assalamualaikum. selamat malam..
awak-awak semua.. saya minta maaf tau kalau tak jejak blog korang sangat. semua ni bersebab. bukan saja-saja. paham-paham je la bila berada dalam trimester pertama ni. alahan kan tak leh nak elak. ada masa okay, ada masa tak.
alhamdulillah. alahan yang saya kena setakat ni belum lagi sampai tahap muntah muntah teruk. masih terkontrol. cuma saya dapat pening yang kuat. perlukan rehat je. tapi kerja kat pejabat masih lagi terbuat. cuma ada masa-masanya la.
sampai 1 tahap juga saya tak boleh tengok blog. haha.. yang ni saya baca kat mana-mana juga ada yang alami. normal la kan. sebab tu la haritu blog saya terabai. blog orang saya tak dapat jengah. macam mana nak jengah. kalau blog sendiri pun tak mampu tengok, apatah lagi blog orang kan. pengsan.
macam sekarang ni ok sikit. tapi ada masa-masa bila pening saya datang kuat, badan lembik, memang tak terbuka la blog. tak kisah dah orang nak kata apa. siapa yang alami je yang tahu. baru saya tahu macam mana alahan time pregnant ni..
kalau bab lain, saya tak boleh dengar kalau mak saya masak 'ayam goreng rempah'.. haha.. over tau baby ni. dia tak suka ayam tu kut. saya kalau dengar mak cakap, kembang tekak. time tu juga nak muntah. sambil taip ni pun rasa nak muntah. haha.. haritu suami balik. mak pagi-pagi masak tu. sambil nak sarapan tu duk tahan je tekak tau. tak lalu.
pastu kalau dulu liat nak minum air kosong, sekarang ni air tu la yang sedap pun. nak-nak sejuk. oohh, selamat. sekurang2nya boleh elakkan kan diri dari kena sembelit kan kalau kurang minum air.
macam snek-snek pun saya tak suka. yang ni bagus sangat-sangat. sekurang-kurangnya saya takde la nak beli benda merapu tu kan. suami pun cakap bagus la elak makan benda-benda camtu..
then lagi 1, saya kembang tekak kalau tengok sosej, kentang, nugget. tapi kentang tu leh makan lagi. nak-nak dimasinkan sikit. kalau sosej, memang tak boleh dah. tak lalu.. sambil menaip ni pun dah sangkut kat tekak je.. kalau main game POU, kan kita kena bagi makan kan, saya tengok sosej kat situ pun dah kembang2 tekak. haha.. over betul.
then saya tak boleh kalau kita makan kentang, pastu sos dia ada 3 dicampur sekali. contohnya sos cili, mayonis ngan lada hitam. automatik rasa nak muntah habis. ni kes fobia masa saya makan masa bulan 1 haritu.. semua terbayang-bayang je kat kepala ni rasa nak keluar balik..
tu la antara kisah alahan saya. lain orang, lain kesnya kan. cuma bab saya tak boleh nak berblog sangat tu korang jangan mara tau.. bila saya larat, saya akan jengah juga.. :)
baby yang mak saya jaga.. =)
assalamualaikum. selamat pagi..
cerita dah 3minggu lepas kut. saja nak tepek juga. supaya nanti kita ingat tentang perkara ni. walaupun tak penting mana..
cek ni tak silap dia sampai umah 07hb feb haritu kut. lupa la. tapi rasanya macam tu la. then hari isninnya bank in. duitnya dah habis pun. sebab 15hb feb haritu cousin saya kahwin. jadi duit tu saya ambik then bagi kat makcik saya sebagai duit sumbang. even tak banyak mana, yang penting hati kena ikhlas kan? :)
hehe.. then balance lagi Rm30 tu saya buat beli tudung. tu je la kisah duit nuff ke-2 ni.. hope lepas ni ada la rezeki lagi masuk banyak sikit.hihihi.. nak simpan tuk baby pula.. ;)
Assalamualaikum.
Selamat pagi dan salam jumaat semua.
Alhamdulillah..
pagi ni kita masih diberi kesempatan tuk bersua.. menulis sesuatu yang baik di
hari jumaat yang mulia ni. Alhamdulillah.. harini juga hari jumaat terakhir
buat kita semua untuk bulan februari 2014 ni. J
Dan
dikesempatan ni juga saya nak ucapkan selamat hari lahir buat kak ina.. atau lebih
dikenali dengan nama +tenku butang . J
Selamat
hari lahir kak. Semoga akak sentiasa bahagia dengan kehidupan akak yang akak
sedang lalui. Moga Allah akan sentiasa limpah ruahkan rezeki buat akan
sekeluarga.
Kita
sentiasa doakan kehidupan akan suatu hari nanti akan dilengkapi dengan kehadiran
cahaya mata yang comel, soleh dan solehah.
Semoga
persahabatan kita yang terjalin sejak tahun 2008 ni juga akan terus
berkekalan.. InsyaAllah.. J
*kak, kita rindu suasana masa sama-sama kursus di MKM dulu.. :'( dari situ juga perkenalan kita kan.. indahnya waktu tu..
Assalamualaikum & selamat tengahari semua.
semalam saya ada cerita pasal permulaan kehidupan baru saya kan. ni sambungannya ye.. maaf lagi sekali sebab panjang entry ni.. malam tu saya sampai umah M.I.L dah kat pukul 10malam. tu pun sebab singgah klinik. malam tu bagitahu kat M.I.L. parent saya tak tahu lagi. saya gugup nak bagitahu. hehe.. takut nak bagitahu, macam orang buat salah je.. so parent in-law yang tahu dulu..
cakap kat en.suami, nanti 'abang jelah yang bagitahu kat mak eh?'.. haha.. bila ingat balik, adeh.. ntah napa xberani nak bagitahu.. actually bukan takut. cuma tak tahu nak cakap macam mana. okay, harini saya sambung story kisah boleh tershare story dengan family eh. bukan family - mak ayah then adik beradik eh.. tapi dah tershare 1 rumah kampung. means dengan saudara mara.
01 feb 2014 - sabtu, my cousin kan tunang. 31 jan 2014 tu saya balik melaka. nak tido semalam kat sana. pastu cari peluang nak ajak suami ke klinik. sebab macam tak best je selagi tak scan. masa pagi sabtu tu gerak dari melaka ke segamat ambik masa lebih kurang 2jam. okeh 2jam ya. even tak lama mana, tapi azab juga bagi saya yang tetiba mabuk dalam kereta!..
kalau dah mabuk, pening + nak muntah, confirm la muka pun naik pucat kan. sampai ke sudah pucat. bila kereta berhenti, sampai rumah, Ya Allah.. leganya rasa. tapi selagi dalam kereta yang bergerak, azab bagi saya. sekian lama boleh control mabuk kenderaan, tetiba time pregnant jadi balik. tak boleh kata apa la kan. dah nama pun pregnant. masa tu 7week ++ camtu..
saya sampai segamat dalam pukul 10 lebih. masa tu mabuk masih bersisa. kuar kereta dengan tak bertudung. dah tak tahan. lembik longlai masa tu. tapi terpaksa buat cool. sebab nak elak dari dorang sume perasan. pastu dalam masa yang sama, saya tak tahu pula ada kkak sedara yang perhati saya ni. hehehe.. pastu dalam pukul 11 lebih saya dah ok sikit. capai kamera nak ambik gambar cousin tunang tu.
dah selesai semua, ada la sekumpulan ni. makcik2, kakak sdara, mak saya dok berkumpul. tetiba kakak sedara tanya. 'dah ada ke'? saya selamba je cakap 'teka la'.. haha.. sekali dorang gelak-gelak kata dah ada. saya pun ntah datang keberanian dari mana jawab 'dah.. 7minggu.. semalam pergi scan'.. haha.. mak saya punya la terkejut. sume pakat gelak. kakak sedara cakap pucat saya lain. bukan pucat macam orang mabuk biasa2 tu..tu yang dia blh syak tu..
so, dari situ lega giler rasanya. pecah rahsia terus. haha.. senang kerja i.. haha.. pastu mak cakap tak bagitahu pun.. hehe.. then mak cakap juga.. awal lagi tu.. kena jaga elok-elok. last-last 1 umah kampung tahu. bila makcik lain usik2 saya buat tak tahu. rupanya dah pecah tembelang. haha.. cepat betul berita sampai kan. hehehe..
then cakap kat en.suami, 'rahsia dah pecah'..hihi.. alhamdulillah.. bila mereka dah tahu keadaan saya, dorang suh saya rehat. tak bagi buat kerja berat2. tahu je la bila majlis kat kampung kn. banyak yang nak dikemas. mak halang juga saya buat. tapi saya tolong sikit-sikit je la.. sekadar yang ringan-ringan. :)
alhamdulillah.. dari situ la tershare story ni dengan family.. dan lepas balik perak, saya terus demam seminggu.. seram rasanya..
ok laa, dah panjang entry ni kan.. mekasih sebab baca.. nanti saya share cerita lain ye.. :)

bby dah 7week time ni.. now dah 11 week.. alhamdulillah.. :)
Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Maaf
kalau perkongsian saya harini agak panjang. Sebelum saya ambik keputusan nak
kongsi cerita ni saya ada minta pendapat dari kawan. Ada yang kata share je. Ada
yang kata xyah. Tapi sebab ada yang dah syak, maka saya minta izin dari suami
boleh ke tak saya nak share tentang perkara ni.
Bila
suami izinkan, saya masih terfikir-fikir juga nak share bila. Tapi saya rasa,
saya dah kongsi cerita di blog ni sejak saya masih bujang sehingga dah kawin,
tak kan bab ni saya nak skip kan? Tentu juga ada yang tertanya-tanya. So, suami
pun dah bagi keizinan, jadi saya share la sikit-sikit ye..
Maaflah ye.. perkongsian saya ni bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi sekadar sebuah catatan je. tapi kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf sangat-sangat. bukan tu niat saya. sebab ada beberapa kawan pun dah tanya. jadi saya ambik la keputusan ni. ingat nak share bulan 3 nanti. tapi sebab-sebab tertentu & nak elak salah paham, jadi saya ambik keputusan share awal sikit.
Ingat tak tentang entry saya yang ni? > Suhu badan naik tiba-tiba <
rentetan dari situ, ramai yang syak saya pregnant. masa tu dah 2day lewat. tapi saya tak nak terlalu berharap. saya memang jenis alert dengan cik'P' saya. alhamdulillah sentiasa teratur. cuma saya terfikir biarlah dulu. sebelum tu saya pernah baca kisah kawan-kawan lain yang suhu badan naik tetiba, tup2 pregnant. saya cuma mampu berdoa je masa tu.
kebetulan minggu tu suami saya balik ipoh. so saya ingat nak buat UPT then test awal pagi lepas jemput dia. sebab orang kata nak elok buatlah awal pagi kan? masa tu ntah la.. perasaan ni macam 'harap-harap la ada berita baik'.. hanya mampu ucap camtu je.
bila test laju je naik 2line.. tergamam jap. tapi dah tersenyum dah. rasa macam 'betul ke ni'??
tunjuk pada suami. pastu cakap kat dia, naik 2line la abang.. pastu test lagi guna UPT lain.. pastu keputusannya sama.. Ya Allah.. hanya Allah je yang tahu perasaan time tu..
masa ni baru 4hari cik'P' saya lewat.
masa saya tengok line tu merah terang, macam tergamam pun ada. sebab orang lain buat test kabur-kabur je kan. sekali saya merah terang macam tu. masa ni dalam kiraan bby 4week. lega bila dah test. sekurang-kurangnya terjawab perasaan ni sebab cik'P' pun dah lambat kan.
masa tu terfikir, nak pergi klinik ke? sebab suami pun ada kalau nak temankan. tapi suami cakap awal lagi. so dia cakap tunggu dia balik lagi 2 minggu. masa tu dah masuk 6week dalam kiraan saya. tapi en.suami tak dapat balik. kena duty. masa tu cik'P' saya tak datang juga. kiranya dah lewat 19hari. saya rasa was-was, saya buat UPT lagi sekali.
nak pastikan betul-betul sebab adk ipar cakap kalau pergi klinik pun doc tak nampak lagi sebab kecik sangat. dia suggest suh buat UPT lagi. so saya test la pagi ahad tu.
keputusan test saya selepas 19hari cik'P' tak datang.. 2line juga..
Alhamdulillah.. keputusannya sama.. Ya Allah.. hanya Allah je yang tahu perasaan time tu macam mana. just msg en.suami bagitahu dah test lagi sekali nampak 2line.. tersenyum je la dia..
pastu cakap kat dia. nanti minggu depan nak balik kampung. masa tu cuti raya cina. kami ambik keputusan nak cari klinik. nak scan. raya cina haritu dah 7week. gigih la suami cari klinik. saya pula tak biasa kat melaka tu. cakap juga carilah klinik yang doktornya ppuan. sebab tak biasa ngan doc. lelaki. tapi mana nak jumpa dah malam-malam. dah la pula cuti CNY. redah je la. niat nak buat scan.
masa tu nervous juga. hehe.. masuk-masuk doc. lelaki. redah je. sebab suami pun ada kan, dia temankan. so dah gugup-gugup, doc. tanya kenapa. saya straight to the point la cakap period dah x datang. doc. tanya last datang cik'P' bila. datang nak scan je. lagipun staff ppuan yang akan siapkan kita dulu. doc. cuma scan je. alhamdulillah.. doc cakap ada. saya nampak besar macam 'red bean' je.. alahai.. keciknya awak sayang.. malam tu mampu senyum je la.. akhirnya terungkai segala persoalan dalam diri saya & suami..
malam tu balik umah m.i.l..
okay la.. dah panjang entry saya ni.. nanti saya sambung lagi ye..
Assalamualaikum & selamat pagi semua.
rasanya kan banyak tau entry tertangguh dalam blog ni..haha.. ntah hapehape je kan kita ni.. asik pending je.. xpe la.. nama pun diari kan.. ikut suka la nak tulis waktu bila pun kan..
insyaAllah.. dalam minggu ni i share something ngan korang sume ye.. :)
kek batik. bukan saya buat. bukan juga beli. tapi adik saya yang lelaki tentera tu yang buat.. hebat laaa.. haritu saya buat tak secantik ni pun.. oohhh sentap.. kena berguru ni..
al kisahnya. adik saya yang tentera tu baru balik dari operasi dalam hutan kat gubir. 2month okeh. pastu dia kata macam-macam juga la tukang masak tu ajar. wow.. patut la ada sesetengah army ni pandai masak kan. nak2 yang kena pergi operasi ni.. sebab dorang memang diajar.
masa adik buat ni saya kerja.. sobbbs!.. tak dapat nak tengok. adik guna biskut marie yang kaler coklat tu. tu yang nampak gelap. akk sedara cakap tak menjadi. ni bukan tak menjadi. tapi selalu orang guna biskut marie yang cerah kan? tu la lain sikit.
tapi sedap tau. pastu kan coklat dia meleleh.. haha.. over tau.. i buat terliat sikit.. suka yang camni.. nanti nak try buat yang camni la.. nanti kalau adik balik dia bawak resepi baru lagi best juga.. haha.. boleh la ambik ilmu.. ^^

Assalamualaikum & selamat malam semua..
banyak nak share.. nanti la saya taip slow-slow ye.. :)
amboiii.. haritu cari keywords ni.. tadi saja buka nuff jumpa pula keywords gitu..
haii, bukan kemain ye.. amboiii, amboiii.. babap nak?? sapa ajar ni.. makin pelik-pelik & *melucah* pula carian kat nuff saya ni.. adehhh..
banyak nak share.. nanti la saya taip slow-slow ye.. :)
amboiii.. haritu cari keywords ni.. tadi saja buka nuff jumpa pula keywords gitu..
haii, bukan kemain ye.. amboiii, amboiii.. babap nak?? sapa ajar ni.. makin pelik-pelik & *melucah* pula carian kat nuff saya ni.. adehhh..
Assalamualaikum & selamat tengahari semua.
kali ni xde nak tutup2 amaun yang saya dapat. bukan nak menunjuk tau. tapi kalau dah banyak tu je rezeki tuk kita, kenapa rasa segan kan. kalau tutup2 mesti orang kata kita dapat banyak kan..
setakat ni takde la banyak pun. sekitar tu je la.. yang mana masuk Rm 0.01, Rm 0.02 tu, cpuv misteri. hehehe.. rasanya ramai juga yang dapat cpuv misteri tu kan?
yang penting, nuffnang tak lupa kat saya.. hehehe.. yang atas tu baru masuk 2hari lepas.. alhamdulillah.. harap-harap melepak la lama sikit kat situ ye.. :)
nota : banyak hutang bw. hadiah top komentar pun xhantar lagi. harap jangan mara ye.. nanti saya selesaikan 1-1..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons