  =)

moga cepat-cepat la juga misi dia disana habis..hehehe.   ;)


Rabu, 12 September 2012

InsyaAllah

9:48 PG 0 Comments

Sesungguhnya Jodoh itu rahsia Allah..

InsyaAllah... satu hari nanti akan terbongkar jua hari bahagia itu..

amin..  :)

Selamat Hari Lahir Sayang..

9:44 PG 0 Comments
assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir buat en.tunang tersayang.. yang ke bape nih?? hahaha
muda lagi kot.. :P

walaupun abang jauh, tapi sentiasa dekat dihati sya tau..

tahun ni xde hadiah dapat sya bagi..kira postpone la yerk..hehehe..  :P

tapi sebagai gantinya, sya hadiahkan kasih & sayang sya untuk abang..serta iringi dengan doa selalu, moga abang sentiasa dilindungi Allah sepanjang bertugas di Lubnan..dan dimanapun abang bertugas..

Pesanan : mOga cepat-cepatlah abang habis tugas kat sana..nanti boleh la kita kawin yerk..
hihihihihik..  :-P   :-P   :-P

agak-agak boleh ke buat permintaan macam ni?? akan ditunaikan tak?..
hahaha!.. ;-) 

Isnin, 10 September 2012

Kenapa ada blog sendiri??

10:36 PG 0 Comments

Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan..selamat pagi..waahh..macam bersemangat je kan pagi ni..pada hakikat biasa-biasa je..xde apa pun yang menarik harini.. =)

Perasan tak tajuk kat atas tu..kenapa kena ada blog sendiri..? ewahh..macam perasan je kan..macam la kita ni hebat sesangat sampai kena ada blog sendiri kan..hehehe.. eh, ada ke orang nak baca blog kita nanti?? insyaAllah ada walaupun ntah apa-apa aje kan blog kita ni..kita menulis bukan kerana nama..tapi kita menulis kerana hati kita.. J

Ok..niat pertama kenapa kita nak sangat ada blog sendiri eh?

1.      Menambah kenalan..Sebab kita ni takde la kawan ramai sangat..macam boleh dikira je kawan-kawan yang ada tu.. ni kiranya selain menambah kawan kat facebook, kiranya blog pun tuk menambah kawan sama laa..  J

2.      Untuk berkongsi atau orang sekarang sebut ‘Sharing Is Caring kan..hehe, berita yang terkini, info-info yang berguna, petua-petua yang ada ke, resepi masakan ke, berkongsilah apa saja yang boleh..bukan cite yang masuk kategori lucah-lucah ye.. minta dijauhkan lah kalau boleh..kadang-kadang kita ni kan banyak sangat cerita menarik nak kongsi..pastu tak tahu nak cite kat mana & kat siapa, so, kira ada blog ni boleh la kongsi kat situ.. setuju tak?..hehehe  ;)

3.      Tempat berkongsi masalah @ tempat meluahkan perasaan..eh?..boleh ke?? Rasanya boleh dan xsalah kan..tapi tengok pada story juga la..jangan gatal-gatal buat cerita merapu sudahlah..silap-silap nanti kena maki je ngan pembaca..dah la awak tu x hebat mana, pergi cerita perkara mengarut, memang mendapat la jawabnya...hehe..

4.      Tempat rujukan..ehh, tempat rujukan macam mana eh?? Ni perpustakaan internet la eh..hihik.. macam ni..kadang-kadang kita kan lupa tentang sesuatu..dan kadang-kadang ada juga cikgu-cikgu yang letak bahan rujukan untuk pelajarnya di blog..ehh, memang ada tau..sebagai contoh adik kita sendiri..sebab apa cikgu buat macam tu?..supaya pelajar-pelajar senang nak cari bahan kalau ada kerja yang diberi..lagi-lagi zaman sekarang ni kan memang zaman IT..boleh dikatakan setiap rumah memang ada masuk internet..pastu pelajar pula kerajaan hadiahkan Notebook..memang senanglah kan..tak perlu la nak keluar ke CC..

5.      Mengimbau kenangan..haha!..macam kelakar je kan..okeh-okeh!..sejak zaman dah makin maju ni, semua orang pun nak kongsi apa sahaja cerita pada kawan-kawan kan..kawan kawin pun kita story juga dalam blog kita..kawan dapat baby pun kita nak story..ehh..asik kawan je..hehehe..cerita sendiri mana?..okeh2..kalau kita sendiri kawin pun tentu nak kongsi cerita dengan kawan-kawan kan..lagi-lagi kalau yang tak dapat hadir.. tentu dorang nak tahu story mory nya kan..ha, blog ni rasa macam sesuai sangatttttt la kalau kita nak celoteh panjang lebar..blog awak kan..sukati awak la nak story panjang mana..hehehe..


6.      Untuk menambah income..erk?? macam mana tu..okeh! macam ni cerita nya..kan zaman sekarang ni dah ramai surirumahtangga yang sememangnya x bekerja kan..kadang-kadang diorang ni punyai keativiti yang sendiri..contohnya pandai buat kek..pastu promote kat blog..pastu ada yang berkenan dan menempah..ha, lama-lama boleh jadi bisnes secara tak sengaja..hehe..pastu sapa-sapa yang pandai menjahit..pastu promote kat blog, kalau orang dah percaya dengan hasil tangan kita tu, mesti orang akan cari kita kan..ha, kan dah jadi 1 bisnes dengan tak sengaja tu..kan dah boleh cari income tuk menambah pendapatan suami.. *makin bertambah sayang suami tu kat isteri* hik hik..

7.      Sebagai pengganti diari..hehehe!..ehh, sapa suka tulis diari angkat tangan??..mesti ramai kan..tapi zaman sekarang ni orang dah x beli buku buat diari dah kan..kalau ada pun orang-orang kerajaan je yang berdiari sebab nak catat hal seharian kerja, hal-hal mesyuarat kan..me?..memang ada je beli diari..tapi x bertulis pun..tapi diari tuk hal kerja la ye..sayang nak tulis-tulis..haha!.. kalau diari sedia ada tu biasa-biasa je kan..bila diari dah berganti dengan blog, waaahhh hebatkan..sebab kita boleh decoration blog tu kasi cantik..bagi berwarna-warni ikut sedap mata memandang..hehe..

Okeh la..setakat ni la yang kita dapat kongsi kenapa kita nak sangat ada blog sejak tengok kawan-kawan pun berblog..nampak macam best..dan bila diri sendiri pun ada blog sendiri, memang best walaupun story kita tak la sehebat mana..kalau kita pun rajin jenguk blog kawan-kawan, tentu kita pun boleh perbaiki diri kita sendiri, InsyaAllah..

So, pada semua yang follow my blog ni, thank’s ye sebab sudi jadi kawan kita.. nanti kita jenguk-jenguk blog awak semua ye.. J  kadang-kadang kita memang xdan nak komen-komen kat blog awak semua..tapi percaya la, kita sendiri rajin masuk blog awak-awak semua..  J

Sayang awak semua..  hik hik..


Sabtu, 8 September 2012

Bersyukur la kan..

1:43 PTG 0 Comments
assalamualaikum..

hye kawan-kawan semuaaaaa.. lamanya kan sy x update blog.. #bajet macam ramai je kan yang baca blog awak tu#.. hehe.. :-P
tak tahu la nak story mory apa sekarang ni..macam xde modal aje nak cerita..
#amboi-amboi..bukan kemain statement ko ye cik kak#.. haha!..

memang kering idea je sekarang ni..yela, time idea mencurah-curah bagai ke ladang gandum xde pula nak cite bagai nak rak kan..hehe..macam shomel je ye cik mimie cakap camtu..

sekarang ni mylife still berjalan macam biasa..masih memegang status sebagai tunang orang..  :-P   xde sapa pun yang tanya kan?..baiklah..kalau dah xtahu nak tulis apa, memang mendapat la mengarut macam ni..

alhamdulillah..sekarang ni i'm happy walaupun xla sepenuhnya happy..en.tunang jauuuuuuuuuuuuuuhh kat Lebanon tu kan..dan yang best setakat ni, en.tunang hari2 misti contact..hari-hari la ber'skype' ye..kalau xdapat tengok muka sehari, makkk aihhh, rasa macam menyesal je tahu.. rindu pun mula la nak memuncak2..

start malam isnin haritu laptop buat hal..bila skype xleh nak dengan suara..mic dia xleh detect..ye memang salah saya..  :-P  gatal godek-godek kan..haa, hambek ko..dari malam isnin, sampai ke malam jumaat baru boleh dengar suara balik..

azabnya....Tuhan aje yang tahu..kadang-kadang terfikir jgk, sangatttt tinggi kesabaran mereka2 yang sememangnya xleh bersuara tu kan..kita ni Allah uji sikit je..sepatutnya kita kena sangaat-sangat bersyukur..jadi bersyukur la kita setiap masa ye kwn-kwn walaupun xbanyak mana kita dapat..

bila difikirkan balik, ada hikmahnya en.tunang bertugas disana..walaupun dia jauh dimata..insyaAllah, akan selamanya dekat dihati ini.. amin..  :-)
apa hikmahnya??.. xpe..hanya sy & Allah saja yang maha mengetahui segalanya..  =)