Assalamualaikum..
(Entry
ni ditaip awal ye)
Selamat
hari raya semua.. masih dalam mood raya ke awak-awak semua? Saya mood raya
kureng dah.. haha! Jangan ditanya la kenapa. Maybe sebab tahun ni tak larat nak
beraya kut. Maklumlah bawa perut tahun ni kan.. hihihiks! :p
Hope
raya tahun depan meriahlah. Nak-nak si kecik ni pun dah kuar. Time tu pun dah
besar sikit dah. Dah boleh collect duit raya.. ‘ehhhhhhh..haha
Cerita
raya saya tahun ni, tahun ni tahun pertama beraya dengan title seorang isteri..
aauuuww… :p
Tahun
ni juga tahun pertama kasi can kat en.suami beraya umah mak dia.. baikkan
menantu sorang ni.. :P takde pun nak gado-gado balik kampong sapa dulu. Haha..
sebabnya apa tau? Bulan 8 ni saya dah nak balik ipoh. So dapatlah luangkan masa
nanti dengan family saya. So tak kisahlah tahun ni beraya di umah m.i.l dulu.
Tahun
pertama beraya di umah m.i.l rasa macam
kekok juga. Tapi buat biasa je. Time raya haritu baby baru masuk 33week. Raya
tahun ni tak kalut. Ehhh, tak kalut saya disuruh itu ini. Dapat juga rehat2.
Takdelah goyang kaki 24hours ye. Ada juga tolong-tolong. Tolong mana-mana yang
boleh je la. Tapi bukan ngelat tau.. segan pun ada sebenarnya.. tapi sebab tak
tau nak tolong apa, jadi xde la buat apa sangat.. hehe
Rasa
macam kelakar juga nak berjalan banyak dengan keadaan dah sarat ni. bangun
duduk, bangun duduk rasa lenguh juga badan. Hehe.. raya kat umah m.i.l tenang
je. Maybe sebab family en.suami tak ramai. Then ada adik beradik dia yang tak
balik. Rasa lengang je. Kalau kat kampong saya, jangan dikata laaaaa.. riuh
yaaaaa amat.
*salah sorang ALK saya masa kerja di kop. tak sangka rupanya ada kaitan sedara dengan keluarga en.suami*
abaikan muka yang sememeh tu ye. sebab time ni dah nak masuk asar kut. penat. muka berlengas. haha.. tak dan nak tempek bedak dahhhh.. muka xdapat tido malam pun iye ni.. hukhuk.
Tahun
ni mood nak berselfie pun takde. But I’m not selfish ye.. haha.. gambar ada la
2 keping kut camtu. Tu pun suh adik ambik kan. Kalau tak, xde juga la kenangan.
Ntah kenapa la malas sesangat nak bergambar. Hope tahun depan sempatlah
bergambar bertiga. insyaAllah.. J
Raya
tahun ni juga baby dalam perut dah jadi perhatian. Hehehehe!.. comel sangat
awak ni tau baby. Terkejut orang bila tanya pregnant dah bape bulan. Bila cakap
8bulan, orang macam tak caya. Sebabnya kata perut kecik. Ate dah mamanya badan
idak besar mana kan, macam mana perut nak membesar bagaikan juara. Hehehe!
Ada
yang ramalkan awak ni baby boy. Amin.. mudah-mudahan.. J kalau baby
boy lompat bintang la daddy awak tu nanti.. hahahak!.. :p
Mama
awak pun suka. If awak kuar nanti girl pun tak kisahlah. Janji awak sihat ye
baby. Berserah je la.. semuanya kuasa Allah.. J
Raya
kedua pula gerak balik segamat. Balik beraya dengan family saya pula. Tapi
sebelum sampai segamat tu sempat juga la menyinggah ke Palong 2 umah pakcik
saya. Beraya ke sana. My mum gerak dari segamat. Saya & suami dari Melaka.
Jumpa di Palong. Senang. Sedara mara lain x ikut pula. Sebab dorang ada tugas
kena masak-memasak. Hehehehe..
On the way nak ke Palong. Raya Kedua.
Lepas
balik dari Palong, sempat bawa mak abah adik-adik ke umah kaurters yang
kitorang duduk ni. saja tunjuk umah kat mereka. Lagipun dah 1 jalan kan.
Senang. Alhamdulillah.. family saya dah sampai umah yang kitorang duduk. So
takdelah dorang tertanya2 rupa mana umah yang kitorang duduk ni.
After
that, terus gerak balik segamat. Kat segamat xde kemana pun. Sebabnya ada
sedara mara kitorang nak mai umah. Sampai ke malam tak dapat gerak mana-mana.
Dok berkumpul ramai-ramai. Ya Allah.. meriahnya jangan dikatalah. Sampai nak
mandi pun tak sempat tau. Haha! Maksudnya nak mandi pun dah malam la baru rasa
aman sikit. Bukan tak mandi langsung ye..
Raya
ke-3 gerak ke Melaka balik. Haha.. kelakar betul. Boleh pula sana sini kan.
En.suami ajak balik sana. So gerak je la ke sana. So saya dapat luang masa kat
segamat sekejap je la pun. Tapi takpelah.. nanti ada masa boleh balik sana
lagi. Tak jauh pun dari gomeh ni..
Raya
ke-4 en.suami dah kena kerja balik. So duk la diam-diam kita kat kaurters ni.
hehe.. bila dah balik umah sendiri, mulalah tugas harian kita balik. Masak,
masak dan memasak.. ehhhhh.. banyaknya masak. Haha!.. *tipu*
Alhamdulillah..
selesai raya tuk tahun ni walaupun raya belum habis lagi. Hehe.. disebabkan
mood raya xde, jadi takdelah nak beraya ke sana sini pun. Tapikan………. Tahun ni
tak dapat nak makan lemang banyak-banyak. Sebab fikirkan baby. Yup, kerana
baby. Sebab apa yang saya perasan, bila saya makan kuih berpulut, baby jadi
kurang gerak. Maybe dia pun ngantuk je kan..Masa bulan puasa lagi dah perasan
dah. So terpaksa mama korbankan perasaan nak makan lemang banyak tahun ni.
tahun depan kasi pulun.haha
Then
disebabkan bulan puasa haritu terngidam-ngidam nak makan kuih raya kan, so bila
dapat makan macam-macam biskut raya, nikmatnyaaaaaaaaa la haiiii!!!!..
Raya
first tu memang saya banyak makan biskut raya. Sekali hambekkkk, baby bukan
kemain melompat-lompat dalam perut. Sampai rasa nak gelak pun ada. Geli
sesangat. Daddy dia pegang perut pun bukan kemain lagi respon dia. Seronok
sangat dapat makan biskut raya kan. Hehe
Tu
je la cerita raya saya tuk tahun ni. sekadar beraya di umah m.i.l buat pertama
kali, beraya dengan baby dalam perut, kena berkorban dari makan lemang.. haha..
Paling
sadis xde gambar raya. Adehh..
Tak
menarik langsung rasa raya kali ni kan. Takpe-takpe.. janji raya tetap raya..
kan..kan.. J nanti raya haji kita beraya
betiga ye baby.. InsyaAllah..
Assalamualaikum..
salam syawal..
Memandangkan
ramadhan baru je berlalu, rasanya boleh kut saya share pengalaman saya sendiri
berpuasa ketika pregnant ni. Bukanlah untuk menunjuk ke apa, cuma sebagai
sebuah coretan. Nanti akan datang kut-kut ter-alaminya lagi, senang nak tahu
kan? Haha!
Sebelum
berpuasa haritu saya punya la risau. Terfikir-fikir juga boleh ke saya ni
berpuasa dalam keadaan pregnant. Masa start berpuasa haritu saya baru masuk
7bulan. Tak ingat la dalam berapa week time tu. 7bulan tu kira dah masuk
trimester ketiga.
Sebelum
tu ada tanya pendapat nurse, nurse kata boleh je berpuasa, asalkan waktu sahur
jangan tinggal. Jangan tak makan. Makan makanan yang berkhasiat, yang berat
sikit. Macam nasi ke jangan tinggal. Then tanya mak agak-agak boleh ke
berpuasa. Risau kan. Mak cakap mak dulu boleh je berpuasa penuh. So ada la
keyakinan nak berpuasa tu.
Sebab
ada kawan saya tu dia kata dia tak boleh nak berpuasa. Dapat buat 3hari je. Pastu
kalau berpuasa dia pening, muntah, pitam. Mungkin masuk angin juga kut.. tu
yang saya terikut risau. Syukur sangat masa hari first puasa, baby pun aktif
je. Alhamdulillah.. masa tu tak sangka juga boleh habiskan puasa 1 hari tu.
En.suami
bagi kelonggaran juga kalau tak boleh berpuasa, tak larat buka je. Tapi sebab
saya nak cuba buat juga, Alhamdulillah dipermudahkan. Memanglah lembik sikit
kan, nak-nak bila baby macam meronta-ronta lapar. Sian baby time tu. Pujuk dia
bagitahu kena puasa. Ayah dia pun pujuk sama. So sweet sangat time tu.. :’)
Apa
yang sama amalkan masa sahur ialah makan nasi. Tapi sahur ni mana mau masuk
banyakkan? So makan la mana yang mampu. Then saya makan kurma bila dah lepas
makan nasi. Orang kata elok makan dalam kuantiti ganjil kan? Saya paling banyak
makan pun 5biji je. Tapi selalunya 3 je. Tu pun dah sendat perut.
Then
peel saya 1 lagi time sahur ianya wajib makan roti. Roti krim yang Rm0.70 tu. Hari-hari
lepas sahur mesti makan. Dah macam benda wajib pun ada makan roti tu. Haha! Pastu
mesti nak yang perisa coklat. Air minum air kosong je. Selalunya air kosong
sejuk peti. Air kosong sejuk biasa macam tak boleh nak telan la pula.
Alhamdulillah,
saya amalkan makan camtu hari-hari. Yang saya perasan, kalau saya tak makan
roti, perut punya la pedih. Ada la bape kali skip, try tak makan roti tu,
sekali pedih mak aihhhh perut. Yela,roti kan mengembang dalam perut. Tu pun
salah 1 yang membantu supaya saya bertahan. Then kalau nak makan kurma, mesti
makan selepas makan nasi. Kalau makan sebelum makan nasi, confirm pedih perut.
Then perkara
paling-paling penting sekali adalah NIAT kita. NIAT kita bila kita berpuasa tu.
Minta pada Allah supaya dipermudahkan. Supaya Allah dilindungi diri kita dan
Baby sepanjang kita berpuasa. Bila lepas solat maghrib saya selalu berdoa,
bersyukur pada Allah sebab izinkan saya habiskan puasa untuk hari tu.
So
takde alasan kenapa ibu mengandung tak boleh berpuasa. Tapi kalau atas sebab
memang tak boleh tu, lain la kan.. tapi kalau saja-saja atas alasan ‘mengandung’
rasanya tak patut kut. Lagipun kalau kita nak kena checkup macam nak kena minum
air gula pun, kita disuruh berpuasa dulu kan? Betul tak?
Then
dalam masa yang sama, pujuk-pujuk la baby kita tu.. insyaAllah dia akan paham..
J
Dan yang paling best sekali saya perasan ialah waktu berbuka. Baby pun ikut
rentap-rentap dalam perut bila kita makan. Sian baby lapar. Nak-nak saya kalau
berbuka cari air sejuk. Lagi la kuat dia bergerak-gerak. :’)
Then
seperkara lagi yang saya perasan, saya masa bulan puasa haritu kerap juga la
makan kuih berpulut. Contohnya kuih seri muka, tetiba suka sangat-sangat la..
kalau boleh nak makan selalu. Pastu buat kuih buah Melaka. Then yang saya
perasan, kalau saya makan kuih berpulut ni, baby jadi kurang aktif. Asik tido
je. Gerak pun slow je. Nak monitor pergerakkan pun risau tak cukup 10x.
Adakah
makan kuih berpulut ni baby pun akan ikut kita jadi kuat tido je?? Sebab saya
kalau makan kuih berpulut akan ngantuk je.. Bila saya tanya mak, mak tak tahu
pula. So saya ambik inisiatif sendiri, elakkan dari makan kuih berpulut. Risau baby
bila dia kurang bergerak. Sampailah sekarang ni. saya cuba elakkan.
Then
1 lagi, time pregnant ni elok juga minum air ribena. Tu pada saya la. Pada orang
lain, saya tak pasti la pula. Sebab apa yang saya perasan, bila time berbuka,
saya minum air ribena, baby akan sentiasa bergerak aktif pada esoknya bila kita
berpuasa. Tu yang saya perasan la. So saya amalkan minum tu la waktu berbuka.
Ni
antara yang saya amalkan masa berpuasa haritu la.. syukur sangat dapat berpuasa
habis. Cuma tinggal sehari je. Tu pun dah tengahari terpaksa buka sebab baby
kurang gerak. Sebab semalamnya masa berbuka saya makan kuih berpulut. Start dari
tu sangat takut nak makan dah kuih berpulut.
Alhamdulillah..
selesai juga ramadan saya untuk tahun ni.. :-)
Assalamualaikum..
salam jumaat..
Tadi
pagi dalam pukul 11 kul nurse call.. huhuhu.. nurse bagitahu pasal result minum
air gula isnin haritu. Nurse siap bagitahu napa tak call. Saya malassssssss.. tapi
tak la gatal mulut cakap malas kat nurse tu.. sebab tak sedap hati 2-3 hari ni,
tu saya diam je.. means lepas buat ujian minum air gula tu.
Tadi
nurse bagitahu result TAK OK..
huaaaaaa… tapi tak pasti la berapa tinggi gula tu. So isnin ni kena la buat
BSP.. ehh, betul kan BSP namanya? Saya ingat-ingat lupa. So start harini
sampaikan ke hari isnin ni kena la jaga-jaga makan.
Tu
la, padan dengan muka sendiri. Gatal makan tak beringat. Tapi tak perlu pun
salahkan diri sendiri. Kalau x jadi, takde pengalaman dengan benda camni kan?? Nurse
siap cakap lagi, kalau minum air gula lepas raya memang la gitu. Makan kena
beringat. Yeeeee, saya makan memang tak beringat pun. Hehe
Kat
umah ni asik melantak biskut raya je.. nak buat macam mana, dah benda tu nampak
je depan mata kan.. sedap ajelah nak ngapp.. actually saya rasa bukan sebab
biskut raya semata-mata. Tapi hari ahad sebelum tu saya gatal sangat nak makan
roti canai. Dah sampai tempatnya, teringin pula nak makan roti planta!!!
Kunon
tak pernah rasa, kan.. tu yang order. Tapi roti planta tu punya la manis..
memang roti planta manis ke?? Maklumlah, saya tak pernah rasa sebelum ni. tapi
lepas makan tu terus rasa nak uweeekkk.. pastu pening.. maybe sebab manis
sangat kut. *tak payah nak menyesal sangatttttt laaaa*
Insaf
dah nak order roti planta lagi. Yela nak makan roti telur tak boleh.. takut
gatal. Nak makan roti sardine tak boleh, nanti muntah. So try la roti planta. Malam
tu pula nak kata saya ni banyak makan nasi pun tak juga. Mood nak makan xde. Tapi
gatal pergi bantai makan benda lain sebelum kena puasa tu. Minum air vitagen la, makan yogurt la,
pastu roti twiggies kut.. haaaa, kan dah mendapat.
Takpelah..
pujuk hati, pujuk hati.. isnin ni kena cucuk kat jari 4x sehari. Harap-harap la
resultnya ok.. nurse kata hari selasa dapat resultnya.. ohhh, bertabahlah.. ingatkan
kena minum air gula lagi. If minum air gula lagi, tak tahu la nak elak camne. Tak
lalu kut. Siapa ada pengalaman camni?? Kena cucuk kat jari ni kerap ke?
Ke
kalau result dah ok, dah xperlu cucuk dah?? Huhu.. kena jaga makan nampaknya
lepas ni.. kalau tak kena ambik insulin eh??? Oohhh tidakkkk…
Assalamualaikum..
Sekarang
saya dah 34week. Lebih kurang 8bulan setengah. Kejap je masa berlalu. Macam tak
percaya je bila tengok keadaan diri sendiri ni. haha.. yeeeee, sangatlah comel
sekarang ni.. huahaha.. :p
Ni
lebih kepada throwback je kut. Tetiba rasa nak menaipkan. Sementara keadaan
diri ni keadaan pregnant, jadinya cerita pasal pregnant je la dulu kan. Ni bukan
la kes nak menunjuk ke menayang ke, berlagak ke apa eh.. sebagai catatan
sendiri je.. nanti akan-akan datang kalau tempuh prgncy ke-2, dah tahu la kisah
yang first kan.. kalau xnak baca, X kan
je ok..
Sepanjang
pregnant ni Alhamdulillah la saya takde mengidam teruk-teruk sangat kut. Haaaa,
wujud entry ni kes semalam la ni tengok balik cerita ‘Kampung Girl Raya’ (KGR)
tu.. si Ain tu kan ngidam pelik-pelik. Hehe
Semalam
layan cite tu dengan en.suami. Kebetulan dia baru balik kerja. Jadi ngadap la
tv kami berdua. Tapi en.suami ngadap tv sambil online. Saya je yang tekun
tengoknya. Sambil tu cakap juga kat my dear, nasib la sya tak minta
bukan-bukan, kan? Haha :p
Nak
daging landak ke, daging rusa ke, daging unta ke, itu ke, ini ke.. makanan yang
pelik-pelik ke.. hehehe.. my dear cakap kalau saya minta camtu, pening dia. Yela,
kadang-kadang kita ni rasa benda tu biasa je. Tapi kadang benda tu bukan senang
nak jumpa.. betul tak?
Nak
mee goreng contohnya. Tapi nak mak jemah yang goreng. Taknak mak minah punya..
tak ke pening dibuatnya.. tapi tu la ragam orang pregnant ni kan?? Saya start
awal pregnant sampai masuk 4month duduk dengan mak. Masa tu my dear kan belum
dapat kaurters lagi. So segala keinginan bila cakap kat mak, senang je dapat. Nak
makan nasi ayam mak buat. Nak makan laksa nak buat. Nikmatnyaaaaaaaa la haaaii…
Start
ikut en.suami saya kan macam stress. Bukan stress sikit-sikit ni. kaw-kaw punya
stress. Tapi diam je. Xnak layan sangat. Fikir baby. Fikir en.suami. Kang kita
stress lebih-lebih, en.suami tension pula kan.. bila dah stress, saya jadi
kurang makan. Sebabnya sendiri masak, sendiri kena makan. Tak lalu. Haha!..
erm, bape bulan juga la saya camtu.. hehee
Sometimes
ajak en.suami makan kat luar. Tak selalu pun. Sebab my dear lebih suka makan
kat umah. Kadang makan kat luar tu lebih kepada tuk saya je. Tapi saya kan kena
alahan sampai masuk 6bulan baru stop, jadi keinginan nak makan itu ini tu jadi
macam terbantut sikit. Nak makan, tapi tak boleh nak masuk.
Mungkin
dulu-dulu pernah berniat. Harap-harap time pregnant janganlah ngidam
pelik-pelik. Sian kat suami nanti. Memang minta sesangat semua tu tak jadi. Syukur
sangat bila Allah mendengar. Dia bantu saya. Kalau teringin pun benda yang
mudah dapat la.. yang hebat sangat, pantang pergi pasaraya TF, mesti cool blog
dicari. Hehehe..
Sepanjang
8bulan lebih ni, rasanya apa yang saya nak, dapat kut. Cumanya teringin nak
makan ikan bakar. En.suami la ni.. dulu dia pernah cakap nak bawa makan ikan
bakar. Sampai sekarang belum lagi bawaknya. Semalam sambil tengok cite ‘KGR’ kasi hint la kat en.suami..
hehehe.. 1 perkara je x dapat lagi. Nak makan ikan bakar. So en.suami janji nak
bawak. Tapi tak tau la bila. Harap-harap la dapat sebelum balik ipoh. Hihi..
Dalam
banyak-banyak rasanya yang tu je la kut belum dapat. Then 1 lagi coconut shake.
Takpun dapat air kelapa pun jadi laaa.. haha Ada lagi sebenarnya. Tapi semua tu
hasil masakan mak la. Nak mak masakan laksa. Nasi ayam. Soto ayam.. Yang tu
boleh tunggu sampai balik ipoh ni. Mak pun dah janji nak masak apa yang kita
nak sebelum baby kuar.. hehehehe..
Jenis
saya ni kalau tak dapat sesuatu tu, belum lagi la sampai tahap nangis beria
sampai guling-guling kat lantai.. takpun sentap menggila..haha.. paling tidak
pun pujuk hati. Nanti kita cari ye baby bila kuar. Maklum la, kat gomeh ni
bukannya semua ada depan mata macam duduk kat ipoh tu. So kena la banyak-banyak
bersabar.
Syukur
sangat saya kalau x dapat tu belum lagi kena macam kawan-kawan lain. Kalau nak
tetengah malam, kejut suami. Saya tak sampai hati camtu. Dah la suami kita
penat, nak rehat.. tetiba paksa-paksa. Nasib baby pun paham. Ater, anak bapak
kan.. haha..
Kalau
x dapat pun diam je.. muncung sikit la.. haha.. tapi belum sampai tahap merajuk
ke apa eh.. sebab risau.. kut-kut kita ni kuat touching, nanti baby lahir pun
kuat melalak… huaaaaa.. time tu bukan baby je yang melalak, mak ko pun sama
melalak nanti baby.. haha
Memang
hebat penangan mengidam/teringin nak sesuatu time mengandung ni. tu tak
dinafikan. Dulu baca je kisah kawan-kawan. Bila sendiri alami, baru tahu macam
mana. Kalau tak dapat tu macam mana. Dah dapat tu nikmatnya macam mana. Semuanya
pengalaman sangat berharga. J
Orang
kata kalau time alahan memang kita tak lalu makan. Bila alahan dah stop,
menggila nak makan,kan? Yup.. tu yang saya kena sekarang ni. makan nasi tak la
banyak mana pun. Tapi lepas makan nasi tu mesti nak makan benda lain. Tak kisah
la coklat ke, roti ke, biskut ke, janji ada je benda nak mengunyah. En.suami
tengok pun geleng kepala.. hehe.. nak buat macam mana. Makan walaupun baca
bismillah sekalipun, cepat je lapar balik.
Paling
best bila lepas kita makan atau sambil makan, baby pun ikut makan sama. Macam direntap-rentap
je rasa dia dalam perut ni. hehe.. Manalah mak nya tak asik kerja nak makan
je.. betul tak?
Apa-apa
pun bersyukur sangat dengan semua pengalaman ni. walaupun 6bulan alami mabuk,
sekarang ni bila dah ok, terasa sangat-sangat indah semua tu.. J Allah bagi
peluang merasa. Haihhh, panjang sangat dah cerita throwback saya ni kan.. kang
tak stop berjela karangan ni.. hehe..
Apa-apa
pun mekasih kat kengkawan yang sudi baca.. nanti kita share cerita lain
eh.. tetiba rasa macam banyak je benda
nak share kat sini sebagai kenangan.. J
nah, belanja sekeping gambar terkini. gambar hari ahad lepas. time kuar sarapan. nak sangat makan roti canai punya pasal. hahaha.. 33week ++days
Assalamualaikum
dan salam syawal buat semua..
Harini
ada checkup lagi. Kalau tak silap saya dah 10x pergi checkup. Checkup harini
kena minum air gula again!!!.. Fine, saya sampai sekarang masih rasa
pening-pening lagi kesan dari minum air gula tu. Air oren yang saya minum tu.
Ya Allah.. Azabnya rasa nak habiskan sebotol tu. Loya tekak sampai ke sudah!!
Disebabkan
ni kali kedua minum, so rasa payah nak telan air tu. Tadi ada 2 orang akak ni,
dia pun kena minum air gula tu juga. Rilex je dia habiskan. Dia kata sedap.
OMG! Sedap kata dia. Giler kentang betul. Maybe dia biasa makan/minum benda
manis kut. Tu yang rilex je kut. Saya jenuh kena tegur ngan nurse suh habiskan.
Baru
masuk sikit dalam tekak saya terus pening. Minum sampai terbelahak dibuatnya. Sampai
bergenang airmata kut. Redha je la.. L
Minum
juga la slow-slow. Tak kisah la nurse nak mara ke apa. Janji tak minum
sekaligus. Memang tak boleh nak masuk kut.
Pastukan
kena ambik darah kali kedua lepas 2jam minum air gula kan, saya rehat sejam
lepas minum air gula tu, then sejam lagi pergi checkup biasa. Nasib la buat
hari sama. So takde la saya termenung je tunggu masa camtu je. Checkup buat kat
bahagian lain.
Masa
keluar bilik tu nak ke bilik lain, lega rasanya. Tetiba lepas minum air gula tu
saya seram sejuk, pening.. nasib la masih boleh bangun. Menggigil jap kat situ.
Masuk
bilik yang buat checkup tu still rasa menggigil. Yela berpuasa dah berapa jam
kan. Nasib la tak tunggu lama. Harini timbang berat 50kg. 2minggu lepas 49kg.
Naik sekilo. Ok la tu. Nurse siap puji elok la berat setiap kali naik tak
banyak. Haha.. nak buat macam mana, saya ni memang jenis susah nak naik badan.
Pastu
kali ni check HB. HB dah okay. Ngam-ngam naik 11.0. Alhamdulillah. Macam tak percaya pula. Selalu 10 lebih atau 9
lebih kan. Harap-harap checkup 2minggu lagi HB tak turun la. Saya pun tak sure
apa yang boleh buat HB naik. Tercari-cari juga puncanya. Bukan apa, bila dah
tahu punca, senang nak kekalkan, kan?
Sebelum
ni saya suka minum air soya. Padahal sebelum pregnant xsuka pun. Tapi baru-baru
ni, dalam bulan puasa ada yang kata air soya tak elok tuk baby dalam kandungan.
Ada yang kata nanti baby mudah kena eczema. Ya Allah, risaunya rasa. Dah 7month
baru tahu. Tanya juga la kat beberapa orang. Ada yang kata tak elok. Stop la
minum. Pastu tanya nurse dia kata pengalaman dia xde pape. Ok je. Yela, lain
orang, lain ketahanannya kan?
Then
start raya kedua saya stop minum. Before ni minum pun bukan la banyak. Then nurse
cakap amalkan la makan tembikai dan buah oren sekali. Saya buah oren kureng
sikit. Bila beli asik terkena yang masam je. Last-last request to my hsbnd
belikan tembikai. Dalam seminggu raya ni dapatlah makan tembikai. Tembikai kuning.
Nikmatnya la hai. Soya saya stop minum.
Then
semalamkan kena puasa start pukul 10malam. So sebelum pukul 10 tu saya ada
minum air vitagen (susu) dengan makan yogurt buah2an tu. Ubat terskip.. hehe.. Mungkin kah saya stop minum soya HB saya
boleh naik? Adakah sebab saya makan yogurt tu HB saya boleh naik?? Ada sapa-sapa
yang tahu? Kalau yogurt boleh naikkan HB, saya nak makan selalu la.. hehehe
Then
harini kena inject Kancing Gigi sekali. Inject kali kedua. Checkup harini
banyak kena cucuk-cucuk. Haha! Nasib la rasa takut tu takde. Bagi saya kena
cucuk lagi rela dari kena minum air gula. Seksa rasanya.
Nurse
tanya juga, inject yang pertama haritu bape hari tahan rasa sakit. Tetiba rasa
blur. ‘Sakit’? Alhamdulillah.. saya tak rasa sakit. Rezeki dari Allah agaknya. Sebab
ada sorang kawan saya ni cerita naik gerun dengar. Siap cakap cucuk kancing
gigi ni sakit tau. Kena tahan la sikit. Syukur la saya tak rasa apa. Cuma sekarang
ni rasa lenguh sikit je la. Takde la lenguh sampai takleh angkat tangan ke apa.
Balik
tadi rehat jap 10-15minit terus masak. Rehat pun sebab pening dari minum air
gula tu la.. So boleh bertahan la. Bukan nak riak ke apa tau. Then tadi check
baby, nurse kata baby pun ok kedudukan
dia. Kepala dah kat bawah. Masa scan 2minggu lepas pun doc memang ada bagitahu.
Tapi sebab rasa baby ni gerak tendang-tendang kadang sampai nak ke pinggang,
rasa cuak pun ada. Risau kalau dia berpusing balik (melintang). Mana nak tahu
kan?
Erm,
apa lagi eh nak catat kat sini? Haaa,kalau bab check tekanan darah still sama
je. 90/60. Confius-confius. Takpelah, ingat nanti balik ipoh nak try buat scan
3D/4D lagi sekali. Before deliver. Nak minta doc checkkan tekanan darah sekali.
Kalau nurse saya check, tekanannya sama je. Tapi kalau nurse lain check, ada
juga perubahan. Bertabah aje la.. T___T
2week
lagi jumpa nurse. Pastu sambung check di Ipoh pula.. Sedih pula rasanya. Erm..
harap-harap la keputusan minum air gula harini ok. Risau. T____T
Nota
: Checkup 33week 6day.
Haaaaaa..
apa yang 9 bulan tu.. haha!
Assalamualaikum..
Hai
semua… salam 6 syawal.. kejap je dah nak seminggu kita semua beraya kan? Kalau
saya mood raya kureng tahun ni.. hope tahun depan meriah la kan.. nak-nak dah
ada baby time tu.. J so boleh la baby collect duit
raya kan.. ahaaaaks!
Bersamaan
dengan 6syawal ni, Alhamdulillah dah 9month rupanya saya jadi isteri orang.. la
hai.. kejap je masa berlalukan.. yela, hari-hari menjalankan rutin yang sama,
so tak perasan la sume tu.. hihi..
Walaupun
baru 9bulan menjadi wife orang, banyak juga perkara baru yang kita belajar
setiap hari. Salah 1 nya bab masak la.. pening tau hari-hari fikir nak masak
apa. :p
Alhamdulillah..
selama 9bulan ni juga, Allah bakal kurniakan seorang zuriat buat kami berdua.. alhamdulillah..
tak sabar rasanya nak tunggu baby kuar.. ihiiiks
Lagi sebulan lebih je baby dah nak kuar. heheeeee.. tapi kalau baby nak kuar awal, sila keluar 31 ogos ni ye baby.. :p
special sikit.. kalau nak sambut besday dengan daddy awak, sila keluar bulan 9 nanti ye.. :p
apa-apa pun, doakan saya nanti selamat lahirkan baby ni ye.. ^_^
pssstt : masih terfikir-fikir girl ke boy agaknya kan.. ^_*
Assalamualaikum..
Salam syawal buat semua kenalan islam..
Sekarang
dah 33week. Apa yang saya perasan, makin menjadi-jadi pula allergic saya ni
pada sesuatu makanan tu. Think positive!.. Allah sayangkan kita. Suh kita jaga
makankan?
Sebelum
ni saya perasan tak boleh makan daging. Ok la saya tak makan. Pastu ayam. Ada juga
berpantangnya. Tapi dah namanya raya, confirm la ada rendang daging, rendang
ayam kan?
Tak
kan nak tengok je. Kempunan pula nanti. Demi nak merasa, langgar juga pantang
larang tu. Makan juga la sikit. Makan dalam keadaan beringat. Masa kat umah
m.i.l, makan sambal bali daging. Daging 2 potong kecik je. Sekali malam tu…
haaaaaaa, hambek.. menggaru la ko.. rasakan..
Pastu
esoknya (raya kedua) balik kampong saya, sekali tengok dorang masak sup daging
+ jagung. Fuhhh, sedap tu.. sekali teringat.. alaaaaaaa, daging.. mana boleh
makan.. T_______T
Tapi
dek kerana nak juga rasa, makan la sup daging tu.. malam tu menggaru laaaaaa
lagi.. tido sambil standby minyak kat sebelah. Tapi mana nak lut ye kalau dah
sapu minyak pun. Rasa gatal lagi hebat. Last-last malam tu tak tido dek kerana
syok menggaru.
Pastu
semalam pagi, kat kampong makan nasi goreng. Pastu ambik la telur mata sikit. Alaaa,
makan separuh je.. pastu terasa sikit dah gatal-gatal. Tak syak pape pun. Sebab
xkan makan telur pun boleh gatal kan??
Sekali
harini, en.suami cakap minta gorengkan telur. So saya buatkan je la. Kebetulan saya
masak sambal udang. Tak berani dah nak makan. Confirm gatal badan nanti kalau
makan. Ada juga niat nak merasa. Tapi tak berani. Last-last makan la telur
goreng sikit dengan sayur..
Sekali
time mandi nak solat maghrib tadi, menggaru la sana sini. Kat perut dah
merah-merah,kaki, tangan semua gatal. Nak kata kena gigit nyamuk, tak nampak
pula kelibat nyamuk berdekatan. Sah! Allergic dah makin menjadi-jadi!.. tak
boleh makan telur pula.. Ya Allah.. bertabah je la.. lepas ni nampak gaya makan
nasi + kicap + ikan bilis je la.. takpe, bertabah la demi baby.
Haritu
masa checkup pernah tanya nurse. Tapi nurse cakap kalau teruk sangat datang la
balik. Nurse pun macam blur-blur je.. macam tak semangat je gayanya.. tu yang
malas nak ke klinik tu. Cuma katanya elakkan dari makan. Then elakkan dari
bubuh minyak yang berangin kat perut sebab nanti baby pun boleh rasa sama. Baiklah.
En.suami
lagi best ayat dia.. ‘ayang ni sejak nak turun ‘enjin’ makin menjadi-jadi gatal
sana sini..’ T_______T
Bukan
kemain lagi ayat dia tu.. tahu apa maksud ‘turun
enjin’?? haha.. maksudnya makin dekat nak beranak ni, makin menjadi allergic
nya.. mentang-mentang la unit woksyop, bukan kemain dia samakan nak beranak
dengan turun enjin.. :p
Sian
anak mama ni kan.. haha.. ayah awak tu macam-macam. Mula-mula saya confius
juga.. turun enjin?? Haha.. rupanya tu la bahasa dorang.. bila dia cakap camtu
saya gelak je la.. turun enjin tak rasa pape. Beranak boleh rasa sakitnya..
Takpelah..
baby nak lahir pun tak lama dah.. so mungkin Allah nak kita latih dari sekarang
kan, jangan makan sembarangan.. nanti dalam pantang kita juga yang senang kan?
Fikir
positif.. J
menu harini.. setelah beberapa hari cuti masak. haha :P
Psst
: cerita raya tunggu ada gambar la eh.. hehehehe..
Assalamualaikum..
Salam 3syawal.. Kejap je dah 3syawal kan? Korang dah puas beraya?? Me? Biasa biasa je..
Alhamdulillah dapat beraya dengan mak even kejap. Dapat juga beraya dengan m.i.l.
Saat entry ni ditaip, terasa seperti diri diduga. Mata tak boleh nak lelap!! Bayangkan pukul 3 lebih ni segar bugar!!!!! Tapi rasanya boleh lelap kejap tadi.. Tapi tak sure berapa lama..
Dek kerana badan gatal gatal, tergaru sana sini terus x senang nak tido.. Tak pasti ni angkara nyamuk atau allergik makan daging.
T____________T
Degil. Dah tahu tak boleh makan, nak juga rasa.. Dah tu sup daging is my fav. Tak kan nak tengok je kan??? Kalau kerana nyamuk, kenapakah en.suami boleh lena diulit mimpi?????
Saat paling paling palinggggggg terduga, gusi dibelakang geraham bongsu sakit.
T__________T
Bengkak barangkali. Punca tidak dapat dikenalpasti.. Ya Allah.. Bertabah sajalah.. Apa yang patut dibuat bila diuji begini?? Kenapa gusi boleh bengkak??? Macam mana nak kasi elok?? Any idea?
Help me plissss..
Saat begini juga si kecik sangatlah aktif.. Baby teman mama ye sayang..
Hukhukhuk..
Bersabar je la.. Kuatkan je la hati saat menanti esok pagi!!
Assalamualaikum
buat semua rakan-rakan yang dikenali..
Alhamdulillah..
setelah sebulan berpuasa akhirnya kita bertemu di pagi syawal nan indah ini..
Tahun ni raya
pertama saya di rumah mertua. So tak perlu nak pening-pening nak raya kat mana.
Hehehe..
InsyaAllah
juga raya pertama ni my mum akan datang beraya kat umah my mother in-law. So saya
dapat beraya dengan kedua-dua mak la.. hehe..
Niat mak saya
nak menjengah la besannya..
Mood raya
saya tahun ni slow je.. Mungkin sebab keadaan diri kut. InsyaAllah tahun depan
meriah la dengan kehadiran si kecik ni..
So,
dikesempatan ni saya nak Ucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Seandainya ada
salah dan silap saya sepanjang saya kenali awak semua, harap dimaafkan ye..
Jika ada komen-komen yang mengguris perasaan, harap dimaafkan..
0-0 ye.. J
google
Assalamualaikum
semua..
Malam ni
still dapat online macam biasa. Masih boleh lepak-lepak depan tv dengan
en.suami. boleh godek-godek blog, fb macam biasa.
Start tahun
ni dah tak kalut nak balik raya. Tadi sambil lipat kain baju, kemas sekali
siap-siap. Settle kerja.. kehkehkeh..
Start tahun
ni balik raya tak perlu kalut-kalut dah. Ehhhh, selalu kalut ke? Ada la sikit
kut. Sebab dulu kan balik kampong ngan family. Jadi kena la tolong apa yang
patut kalau ada yang tak settle kat umah.
Mak pula
menjait baju orang. Kadang tak siap, jadi kena juga tolong apa yang patut. Start
dah duduk dengan suami kat gemas ni tak perlu nak kalut ke apa. Sebabnya dari
gemas kalau nak balik ke Melaka (umah m.i.l) paling lama pun 2jam.. hahaha
Kalau saya
nak balik kampong mak kat segamat 1jam. 2-2 perjalanan dah tak perlu tempuh
jem. Ohhh, rindunya suasana tu. Even orang tak suka, tapi kerana jem tu juga la
kadang kala mewujudkan nikmat nak balik kampong kan? Start duk gemas ni, nak
balik raya tak lalu highway dah.. lalu jalan kampong je..
My mum dari
ipoh esok bergerak 2kereta. Hope mereka tak tersangkut la dalam jem. If tersangkut,
adatlah kan.. nak buat macam mana. Dah memang kenderaan banyak atas jalanraya..
ye dok?
Hope perjalanan
mereka semua dilindungi.. saya pun bergerak esok juga. Tapi masih boleh singgah
sana sini.. maklum la.. balik Melaka dulu tahun ni.. sempat la kut kalau nak
singgah tesco, jusco dulu.. hehehe
Apa-apa pun,
buat kawan-kawan yang akan bergerak balik kampong esok, hati-hati di jalanraya ya..
J
google
Psst : senyap
sunyi la blog seketika kan.. hehe
Assalamualaikum..
Lagi 2hari je
dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat
berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan
baby..
Syukur baby
memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu.
Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu
terpaksa 1/2 hari je..
Bercerita
pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga
takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih
tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada
yang tak complete lagi.
Baju raya : En.suami belikan sepasang.
Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai
je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan
sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha
Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia
dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.
Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun
bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun
bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha
Tudung dan aksesori : Takde mood
nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle
aje.. Kehkehkeh
Kuih/biskut raya : Tahun ni tak
buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya.
Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah
Persiapan umah : Tak buat
pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha..
Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun
mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai
atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..
Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..
Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi
alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la
x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..
Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T
Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons