Assalamualaikum..
Cerita
tentang pregnancy je lagi kan.. nak buat macam mana, mampu story bab tu je buat
masa ni..
Sekarang
dah masuk trimester ketiga.. kalau orang lain dah dupdap dupdap fikir pasal nak
deliver.. tapi saya biasa je.. tak tahu la napa.. tak nak fikir sangat.. tak
nak rasa takut-takut.. buat biasa je.. sampai masa baby kena kuar juga kan..
huhu
Sekarang
ni baby kuat pula mengeras-ngeras.. Ya Allah, baru tahu rasanya macam mana..
sakit kut.. tak tertahan rasanya.. baru-baru ni baby mengeras kuat sangat. Sakit
ya amat.. selalu dia mengeras juga. Tapi ok lagi la.. boleh tahan lagi..
Baru-baru
ni dia mengeras sampai malam tu saya tak boleh nak tido.. nak kejut en.suami
rasa tak sampai hati sebab dia nak kerja esoknya. Last-last tahan je la sampai
tertido sendiri. Tapi yang tak tahan tu, sampai seram sejuk saya dibuatnya..
nak nangis dibuatnya..
Ada
x kawan-kawan yang alami camtu? Mommy-mommy yang pernah alami share la
pengalaman. Maklumlah, saya kan first pregnancy.. banyak benda nak kena belajar..
yang mampu google je la maklumat.. ada yang kata normal sebab kandungan pun dah
masuk trimester ketiga..
Ada
yang kata rujuk la kat hospital. Huaaa.. nak kuar ke hospital jauh kut. Kalau
yang dekat ni pun HTD (Hospital Tentera Darat). Dalam kawasan kem ni la.. tapi
malasnya la hai nak kuar. Dah la duk umah tingkat 4. Malas nak turun naik
tangga.
Tapi
saya masih boleh rasa lagi pergerakkan baby. Jadi takdelah nak risau sangat.
Kalau dia senyap je mungkin saya turun pergi check juga kut. Tak sanggup kalau
jadi pape kat baby.. karang menyesal tak sudah.. minta dijauhkanlah dari
perkara yang tak elok..
Tapi
yang saya boleh terfikir malam tu, janganlah ni sakit nak beranak. Haha.. giler
betul terfikir camtu. Sebabnya saya terfikir camtu, barang baby tak beli lagi
kut.. barang saya pun sama.. tu yang terfikir sampai ke tahap tu.. bila baby
bagi hint camni, terus ajak en.suami nak beli barang baby yang lain-lain..
Pastu
sekarang ni saya rasa macam tido pun tak nyenyak. Malam tido dah macam tido
gitu-gitu je. Tapi bila pagi, mulalah rasa nak lelap. Kadang pagi saya makan
Obimin. Pastu mulalah ngantuk. Bila kerja dah settle, en.suami pun dah ke
tempat kerja, makanya kena juga la layan mata. Tak sanggup kut nak tahan.
Tapi
normal la semua tu pun kan. Pastu stail saya sekarang ni kadang ngantuk, nak
tido sangat-sangat. Tapi tak boleh nak tido. Haaaa, camne tu.. tak ke sakit
jiwa.. pastu time nak azan asar la mata ni nak terkatup.. walaupun orang kata
tak elok tido time tu, kadang saya lelap juga. Lelap gitu-gitu je la pun.
Sekadar nak hilangkan letih mata ni..
Punca
lagi 1 saya tak boleh tido sebab sakit belakang. Huhuhuuuuuu… nak nangis
kadang-kadang tu.. kalau baring tak boleh baring telentang.. pastu kalau dari
kiri nak pusing ke kanan pun sama.. sakit belakang..
Yang
ni saya kena dari 9week lagi. Ingatkan akan hilang tak lama lepas tu. Rupanya
berlanjutan sampai la ke harini. Mungkin sebab factor pembesaran baby kan..
baru tahu macam mana rasanya time pregnant.. time mak-mak kita dulu pregnant..
sekarang turn kita pula rasa macam mana..
Ni
antara yang saya dah rasa dah.. harap-harap la xde pape yang merisaukan.. nyawa anak, sapa la yang tak risau kan.. dah la xde pengalaman lagi...
Assalamualaikum..
Saya
kalau keluar dengan en.suami, dia mesti tak kan terlepas nak singgah kedai
buku. Tak kira la MPH ke kedai biasa ke, mesti dia nak jengah masuk kejap.
Saya
pula sebelum ni pernah terbaca. Kalau Omputih time pregnant suka buat
matematik. Katanya untuk meransang otak baby dari dalam kandungan lagi. Sebab tu
katanya ada antara mereka yang bijak pandai.
Macam
saya masa kerja dulu memang la ngadap nombor-nombor ni semua sebab buat akaun
kan. Tapi start dah ikut suami, mana saya kerja. Jadi saya nak cuba la dengan
cara ni.
Dah
terniat nak beli buku ni. dah lama dah. Tapi sebelum ni macam tak jumpa yang ok
je. So pendam dulu. Masa balik ipoh ternampak buku ni kat MPH. Harganya hanya
Rm9.90 je. So apa lagi. Belilah 1.
Dengan
harapan harap-harap adalah kerajinan nak buat. Hehehe.. moga-moga baby nanti
bila dah kuar bijak pandai ye.. tapi jangan bijak pandai loyer buruk sudah la..
haha
Assalamualaikum..
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
Assalamualaikum..
Dari
bulan lepas terngidam-ngidam nak makan pisang goreng kan? Haa, sekali balik
ipoh dah dapat. Rindu pisang goreng yang selalu mak buat. Sedap sebab rangup
je. Tepungnya bancuh sendiri.
Pastu
berkemas nak balik gemas, terperasan kat dapur ada lagi baki pisang belum
digoreng tu. Jadinya minta sikit kat mak. Bahagi 2 la dengan mak. Mak mesti
bagi punya. Hehe.. sebab saya cakap kat sini susah nak jumpa pisang tuk dibuat
goreng.
So
apa lagi. Ni pisang yang dibawa dari ipoh. Balas makan kat gemas ni lagi. Goreng
pakai tepung adabi je. Senang. Hehehe..
Nasib
la ngidam benda senang. Tapi susah pula nak cari. Mungkin bukan musimnya kut,
kan?
Assalamualaikum..
Hari
jumaat lepas (20.06.2014) saya ada kat ipoh. So ambik kesempatan yang ada tu
tuk buat scan baby. Sebab checkup kat gov ni rasa macam checkup gitu-gitu je. Dah
niat nak scan details nak tahu perihal baby. Sambil tu nak tahu juga gender
baby..
Nasib
la petang jumaat tu dapat buat. Kena appoiment dulu. Alaa, appoiment sekadar
nak tahu doctor free ke x. ada doctor ke x haritu. Klinik yang saya pergi ni
klinik baru. Klinik yang saya biasa pergi tu takde pula scan 3D or 4D.
Klinik
ni best. Tak ramai orang pun. Pastu murah je bayarannya. Bawah Rm100. Saya buat
ni 3D/4D siap dapat CD hanya Rm75 sahaja. Promotion katanya. Tak kisah laa,
janji dapat buat. Sebab kat gemas ni saya tak jumpa klinik yang ada scan camtu.
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
baby genap 28week. So dah 7bulan dah. Tapi bila tengok depan-depan, tak nampak
pun macam 7bulan. Tak tahu la terlindung sebab kita pakai baju longgar ke apa.
Last week saya pergi checkup. Masa tu 27week. Saya kalau pergi checkup memang
akan pakai baju kurung. Sebab rasa selesa macam tu.
Lagipun
tang pinggang kain tu mak saya dah adjust kasi besar. Pastu balik dari checkup,
en.suami cakap nak ke farmasi. Saja nak tengok-tengok katanya. Senang nanti
kalau nak cari apa-apa ubat ke, kat mana nak tuju.
Ntah
macam mana, cashier sorang ni tegur saya. ‘pregnant ke’? saya terpinga jap.
Pastu jawab ‘haaah’ je la. Pastu dia tanya berapa bulan. So saya cakap la nak
masuk 7bulan sambil senyum. Then dia cakap, keciknya perut. OohhMG.. berapa
ramai la yang tegur kata perut kecik.
Mana-mana
saya pergi pun orang dok tegur napa perut kecik. Sedihnya rasa. Kita pula yang
risau orang tegur baby mesti kecik kan. T__T
Apa
yang saya harapkan, even baby kecik, biarlah dia sentiasa sihat. Tak semestinya
kena perut besar-besar kan, if kita time pregnant ada masalah kesihatan, betul
tak?
Kalau
pakai baju kurung, memang nampak macam kecik. Tapi tetap nampak perut dah ke
depan. Tak kan saya nak kuar pakai ketat melekat semata-mata nak tayang perut kan.. Buat dosa je.. If saya pakai dress ke, memang nampak perut tu. Persoalannya, perlu ke
kita ni time pregnant kasi perut besar-besar? Bagi saya baby sihat kat dalam tu
lagi penting.
Maybe
perut saya tak berapa nampak sebab saya kan perlu turun naik umah tingkat 4. Mungkin
Allah nak permudahkan saya untuk turun naik agaknya. Jadi badan saya pun xde la
besar. Takdelah nanti tak larat nak bawak badan, ye dok? Sekarang ni pun bila
nak naik atas, sampai tingkat 2 pun dah semput.
Then
minta maaf sangat kalau saya tak dapat nak attach gambar time pregnant kat
sini. Sebabnya saya terperasan ada beberapa page kat Fb yang curi gambar-gambar
perempuan pregnant ni, then letak kat dalam tu. Siap buat caption yang tak
senonoh. Caption yang mungkin buat orang 'terangsang' barangkali..
Ya
Allah.. mudah-mudahan la gambar saya takde. Lepas ni nak kena hati-hati bila
kita letak gambar. Suka-suka hati je dorang ni ambik gambar. Nampak sangat la
admin pemilik page tu macam mana. Ya Allah.. Risaunya rasa..
Kawan-kawan
yang lain pun hati-hati ye. Sekarang ni memang zaman dah maju. Tapi bila niat
orang x baik macam tu, kita tak boleh kata apa dah. Ada juga gambar beberapa
orang yang saya kenal diletak disitu..
Harap
kita yang dapat elak ni, elakkan la ye..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
saya dah selamat sampai ke gemas balik petang tadi.. syukur dapat balik ke ipoh
jumpa family walaupun kejap. Rasa tak puas pun ada. Tapi takpelah.. janji dapat
jumpa mereka semua.. termasuk la kucing-kucing kesayangan.
Saya
gerak balik ipoh hari khamis. Pagi tu kuar awal. Berdebar rasa nak balik. Hehe..
siap pesan kat mak, masakkan nasi ayam. Maklumlah, fav. kan.. lagipun jemu la
makan nasi biasa je.. pastu jemu makan masakan sendiri. Sebab tu la minta mak
masakkan nasi ayam.
Sampai
sana tengok mak dah siap masak. Fuhhh, semerbak bau nasi ayam yang dirindui. Makan
tak beringat sungguh. Makan sungguh-sungguh la kat sana. Balas dendam dapat
makan mak masak.
Cuma
1 yang tak dan minta mak buatkan Cuma laksa je. Sebab mak cakap xde ikan yang
elok. Takpelah.. bukan rezeki. Laksa tu Cuma bonus je. Kalau dapat makan memang
la best. Tak dapat pun xpe. Janji dapat nasi ayam.
Then
teringin nak makan pisang goreng mak pun dapat. Hehe.. mak cakap kebetulan dia
pergi kedai, ternampak pisang sesisir. So apa lagi..sambar la dulu. Sedapnya la
hai.. even tak makan beria mana, janji dapat makan. Siap minta mak sikit pisang
yang belum goreng tu. Sebab nak goreng sendiri kat sini. hehe
Pastu
malam semalam kawan adik datang umah. Bawa makanan. Sekali tengok pulut kuning
dengan marble kek yang dia buat sendiri. Ya Allah, bagaikan pucuk dicita, ulam
mendatang la pula.. saya lama teringin nak makan pulut kuning. Awal-awal
pregnant kut. Tapi sebab en.suami tak berapa makan, jadinya tak terbuat la..
syukur dah terbalas kehendak tu.
Cuma
mak pesan jangan makan banyak sangat. Then sebenarnya semalam niat nak buat
kek, pastu terlupa. Sebabnya bawa mak kuar jenjalan. Balik pula dah malam. Tak kuasa
pula nak membaking. So rezeki la dapat kek tu.hehe.. mekasih nana.. macam
tahu-tahu je kehendak selera akk.. hehe
Then
pagi jumaat kalau tak silap, mak buat nasi lemak. Fuhhh, mak kita ni memahami
sungguh laaa.. dah la kita ni dah lama tak makan nasi lemak. Sekali mak
buatkan. Memang rezeki la.. rezeki baby.. sebab tak cakap pun kat mak nak makan
nasi lemak. Hehe
Pagi
sabtu pula mak beli sarapan roti canai. Fuuhh, dapat lagi apa yang saya suka. Sangat
la best. hehe.. kiranya balik ni dapat la apa yang kita nak. Puas rasanya. Nanti
baby kuar harap xde la leleh ailio ye. Mama awk dapat makan apa yang dia nak. Hihi..
Pastu
yang kelakarnya, hari selasa kan saya ada checkup. Berat saya 48kg kan, sekali
balik ipoh saja la timbang juga penimbang kat umah. Tengok dah 50kg. haha..
biar betul. Tapi saya syak kain yang saya pakai time tu berat sikit. Tapi takpe
la.. janji puas dapat makan.
Pastu
niat nak buat scan baby pun dapat. Haa, bab scan baby ni nanti la saya cerita
ye dalam entry yang lain.. pastu niat nak bawak mak kuar jalan-jalan pun dapat.
Alhamdulillah.. dapat juga luang masa dengan mak. Walaupun takdelah berjalan ke
mana pun. Kiranya girl outday la jap..hehe
Pastu
niat nak belanja mak cool blog pun dapat. Ehh, bukan mak je.. sekali dengan
adik-adik la.. sebab haritu pernah la sembang ngan mak. Kat gemas ni saya kerap
beli cool blog. Sekali mak cakap, mak dah lama tak beli.. sejak saya ikut
suami.. alahai.. sedih pula kita dengar.. :’(
Nampak
sangat la selalu nak dapat sesuatu sebab kuar dengan kita.. pastu sempat la
shopping sama-sama. Sekali dengan adik. Habiskan masa sekejap dengan dorang.
Pastu
sejak duk ngan hsbnd ni lebih kurang 2bulan setengah saya tak bawak kereta
manual. Fuhh, cuak tau nak bawa balik. Sebab kereta en.suami auto. So apa lagi,
kena juga la try bawak. Nasib la masih cekap. Hehe.. rindunya la hai dengan
semua tu.. :’(
Harap-harap
la dapat balik berpantang kat ipoh pula lepas ni. jadi dapat la luang masa
dengan mak dan family yang lain..
Baru
terasa macam mana berharganya masa itu.. :’(
Assalamualaikum..
hai semua.. salam khamis..
Alhamdulillah..
setelah 2bulan setengah duduk dengan suami di gemas ni, dapat juga balik ke
ipoh. Rindunya dengan ipoh. Rindu dengan family.. Rindu dengan kucing-kucing
semua..
Balik
ni nak lepas rindu puas-puas kat sana. Nak makan puas-puas yang mak masak. Rindu
masakan mak. Dah sedia menu dah ni untuk 4hari 3malam kat sana. Hehehe..
Mekasih
buat en.suami sebab sudi ambik cuti tuk balik ke ipoh. insyaAllah nak luang
masa kat sana dengan family semua.
insyaAllah
kalau ada peluang nak godek internet puas-puas sebab kat sana pakai TM. Haha..
Actually
niat balik sana selain dari nak jumpa family, saya nak ambik barang-barang lain
yang penting kat sana. Then nak buat scan baby sekali. Hope segala jadual yang
dah diatur ni dapat la dilaksanakan.
insyaAllah,
masa entry ni terpublish, saya dah on the way ni. doakan perjalanan saya
selamat pergi dan balik nanti ye.. J
sayang
korang.. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons