Assalamualaikum..
Saya
kalau keluar dengan en.suami, dia mesti tak kan terlepas nak singgah kedai
buku. Tak kira la MPH ke kedai biasa ke, mesti dia nak jengah masuk kejap.
Saya
pula sebelum ni pernah terbaca. Kalau Omputih time pregnant suka buat
matematik. Katanya untuk meransang otak baby dari dalam kandungan lagi. Sebab tu
katanya ada antara mereka yang bijak pandai.
Macam
saya masa kerja dulu memang la ngadap nombor-nombor ni semua sebab buat akaun
kan. Tapi start dah ikut suami, mana saya kerja. Jadi saya nak cuba la dengan
cara ni.
Dah
terniat nak beli buku ni. dah lama dah. Tapi sebelum ni macam tak jumpa yang ok
je. So pendam dulu. Masa balik ipoh ternampak buku ni kat MPH. Harganya hanya
Rm9.90 je. So apa lagi. Belilah 1.
Dengan
harapan harap-harap adalah kerajinan nak buat. Hehehe.. moga-moga baby nanti
bila dah kuar bijak pandai ye.. tapi jangan bijak pandai loyer buruk sudah la..
haha
Assalamualaikum..
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
Assalamualaikum..
Dari
bulan lepas terngidam-ngidam nak makan pisang goreng kan? Haa, sekali balik
ipoh dah dapat. Rindu pisang goreng yang selalu mak buat. Sedap sebab rangup
je. Tepungnya bancuh sendiri.
Pastu
berkemas nak balik gemas, terperasan kat dapur ada lagi baki pisang belum
digoreng tu. Jadinya minta sikit kat mak. Bahagi 2 la dengan mak. Mak mesti
bagi punya. Hehe.. sebab saya cakap kat sini susah nak jumpa pisang tuk dibuat
goreng.
So
apa lagi. Ni pisang yang dibawa dari ipoh. Balas makan kat gemas ni lagi. Goreng
pakai tepung adabi je. Senang. Hehehe..
Nasib
la ngidam benda senang. Tapi susah pula nak cari. Mungkin bukan musimnya kut,
kan?
Assalamualaikum..
Hari
jumaat lepas (20.06.2014) saya ada kat ipoh. So ambik kesempatan yang ada tu
tuk buat scan baby. Sebab checkup kat gov ni rasa macam checkup gitu-gitu je. Dah
niat nak scan details nak tahu perihal baby. Sambil tu nak tahu juga gender
baby..
Nasib
la petang jumaat tu dapat buat. Kena appoiment dulu. Alaa, appoiment sekadar
nak tahu doctor free ke x. ada doctor ke x haritu. Klinik yang saya pergi ni
klinik baru. Klinik yang saya biasa pergi tu takde pula scan 3D or 4D.
Klinik
ni best. Tak ramai orang pun. Pastu murah je bayarannya. Bawah Rm100. Saya buat
ni 3D/4D siap dapat CD hanya Rm75 sahaja. Promotion katanya. Tak kisah laa,
janji dapat buat. Sebab kat gemas ni saya tak jumpa klinik yang ada scan camtu.
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
baby genap 28week. So dah 7bulan dah. Tapi bila tengok depan-depan, tak nampak
pun macam 7bulan. Tak tahu la terlindung sebab kita pakai baju longgar ke apa.
Last week saya pergi checkup. Masa tu 27week. Saya kalau pergi checkup memang
akan pakai baju kurung. Sebab rasa selesa macam tu.
Lagipun
tang pinggang kain tu mak saya dah adjust kasi besar. Pastu balik dari checkup,
en.suami cakap nak ke farmasi. Saja nak tengok-tengok katanya. Senang nanti
kalau nak cari apa-apa ubat ke, kat mana nak tuju.
Ntah
macam mana, cashier sorang ni tegur saya. ‘pregnant ke’? saya terpinga jap.
Pastu jawab ‘haaah’ je la. Pastu dia tanya berapa bulan. So saya cakap la nak
masuk 7bulan sambil senyum. Then dia cakap, keciknya perut. OohhMG.. berapa
ramai la yang tegur kata perut kecik.
Mana-mana
saya pergi pun orang dok tegur napa perut kecik. Sedihnya rasa. Kita pula yang
risau orang tegur baby mesti kecik kan. T__T
Apa
yang saya harapkan, even baby kecik, biarlah dia sentiasa sihat. Tak semestinya
kena perut besar-besar kan, if kita time pregnant ada masalah kesihatan, betul
tak?
Kalau
pakai baju kurung, memang nampak macam kecik. Tapi tetap nampak perut dah ke
depan. Tak kan saya nak kuar pakai ketat melekat semata-mata nak tayang perut kan.. Buat dosa je.. If saya pakai dress ke, memang nampak perut tu. Persoalannya, perlu ke
kita ni time pregnant kasi perut besar-besar? Bagi saya baby sihat kat dalam tu
lagi penting.
Maybe
perut saya tak berapa nampak sebab saya kan perlu turun naik umah tingkat 4. Mungkin
Allah nak permudahkan saya untuk turun naik agaknya. Jadi badan saya pun xde la
besar. Takdelah nanti tak larat nak bawak badan, ye dok? Sekarang ni pun bila
nak naik atas, sampai tingkat 2 pun dah semput.
Then
minta maaf sangat kalau saya tak dapat nak attach gambar time pregnant kat
sini. Sebabnya saya terperasan ada beberapa page kat Fb yang curi gambar-gambar
perempuan pregnant ni, then letak kat dalam tu. Siap buat caption yang tak
senonoh. Caption yang mungkin buat orang 'terangsang' barangkali..
Ya
Allah.. mudah-mudahan la gambar saya takde. Lepas ni nak kena hati-hati bila
kita letak gambar. Suka-suka hati je dorang ni ambik gambar. Nampak sangat la
admin pemilik page tu macam mana. Ya Allah.. Risaunya rasa..
Kawan-kawan
yang lain pun hati-hati ye. Sekarang ni memang zaman dah maju. Tapi bila niat
orang x baik macam tu, kita tak boleh kata apa dah. Ada juga gambar beberapa
orang yang saya kenal diletak disitu..
Harap
kita yang dapat elak ni, elakkan la ye..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
saya dah selamat sampai ke gemas balik petang tadi.. syukur dapat balik ke ipoh
jumpa family walaupun kejap. Rasa tak puas pun ada. Tapi takpelah.. janji dapat
jumpa mereka semua.. termasuk la kucing-kucing kesayangan.
Saya
gerak balik ipoh hari khamis. Pagi tu kuar awal. Berdebar rasa nak balik. Hehe..
siap pesan kat mak, masakkan nasi ayam. Maklumlah, fav. kan.. lagipun jemu la
makan nasi biasa je.. pastu jemu makan masakan sendiri. Sebab tu la minta mak
masakkan nasi ayam.
Sampai
sana tengok mak dah siap masak. Fuhhh, semerbak bau nasi ayam yang dirindui. Makan
tak beringat sungguh. Makan sungguh-sungguh la kat sana. Balas dendam dapat
makan mak masak.
Cuma
1 yang tak dan minta mak buatkan Cuma laksa je. Sebab mak cakap xde ikan yang
elok. Takpelah.. bukan rezeki. Laksa tu Cuma bonus je. Kalau dapat makan memang
la best. Tak dapat pun xpe. Janji dapat nasi ayam.
Then
teringin nak makan pisang goreng mak pun dapat. Hehe.. mak cakap kebetulan dia
pergi kedai, ternampak pisang sesisir. So apa lagi..sambar la dulu. Sedapnya la
hai.. even tak makan beria mana, janji dapat makan. Siap minta mak sikit pisang
yang belum goreng tu. Sebab nak goreng sendiri kat sini. hehe
Pastu
malam semalam kawan adik datang umah. Bawa makanan. Sekali tengok pulut kuning
dengan marble kek yang dia buat sendiri. Ya Allah, bagaikan pucuk dicita, ulam
mendatang la pula.. saya lama teringin nak makan pulut kuning. Awal-awal
pregnant kut. Tapi sebab en.suami tak berapa makan, jadinya tak terbuat la..
syukur dah terbalas kehendak tu.
Cuma
mak pesan jangan makan banyak sangat. Then sebenarnya semalam niat nak buat
kek, pastu terlupa. Sebabnya bawa mak kuar jenjalan. Balik pula dah malam. Tak kuasa
pula nak membaking. So rezeki la dapat kek tu.hehe.. mekasih nana.. macam
tahu-tahu je kehendak selera akk.. hehe
Then
pagi jumaat kalau tak silap, mak buat nasi lemak. Fuhhh, mak kita ni memahami
sungguh laaa.. dah la kita ni dah lama tak makan nasi lemak. Sekali mak
buatkan. Memang rezeki la.. rezeki baby.. sebab tak cakap pun kat mak nak makan
nasi lemak. Hehe
Pagi
sabtu pula mak beli sarapan roti canai. Fuuhh, dapat lagi apa yang saya suka. Sangat
la best. hehe.. kiranya balik ni dapat la apa yang kita nak. Puas rasanya. Nanti
baby kuar harap xde la leleh ailio ye. Mama awk dapat makan apa yang dia nak. Hihi..
Pastu
yang kelakarnya, hari selasa kan saya ada checkup. Berat saya 48kg kan, sekali
balik ipoh saja la timbang juga penimbang kat umah. Tengok dah 50kg. haha..
biar betul. Tapi saya syak kain yang saya pakai time tu berat sikit. Tapi takpe
la.. janji puas dapat makan.
Pastu
niat nak buat scan baby pun dapat. Haa, bab scan baby ni nanti la saya cerita
ye dalam entry yang lain.. pastu niat nak bawak mak kuar jalan-jalan pun dapat.
Alhamdulillah.. dapat juga luang masa dengan mak. Walaupun takdelah berjalan ke
mana pun. Kiranya girl outday la jap..hehe
Pastu
niat nak belanja mak cool blog pun dapat. Ehh, bukan mak je.. sekali dengan
adik-adik la.. sebab haritu pernah la sembang ngan mak. Kat gemas ni saya kerap
beli cool blog. Sekali mak cakap, mak dah lama tak beli.. sejak saya ikut
suami.. alahai.. sedih pula kita dengar.. :’(
Nampak
sangat la selalu nak dapat sesuatu sebab kuar dengan kita.. pastu sempat la
shopping sama-sama. Sekali dengan adik. Habiskan masa sekejap dengan dorang.
Pastu
sejak duk ngan hsbnd ni lebih kurang 2bulan setengah saya tak bawak kereta
manual. Fuhh, cuak tau nak bawa balik. Sebab kereta en.suami auto. So apa lagi,
kena juga la try bawak. Nasib la masih cekap. Hehe.. rindunya la hai dengan
semua tu.. :’(
Harap-harap
la dapat balik berpantang kat ipoh pula lepas ni. jadi dapat la luang masa
dengan mak dan family yang lain..
Baru
terasa macam mana berharganya masa itu.. :’(
Assalamualaikum..
hai semua.. salam khamis..
Alhamdulillah..
setelah 2bulan setengah duduk dengan suami di gemas ni, dapat juga balik ke
ipoh. Rindunya dengan ipoh. Rindu dengan family.. Rindu dengan kucing-kucing
semua..
Balik
ni nak lepas rindu puas-puas kat sana. Nak makan puas-puas yang mak masak. Rindu
masakan mak. Dah sedia menu dah ni untuk 4hari 3malam kat sana. Hehehe..
Mekasih
buat en.suami sebab sudi ambik cuti tuk balik ke ipoh. insyaAllah nak luang
masa kat sana dengan family semua.
insyaAllah
kalau ada peluang nak godek internet puas-puas sebab kat sana pakai TM. Haha..
Actually
niat balik sana selain dari nak jumpa family, saya nak ambik barang-barang lain
yang penting kat sana. Then nak buat scan baby sekali. Hope segala jadual yang
dah diatur ni dapat la dilaksanakan.
insyaAllah,
masa entry ni terpublish, saya dah on the way ni. doakan perjalanan saya
selamat pergi dan balik nanti ye.. J
sayang
korang.. ^_^
Assalamualaikum..
hai semua.. selamat malam..
Pagi
ni patutnya kena pergi kem. Ada majlis perpisahan pengerusi kor armor kata
en.suami. Kebetulan cuaca tak ok. Bangun pukul 6 dengar guruh. Tapi tak hujan
pun. Elok pukul 7 turun nak beli kuih sebelum ke kem, en.suami dapat call
katanya wife tak perlu datang sebab cuaca tak ok. Fuhhhh, lega. Haha.. sebabnya
bermalasan pula nak pergi. Tapi excited bersiap.
Dan
dalam masa yang sama, saya ada checkup harini. Disebabkan tak jadi ke kem, maka
baliklah rumah. En.suami pula semalamnya duty. Jadi balik pagi nak rehat. So
bukan dia je yang tido. Dengan saya sekali bantai tido. Ngantuk punya pasal
sebab malam tido lambat. Pagi tadi pukul 5 terjaga. Kes berjaga-jaga punya
pasal.
Ehhh,
panjangnya intro. Haha.. pastu bangun kul 10pagi. Siap-siap ke HTD (Hospital
Tentera Darat) tuk checkup. Ala HTD dengan rumah bukan jauh pun. Nak turun
tingkat 4, 5minit. Start kete ke sana 5minit. Total 10minit la kuar dari umah.
Sampai HTD tengok lengang je. Confius jap. Nurse2 ni pergi mana.. Tak lama
lepas tu nampak nurse yang take over kes saya. Fuhh lega..
Harini
checkup macam biasa. 2minggu lepas checkup berat 46.5kg. harini tengok nurse tulis kat buku pink 48kg. haaaaaaa??? Biar betul ni..
haha.. Oohh, dah ada peningkatan ye.. hope ni bukan berat saya je. Tapi berat
baby juga.. Ada masa memang rasa perut ni macam berat je.. Nak-nak kalau baby
aktif..
HB
pula macam biasa la.. Kali ni turun. OhhhMG.. 9.6 je.. adeh.. turun lagi. 2week
lagi nak kena datang checkup. So nak kena usaha kasi naik ke 10 balik ni paling
tidak pun. insyaAllah saya akan usaha naikkan balik ye nurse. Mana la tak
turun. Kadang ubat skip-skip.. T__T
Pastu
nurse siap bagitahu. Nanti masuk 32week kena minum air gula lagi.. OoohhMG..
Air gula lagi.. adeh… Tak laluuuuuu laaaa nak kena minum lagi.. Time tu bulan
puasa kut. Kena minum sorok-sorok la nanti. Wuuuuueeeekkkkk… Teringat pula kes
minum air gula yang haritu. Kembang tekak kut. Sapa lalu walaupun orang kata
ianya ‘Perisa
Oren’..
Harini
nurse nak check degupan jantung baby.. Macam selalu checkup tu. Tapi baby tak
bagi kerjasama je. Nurse cakap tak pasti kedudukan dia macam mana. Sebab rasa
macam belah kanan ni kosong je. Dia duk lebih ke belah kiri. Pastu bila check
belah kiri, nurse cakap dia mungkin mengiring kut. Jadi terlindung nak dengar
jantung dia. Dapat dengar sikit je. Nurse kata yang boleh rasa keras2 tu
mungkin bahu dia kut.
Aduhai
baby sayang.. Awatlaa awak menyorok harini.. sian mama awk ni tau. Naik risau
bila nurse kata gitu. Walaupun nurse kata takde pape, tapi mama awk ni risau
tau. Minggu ni kita balik ipoh, kita scan kat sana ye.. sambil tu mama nak
skodeng gender awak sekali. Harap-harap bagi kerjasama ye sayang..
Tapi
syukur sebab baby ada gerak-gerak, tendang sume tu.. sila bagi respon selalu ye
baby sayang.. Harini kena cucuk kancing gigi. Before ni ada kawan cakap, cucuk
kancing gigi sakit, tapi saya relax je. Tak sakit pun. Hehe.. malah tak rasa
pun. Maybe sebab masa form6 dulu bape kali kena cucuk. So ok je. Nanti nak kena
cucuk lagi sekali, dah tahu la rasanya macam mana.
Bagi
saya, cucuk ambik darah tu sakit la sikit dari cucuk kancing gigi tu. So buat
kawan-kawan yang jenis takut bab cucuk-cucuk ni, jangan la risau ye. Cucuk
kancing gigi tu tak rasa apa pun. Mungkin dengar perkataan ‘cucuk’, mula la
rasa cuak kan? Alaa relax laa.. takde apa pun. Think positive aje ye. Lagipun
fikir baby yang penting.
After
cucuk kancing gigi, kena ambik darah. Untuk apa eh?? Alaa, lupaa.. tak kisah la
tuk apa. Janji settle hal checkup saya tuk harini.. insyaAllah 01 julai nanti
datang check balik. Saya rasa, saya ni tiap 2minggu pergi checkup. Hehe.. tak
kisah laa.. janji baby sihat. Tu je..
Ohh
yaa.. haritu saya kena minum air gula kan? Alhamdulillah resultnya ok. Normal.
Syukur. Hope sangat nanti sebulan kena minum lagi air gula tu keputusannya pun
normal la..
So,
ni la catatan checkup untuk harini.. =)
Maaf tiada gambar untuk di letak..
Assalamualaikum.. hai semua..
Pagi ni awal sikit bersiaran. kebetulan line macam ok je. saja nak tempek hasil kerja semalam.
walaupun baru 2customer = 2kawan yang order, saya cuba buatkan dulu. ni la projek pertama saya. harap-harap kawan yang order nanti bagi respon ye. if ada yang terkurang ke, terlebih ke, bagitahu je supaya ianya dapat diperbaiki.
yang sikit sebekas tu tuk owner. ingat nak bawak balik ipoh khamis ni bagi my mum rasa. hihihi.. kebetulan buat ada lebih.
kalau ada yang nak order, jangan segan-segan ya tuk tanya.. =)
#SayaJualYe
Pagi ni awal sikit bersiaran. kebetulan line macam ok je. saja nak tempek hasil kerja semalam.
walaupun baru 2customer = 2kawan yang order, saya cuba buatkan dulu. ni la projek pertama saya. harap-harap kawan yang order nanti bagi respon ye. if ada yang terkurang ke, terlebih ke, bagitahu je supaya ianya dapat diperbaiki.
yang sikit sebekas tu tuk owner. ingat nak bawak balik ipoh khamis ni bagi my mum rasa. hihihi.. kebetulan buat ada lebih.
kalau ada yang nak order, jangan segan-segan ya tuk tanya.. =)
#SayaJualYe
Assalamualaikum..
hai semua..
Sekarang
ni orang khusyuk dok selfie kat sana sini kan? Tapi saya rasa start pregnant ni
saya tak suka selfie.. mungkin lebih kepada selfish kut. Hahaha..
Bila
semak-semak dalam fon, penuh gambar masakan/makanan je. Haha.. tak tahu la apa
kes sekarang ni susah sangat nak bergambar. Jauh beza dengan perangai dulu.
Kalau dulu, sikit sikit nak bergambar, sikit sikit nak bergambar. Walaupun
gambar tu tak menarik, tetap nak ada.
Sekarang
ni jangan harap la.. kadang fikir balik, time pregnant ni tak simpan gambar
sangat pun. Nanti bila dah deliver mula la menyesalkan. Haha.. nangis la sapa
suruh tak nak ambik gambar buat kenangan.
Kalau
ada majlis BAKAT kat sini pun, saya
rasa susah juga nak ambik gambar. At least sekeping pun jadilah buat buktikan?
Ni tidak, tak heran pun. Haha..
Ohhhh
baby.. hebatlah penangan awak ni.. sampai camtu sekali perubahan mummy awak
ni..
Bak
kata en.suami, kadang-kadang kita tak perlu menonjol sangat. Sebab selfie kan
selalunya gambar ni lebihnya gambar diri sendiri, tapi kalau sekali sekala apa
salahnya kan? Agak-agak bila la mood saya nak berselfie ni mai ehhh?? Haha
Tunggu
baby lahir nanti kita ajak dia berselfie la ehhh.. sebab dia la mummy dia
sekarang tak heran dengan gambar-gambar ni.. haha.. very the poyo punya cerita
ni.. xpelah.. tu la penangannya pembawakan budak ni kan..
Dulu
kita suka buat sesuatu tu, bila pregnant ni, perkara tu tak berapa suka.. erm..
nanti saya share cerita lain yang dulu saya suka, bila pregnant ni saya tak
suka ye.. hehehe.. ;)
Yang
penting saya tak selfish tau.. :p
Assalamualaikum..
hai semua..
semalam en.suami request sambal ikan bilis kering ni.. sebelum ni saya ada buatkan masa dia nak ke Lubnan dulu. cuma kali ni saya buat bubuh tempe. sebab kebetulan ada stok tempe kat rumah ni. daripada tak termasak tempe tu, jadi kita sekalikan dalam sambal tu.
sejujurnya, ni bukan la nak puji masakan sendiri sedap ke apa, tapi kali ni buat alhamdulillah, rasa sangat sedap dari yang sebelum ni. yela, masa buat yang first time tu, buat tu antara yakin tak yakin je kan. jadi kali ni kita buat seyakin yang boleh. hihihi..
saya yang bukan penggemar sambal ni siap ratah lagi ikan bilis ni sebab rangup sangat ikan bilisnya dan tempe tu. alhamdulillah.. dapat juga buat tuk en.suami walaupun nak buat ikan bilis kering ni leceh sebab ambik masa lama.
ni saya share resepinya ya.
bahan-bahan :
-ikan bilis
-tempe
-cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-sedikit garam
-sedikit gula
-minyak tuk memasak
* ingat ye, nak buat sambal ni tak perlu gunakan air.
cara-caranya :
-potong cili kering (ikut anggaran anda la nak banyak mana) dan rebuskan ia untuk lembut dan senang tuk buang bijinya.
-bila dah rebus, toskan dan cuci tuk buang biji yang ada dan toskan airnya.
-bila cili dah tos, tumbukkan ia. (saya tumbuk pakai lesung, tak blender pun sebab nanti nak kena guna air) *menguji kesabaran ye disini. hehe
-ketepikan cili tersebut. tumbuk pula bawang merah dan bawang putih. ketepikan.
-kemudian potong tempe senipisnya dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan minyaknya.
-basuh pula ikan bilis dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan minyaknya juga.
-panaskan minyak. tumiskan bawang putih & bawang merah yang ditumbuk sehingga garing. setelah garing, masukkan pula cili kering yang telah ditumbuk tadi.
-masak sehingga cili betul-betul masak. sekiranya tumisan itu kering, tambahkan minyak masak ye. bukan air. tumiskan sehingga cili betul-betul masak & pecah minyak.
*masak cili ni ambik masa ye. mungkin setengah jam atau lebih. bergantung banyak mana yang kita masak tu*
-setelah cili masak, masukkan tempe dan ikan bilis tersebut. gaulkan rata. perisakan ia dengan garam dan gula.
-siap ! =)
nota : insyaAllah nak try open order tuk sambal ikan bilis ni. ada yang nak tak? sedap makan dengan nasi kosong je pun boleh.. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons