Assalamualaikum..
Selamat Petang..
ANTARA BARANG KEPERLUAN UNTUK IBU
UNTUK DIGUNAKAN SEMASA DIHOSPITAL & SELEPAS
BERSALIN
Ok,
harini saya share keperluan tuk ibu pula ye. Haritu dah share tuk barang baby kan? Yang ni pun ada kawan bagi list. Then saya semak juga la dari blog lain
(minta halal ye) dan mana-mana web yang saya terjumpa.
If
ada kesilapan ke, harap dapatlah bantu saya ye. Maklumlah, benda ni first time
kan nak hadapi. So, saya buat list juga la. Takut nanti ada benda yang
tercicir. Dan saya memang rajin bab-bab nak buat list ni. hehe..
Assalamualaikum…
Terperasan
segmen ni.. nampak macam menarik je. Rasanya dah lama kan tak join segmen dari
rakan blogger. J
10
fakta tentang diri saya :
-
Berumur
26 tahun pada tahun 2014
-
Seorang
isteri kepada suami dan bakal seorang ibu on September ni
-
Kakak
kepada 3 orang adik
- Sangat sayangkan
kucing
-
Tidak
berapa gemar dengan warna pink. Lebih minat kepada warna merah
-
Seorang
surirumah sepenuh masa setelah berkahwin
-
Seorang
yang suka drive
-
Seorang
yang tak suka nak merajuk. Tapi mudah menangis kadang kala tu
-
Seorang
yang gemar mengumpul baju kurung dan seorang yang suka berbaju kurung
-
Pernah
mempunyai impian untuk menjadi seorang kaunselor
nota : nak tahu lebih mendalam kena la kenal lebih rapat kan.. ;)
Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..
Semalam
saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali
buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah.
Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila
tengok result dah Ok.
Takpelah.
Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la
perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di
KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok
sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.
Result
yang saya terima semalam ialah :
-
Sebelum
Makan Pagi : 4.9 (Buat
Jam 8.00 Pagi)
-
Sebelum
Makan Tengahari : 4.5 (Buat Jam
12.00 Tengahari)
-
Sebelum
Makan Malam : 4.8 (Buat
Jam 6.00 Petang)
-
Selepas
Makan Malam : 5.0 (Buat
Jam 9.00 Malam)
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Hari
sabtu lepas (30.08.2014) pergi scan baby lagi. Scan detail la. 2D - 4D. Niat
scan ni sebab nak kan kepastian tentang jantina baby dan keadaan baby. Fikir
banyak kali juga, nak buat ke tidak. Sebab terfikir nak tahu pasal jantina baby
sekali, so pergi juga la. Bab bayaran belakang kira. Sebabnya ni tentang nyawa
baby.
Actually
saya sepatutnya dah checkup di Ipoh 25hb haritu. Tapi sebab tak jadi balik
22hb, jadi saya tangguh checkup. Cuak rasanya masa nak pergi hari selasa di
KKIA Tanjung ni balik. Risau kena mara je ngan nurse. Sebabnya selepas masuk 36
week ke atas dah kena checkup seminggu sekalikan? So kalau nurse mara ke, boleh
la bagitahu ada scan di private kan..
Then
scan ni pun sebab ada en.suami sekali. Nak tahu sama-sama tentang jantina baby.
Alhamdulillah. Setakat ni 2 tempat dah bagitahu jantina yang sama. So rasanya
dah boleh yakin la. Ingat nak beli sikit la baju baby yang pink. J So dah tahu
la kan jantina baby apa??
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Cerita
harini. Harini sambung checkup di KKIA di Ipoh ni. Saya sambung checkup sampai
habis pantang. InsyaAllah. Masa first buka buku memang di KKIA sini. Masuk checkup
kedua dah start di HTD Gemas.
Kekok
juga checkup di KKIA sini. Macam tak best je.. huaaaaaaaa… Rindu nak checkup di
HTD. Kat sana best. Walaupun kadang-kadang macam tak best. Bila pergi di KKIA ni
paham-paham je la. Macam-macam orang. Ramainya jangan dikatalah.
Saya
ambik appoiment petang. Pukul 2. Tadi sampai dalam 2.20 petang camtu. Saja xnak
awal-awal sangat. Sebab tahu punya xdenya kita ni akan dapat yang awalkan? Kalau
kat HTD ni terhad. Kalau yang datang pun wife-wife army. Pastu yang duduk dalam
kawasan kem. Jadi urusan pun jap je. Kadang tu 45minit dah settle semua. Settle
saya dah naik atas umah la.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons