assalamualaikum..
korang buat apa time rehat ni? mesti godek-godek blog juga kan.. tahu dah.. :P
erm, actually, sy terfikir nak buat something..bukan la contest, giveaway mahupun segmen.. tapi just nak list kan sesuatu..
sapa kat sini
v
v
v
v
v
v
BRIDE TO BE YEAR 2013??
mesti korang pun tahu nak kawin bila kan..maksudnya ada yang dah tunang tahun ni, nak kawin tahun depan.. tak pun memang dah sure akan married next year..
boleh tak tinggalkan link blog tuk sy buat buat 1 page supaya senang nak blogwalking, tengok apa persediaan korang, sambil boleh bertukar pendapat ke, apa apa je la yang berkaitan dengan preparation tuk wedding..
sambil tu kawan-kawan lain pun boleh blogwalking sama kan..
sambil tu kawan-kawan lain pun boleh blogwalking sama kan..
lagipun sy tahu follower kat sini ada juga B2B..cuma tak pasti bape ramai..
buat masa ni sy cari bride to be tuk 2013 la dulu ye..sebab sy kemungkinan nya ditahun itu..hehe.. insyaAllah...
atau nanti mungkin juga mana2 B2B akan datang sy boleh list kan sama.. :)
assalamualaikum..
salam jumaat.. ha, sebelum ni nampak kawan-kawan blog ni join 1 contest.. tengok macam best je..sangat menarik.. dan sy rasa tertarik nak join sama..
bukan kerana hadiah nya je, tapi kerana contest tu sendiri.. :)
*kalaulah ada rezeki kan.. hehehe*
nak tahu syaratnya apa? meh tengok kat sini ye..Oohh lupa, contest ni dibuat oleh Salwa Ismail.. salam kenalan ye.. :)
menarik kan contestnya.. ' I Choose To Wear Hijab '
like sangat-sangat :)
kaum adam duk diam-diam eh..hehehe
ha, kena letak gambar sebagai buktinya kita berhijab ye.. tak kisah la rupa mana..dah kata berhijab, tentunya yang menutup aurat.. :)
ha, ni nak tunjuk antara fav. cara sy bertdng.. :)
*abaikan muka gediks itu!*
dan tudung awning adalah fav. sebab cepat, ringkas & mudah.. :)
Tarikh Tutup : 07 Disember 2012..
ha, lambat lagi kan..jom, apa kata join ramai-ramai.. :)
assalamualaikum..
pagi ni nampak 1 segmen ni..macam menarik je.. macam best je nak berkongsi dengan kawan-kawan lain tentang diri kita yang serba kekurangan ni..
nampak segmen ni di join oleh guliboolat ..so, nak join sekali boleh..
sambil tu boleh juga kita tahu tentang perihal kawan-kawan yang lain kan.. :)
eh, lupa..sapa nak tahu syarat-syaratnya tengok kat sini ya..
6 Perkara Yang Kawan-Kawan Tidak Tahu Lagi Tentang Saya :-
1. Sayangkan kucing dan kat rumah dah ada 16 ekor kucing.. *xnak tambah dah*
2. Punyai jiwa yang sensitif.. mudah menangis tatkala kerana perasaan sedih ataupun gembira..
*tengok adik konvo pun rasa nak nangis!*
3. Takut dengan lipas!
4. Sangat suka drive.. Sanggup drive sorang tanpa tukar pemandu dari Ipoh ke Johor..
5. Suka kan warna merah..
6. Paling tak suka bau ASAP ROKOK sebab boleh menyebabkan mood berubah!!..
*en.tunang, sila hati2 dengan perkara ini*
actually banyak lagi nak tulis..tapi sebab minta 6 je, so, ni dulu la yang boleh dikongsikan..hehehe.. ;)
*tamak nak tulis banyak-banyak* :P
ha, kena tag 2 orang?? ala..tak best la tag 2 orang je.. sy nak tag semua pembaca yang terperasan tentang segmen ni tuk join sama.. :)
Tarikh Tutupnya:
30 November (mungkin akan dipanjangkan atau dipendekkan)
assalamualaikum..
meh la nak sambung entry kenapa saya di PICC itu..kang ada pula yang nangis baca entry tak sudah tu.. kalau xde yang nak baca pun, sy xleh buat apa..yang penting still nak story mory kat sini juga..tak kira.. *ala2hentakkaki*
semalam seharian kat PICC itu..nak tahu kenapa? cuba tengok sikit gambar kat bawah ni..
v
v
v
v
ha, nampak kan.. perlu tak sambung cerita ni? :P
ok la..semalam sy berada di PICC itu kerana adik convo.. kali ni adik lelaki yang kedua.. before ni adik lelaki first cOnvO di Politeknik Ungku Omar je.. kami 1 family pergi.. kali ni pergi kat PICC sangat la hebat.. diluar jangkaan.. yolah, sy kan orang kampung je..mana la pernah pergi tempat hebat camni..
serius..sangat-sangat best walau pada permulaan nya sesat-sesat..salahkan GPS itu ye.. :P
eh, tapi bos cakap GPS tu *Guna Pasti Sesat*.. ohh, gitu ye.. patut la semalam ada sesat sikit.. :P
dan sebenarnya salah sy pun sebab salah bagi information..ampun.. hehe
okeh..dipendekkan cite, adik lelaki yang ni pula convo..
tahniah la ye..pasni belajo rajin-rajin lagi..nanti convo lagi..
sekarang ni wajib pula ambik gambar 4beradik camni..yolah, sementara 'akak' korang belum kahwin, boleh la join camni kan..nanti kalau dah kawin, mesti tak dapat join dah konvo lagi 1.. T____T
ha, semalam jenuh juga la nak mencari orang yang jual bunga tu.. tersorok kat belakang gerainya..dengan penuh lautan manusia.. *nasib xde bau badan yang pelik2!*
pastu pas beli bunga boleh pula abah cakap camni..
Abh : beli bunga macam tu buat apa? membazir je..buat semak.
Me : biar la, duit akak je pun.
sob..sob..terus terasa hati.. :( baru ingt nak paw duit adik2..tp tak sampai hati walaupun duit yng ada tinggal Rm60 je..bunga ni je dah Rm45..so, duit poket tinggal bape je..wuaaaa, lambat lagi nak gaji... T____T
kali ni beli bunga mati je..sebab boleh simpan lama..kalau fresh flower tu jap je kan..lagipun bukan fresh beno pun.. mesti kaler merah.mesti bunga roses..
family lengkap sy.. :)
semalam masuk dewan tu awal..dalam kul 1 setengah kut dah gerak nak masuk..best masuk awal. tak kalut nak mencari tempat kan.. yang best ada persembahan dari budak ILP kuala lumpur rasanya.. sedap dorang nyanyi..sy ada rakan guna kamera..tapi kapasiti dia besar..macam mana nak kecik kan eh? boleh juga sy upload dalam youtube.. :(
dorang nynyi lagu 'kau ilhamku', 'Istikharah Cinta', 'Harapan'.. ha, lagu istikharah cinta tu sedap sangat2..rakam guna fon,tak tahu la ada ke x..takut adik dah terdelete sebab pakai fon dia..pastu boleh pula dia main cancel..adoiiii, pasrah tau..
*jatuh hati terus dgn budak ILP yng nynyi tu*
haha.. *matik la en.tunang baca ni*.. eh, jatuh hati dengan suara dorang tau..jangan salah paham..tapi dorang memang comei pun.. *matakeatas* :P
time ni para graduan belum masuk lagi..sebab dorang tengah bersiap sedia..
eh..nak story apa eh..mati akal la nak story..sy kasi tengok gambar je eh..hehehe..
with member baik..
kakak *cute* yang pendek?
permandangan dari atas..cantik sngt-sangat!..
ok la kut nak update story nya..rasanya takde gambar menarik pun nak letak dah.. T__T
tQ ya sapa yang sudi singgah baca & komen.. cyng korang.. *__^
assalamualaikum..
selamat tengahari semua.. lambat kan harini sy nak update blog..mesti ada yang tertunggu-tunggu.. *amboi, hebat ke awk tu cik mimie smpai ada yng tertunggu?*
harini nak cerita disebalik wordless wednesday semalam.. amboi..update wordless wednesday semalam pun dah lewat malam.. dah nak masuk thursday kot.. nak buat macam mana..waktu malam semalam baru ada kat umah..
dan semalam sy ambik cuti kerana wordless itu.. *tetiba* hahaha
oh, semalam sy berada di PICC.. eh, ada sapa-sapa pun semalam kat sana ke? *tetiba*
semalam adalah first time jejak kami kat sana.. macam tak caya pun ada..mklum la, sy kan orang kampung je..bak kata jimmy palikat.. *eh..eh* haha
*kalau xde gambar, xde bukti sampai sini* amboiiii..
ha, memang semalam sy berada disini..apa la yang sy buat kan..mesti pening kawan-kawan baca ni..ahaaaks!.. apa yang sy buat, ce la teka.. xnak teka pun xpe..sat lagi korang tahu juga.. :P
ha, memang sy wujud disana semalam.. boleh tak buat entry tergantung macam ni dulu? boleh tak, boleh tak? *kelipmatalajulaju*
boleh eh.. :P
jap g entry penuh..sabar menanti ye..jangan ada yang ngamuk hempuk laptop pula..klau rosak, sendiri tanggung..hihihihi.. :P
assalamualaikum..
dengan tiba-tiba perasaan serba salah muncul dalam diri.. :(
baru je nak rasa happy sikit...sikittttt je.. :(
mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
:(
Ya Allah..bagilah petunjuk pada hambamu ini..
sambungan dari part 1 [belum baca tekan sini]
ha, dari situ la start nya perkenalan kami. mula-mula tu tak yakin juga la nak berkawan. siap makcik, mak mula-mula cakap tak yah layan takut laki orang. yela, risau juga kan.kang naya je kena terjah ngan wife orang. yang kelakarnya bila sy dah cam dia, boleh pula dia kelentong nama dia..hallooo, sy ingat ok nama 5 orang abang tu.. *tapi sekarang xingat dah* hahaha.. xsilap siap pakai nama nazri..amboi, sedapnya tukar nama kn..
ok.dah settle tahu siapa orang nya, sy kan macam takut nak kenal sangatkan, en.abg sy ni perasan sikap sy tu, terus dia ambik jadi adik angkat dia. amboi, kan dah terangkat sekarang..sapa nak jawab? ;)
ha, setahun juga la jadi adik angkat yang dah serupa macam makwe dia.. sebab dia suweet je.. :) pastu 01 jan 2007 dia luahkan perasaan dihati dia minta sy *yang cute* jd kekasih hati dia. mula-mula tu takut juga..yela, jumpa pun masa bulan 6 tahun 2005, so betul ke ni kan.. *dan sehari sebelum tu, 31 dis 2006 baru clash* ..hahaha
ha, nak dijadikan cerita, 3tahun yang pertama lepas kenal-kenalan, kami tak pernah jumpa..cintan cintun kat msg aje la.. Fb pun xmuncul lagi kut. YM pun takde ye.. dulu kan kalau nak call selalu pun mahal. sekarang je boleh call bila-bila masa.
so, msg aje la..tapi sy bahagia..muka dia still ingat..nasib ingat, klau tak, tak tahu la macam mana..dah la dulu pakai nset yang skrin hitam putih je.
erm, nak jadikan cite, masuk tahun ke-4 kenal,tahun 2008 adalah selisih paham sikit. dengan seteres keje, pernah minta putus.lagipun dia macam xnak ambik peluang tuk jumpa face to face kan.so, raya tahun tu tak silap bulan 10. ha, time raya tu siap ugut lagi, kalau rasa-rasa nak kenal lama, nak jumpa. amboi, ppuan ajak jumpa nih..hihihi..
sy tak suka sebenarnya kenal lama-lama, tapi tak nak jumpa. nak contct msg call je.tak suka ye. tu sikap sy. *kalau sekarang ni jangan harap la nak jumpa ngan orang tak kenal, klau lelaki la..*
ha, start dari perjumpaan bulan 10 tahun 2008 tu, terus la tiap tahun jumpa.. setahun dapat jumpa sekali je..bayangkan la..bukan senang kami nak jumpa. lagipun dia pun bertugas tak tentu masa kan. susah nak dapat cuti. so, kita kena la paham. but, i'm understand & i'm ok.
time ok, ok la jgk..time tak ok, gediks nak jmpa juga..hehe..
rasanya boleh di kira bape kali kali berjumpa before tunang. tak sampai 10kali. ha, rentetan dari situ la terbitnya kisah cinta antara kami. sehingga la kami dah mengikat tali pertunangan ni.. dan sehingga dah bertunang ni pun kali masih lagi berjauhan..
sangatlah diharap, moga ikatan ini akan terus ukuh hingga ke akhir hayat kami..
sangatlah diharap, moga ikatan ini akan terus ukuh hingga ke akhir hayat kami..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons