Showing posts with label Tudung Sarung. Show all posts
Showing posts with label Tudung Sarung. Show all posts

Wednesday, 8 May 2019

Koleksi Tudung Sarung Pilihan.

5:45 pm 45 Comments

Assalamualaikum, hai readers.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Harini baru berkesempatan nak share al kisahnya tudung sarung pilihan.

Haritu masa bulan 4, ntah kenapa la kemaruk sangat nak cari tudung sarung tau. Dia punya nak tu, hari hari dok survey. Dia punya nak nak nak tu macam orang mengandung mengidamkan sesuatu. Akan cari benda diinginkan tu sampai dapat. Survey pun sebab Cari pilihan harga yang orang kata, berbaloi la kalau beli tu. 
Kalau boleh tak perlu mahal mahal. Janji cantik dan selesa pakai. 

Survey punya survey kan, ada 4 pilihan kita jumpa. Sebenarnya 3 je. Tapi ntah macam mana terjumpa 1 lagi page kat facebook ni, terus la grab sebab harga pun berbaloi. 
Cuma ada dari 1 seller ni je kita tak pakai lagi. So kita akan sharekan dari 3 page facebook yang kita beli ni tau. 



WM Collection.
Sehelai tudung dia berharga Rm25
Actually kita beli 2helai. Tapi lagi sehelai tu supplier tersalah bagi size. Kita order M. Tapi terbagi size L. Kita boleh je pakai size L. Tapi haritu size L nya besar. Tak berapa sesuai dengan kita, so kita jual pada kawan yang nak la. 

So kalau korang berminat, cuba la beli. Sebab coraknya pun lawa lawa. Nak mudahkan urusan, nak tanya stok yang ada, whatsApp je. Nanti supplier akan hantar stok yang latest.





MazilaBoutique My
Yang ni kita beli 2helai juga. Harga dia Rm50 termasuk postage untuk 2helai. 
Kita ambil warna hitam dan juga brick. Warna brick ni macam maroon tapi gelap sikit kot. 
Selesa pakai. Dok belasah pakai hari hari keluar ambik zara sekolah. Kita beli warna plain je. 

Luni Collection
Yang ni kita ada beli 2helai juga. Tak silap masa tu supplier nak habiskan stok. So dia jual buy 1 free 1 macam tu. Tapi yang ni kita tak pakai lagi. Ntah kenapa rasa macam warna tu tak ngam pulak dengan muka. So kita simpan je la dulu. Mungkin satu masa zara dah boleh pakai, kita bagi je pada dia. Hehe

So, untuk ni, kita takde testimoni nya la. Tapi korang boleh je survey survey. Sebab dah banyak pilihan dah koleksi dia. 

Yang last dan akan repeat order in shaa Allah..


Didam scaft


Didam Scaft


Didam Scaft

Didam Scaft.
Yang ni haritu kita beli set combo 3helai terus.
Masa tu harga dia untuk sehelai Rm12. Grab 3helai Rm34 tak termasuk postage.
So berbaloi beli combo, sebab jimatkan postage dan sememangnya kita perlukan lebih tudung sarung. Sebab sekarang ni nak kena cepat. So mudah kalau adanya tudung sarung ni. 

Haritu masa kita balik ipoh, mak cakap nak cari tudung sarung. Mak konon konon berkenan yang kat Go Shop kot. Kelazzz tau mak kita ni, berkenan tudung hat mahal. Kekeke..
Last last kita tunjuk tudung kita dari Didam Scaft ni , dia borong terus sampai 10helai. Pastu adik ipar pun nak, last-last 20helai terus dorang borong. Meriah. Suka tengok tudung yang sampai tu sebab semuanya cantik cantik.

Untuk tudung dari Didam ni tentunya ada testi la kan. Sebab best, dan kita akan repeat lagi. 

Ni contoh 3helai tudung bercorak yang kita grab haritu. Harap harap stok baru ni lelawa la, sebab nak grab lebih sikit. Kikiki.. Tak puas la beli sesikit ni. Alang alang beli, beli banyak terus sebab boleh tukar tukar pakai. Lagi lagi nak raya ni. Beli sekali tuk pakai raya.

Actually kita share ni bukan nak menunjuk. Tapi sebab harga berbaloi kalau nak beli, then kalau yang bercorak tu kan, lawa lawa bila tengok real tau. 

Ni kan nak raya. Apa kata, korang hadiahkan la untuk mak ke, kakak tersayang ke, isteri tercinta ke dengan tudung ni. Gembirakan hati mereka. Kita dapat tudung ni pun dah rasa happy. Walhal beli pakai duit sendiri. Kalau la orang hadiahkan, rasanya happy tu sampai terbawak dalam mimpi kot. Hehehe

Sekian dulu perkongsian dari kita. Yang nak beli, klik je link page dorang tu ye. Harap dapat la membantu. Kita share salah 1 sebab kualitinya juga. Even murah, tapi kualiti dia elok tau.  😉💕

Sponsor

Comments