Assalamualaikum..
hai semua..
Orang
kata apa yang kita tak berapa suka sebelum pregnant, mesti kita akan suka bila
kita pregnant nanti. Walaupun ianya bukanlah dalam semua perkara, tapi mesti
ada dalam beberapa perkara tu.
Macam
sebelum ni, masa kat ipoh, mak atau abah selalu juga la beli roti canai. Tapi takde
pun saya nak heran. Kalau 10 kali mak beli tu, mungkin 2-3 kali je makan. Tu pun
mampu makan separuh je. Tak boleh nak habis sekeping, walaupun sekeping tu
bukan besar mana pun.
Tapi
bila dah pregnant ni, ada masa ngidam tu, memang nak juga la carinya kan..
sebulan duk sini, punyalah bersabar nak makan roti canai tu. Bertahan je. Pastu
sabtu baru-baru ni cakap dengan en.suami teringin sangat la nak makan roti
canai. Penangan baby punya pasal, ayah baby carikan tau.
Sabtu
baru ni kitorng bangun pun dah pukul berapa. Pastu niat nak ke Melaka, sebabnya
nanti nak tido umah m.i.l. pastu gerak dari umah sendiri pun dah pukul berapa. Dok
cari la kat mana yang ada jual roti canai.
Dah
masuk tengahari mana nak jumpa roti canainya kan.. haha.. tetiba
terbayang-bayang sedapnya roti canai. En.suami dok tanya juga, nak cari juga
ke.. hehehe.. dah teringin lama, tentu juga la nak kan. Sekali jumpa 1 kedai
ni, dah pukul 12 tengahari okeh I makan roti canai tu. Minta buatkan roti
telur. Fuhh, nikmatnya bila dah dapat.
Ngam-ngam
makan sekeping roti tu, jap je dah lapar balik. Haha. Rasa macam tak cukup pula
la hai.. nak minta tambah I is segan la pula. So ingat esok macam nak repeat je
balik makan roti canai tu. Even bukan kat tempat yang sama.. tapi tetap nak
juga roti canai tu..
*dah
terbayang-bayang roti canai* hukhukhuk
Nasib
la baby minta makan yang biasa-biasa kan. Kalau minta yang luar biasa, botak la
kepala ayah awak tu baby.. :p
Assalamualaikum..
selamat pagi..
Salam
pagi isnin semua.. semalam mother day kan? Maklumlah, sejak duk kat sini, semua
perkara ingat-ingat lupa. Paling hebat sebab calendar takde kat umah, tu yang
terlepas segala benda.
Semalam
balik umah m.i.l. ehh, bukanlah semalam baru balik sana. Tapi hari sabtu petang
tu kitorng sampai umahnya. Sebab malam tu cadangnya dorang nak celebrate la
kunonnya my m.i.l tu. I ikut je.. hehe.. celebrate mother days dengan besdaynya
sekali. Tarikh sama.
Kiranya
malam tu sambut awal sikit la. Alaa, bawa m.i.l pergi makan je. Takde la sampai
potong kek pun. Disebabkan my mum jauh kat ipoh, jadinya kita raikan la mak
yang dekat ni dulu.. ye dok?
Malam
tu pergi makan kat kompleks terapung ikan bakar.. kat melaka.. ehhh, betul ke eh nama tempat
tu? Hentam laa.. dah malam waktu tu, jadi sign boardnya pun saya tengok sekali
imbas. Tapi kami idok ler makan ikan bakar pun. Huahaha..
Ambik
sotong goreng tepung, butter prawn ngan kupang sweet sour kut. Tomyam. Fine,
makan 4beranak je. Sebab abnglong en.suami tak dapat join. Bila kuar makan tu,
teringat pula pada my mum kat ipoh. Rindu. Even kerap call, tapi belum peluang
lagi nak balik sana lepas sebulan dah dok sini.
Even
baru sebulan, saya rasa macam dah lama sangat tak balik sana. Maybe sebab saya
jarang berpisah lama-lama dengan family. Ingat awal jun ni nak balik.. nak
pergi kenduri sedara kawin kat sana sekali. Hope en.suami dapat la cuti. Sambil
tu nak luangkan masa ngan my mum.
Nak
suh my mum masakkan my fav. rindu kut dengan masakan mak. Nak-nak fav. saya
nasi ayam. Even nasi ayam boleh je beli kat memana, tapi takkan jumpa dengan
yang mak masak. Betul tak? Mak sendiri masak juga yang sedap..
Cepatlah
bulan jun.. hope dapatlah balik ipoh..
Sempena
hari ibu ni, saya nak ucapkan selamat hari ibu to my mum and my m.i.l. bila dah
berumahtangga ni secara tak langsung dapat sorang lagi mak kan.. J Alhamdulillah..
my m.i.l pun baik..
Dan
yang saya tak sangka juga, hadiah tuk mother day ni my baby punya la aktif dia
dok tendang-tendang kat dalam perut ni.. Ya Allah.. nikmatnya Allah saja yang
tahu macam mana perasaan ni..
Syukur pada-Mu Ya Allah kerana beri
keizinan tuk rasai nikmat yang sangat-sangat berharga ni.. Allamdulillah..
google
Assalamualaikum..
salam sejahtera..
Kat
sini, saya inform awal-awal la ye supaya ada yang tak terasa hati. Saya masih
tak balas kunjungan, balas follow balik, singgah baca entry & komen
kawan-kawan semua.. bukan sebab tak sudi tau.
Tapi
internet adalah sangat TERHAD.
insyaAllah
kalau xde apa halangan bulan jun ni ingat nak ajak en.suami balik ipoh. Jadi time
tu saya ingat saya akan cuba membalas mana yang boleh. Follow mana yang belum
di follow..
Maklumlah
kat sana pakai wifi. Unlimited pula tu.. Sini tak. Wifi YES yang saya gunapakai
hak en.suami ni terhad. Nak guna 2 orang. Mana mungkin nak ngadap kat saya
sorang je.
Last
month had limitnya habis cepat. Last-last menung la kami berdua tak dapat nak
online. Mujur la ada tv. Haha.. maka ngadap la kami tv ni sampai mata pun tak
tahan nak hadap.
So,
buat masa ni saya dapat update entry saya je dulu ye.. jangan mara kita tau..
^_^
kita pun rindu nak terjah awak-awak semua.. =)
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Now
I’m 21week.. Means dah 5month dah baby dalam perut ni. cepat je masa
berlalukan.. sikit hari lagi cukup masa tunggu baby kuar la pula.. tak sabar je
rasa.
Pe’el
sekarang ni yang saya perhatikan, suka sangat makan sesuatu yang chocolate2..
contohnya kalau minum susu dutch lady tu suka yang perisa chocolate. Suka makan
twinggies coklat. Suka makan coklat van houten tu. Siap cari stok bila habis. Belum
lagi yang lain. Haritu Nampak choc. Moist cake, pun beli. Dalam rasa dia yang
manis-manis tu habis licin saya kerjakan.
Sampai
1tahap tu terfikir, agak-agak baby ni nanti kulit dia kaler coklat juga ke?? Ohh,
seram je rasa. Cakap juga ngan en.suami, jangan la baby ni nanti kaler coklat. Hehe..
nak buat camne kan.. dah mummy dia ni datang minat yang lebih pula pada coklat.
Pastu
kalau tengok muffin coklat tu, uiiii, bukan kemain nak-nak-nak time tu juga. Mengancam
sangat je rupanya tu. En.suami pun layankan ajelah kehendak wife dia ni, janji
makan. Tapi taknak amalkan selalu, risau tetiba kena kencing manis ke apa. Suka
makan yang manis-manis. Tapi tak boleh nak elak kalau dah depan mata benda tu..
Tapi
nasi saya memang kurang makan. Suka makan yang merapu. Roti ke, tapi xnak roti
putih. Ohhh baby, memilih sangat kan.. ke sebenarnya saya tak lalu sebab
sendiri masak, sendiri makan??
Pastu
suka makan yang sejuk-sejuk. Okay, contohnya cool blog. Yang ni pantang
ternampak. Nak beli saja. Saya rasa penjual tu pun dah cam saya ni. dalam
sebulan haritu bape kali beli. Paling lama pun selang 4hari mesti beli. Biar habis
duit, janji dapat.
Tu
la kepuasan time pregnant ni agaknya kan. Sampai adk saya peril, nanti anak
dalam perut tu sejuk je. Ater nak buat camne, saya suka sejuk-sejuk pun
datangnya dari pe’el baby tu juga kan. Hehe
Pastu
yang saya perasan, start dari saya pregnant, saya tak boleh minum pagi, air tu
panas. Kalau kat umah ipoh dulu my mum memang sediakan minum pagi. Tapi nanti
lepas saya minum mula la rasa semacam badan ni. rasa tak sedap badan. Sampai 1
tahap muntah balik pun ada.
Yang
berkafein memang saya tak sentuh la.. ni kalau minum milo pun sama, minum
horlick pun sama. Last-last saya tak minum pagi pun. Sampaikan kandungan dah
5bulan ni saya masih tak boleh nak minum.
Yang
pelik, kalau minum cool blog pepagi ok je.. sabar je la.. baby, baby..
agak-agak baby girl ke boy la ni kan.. suka sangat sejuk-sejuk ni. hehe..
Even
perkara ni tak la pelik mana, saya tetap juga risau. Yela, baby kat dalam kita
bukan boleh Nampak dia macam mana kan.. harap-harap la dia sihat-sihat
je..insyaAllah sampai la dilahirkan nanti..
Pssstt
: tak sabarnya nak scan baby.. nak tahu gender.. nak shopping sikit-sikit
barang baby.. J
Assalamualaikum..
selamat pagi..
BAKAT.
Bakat ni bukan la sesuatu bakat yang dimiliki oleh seseorang tu tau. Tapi bila
kita kahwin dengan army, ada 1 program yang dikhaskan buat para-para isteri
tentera. Setakat sebulan saya ada kat sini selepas ikut suami, ada la juga
beberapa kali turun tuk join. Join tengok je la pun yang boleh buat masa ni.
hehe
Seawal
selepas 9hari saya pindah ikut suami, suami ajak ke bakat. Mula-mula tu memang
macam-macam perasaan juga la yang ada dalam fikiran. Bila en.suami kata ada
bola tampar, memang tergamam saya. Dalam keadaan pregnant ni nak kena main?? Ohh,
tak sebenarnya. Saya turun pun sebab suami cakap boleh kenal-kenal dengan wife
kawan-kawan dia.
Yup.
Kenal-kenalan la yang boleh saya buat pun masa tu. Secara tak langsung saya
boleh jumpa kawan kat sini. Alhamdulillah, seminggu stress time tu sebab baru
pindah dan terperap dalam umah, akhirnya keluar juga saya dari sarang burung
tingkat 4 ni. hehehe..
Seronok
juga bila dapat kenal dengan wife pada kawan-kawan en.suami. ternyata ramai
juga yang sebaya-sebaya saya. Tak la kekok. Kalau tak, tak dapat la nak
bayangkan macam mana nak masuk dalam group ‘akak-akak’ yang lebih senior ni.
hehe
Ada
la beberapa kali saya turun tengok mereka training. Happening je. Actually Bakat
ni penting bukan setakat tuk para isteri je tau. Tapi buat suami. If kita tak
turun tanpa sebab, nanti en.suami kenalah diambil tindakan. Antara yang saya
tahu bila en.suami cerita, para suami ni kena la naik duty 3hari
berturut-turut. duty 24jam pula tu..Haaaaa, mampu ke nak hadap? Kalau saya maaf laaaaa.. sehari
en.suami kena naik duty pun dah boring. Ni kan pula kalau kena 3hari.
Bukan
setakat tu je.. ada tindakan lain. Hat lain tu en.suami takde la cite pun. Then
haritu dapat juga kenal dengan wife OC, wife pada peg. yang lain. So dorang
tahu walaupun kita orang baru, tak dapat nak join sangat, tapi boleh turun
lagi.
Haritu
26 ngan 27 april dorang berentap la lawan bola tampar, bowling, badminton. Tapi
saya dapat hadir pada 26 april je. Sebab esoknya en.suami naik duty, so saya
pun rehat je la sebab isnin tu pun saya nak kena checkup. Jadi memang ambik
peluang tuk rehat betul-betul.
Ada
juga yang tegur, ‘ehh, pregnant pun datang juga ke’? tapi sebab kita perlu
sokong antara 1 sama lain, apa salahnya kan? Lagipun first time saya tengok
aktiviti dorang. Nasib la ada yang dah kenal. Kalau tak, huaaaaaaaaaa laa saya
kat sana terkontang kanting. Haha
Macam
semalam (06 mei 2014) ada Bakat lagi. Semalam dorang buat tentang seminar
kesihatan. En.suami cakap dorang hantar nama sebagai wakil, so nak tak nak kena
juga la pergi, even semalam badan pun tak berapa nak sihat. Macam semalam
dorang campur-campur unit kerja, jadi nya boleh kenal dengan mereka yang lain.
Tapi
sebab saya pun tak berapa nak sihat, so senyap aje la.. kebetulan para suami
pun boleh masuk tuk dengar ceramah tu, lega sikit saya. Ada juga peneman. Hehe..
sometimes ada juga la orang kata bakat ni macam mengarut. Sampai saya pun dah
ter’set’ in my mind yang bukan-bukan.
Alhamdulillah..
setakat ni ok je la pada saya. Cuma kekok nak berhadapan dengan orang lama-lama
yang ada kat sini tu, memang masih ada dalam diri. Harap-harap la saya dapat
join selagi boleh. Join tuk diri sendiri dan secara tak langsung demi suami
kita juga.. ye dok?? Hehe
·
Ehh,
entry saya sekarang dah kurang ada gambarkan? Program haritu pun tak ambik
gambar. Tunggu next time la ye.. nanti saya cerita lagi aktiviti lain ye.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons