Assalamualaikum..
salam jumaat semua..
Syukur
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dijumaat yang indah ni.. start dari jumaat
yakni harini hingga ke minggu depan, lagi bape hari je lagi akan bersama dengan
en.suami. Means akan tinggal dengan dia.
Start
dari jumaat depan, saya bakal balik ipoh. Sebabnya next week dah masuk 36week.
Allah.. syahdunya rasa. Serius, siapa yang sanggup nak tinggalkan pasangan kita
sendirian kan? My mum & my dad minta saya bersalin kat ipoh. Sebab kat
gemas ni jauh dari hospital. Kalau nak pergi pun hospital segamat. Secara total
dari kem ni 20+ Km. So risau segala kemungkinan boleh berlaku masa on the way
tu..
So
ambik la keputusan balik ipoh. Lagipun mak abah ada kat sana. Nak ke hospital
pun tak la jauh mana. Before ni terfikir nak bersalin je kat sini. Sebab sian
kat en.suami. Tapi nak buat macam mana. Mak abah lagi risaukan anaknya ni. Tak
kan saya nak membantah. Nak-nak kita ni takde pengalaman lagi.
Pastu
pula sebab saya kan duduk umah tingkat 4. Risau juga kut-kut sakit tu datang,
nak bergerak pun susah. So fikir panjang la kat situ. Masa entry ni ditaip pun
dah rasa sebak!. Bergenang je airmata ni dok fikir macam mana la dengan
en.suami nanti. Sian dia. Confirm sunyi je umah nanti dia takde kawan sembang.
Even
saya dah sarat ni pun Alhamdulillah masih boleh masak tuk dia. Terpaksa la
lepas ni en.suami berdikari sekejap sementara ketiadaan saya. Dah terbayang
macam-macam dah. 4bulan tinggal bersama. Tup-tup nak kena ‘berpisah’ kejap demi
baby dan keselamatan diri.
Before
ni pun en.suami ada juga bersuara.. macam mana la nanti kalau saya takde kat
sini. Mesti sunyi. Ya Allah, tak terkeluar suara dibuatnya. Hanya mampu senyum
walaupun dalam hati sebak sesangat. Memang la masa mula-mula pindah rasa tak
suka duduk kat sini. Tapi sebab fikirkan pasangan, tu lebih pentingkan. Tapi sekarang
dah ok dah. Dah boleh terima keadaan kat sini.
Moga-moga
Allah bagi kekuatan kat saya. Kekuatan juga pada my dear. Kalau ikutkan my mum
dia dah ajak saya balik sekali masa awal raya haritu. Tapi saya taknak. Jumaat
depan en.suami yang akan hantar. Tak sanggup rasanya nak lepaskan dia balik
sorang-sorang nanti. Lagipun saya nak buat checkup last kat HTD ni. Lepas ni mesti rindu dengan checkup kat HTD ni.. :(
Lepas
ni rindu-rinduan balik la macam sebelum ni. nampak gaya lepas ni phone kena
sentiasa la ada disisi..
Kuatkan
hati.. !
InsyaAllah
boleh, walaupun rasa berat je. Fikir positif. Sekurang-kurangnya nanti bila
sakit nak deliver datang, family ada disisi. Mak ada bersama. Hope baby nak
kuar nanti minta-mintalah time ayah dia balik ipoh. I need my husband too..
Mak
nak saya balik ipoh pun sebab nak tengok saya rehat. Dia taknak nanti sampai
masa nak bersalin, hilang segala tenaga. If duduk umah tingkat 4 ni takut nanti
habis tenaga dok turun naik pula. Then mak dah janji nak masakkan apa yang saya
nak makan before deliver ni. Ok, fikir positif. Sedapkan hati.
Dah
terbayang-bayang masakan mak. Rindu nak mak masakkan apa yang dah lama saya tak
makan. Kuih-muih yang mak selalu buat, rindu semuanya. Paling syahdu masa raya
kedua haritu masa sembang-sembang. Mak siap cakap lagi, nanti balik ipoh mak
buatkan jus-jus buah. Allah.. kasih mak pada anaknya. Nak baby nanti lahir
sihat, maknya ni pun sama.
Serius,
perasaan sangatlah berbelah bahagi. Macam-macam perasaan timbul. Ya Allah, moga
dipermudahkanlah nanti. Kalau gemas dengan ipoh ni dekat takpelah juga. Ni jauh.
Kalau tak tempuh 5-6jam tu, jangan dikata la..
InsyaAllah,
saya akan cuba manfaatkan masa yang ada kat ipoh nanti dengan sesuatu yang
berfaedah sementara nak tunggu baby keluar..
* suasana pagi ni. hujan baru reda. Ya Allah.. dah beberapa hari hujan kat sini. rasa sayu pula hati ni *
nota
: time ni berbelah bagi nak tinggalkan suami. Nanti dah balik ipoh, kena balik
gemas balik, berbelah bagi nak tinggalkan mak pula.. adehhhh.. macam-macam
perasaan ni.. T____T
Assalamualaikum..
Tajukkkkk..
tak beringat. Beriye sangat la throwback nya tu. Haha!.. Boleh la kata
throwback ye. First time kan alaminya. Tahun pertama dok berpuasa jauh dari
family. So bila tercatat kat sini, nanti kut-kut la dah 3-4 tahun akan datang
terbaca balik, haaaa, tahu la situasinya macam mana kan? Ada beza ke tak.. Ye dok?
Pertama
kali berpuasa dengan en.suami.. sebelum ni kalau dok dengan family, haremmm la
nak bangun awal tolong mak masak time sahur ke buat pape yang patut. Tapi bila
kena turn sendiri ni, baru tahu. Nasib la saya ni jenis memang bangun sahur. So
tak susahlah nak bangun pagi.. *Yelaaaaaa sangatkan*
Hari
first sahur, tido malam ni dok beringat-ingat tau. Kunci alarm banyak-banyak
kali. Takut tak bangun punya pasal. Tahu-tahu je la.. time tu baru masuk
7month. So dah kira sarat juga kan. Takut nanti tak larat nak bangun ke apa,
jadi kena la alert2 sikit. Tido pun dah macam tido ayam je rasa.
Macam
nasi saya masak siap-siap. Sebab takut terlambat jaga, nasi dah ada kan. Tinggal
panaskan lauk je. Disebabkan puasa first, lauk yang makan semalamnya ada lagi. Jadi
senang la sikit. Terbangun pukul 4setengah ke, 4.45 pagi pun takpe. Bila dah
masuk hari berikut-berikutnya, situasinya sama juga. Malam-malam masa orang
terawih saya masak nasi siap-siap. Masak lauk siap-siap. Time berbuka kami tak
terus makan nasi.
Jadi
tak la kena kalut-kalut sangat nak masak time berbuka. Time puasa kalau berbuka
mesti nak kena ada kuih. Kuih selalunya beli je. Kecuali la kalau kuih buah Melaka
ke, saya buat je la sendiri. Bukan susah pun, kan. Pastu masa bulan puasa
haritu kan tengah ada perlawanan bola pepagi kan, kadang senang sikit nak
bangun. Sebabnya en.suami dah bangun dulu. Jadi dok dengar bunyi tv, senang la
bangun.
Pernah
juga la sekali ke 2kali terbangun lambat. Tengok jam dah pukul 4.50pagi. kalut
tak beringat. Nasib la nasi dah masak. Lauk main hentam je la masak. Haha!..
goreng telur je, pastu goreng sayur. Siap. Lagipun kami berdua tak lalu mana
pun nak makan pepagi. Saya memang tak makan banyak. Sebabnya lepas makan nasi,
saya mesti nak makan roti yang Rm0.70 tu.
Ehhhh,
panjang pula cerita pasal sahur. Kahkahkah!.. kalau dari segi situasinya pula,
umah saya ni dekat dengan surau. Senang kata turun tangga, jalan sikit dah
sampai surau tu. Kat surau tu ada buat terawih. Jadi malam-malam memang dengar
dengan jelas la segala bacaannya. Dorang habih kul bape pun tahu. Syahdu je
rasa.
Budak-budak pula bukan kemain riuh rendah dok main mercun. Saya kan masak
time orang tengah terawih. Siap terkejut-terkejut dibuatnya. Erm, sebelum orang
dok fikir bukan-bukan kenapa saya tak pergi terawih, baik saya bagitahu ye. Saya
tak larat nak turun naik tingkat 4. Umah memang tingkat 4. Tapi secara total
bila kira naik tingkat 5!.. sebab bawah sekali tempat parking. Tak larat ok nak
turun naik banyak kali. Dah la dah sarat. Dengan keadaan berpuasa lagi.
Ok,
berbalik pada kisah budak-budak tu, dorang main mercun apa saya tak tahu la. Tapi
meletupnya bukan kemain kuat. Sampai baby dalam perut ni pun boleh terkejut
tau. Ni bukan tipu. Sebab tetiba je baby bergerak kuat macam terkejut2 tu. Senang
cite, kalau ayah dorang letupkan meriam, anak letupkan mercun dalam botol/tin
kut. Hebat. Takde pula terdengar ada budak-budak kat sini putus jari ke apa. Expert.
Tu
kalau budak-budak. Kalau yang budak remaja pula merempit tak kira masa!..
seteresssssss okeh.. bingit telinga. Start petang sampai ke waktu berbuka
dorang merempit. Pastu lepas maghrib sambung lagi. Sangatlaaaaaa menguji
kesabaran. Sekarang ni baby tak kuar lagi takpelah. Nanti kalau baby dah kuar,
tak tahu nak kata camne. Jangan baby asik melalak tak boleh tido sudah.
Sampai
sekarang ni pun dorang asiklah merempit. Tak dapat bayangkan lepas ni ada baby
camne. Pastu suasana raya kat sini pula, masa raya ke-2 haritu saya balik umah
kejap. Bawa family datang umah. Senyap sunyi je kat sini. Ya Allah.. tenangnya
rasa. Best je. Tapi kalau tak dapat balik kampong confirm syahdu juga.. haha..
Tapi
bila raya ke-4 orang dah start kerja, takde la rasa sunyi mana dah. Okey je. Yang
bestnya cerita pun banyakkan, so dengan amannya layan tv la sampai ke malam. Saya
tak kemana sangat pun. Jiran-jiran bawah pun saya tak berkunjung. Bukan sombong
ye. Tapi tak kenal pun salah 1 sebab. Then kebanyakkannya masih balik kampong kut.
Umah senyap sunyi je..
Tu
la antara pengalaman pertama saya berpuasa dan beraya di kem. Situasinya berbeza
kalau duduk kat taman. Orang mesti nak berkunjung. Macam sekarang ni takdelah
orang berduyun-duyun datang ke umah pun. Ada pun kawan en.suami husband and
wife sorang tu je. Tu pun bagitahu. Ada juga la benda yang boleh dimasak. Lagipun
kalau ada orang berduyun-duyun datang umah tanpa henti, mau pengsan saya
dibuatnya. Haha.. sebabnya dah 8month kan. Serius, tak larat sangat rasanya
sekarang ni. banyak rehat je.
So,
next time kita tengok situasinya macam mana pula ye. Harap-haraplah diberi
keizinan kesihatan dan sebagainya untuk bertemu dengan ramadhan dan syawal akan
datang.. insyaAllah..
Assalamualaikum..
selamat pagi..
BSP? BSP tu apa? BSP tu Blood Sugar Profile. Orang yang BERTUAH je yang akan buat. Haha..
dan orang yang saja cari pasal like me je yang kena buat. Silap sendiri. Tapi takpe.
Belajar dari pengalaman kan. Betul tak? Tak kena, tak tahu kan.
Actually
04 ogos haritu kena minum air gula. Then semalamnya saya gatal pergi makan
macam-macam yang manis. Sapa laaaaaa yang suruh kan. Tapi nak buat macam mana. Tekak
teringin. Layankan sangat. So bila isnin tu kena minum air gula, even malam tu
dah berpuasa pun, mana badan xpenuh dengan gula kan. Hehe
Jumaat
lepas 08 ogos nurse call bagitahu result tak OK. Tadi saya baru dapat tahu,
resultnya 8.0. huh!.. Minum kali pertama 5.6 je. Kira Ok lagi la. So semalam
bermula la episode kena buat BSP. Alaaa, korang jangan risau. Takde pape
sangatlah dengan BSP ni. bukan kena
cucuk ambik darah kat lengan ke apa pun. Sekadar cucuk hujung jari je.
Cuma
letih sikit la sebab nak kena berulang 4kali ke klinik. Macam saya semalam
sampai klinik dah kat kul 8setengah pagi. Sebabnya beli kuih siap-siap. Nak makan
bila dah boleh ‘Buka Puasa’ lepas buat
BSP pertama tu. Dah la umah tingkat 4, pastu nak kena turun naik lagi. Naik pengsan
dibuatnya.
Yang
penting bila dah tahu kena buat BSP ni, silalah jaga-jaga makan ye. Macam saya
dapat tahu kena buat BSP ni masa hari jumaat tu. So start dari nurse call tu,
terus jaga-jaga makan. Risau la kan. Sampai ke hari ahad tu banyakkan minum air
kosong. Memang rasa naik pening juga la sebab rasa macam xde gula je dalam
badan ni sebab kena cover apa yang patut.
So
ni result yang saya dapat setelah buat BSP. Kena juga catat kat blog ni. nanti
akan datang senang nak rujuk. Tak yah nak google sana sini sangat kan.
-
Sebelum
Makan Pagi : 4.5 (tak boleh lebih dari 5.0)
-
Sebelum
Makan Tengahari : 5.9 (tak boleh lebih dari 7.0)
-
Sebelum
Makan Malam : 5.1 (tak boleh lebih
dari 7.0)
-
Selepas
Makan Malam : 5.0 (tak boleh lebih
dari 7.0)
Okay,
macam sebelum makan pagi tu patutnya kena buat pukul 8. Tapi sebab terlewat,
dalam pukul 8.25 baru saya buat. Untuk sebelum makan tengahari tu saya buat
dalam pukul 10.25. sebab kena buat selepas 2jam kita makan.
Untuk
sebelum makan malam tu, saya buat pukul 2 setengah petang. Dan untuk selepas
makan malam tu, saya buat pukul 8.00 malam. Selepas makan malam tu maksudnya
2jam lepas kita makan. Kalau kita makan pukul 6petang, so pukul 8malam la kita
buat.
So,
pahamkan perkongsian saya ni? Info juga ni. hehehe.. Agak-agak ada ke
kawan-kawan yang nak rujuk juga ni? takpe, yang penting kita share ye. Sebab saya
sendiri sebelum buat BSP ni pun search juga kat google nak kasi paham dengan
benda alah ni.
Dan
setelah semalam selesai buat BSP ke-4 tu, makanya harini kena datang klinik
balik untuk berjumpa dengan doctor. Alaaaa, jumpa doctor pun bukan ada apa pun.
Sekadar Cuma dia bagitahu kena jaga makan. Tu je. Risau takut nanti baby masuk
38week boleh kena balik. Ehhhhh, time tu kena buat BSP lagi ke????? Blur..
Time
tu dah balik ipoh dah. Janganlah disuruh buat pula kat ipoh nanti. Malas laa..
xde sapa nak teman kalau nak kena kuar malam. Macam semalam nasib baik la
en.suami ada. Kalau x, huaaaaaaa laaa kena kuar sengsorang.
Nurse
harini terkejut tengok result OK. Hehehe.. senyum je la.. tapi dalam hati..
fuhhhh, lega ok dah selesai benda ni. Punya la jenuh cover makan semalam. Sampai
tak lalu nak makan dibuatnya.. hehe.. selesai buat BSP ke-4 malam tu, terus
ajak my dear ke KFC. Haha.. tahhapehape je perangai. Lega sangat la tu..
So
selesai tugas saya untuk ‘Projek BSP’ ni.. Sebelum ni baca juga kat blog
kawan-kawan lain kata naik lebam jari dibuatnya bila asik kena cucuk. Saya naik
gerun pun ada bila baca. TAPI.. takdelah
sampai lebam ke apa pun. Alaaa, setakat cucuk sikit je kat jari, sakit pun tak
la. Nak lebam macam mana.. Kecuali la kalau kita takut dengan jarum. Tu mungkin
la kan. Kalau orang yang handle tu ganas, tu mungkin la ‘kut’.
Tapi
saya setakat ni ok je. Cuma yang last tu terasa pedih la sikit. Sebabnya petugas
malam tu lelaki. Haha. Paham-paham aje la kalau orang lelaki ni macam mana. Kebetulan
jari tu dah dicucuk tuk waktu ke-2. So pedih sikit la. Tapi tak la sampai nak
melalak ke apa. Siap boleh gelak sembang lagi. Ahaha..
Ok
la, Tunggu checkup story for next week ye.. ^_^
*Belanja 1 gambar tuan blog tuk harini ye. baby dah 35weeks harini. membesarlah dengan baik ye baby sayang* ^_*
Assalamualaikum..
(Entry
ni ditaip awal ye)
Selamat
hari raya semua.. masih dalam mood raya ke awak-awak semua? Saya mood raya
kureng dah.. haha! Jangan ditanya la kenapa. Maybe sebab tahun ni tak larat nak
beraya kut. Maklumlah bawa perut tahun ni kan.. hihihiks! :p
Hope
raya tahun depan meriahlah. Nak-nak si kecik ni pun dah kuar. Time tu pun dah
besar sikit dah. Dah boleh collect duit raya.. ‘ehhhhhhh..haha
Cerita
raya saya tahun ni, tahun ni tahun pertama beraya dengan title seorang isteri..
aauuuww… :p
Tahun
ni juga tahun pertama kasi can kat en.suami beraya umah mak dia.. baikkan
menantu sorang ni.. :P takde pun nak gado-gado balik kampong sapa dulu. Haha..
sebabnya apa tau? Bulan 8 ni saya dah nak balik ipoh. So dapatlah luangkan masa
nanti dengan family saya. So tak kisahlah tahun ni beraya di umah m.i.l dulu.
Tahun
pertama beraya di umah m.i.l rasa macam
kekok juga. Tapi buat biasa je. Time raya haritu baby baru masuk 33week. Raya
tahun ni tak kalut. Ehhh, tak kalut saya disuruh itu ini. Dapat juga rehat2.
Takdelah goyang kaki 24hours ye. Ada juga tolong-tolong. Tolong mana-mana yang
boleh je la. Tapi bukan ngelat tau.. segan pun ada sebenarnya.. tapi sebab tak
tau nak tolong apa, jadi xde la buat apa sangat.. hehe
Rasa
macam kelakar juga nak berjalan banyak dengan keadaan dah sarat ni. bangun
duduk, bangun duduk rasa lenguh juga badan. Hehe.. raya kat umah m.i.l tenang
je. Maybe sebab family en.suami tak ramai. Then ada adik beradik dia yang tak
balik. Rasa lengang je. Kalau kat kampong saya, jangan dikata laaaaa.. riuh
yaaaaa amat.
*salah sorang ALK saya masa kerja di kop. tak sangka rupanya ada kaitan sedara dengan keluarga en.suami*
abaikan muka yang sememeh tu ye. sebab time ni dah nak masuk asar kut. penat. muka berlengas. haha.. tak dan nak tempek bedak dahhhh.. muka xdapat tido malam pun iye ni.. hukhuk.
Tahun
ni mood nak berselfie pun takde. But I’m not selfish ye.. haha.. gambar ada la
2 keping kut camtu. Tu pun suh adik ambik kan. Kalau tak, xde juga la kenangan.
Ntah kenapa la malas sesangat nak bergambar. Hope tahun depan sempatlah
bergambar bertiga. insyaAllah.. J
Raya
tahun ni juga baby dalam perut dah jadi perhatian. Hehehehe!.. comel sangat
awak ni tau baby. Terkejut orang bila tanya pregnant dah bape bulan. Bila cakap
8bulan, orang macam tak caya. Sebabnya kata perut kecik. Ate dah mamanya badan
idak besar mana kan, macam mana perut nak membesar bagaikan juara. Hehehe!
Ada
yang ramalkan awak ni baby boy. Amin.. mudah-mudahan.. J kalau baby
boy lompat bintang la daddy awak tu nanti.. hahahak!.. :p
Mama
awak pun suka. If awak kuar nanti girl pun tak kisahlah. Janji awak sihat ye
baby. Berserah je la.. semuanya kuasa Allah.. J
Raya
kedua pula gerak balik segamat. Balik beraya dengan family saya pula. Tapi
sebelum sampai segamat tu sempat juga la menyinggah ke Palong 2 umah pakcik
saya. Beraya ke sana. My mum gerak dari segamat. Saya & suami dari Melaka.
Jumpa di Palong. Senang. Sedara mara lain x ikut pula. Sebab dorang ada tugas
kena masak-memasak. Hehehehe..
On the way nak ke Palong. Raya Kedua.
Lepas
balik dari Palong, sempat bawa mak abah adik-adik ke umah kaurters yang
kitorang duduk ni. saja tunjuk umah kat mereka. Lagipun dah 1 jalan kan.
Senang. Alhamdulillah.. family saya dah sampai umah yang kitorang duduk. So
takdelah dorang tertanya2 rupa mana umah yang kitorang duduk ni.
After
that, terus gerak balik segamat. Kat segamat xde kemana pun. Sebabnya ada
sedara mara kitorang nak mai umah. Sampai ke malam tak dapat gerak mana-mana.
Dok berkumpul ramai-ramai. Ya Allah.. meriahnya jangan dikatalah. Sampai nak
mandi pun tak sempat tau. Haha! Maksudnya nak mandi pun dah malam la baru rasa
aman sikit. Bukan tak mandi langsung ye..
Raya
ke-3 gerak ke Melaka balik. Haha.. kelakar betul. Boleh pula sana sini kan.
En.suami ajak balik sana. So gerak je la ke sana. So saya dapat luang masa kat
segamat sekejap je la pun. Tapi takpelah.. nanti ada masa boleh balik sana
lagi. Tak jauh pun dari gomeh ni..
Raya
ke-4 en.suami dah kena kerja balik. So duk la diam-diam kita kat kaurters ni.
hehe.. bila dah balik umah sendiri, mulalah tugas harian kita balik. Masak,
masak dan memasak.. ehhhhh.. banyaknya masak. Haha!.. *tipu*
Alhamdulillah..
selesai raya tuk tahun ni walaupun raya belum habis lagi. Hehe.. disebabkan
mood raya xde, jadi takdelah nak beraya ke sana sini pun. Tapikan………. Tahun ni
tak dapat nak makan lemang banyak-banyak. Sebab fikirkan baby. Yup, kerana
baby. Sebab apa yang saya perasan, bila saya makan kuih berpulut, baby jadi
kurang gerak. Maybe dia pun ngantuk je kan..Masa bulan puasa lagi dah perasan
dah. So terpaksa mama korbankan perasaan nak makan lemang banyak tahun ni.
tahun depan kasi pulun.haha
Then
disebabkan bulan puasa haritu terngidam-ngidam nak makan kuih raya kan, so bila
dapat makan macam-macam biskut raya, nikmatnyaaaaaaaaa la haiiii!!!!..
Raya
first tu memang saya banyak makan biskut raya. Sekali hambekkkk, baby bukan
kemain melompat-lompat dalam perut. Sampai rasa nak gelak pun ada. Geli
sesangat. Daddy dia pegang perut pun bukan kemain lagi respon dia. Seronok
sangat dapat makan biskut raya kan. Hehe
Tu
je la cerita raya saya tuk tahun ni. sekadar beraya di umah m.i.l buat pertama
kali, beraya dengan baby dalam perut, kena berkorban dari makan lemang.. haha..
Paling
sadis xde gambar raya. Adehh..
Tak
menarik langsung rasa raya kali ni kan. Takpe-takpe.. janji raya tetap raya..
kan..kan.. J nanti raya haji kita beraya
betiga ye baby.. InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons