Showing posts with label resepi dan masakan. Show all posts

Ayam Goreng Berempah Sedap Dan Mudah
Assalamualaikum... Hi.. Haaaaaa,, kemain panjang nama diberikan. Sebab resepinya pun cukup mudah. Dah petang-petang macam ni mesti para ibu/mak/mama/umie tengah pening pikir nak masak lauk apa kan?
Betul tak?
Assalamualaikum.. Morning!..
Resepi Roti Jala Sedap! | Pagi ni berkeRAJINan nak menjala. Ingat semalam petang nak buat. Tapi rasa macam lemau pula badan ni. So pagi ni gigih la buat. Alaaaa, buat tak banyak mana pun. Dapatlah dalam 7-8 keping macam tu. Ddy zara pun dah pergi kerja. So buat sikit je tuk breakfast pagi ni 2 beranak.

Assalammualaikum.. Hi!..
Sambal Udang dan Petai. Menu harini.. Tidaklah begitu special. Tapi boleh la menjadi pembuka selera kan.
Hihi..

Assalamualaikum.. Hai pembaca setia..
Kita ni share resepi bukan sebab pandai masak tau.. Bukan..
Tapi sebab kita suka share apa yang kita buat.. Kadang kita pun bukan arif bab masak-memasak ni.. So dari kita dok ingat-ingat pastu terlupa, baik simpan kat blog ni. Esok-esok bila terlupa cari kat sini balik kan..
Senang kerja kan.. :)
Assalamualaikum.. Hai readers..
Harini nak share pasal resepi la.. Banyak pula resepi dalam draft entry ni.. Nak publish malas sangat.. Malas nak mengedit. Jadi kita cari mood slow-slow ye..
Kali ni nak share pasal Kek Batik Versi Simple je..
Bahannya pun mudah.
Assalamualaikum..
Orang kata, nak seribu daya, taknak beribu-ribu dalih.. ehhh.. betul kan? hihihi..
Bila dah duduk rumah ni, ada je benda boleh dibuat, maka kita buat aje la kan.. Antara rajin dengan tak je...

Sambal Bali Ayam | Nikmatnya kalau dapat makan dengan nasi panas dalam keadaan perut yang sangat lapar! Meh saya share resepi yang dikongsi oleh kawan baik saya.. :)

Siapa peminat SOTO AYAM?? Kita geng.. hehe.. Sedapnya la hai. Alhamdulillah.. dapat buat rasanya sebijik macam air tangan mak!
Meh kita share resepinya ya.. Selamat Mencuba! :)

Kek yang sangat simple. Bahan pun mudah je. Tak banyak perlu disediakan. Jom kita tengok apa bahan diperlukan.
Bahan-bahannya :
- 1 1/2 (1setengah cawan) gula
- 1 1/2 (1setengah cawan) planta
- 5 biji telur
- 2 1/2 (2setengah cawan) tepung kek/tepung naik sendiri
- cip coklat
-kismis ( kalau suka boleh je letak)
Cara-caranya :
- pukul planta + gula sehingga halus/kembang. (Planta nampak putih sikit la dari asal)
- masukkan 5biji telur. Masukkan sedikit demi sedikit serta putarkan sekejap.
- masukkan tepung. Pukul hingga rata. Tidak perlu terlalu lama ye. Agak-agak sahaja.
-Sapu sedikit planta pada loyang. Dan dilapiskan dengan sedikit tepung. (Saya tak alas dengan kertas minyak sebab dah biasa buat macam ni)
- masukkan adunan didalam loyang. Hiasakan dengan cip coklat. Kalau nak kan cip coklatnya tenggelam, tekan tekan ke bawah sikit ye.
Siap. :)
*Sebelum masukkan adunan, panaskan oven sekejap ye. Dalam 5-10minit.
*Ukuran untuk gula, planta, tepung pakai cawan yang sama ye.
*Masak dalam tempoh 45 minit. Kepanasan 150-180°

Assalammualaikum.. Hello readers..
Kisah hari jumaat kelmarin. Tak tahu nak Masak apa. Jemu dah makan lauk ayam. Kebetulan ada tulang lembu ni sikit, (lembu aqiqah) makanya buatlah sup. Ingatkan dapat isi, boleh juga goreng sambal macam selalu. Hihi.. Dapat tulang, merasa la buat sup kan.
Minta resepi dari mak. Sebab mak buat selalu tak berminyak. Tak macam beli. Berenang minyak.
Bahan bahannya :
1. Tulang lembu
2. Kayu manis
3. Buah pelaga
4. Bunga lawang
5. Lada putih @ lada sulah
6. Halia
7. Bawang putih
8. Air untuk merebus
9. Garam
10. Daun bawang
11. Daun sup
12. Kentang
13. Bawang goreng
Cara-caranya :
1. Basuh tulang sebersihnya. Buang kotoran yang melekat.
2. Masuk dalam periuk. Masukkan air untuk didihkan/untuk dijadikan kuah.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih, halia serta sedikit lada putih. (Anggaran ikut banyak mana tulang yang dimasak)
4. Biarkan didih.
5. Kalau suka kentang, masukkan kentang. Jangan lupa perasakan dengan garam.
Siap.
*Taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng. Nikmat!

assalamualaikum.. hai readers..
Bahan-Bahan :
- Lobak Merah
- Cendawan Butang
- Kubis Bunga (putih)
- Brokoli
- Anak Jagung
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Sedikit Garam
- sedikit Sos Tiram
- Cili Masak / Cili Api
- Sedikit air
Cara-Caranya :
- Tumbuk bawang merah + bawang Putih + Cili api
- Tumiskan sehingga sedikit garing
- Masukkan semua sayur + cendawan butang
- Masukkan sos tiram sedikit + garam + air untuk bagi lembut sayur
- Masukkan hirisan cili masak
- Tutup dengan tudung periuk sekejap bagi lembut/masak dengan sekata
SIAP.

ni kisah pagi tadi.. berkobar kobar la hai nak makan roti jala yang selalu mak buat. tapi nak suruh mak buatkan, jauh la pula kan. so terpaksa la buat sendiri. semalam call mak minta resepi nak bancuh tepungnya. nak kata susah, takdelah pun. lagi pun dulu time mak nak menjala ni, biasa je tolong. takde la kekok pun nak buat sendiri..
maka..
ni la hasilnya... tak la secantik macam mak yang menjala.. hihihik.. jadilah kan.. percubaan pertama buat sendiri. dulu dulu tolong mak je.. kali ni bancuh sendiri, menjala sendiri.. hihi..
at least dapat lepas rindu dengan roti jala.. hihik.. nak membeli memang idok ler selagi mampu buat. lagipun senang je..
roti jala + kari ayam.. nyummnyummmm.. ;)

assalamualaikum.. morning blogger.. morning readers..
harini saya nak share resepi sambal ikan bilis saya yang Up kat blog ni ye.. :)
Saya izinkan kalau ada yang share.. cuma janganlah diedit pula kata hakmilik peribadi awak ye.. :) saya sekadar berkongsi je.. kalau ada kekurangannya, saya minta maaf..
cuma doakan moga ALLAH murahkan rezeki buat saya ye.. :)
kalau ada yang nak order, boleh la whatsApp saya ye. 011-24181178..
harini saya nak share resepi sambal ikan bilis saya yang Up kat blog ni ye.. :)
cuma doakan moga ALLAH murahkan rezeki buat saya ye.. :)
kalau ada yang nak order, boleh la whatsApp saya ye. 011-24181178..
Assalammualaikum. Hai readers..
Dulu dulu.. Dulu la sebelum kawin.. Bab masak memang ZERO. Sekadar masak nasi, goreng goreng sayur boleh la. Goreng ikan pun fail. Asik la putus kepala. Haha.. Sekarang ni Alhamdulillah la.. Walaupun tak hebat macam chef, tapi boleh la buat suami naik berkilo.. :p
Dulu masa baru pindah, hari hari tipon mak tanya resepi. Actually dalam masa sama lepas rindu kat mak. Hehehehe.. Yela, dulu takde anak lagi. Banyak masa sendirian bila suami pergi kerja. Sekarang ni sekadar sempat WhatsApp je. Call pun ikut keadaan. Kadang nak call time zara mood ok.
Bila sembang sembang dengan ddy zara, selalu dia cakap, isteri pandai masak ni untung pun kat si isteri. Tentu tentu masakan tu la pengikat kasih sayang. Tak kan hari hari nak beli. Larat ke? Dah la sekarang zaman gst. Semua kena gst. Mampu? Sometimes ada juga ddy zara puji kata 'ayg masak sedaplah'.. Takde la nak kembang semangkuk pun bila kena puji tu, cuma rasa seronok je la suami makan masakan kita.
Sejujurnya, saya kalau dah masak, ddy zara tak makan mesti saya bebel. Haha.. Yela, dah masak takde sapa makan terus rasa down tau. Hehe.. Lagipun sayanglah kan. Dah masak, pastu tak nak makan. Kalau taknak makan, bagitahu, senang takyah masak. Padahal kena juga masak. Hehe..
Sekarang ni kadang jadi hobi pula, bila tengok hasil masakan dalam simpanan rasa macam 'Ya Allah.. Syukur sangat aku boleh masak buat suami, anak'.. Seronok tengok dorang makan. Actually bila simpan gambar masakan ni bukan la nak menunjuk 'ehh aku pandai masak kut'.. Tak ye.. Kalau saya simpan pastu up kat blog 1 je yang saya suka 'lainnya hasil masakan dulu dengan sekarang'.. Haha..
Kalau dulu masak kari mungkin cair sikit. Sekarang dah tahu anggaran. Kiranya bila kita share tu, ada penambahbaikkanlah sebenarnya. Part paling kelakar terjumpa gambar masakan masa mula mula masak masa pindah gemas. Last last gelak sendiri. Haha.. Seram je rasa tengok gambar tu. Alhamdulillah.. Sekarang walaupun belum hebat macam chef, tapi ilmu masakan tu takde la kosong didada. Cewahh.. Haha.. :p
Yang penting ddy zara makan dengan selera. Sedap sila puji, tak sedap jangan komplen. Senyap senyap je. Haha.. :p

Dah lunch? Mesti lunch best best kan menu? Today masak simple je. Ehh.. Hari biasa pun simple juga.. Haha!!
Ddy zara kerja penuh minggu ni. Sebab bz dgn audit. So masak je la apa yang terhadap.. Hehe..
Yang penting.. Simple janji kenyang. :p

Assalammualaikum.. Hai readers..
Adoi.. Jenuh nak tulis tajuk. Karang salah tulis, orang dok search perkataan 'Sumbat', kuar macam macam pula dalam carian. Hahaha.. Tapi nak buat camne, memang selalu sebut masakan tu macam tu, so kena la juga tulis ikan cencaru sumbat inti.. Jangan nak sumbat ke arah lain eh.. :p
First time buat. Dulu duduk dengan mak, memang mak je la buat.. Hihi.. Bab cite pasal masak memasak entry lain ehh.. Ni nak tempek resepinya je pun.. Haha..
* abaikan rupa yang comot. Yang penting rasa sedap*
Bahan bahannya : (anggaran pada masing masing la ye)
- bawang merah
- bawang putih
- kunyit. [Tadi guna serbuk kunyit je] haha
- halia
- serai
- sedikit air asam jawa
- garam
- cili api/cili masak [ikut tekak korang la ye nak pedas mana]
- daun kunyit
- kelapa parut
Cara membuatnya :
- ikan tu macam biasa la ye.. Korang bersihkan la apa yang patut. Pastu belah bahagian atas tuk jadikan poket doreamon tu.
- Pastu bahan bahan yang disebut tadi kat atas tu, korang tumbuk la ye.
Bawang merah > bawang putih > halia > kunyit > serai > garam > cili api/cili masak > air asam jawa.
Masukkan kelapa mengikut anggaran korang, tumbuk sedikit then gaulkan sekali bersama daun kunyit.
> Then dah secukup rasa, masukkan la dalam poket ikan tadi. Kan siap. Tadi saya masuk peti ais dulu (bukan sejukbeku ye), then dah dekat dekat nak makan baru goreng.
> SIAP ! :)

Assalammualaikum.. Haii semua..
Harini tempek resepi la pulak eh. Mana tahu kut kut adik ke bakal bakal adik ipar mintak ke, suh tengok je dalam blog. Haha..
Tak tahu nak bagi nama apa kat resepi ni. Disebabkan ada guna sikit rempah, so bedal la tajuknya tu eh.. Heee..
Bahan bahannya ialah :
√ ayam
√ jagung
√ bawang merah
√ bawang putih
√ lobak merah
√ lada sulah
√ sedikit garam
√ sedikit halia
√ sedikit daun sup
√ kayu manis [1]
√ buah pelaga [1]
√ bunga cengkih [3]
√ bunga lawang [1]
√ air untuk dijadikan kuah
√ sedikit minyak untuk menumis
Cara caranya :
* panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah (ditumbuk/dihiris halus), halia (diketuk), rempah empat sekawan. Biarkan sedikit naik bau, masukkan lada sulah (ditumbuk halus).
* setelah sedikit garing, masukkan air untuk dijadikan kuah sup. Masukkan juga jagung, lobak merah & ayam. Biarkan mendidih.
* perasakan dengan garam. Jika nak sedap masukkan sedikit daun sup.
* dah siap. Mudah je masak sup ni. Cuma tambahannya jagung dengan lada sulah je.. Hehe.. Cara tu sama je macam masak sup biasa tu.
** saya lebih suka bubuh jagung biasa dari anak jagung. Baru rasa sedap, manis jagung + pedas lada sulah.. Terangkat dibuatnya. Makan berpeluh peluh. Heeee..

Assalammualaikum.. Hai semua..
Harini saya nak share 1 resepi masakan yang ditesting sendiri. Hehe.. So nama masakan tu pun sendiri bubuh la ye.
Bahan bahan :-
Ayam
Sos cili
Sos tomato
Cili blender/cili giling
Sos tiram
Sedikit kicap (tak bubuh pun takpe)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Daun kunyit
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara caranya :-
Gorengkan ayam yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam.
Tumbuk @ blender bawang merah & bawang putih. Tumbuk sedikit halia.
Tumiskan Bahan yang ditumbuk @ diblender tadi sehingga sedikit garing.
Masukkan sedikit cili blender/cili giling. Kepedasan atas masing masing ye.
Setelah garing, masukkan sedikit air. Masukkan juga sos tiram dalam sesudu dua. Sos cili dan sos tomato. Perasakan dengan sedikit garam. Boleh juga masukkan sedikit kicap.
Setelah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng bersama daun kunyit.
Siap. :)
Senang je kan.. Masak campak campak je ni.. Hehe..
#1hari1menu

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan..
Harini nak share resepi lagi boleh? Hehehe.. Sejak pakai celcom first ni senang sikit nak update by phone. Laju internetnya. Yela.. Berbayarkan..
Harini nak share masak puyuh pula. Actually, resepi ni hentam sendiri. So tak tahu nak bagi nama apa resepi ni. So bubuh ajelah puyuh goreng bersambal kan. Hihi..
Bahan bahan :
- puyuh
- bawang merah
- bawang putih
- sos cili sedikit
- sos tomato sedikit
- sos tiram
- cili blender/cili giling
- minyak untuk menumis
- minyak untuk menggoreng puyuh
- sedikit tepung jagung
- sedikit kunyit
- sedikit air
- sedikit garam
Cara-caranya :
1. Bersihkan puyuh. Setelah dibersihkan, gaulkan puyuh dengan tepung jagung. Bubuh sedikit kunyit untuk nampak kekuningan. Gorengkan.
2. Setelah puyuh dimasak, angkat & toskan.
3. Tumiskan bawang merah + bawang putih yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.
4. Masukkan sedikit cili giling/cili blender. ( kepedasan ikut masing-masing)
5. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan terlalu kering. Masukkan sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili. Perasa juga bersama garam.
6. Setelah didih, masukkan puyuh yang digoreng tadi. Kacau rata. Siap! :)
** saya goreng puyuh bubuh sedikit tepung jagung bagi ianya sentiasa ranggup & garing.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons