Assalamualaikum.. Selamat tengahari..
Harini zahra dah 41hari. Kejap je kan masa tu berlalu.. Dah macam macam ragam si kecik ni tunjuk. Bertabah dan bersabar je la dengan perangainya ni.
Harini zahra merajuk. Ntah apa yang tak kenanya tak tahu la. Barangkali rindukan daddy nya. Tak pun daddy nya dok ingat dia. Pagi tadi menangis. Jenuh nak pujuk.
Nangis sebab nak tido pun iye juga.. Tapi macam tak boleh nak lelap. Menangis siap syahdu syahdu. Hai la anak.. Kuat nau touchingnya.. Ikut perangai sapa pun tak tahu la..
Disaat entry ni ditaip gini la gaya ank dara kecik ni. Tido atas riba. Gigih mama mu nak terjah blog sambil pangku awak tido ni. Hehee..
Kang tak dilayan peel nya ni kang, merajuk balik. Bertabah aje la.. Harini hari tuk beliau merajuk barangkali..
Sabar je la..
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera semua..
Ni
cerita masa hari ke-24 tempoh berpantang.
Zahra
meragam 1hari tu. Nak ngempeng je kat mama. Nak tido atas riba. Dah tido
nyenyak pun, kalau pindah letak atas tilam, dia boleh terjaga dengan mata
sebulat-bulatnya. Malam sebelum tu dia pun tak mau tido. So dengan mamanya
sekali la tak tido.
Saya
dah kepenatan sebab tak cukup tido. Nak baring pun tak boleh. Jadi kita pun
jadi stress la kan. Yela, maunya tak stress. Sampai nak makan pun lewat, badan
jadi menggeletar. Tak cukup tidonya. Nak mara Zahra tak boleh jadi lepaskan
stress ngadu kat suami. Hihihi
Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..
Siapa
Zahra khadijah? Ehhh, tak kenal ke? Tu la chinta hati saya dan en.suami. hihi..
Alhamdulillah..
kadang rasa macam tak percaya je dah ada anak. Syukur Ya Allah sebab beri
rezeki ni awal.
Ok,
harini entry kita kisah pasal Zahra la ye.. barangkali blog ni juga bakal penuh
dengan cerita anak. Normal la tu kan?
Berbalik
pada cerita Zahra, meh kita perkenalkan siapa si gerangan empunya diri tu ye..
hihi
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam.
Alhamdulillah.. Di tahun baru islam ni kehidupan saya 100% berubah setelah kelahiran zahra khadijah. Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana ragamnya.
Masa mula mula kelahirannya saya akui banyak benda yang kita tak tahu. Ragam tidonya la terutamanya. Malam memang berjaga. Siang cukup tidonya.
Masa mula mula kelahirannya saya akui banyak benda yang kita tak tahu. Ragam tidonya la terutamanya. Malam memang berjaga. Siang cukup tidonya.
As-salam
Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.
Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.
Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat
11/11 Lazada Malaysia (link)
Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!
Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons