Assalamualaikum..
hai semua..
Sejak
duduk umah ni, sebenarnya macam-macam benda boleh buat. Nak-nak bila kita belum
ada anak ni. Time ni la nak try buat ini. Nak try masak itu ini. Nak mengemas
ikut citarasa sendiri. Kan, kan?
Sejak
duk umah ni, try & error saya mungkin dalam masakan kut. Walaupun masakan
kita ni tak la hebat mana, tapi rasa seronok bila benda tu menjadi. Maklum la,
sebelum ni tak rajin pun nak masak. Tahu makan aje kan. Pastu balik-balik kata
‘mak masak lagi sedap’. Haha.. yang ni pengakuan jujur la ye. Tapi mak-mak kita
masak memang sedap pun kan?
Tapi
tu la, disebabkan saya pun baru je duk dengan suami, jadi still ada barang yang
tak lengkap lagi kat umah ni. Teringin nak buat macam-macam. Before ni masa kat
ipoh saya rajin juga buat kek. Tak kira la kek tu senang sekalipun. Sebabnya
kat sana ada oven. Hehehe..
Bila
kat sini, oven belum ada. Pastu tengok orang share gambar kek, dah terliur..
Dah teringin nak buat. Haha.. Dugaan sungguh. Pastu sekarang ni dah ramai pula
orang share resepi biskut raya kat fb. Adehh, tergugat keimanan nak buat.
Haha.. Tapi jangan mimpi la ye.. Selagi oven belum wujud, dok diam-diam aje
dulu.
Boleh
tahan juga tergugat keimanan ni tengok orang buat itu ini. Mungkin sebab saya
ada masa terluang, tu yang teringin nak buat tu. Tapi sebab bahan asasnya belum
ada, hasrat tu pendam la dulu.
Pastu
kat dalam kem ni saya tengok rajin juga wife-wife army ni buat bisnes even ada
antaranya kerja. Rajinnya diorang. Jeles saya tengok. Ehh, bukan jeles then nak
pintas jalan orang tau. Cuma jeles, kalau boleh nak juga macam tu. Kadang
tengok dorang ni rajin macam tu, rasa macam nak je ikut jejak. InsyaAllah..
satu hari nanti, mungkin?
Rasa
saya masa ni la saya nak try & error mana-mana yang boleh. Selagi baby
belum kuar.. Tengah dok fikir-fikir, apa agaknya yang patut saya mencuba ye..
fikir dan terus berfikir ni.. hukhuk..
Assalamualaikum.. hai semua..
pagi ni awal giler bangun. pukul 5 dah celik mata.
kesnya en.suami kejut sebab kat cuping telinga dia tu ada macam benjolan. pastu benjolan tu pecah. kuar la nanah dgn. isinya.
pastu kita ni pun terkejut la.. haha
bangun-bangun tolong lapkan. bersihkan belakang telinga tu..
elok bersihkan dalam setengah jam, dengan orang ngaji.
faham dah.. nak azan subuh dah tu.. pastu fikir balik, tak kan nak tido kan?
dah settle sume, bangun, basuh muka, buat apa yang patut, pastu solat subuh..
tak pernah bangun seawal tu tuk solat subuh bila hari minggu..
pastu buatkan air en.suami.. yang tu penting ye.. siapkan minum dia.
nak makan awal sangat. makan roti je dulu..
pastu start la kerja kami ber-2.. haha.. 2-2 ngadap internet tu..
punyalah gagah!..
haha.. pulun tau balas jejak, komen apa yang patut kat blog, blog kengkawan..
tu pun tak habis lagi BW.. takpelah.. janji terbalas juga niat nak BW tu..
masalahnya, tak kan tiap-tiap hari nak bangun seawal tu tuk online??
haha.. buat kerja giler je rasa..
tapi dek kerana internet, sanggup tak sambung tido lagi ni..
mata still ngantuk-ngantuk..
so, dapat online sampai kul 8 je dulu. ikut kuota katanya..
okay la.. nak masak kuewtiew pagi ni..
bye.. ^_^
pagi ni awal giler bangun. pukul 5 dah celik mata.
kesnya en.suami kejut sebab kat cuping telinga dia tu ada macam benjolan. pastu benjolan tu pecah. kuar la nanah dgn. isinya.
pastu kita ni pun terkejut la.. haha
bangun-bangun tolong lapkan. bersihkan belakang telinga tu..
elok bersihkan dalam setengah jam, dengan orang ngaji.
faham dah.. nak azan subuh dah tu.. pastu fikir balik, tak kan nak tido kan?
dah settle sume, bangun, basuh muka, buat apa yang patut, pastu solat subuh..
tak pernah bangun seawal tu tuk solat subuh bila hari minggu..
pastu buatkan air en.suami.. yang tu penting ye.. siapkan minum dia.
nak makan awal sangat. makan roti je dulu..
pastu start la kerja kami ber-2.. haha.. 2-2 ngadap internet tu..
punyalah gagah!..
haha.. pulun tau balas jejak, komen apa yang patut kat blog, blog kengkawan..
tu pun tak habis lagi BW.. takpelah.. janji terbalas juga niat nak BW tu..
masalahnya, tak kan tiap-tiap hari nak bangun seawal tu tuk online??
haha.. buat kerja giler je rasa..
tapi dek kerana internet, sanggup tak sambung tido lagi ni..
mata still ngantuk-ngantuk..
so, dapat online sampai kul 8 je dulu. ikut kuota katanya..
okay la.. nak masak kuewtiew pagi ni..
bye.. ^_^
Assalamualaikum.. hai semua..
Selama
ni saya rasa kalau nak masak sesuatu yang menggunakan santan tu mesti susah.
Maklumlah, tak pernah buat sendiri kan. Sebabnya sebelum ni kan saya kerja.
Jadi balik umah je tinggal panaskan balik lauk tu, then makan. Hihihi..
Then
bila dah duk dengan suami ni, tak kan juga nak masak yang simple-simple je kan?
Sian kat cik abng tu. Nak kena juga masak menu lain-lain. So atas permintaan
dia nak lauk berkuah, so try la masak kari.
First
time kut saya buat sendiri. Mungkin orang lain mesti gelakkan? Yela dah nak
jadi mak orang masak pun tak reti. Takpe, tak reti tu still boleh belajar kan?
Janji kita buat. Alhamdulillah, dalam hentam-hentam, jadi juga. Hikhik
Ni
resepi saya ikut mak saya sendiri masak.
Bahan-bahan
:
-
Bunga
cengkih
-
Bunga
lawang
-
Kayu
manis
-
Buah
pelaga
-
Ayam
-
Santan
-
Bawang
merah
-
Bawang
putih
-
Halia
-
Serbuk
kari
-
Sedikit
air
-
Kentang
(kalau suka)
-
Sedikit
garam
Cara-caranya
:
-
Bersihkan
ayam dan ketepikan.
-
Panaskan
minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
-
Bila
naik bau sikit, masukkan bawang merah, bawang putih & halia yang telah
ditumbuk.
-
Masukkan
sesudu serbuk kari.(ikut la kalau nak pekat lagi, bubuh lebih) Kacau & masukkan air sedikit. Biarkan seketika (pecah
minyak).
-
Masukkan
ayam & ubi kentang.
-
Kacau
sebati. Masukkan air separuh. Ikut masing-masing nak banyak mana.
-
Tutup
seketika dan biarkan ia didih. Masukkan juga garam.
-
Setelah
kentang empuk, masukkan santan.
-
Siap.
=)
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
kita share resepi pula la ye. Tengah takde idea nak buat entry. Hehe..
Harini
kita share resepi untuk popia goreng ye.
Bahan-bahannya
:
Untuk
inti :-
-
Kacang
panjang
-
Lobak
merah
-
Sengkuang
-
Taugeh
-Bawang
putih dalam 3ulas
-Sedikit
lada sulah/lada putih (ditumbuk)
-Sedikit
garam
-Kulit
popia
-Sedikit
minyak untuk menumis bahan inti.
Caranya
:
-
Tumbuk
bawang putih.
-
Tumiskan
sehingga sedikit garing. Masukkan kacang panjang, lobak merah. Goreng sehingga
lembut sedikit.
-
Masukkan
sengkuang dan taugeh.
-
Perisakan
dengan lada sulah dan garam.
-
Siap.
Sebelum
menggulung popia tersebut, pastikan inti tersebut disejukkan terlebih dahulu
ya.
Atau,
kalau rasa malas, boleh juga gunakan sayur yang dah siap jual tu. Haritu saya
ada stok lagi sikit, jadi saya tambahkan kacang panjang untuk menambah bahan
supaya dapat inti lebih sikit. Hehe
Selamat
mencuba ya.. J
*Yang dah goreng tak sempat ambik gambar. hehehe.. cepat-cepat nak ngap!.. =P
Assalamualaikum..
selamat pagi semua..
Pagi
ni bangun awal..
Set
jam pukul 5 pagi..
Sebab
en.suami ada menembak pagi ni..
Jadi
kena berjaga-jaga takut terlewat bangun..
Dah
semangat dah pagi ni nak blogwalking..
Dah
target nak blogwalking awal lepas en.suami keluar pukul 5 setengah tadi..
Sambil
ngantuk-ngantuk, sempat jenguk fb dulu..
Azan
subuh berkumandang..
6.20
bangun tuk solat dulu..
Perut
dah minta diisi..
Goreng
nugget tempura..
Selesai
makan, nak sambung online..
Internet
buat hal !!
Ggggrrrrrrrrrr….
Saya
kejar masa ni sebelum pukul 8 pagi..
Sebab
nanti kuota bertukar..
Kenapa
laaaaaaaaaa internet buat hal??
Waktu
bila laaaaa saya dapat online dengan tenang ni….
Hukhukhukhuk..
Tak
dapat lagi laaaa nak blogwalking banyak-banyak..
Sedih
!!!!..
Saya
nak balas kunjungan awak semua balik…
T_______T
Maafkan
saya..
Nota
: rindukan internet kat umah yang unlimited dan tiada gangguan.. miss ipoh..
T______T
Assalamualaikum..
hai semua..
Haritu
en.suami belikan biskut ni. saya kan sebelum ni memanglah peminat coklat. Eh,
bukanlah coklat yang macam coklat bar tu. Jenama Cadbury ke apa. Tapi makanan
tu dia perasa coklat. Tapi sejak pregnant ni, sikap sukakan sesuatu perasa
coklat ni sangatlah menjadi-jadi. En.suami pun dah paham.
Biskut
ni sebelum ni memang la saya selalu makan. Kat tempat kerja dulu pun siap beli
buat stok lagi. Makan tu memang la makan. Tapi entah kenapa sejak pregnant ni
tekak rasa lain. Tetiba rasa biskut ni sedap sangat-sangat. Haha..
En.suami
cakap dia tahu saya suka coklat-coklat, sebab tu dia belikan biskut ni yang
coklat. Dah la biskut ni rangup. Saya rasa dalam 1 paket besar ni, en.suami
makan sepeket 2 je kut. Yang selebihnya masuk perut saya sendiri. Hihihi
Bertabah
ajelah ye en.suami tengok saya asik makan tak henti-henti. Demi baby kan.. Saya
kalau bukan sebab baby rasanya takdelah juga kejap-kejap nak makan. Tapi sebab
baby, saya turutkan tekak ni.
Macam
sebelum ni, saya baru je lepas makan nasi. Kiranya banyak la juga. Lepas tu
terasa baby dok gerak aktif. Macam main tumbuk-tumbuk je dalam perut ni,
mungkin tengah tarik segala apa makanan yang saya makan sebelum tu kut, terus
rasa lapar balik. Terus fikir apa yang nak dimakan lagi. Hehe..
Kuasa
Allah semua ni.. Baby kecik dalam perut ni membesar dengan merasa setiap
makanan apa yang mama dia ni makan. Ya Allah.. Tak sabar rasanya nak tunggu
sikecik ni lahir. Nak peluk cium dia.. Nak didik dia.. moga semuanya sentiasa
dalam lindungan Allah..
Assalamualaikum..
Hai semua..
Ni
kisah semalam ye. Semalam tak larat nak update. Semalam turn kena minum air
gula. Baby dah nak masuk 25week. Alhamdulillah.. setakat ni ok je la..
Pukul
8 pagi, dalam 8 setengah kut kuar dari umah. Minta en.suami temankan ke HTD.
Tak berani nak pergi sendiri risau kut-kut nanti pening ke apa. Sebab malam
hari ahad tu, start pukul 10 dah kena puasa. Sampai ke pukul 8 pagi tu krokk
krekk perut tau. Lapar dibuatnya.
Sampai
HTD bagi surat yang dorang suh kita ambik darah dengan minum air gula tu.
Serius, sampai sekarang naik seriau tengok air kaler oren. Air gula yang saya
kena minum tu warna oren. Kena minum sebotol kecik. Kecik tak kecik mana la
juga botolnya. Sampai nak habis tu rasa nak muntah balik pun ada!..
Terpaksa
tahan daripada termuntah. Kang tak pepasal kena telan air baru pula. Tak
sanggup!. Mula-mula tu dorang ambik darah dulu. Bagi saya, ambik darah saya
okay lagi dari kena minum air gula tu. Serius, tak sedap dah semenagnya 1 hal.
Pastu kena habiskan cepat-cepat. Giler laaa..
Selama
ni dengar je orang duk cerita pasal minum air gula. Kena turn sendiri baru
merasa macam mana. Habis minum tu nak kena tunggu 2jam pastu nak kena ambik
darah balik. Masa nak tunggu 2jam tu, tetiba rasa lamanya la hai masa tu
berjalan. Rasanya nak tunggu 5minit pun lambat. Haha
Dah
la time tu rasa loya tekak. Nak muntah. Pening. Ngantuk. Semua ada. Hambek.
En.suami pula ke bahagian lain. Jumpa doc juga nak ambik laporan ujian check
darah dia haritu. Last-last tersandar je la saya kat dinding. Nak pinjam bahu
en.suami takde. Bertahan je la.
After
2jam ambik darah balik. Saya okay lagi time tu. Tapi disebabkan masih dalam
keadaan berpuasa, seram sejuk saya dibuatnya masa nak ambik darah tu. Rasa lembik
badan ni. Lepas tu kena buat checkup biasa.
Berat
kali ni naik. Haha.. macam tak caya la pula. 21mei haritu berat 45kg.
02 jun dah naik jadi 46.5kg. Biar betul. Syukur naik.
Sekurang-kurangnya kita tahu baby pun insyaAllah membesar sama kan? Tapi yang
saya perasan juga, masuk 6month ni dah kuat makan sikit. Kalau makan nasi pun
dah lebih sikit la dari sebelum ni. Syukur alahan dah beransur kurang.
Tekanan
darah still sama. 90/60. Yang ni
saya pun pelik, ntah kenapa sama je tekanan darah saya setiap kali check.
Confius ni.. Kalau ada yang suggest makan vitalea Shaklee, saya ada beli. Cuma
haritu saya makan mungkin tak serasi, pening, so saya stop la makan.
insyaAllah, nanti la saya cuba sambung makan balik. Nak tengok ok ke x. Lagipun
malas nak campur makan dengan ubat dari doc pun ada juga.
HB
macam biasa la. 10.2 pula kali ni. Redha je la.. Takat tu je dia naik
turunnya.. Jangan turun lebih-lebih dah la.. Jenuh la nanti asik nak kena
checkup je. Tapi 2week lagi nak kena checkup lagi. Nurse ni syok kut check
kita. Hehe..
Next
time katanya kena cucuk kancing gigi. Katanya kesian kalau nak cucuk saya
harini. Sebab dah 2-3 kali kena cucuk. Hihihi.. harini check degupan jantung
baby pun ok. Yang kelakarnya nurse tanya baby dah lasak tendang ke. Saya kata
juga rasa kuat juga boleh rasa.
Pastu
masa nurse nak ukur kat perut, kena tendang. Haha. Haaaiiippp baby, kecik-kecik
dah pandai ye main tendang-tendang. Hehehe.. Alhamdulillah baby dah banyak bagi
respon. Tapi bila dia senyap, memang naik risau.
Setakat
ni tu je la kisah checkup saya tuk harini. Next time saya kongsikan kisah lain
pula ye.. Hope keputusan minum air gula okay laa.. hukhukhuk..
Meh kita belanja gambar owner sekeping ye.. gambar semalam sebelum kuar checkup.. Pipi dah naik.
Nota
: HTD – Hospital Tentera Darat
Assalamualaikum..
salam sejahtera semua..
Haritu
rajin sesangat, maka dengan kerajinan tu, saya buatlah Popia Nestum ni. lagipun
saja nak asah bakat ok ke tak nak buat tu. Dah lama tak buat.
Bila
fikir-fikir balik, rasa macam nak je buat bisnes popia nestum ni. tapi tak tahu
la ada ke yang nak.. haha..
Haritu
buat sepeket kecik je kulit popia tu. Saja kasi en.suami rasa. Sekali tengok
dia syok je layan sampai habis. Katanya boleh buat bisnes. Tuppp, terus rasa
semangat nak berbisnes. Tapi tu la, saya bukan ada pengalaman pun dalam bidang
bisnes ni.
Mana
nak tahu, kut-kut ada yang nak order ke, insyaAllah saya nak juga buka tuk
order. Lagipun ni pun dah nak masuk bulan puasa kan? Mana la tahu dapat tolong
kawan-kawan yang busy kerja ke, kan? tapi tak sempat nak buat..
If
ada 10 orang yang nak boleh juga saya buka order. insyaAllah tak ambik
mahal-mahal pun. Sambil suka-suka je sementara saya pun takde buat apa kat
rumah ni. J
Mana
tahu rezeki saya ada dalam bisnes ni ke, kan? :p
Belum
cuba, belum tahu kan? hihi
kalau ada yang berminat, boleh la bagitahu.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons