Showing posts with label Shopping Online. Show all posts
Showing posts with label Shopping Online. Show all posts

Thursday, 25 October 2018

Tigernu Casual Business Shoulder Messenger Bag Hadiah Untuk Suami.

10:15 am 21 Comments
Tigernu Casual Business Shoulder Messenger Bag Hadiah Untuk Suami | Bila cerita mengenai hadiah, selalunya sebab kita meraikan sesuatu kan? Sebab hari lahir, mungkin sebab kejayaan ke.. Sebab anniversary ke,kan?



Bulan september bulan kelahiran zara dengan ddy dia. Untuk zara belum lagi tunjuk hadiahnya. Sebab dia nak kek. Pastu nanti baru tunjuk hadiahnya. Sebab hadiahnya haritu beli, hantar kat umah opahnya. Sebab plan nak balik sana. Tapi belum balik lagi sampai sekarang.

Memandangkan ddy dorang pun besday bulan September, so sebagai tanda penghargaan, kita nak hadiahkan sesuatu. Sebab masa birthday kita tahun ni, ngam ngam fon buat hal. So ddy dia tanpa berkira hadiahkan fon baru. So, rasa macam bersalah pulak kalau tahun ni tak bagi pape.

Selalu tiap tahun memang bagi pun. Tapi bagitahu dia, janganlah pilih yang mahal mahal. Takut tak mampu nak bayar. Haha..
Hadiah tuk ddy dorang ni sebenarnya ddy dia yang pilih. Sebab kita tak tahu nak hadiahkan apa.  Yela, kalau orang perempuan ni banyak je benda boleh bagi. Cincin ke.. Gelang ke.. Handbag ke. 
Wow.. Semua mintak harga yang kebabom gitu. Hehehe

Orang lelaki ni hadiah dia kan macam terhad. Nak bagi baju, rasa macam banyak dah baju ddy dia. Hehehe..
Nak bagi seluar? Erm.. Nak kena turun shopping mall. Yela, nak pilih mana yang sesuai la. Pilihan warna. Ehhh banyak cekadak la orang kata.



Sebulan oii ddy dorang pilih hadiah. Sebab tak tahu nak mintak apa katanya. 😅
Macam 2 tahun lepas kot, hadiahkan bag. Bag tu sampai sekarang elok walaupun tiap-tiap hari pakai pergi kerja. Yela, orang tua dok pakai, bukan macam budak sekolah kan. Habis lunyai sekelip mata. Hehe





Hadiah kali ni beli dari lazada je. Suh ddy nya cuci mata kat lazada, then pilih nak yang mana. Then pilihan dia sling bag ni. Sebab sling bag ni memang dia akan pakai bila keluar. So bagitahu kat ddy dorang. Sling bag baru ni pakai la tuk pergi tempat-tempat tertentu je. Bag yang memang dah sedia ada tu pakai je macam biasa. 



Mudah kan. Pilih je kat lazada. Bayar dan tinggu barang sampai. Kalau ikut tarikh jangkaan barang lambat sampai. Sebab shipping dari Oversea. Tak sangka pulak barang sampai cepat. Jumaat lepas (19.10.2018) sampai. Tapi kena collect kat luar. Sebab gdex tak masuk. 

Masa nak ambik barang tu, cakap jugak kat ddy diorang. Konon nak suprise. Tapi tak berapa suprise. 😆
Bagitahu dia, kena ambik barang kat gdex. Tapi tak tahu barang apa. 
Sebab kalau kata barang review macam takde je. 
Agaknya barang abng kot dah sampai. Sampai awal dari jangkaan tarikh.

Uiii.. Semangat la ddy dorang nak pergi ambik. Hehehe.
Then suruh ddy dorang pergi sign surat barang tu. 
Bila cakap, hadiah dah sampai, seronoklah.
Yela, isteri ni bila niat nak hadiah kan sesuatu tu, bukan dia nak menunjuk pape.
Dia just nak buat suami tu makin sayang ke dia kan.. Then akan ada rasa hargai pemberian dari isteri tu. 

So settle la hadiah untuk ddy dorang. Tapi kita saja uji.. Hadiah anniversary bulan depan nak bagi kita apa? Hahahha
Saja cakap camtu nak tengok acting ddy dorang sebenarnya. Sebab selalu macam buat rilex je. Sekali dia pun pening nak hadiahkan apa.
Ddy nya tanya nak apa. Ikut dalam hati, nak je mintak gelang emas seutas oii. Haha
Tapi tak terluah dari mulut ni haaa..
So, kita tunggu je la akan muncul ke tidak hadiah anniversary pulak nanti. 🤔

Kepada kengkawan yang nak survey bag macam bag ddy dorang ni, boleh tengok dekat LINK Tigernu Casual Shoulder Bag ni eh..

Harga : RM52.99
Shipping : RM4.50

Thursday, 30 August 2018

Menang Voucher Dari Doudou.my

11:11 am 9 Comments
Hai semua.. Sebenarnya nak share dah lama. Tapi bolehnya terlupa pulak pasal hal ni. Kisahnya masa tu join giveaway dari blog ceritamak. Kira kalau ada rezeki, memang dah tertulis la sesuatu tuk budak budak ni kan..

Masa pengumuman tu, tak sangka pulak ada jugak rezeki terselit. So, apa lagi, terus la terjah web https://doudou.my untuk shopping. Siapa taknak shopping kan? 


Masa tu dapat la voucher RM30. So, taklah shopping sakan pun. Dapat 3helai baju. Tapi kena tambah duit sikit la. Beli pun yang ada sale/clearance. Rm10 untuk sehelai baju. 


Kalau ada yang tak tahu lagi tentang doudou.my ni, boleh la terjah. Tak silap saya ianya beroperasi di Miri, Sarawak. 
Kualiti kain untuk baju yang saya beli pun nampak okay. Budak pun selesa pakai. Dan yang best sekali penghantaran pun cepat. 


Lepas buat pembayaran, terus proceed order tau. Saya order hari rabu. Jumaat dah sampai. Cepat betul. So, siapa nak cuci mata  tu, klik je link kat situ ye. 

Tuesday, 27 February 2018

Hasil Shopping Di Shopee!!

2:53 pm 12 Comments

Hasil Shopping Di Shopee!!


Assalamualaikum! Hi readers.
Sebelum ni kita ada share kan pasal pencarian yang popular di shopee? Ada baca tak? Ada baca tak yang kita share tu? Kalau tak baca lagi, meh la singgah baca. Bukan susah pun. Suruh baca je. Tapi kalau malas, meh baca je yang kita nak share kan ni. 

Hasil dari situ, kita pun dah tersumbangkan sedikit peratusan pembelian di shopee. Maklumlah, mana boleh tahan kalau sekadar nak tengok je kan? Mesti tangan tu gatal je nak beli sesuatu. 

Sebenarnya dah niat nak belikan gift untuk budak 2 orang ni. Tak sangka, tercapai jugak hajat tu. Ada rezeki sikit, tunaikan niat tu. Bila dah jadi mak budak ni, perkara biasa la kan asik nak shopping barang anak je kan. Tapi apa yang nak dibeli tu kena buat penilaian dulu. Tak boleh nak main bedal beli je.



Sebenarnya niat nak belikan pillow elephant ni lama dah. Dari Zhareef belum berumur 1tahun lagi. Pending punya pending akhir nya beli jugak. Gara gara membelek Shopee ni la. Sebelum ni tengok di Instagram. Tapi harga macam mahal sikit. 

Kalau ditanya berapa harga untuk 2 biji pillow elephant ni RM63.46 macam tu la. Kebetulan ada voucer nak ditebus, jadi tambah la duit sikit. Rezeki budak budak ni haaa.. 




Macam biasa la, pilihan zara tentunya warna pink. Untuk Zhareef mula berkenan warna biru. Pastu macam berkenan warna merah. Pastu maksu dorang kata ambik warna kuning la. So, pilih aje la kaler kuning. 

Erm.. lepas ni takde dah kut Shopping toys tuk bebudak. Kasi can kat mama pulak nak menyopping ehhh.. Tapi nak beli apa ehhh?? 

Saturday, 24 February 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

12:41 am 4 Comments

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.



“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :


1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. 

Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 



Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Friday, 22 September 2017

REVIEW : SKMEI Brand Men Dual Display Wristwatches Digital Quartz !

8:58 am 0 Comments

REVIEW : SKMEI Brand Men Dual Display Wristwatches Digital Quartz !

Assalamualaikum! Hai readers :)

Harini kita nak buat review sikit. Ni review produk beli sendiri tauuuu.. Bukan review barang tajaan! hehehe..
Minggu lepas sakan la aihhhh ddy zara tu menyoppingkan diri di Lazada. Kalah tau kita yang perempuan nih! Kita tak rajin belek Lazada nun.. Sebab takut terjebak nak menyopping. Pempuan la katakan. Hehhe.. Pantang tengok menarik, ada sale. Suka nau! hihi..

Friday, 1 July 2016

Handbag Raya Tajaan ZALORA!

8:30 am 6 Comments

Handbag Raya Tajaan ZALORA!  

Assalamualaikum.. Hi..  Lamanya tak jenguk blog kesayangan ni.. Seminggu 2 ni bizi sangat. Terpaksa abaikan blog ni demi tuntutan kerja yang lain. 

Harini just nak sembang-sembang kosong je la eh.. Ntah ada yang menyinggah baca ke idok agaknya.. ke update sebab syok sendiri je..

Baru-baru ni, i dapat handbag raya dari ZALORA.. Woooowww sangat bunyiknya tu kan..



Tuesday, 19 April 2016

LAZADA : Powerbank Pineng 20000Mah

8:30 am 4 Comments
Assalamualaikum.. 

Rata-rata pun sekarang ni orang suka je beli barang dari online kan? Tapi kena cari web yang boleh dipercayailah kan. Kalau rasa syok nak beli, tapi tak selidik dulu web tu ok ke tak, naya je kan. Duit lebur, barang tak dapat. Kan..kan?

Macam saya kalau sesuatu barang tu boleh dibeli secara online sebab banyak pilihan dan harga berpatutan, saya pilih juga. Tak perlu nak susah payah round gemas yang kecik cinonet pekannya ni haa tuk cari barang. Rata-rata kalau tak banyak pilihan, harga pun..paham-paham je la kan. Mahal, Nak minta kurang pun susah.



Tuesday, 19 January 2016

Voucher ZALORA RM100 Ditebus Dengan Barangan. . . .

9:00 am 8 Comments
Assalamualaikum..

Hai readers!.. Rezeki berblog untuk tahun 2016. Syukur Alhamdulillah. Setahun rasanya perit tanpa rezeki yang 'best' sedikit dari dunia berblog. Tahun ni Allah beri keizinan untuk merasainya.

Minggu lepas dapat tawaran dari Zalora. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Ternanti-nanti juga rezeki dari ZALORA ni. Maklumlah, teringin juga seperti rakan blogger yang lain kan? Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.

Dan sebagai sedikit 'ganjaran' diberikan Voucher Bernilai RM100 untuk ditebus dengan barang yang berada di Zalora.



Saturday, 21 November 2015

Waterproof Oxford Cabernet Box

9:00 am 3 Comments
assalamualaikum.. hai readers.. hai bloggers..


terbeli storage box ni dari NILE.COM.MY.. heeeeee.. ni kiranya kes belek belek web, pastu berkenan.. alamak.. tershopping online lagi.. acamner nih.. kuikui..

ni barang yang diterima seminggu lepas. selalu tengok living box ni kat GO SHOP. tapi nak membeli kat GO SHOP tu kan beratus. so dah terjumpa dari nile.com.my ni rembatlah 1.. kualiti pun ok.

besar pula tu. puaslah nak menyimpan barang orang kata.. harga pun murah. baru RM29.90 je..


haaaa.. ni i copy kan rupa box tu.. so kalau korang nak beli seketul 2 je, boleh je beli dari NILE.COM.MY ni.. itupun kalau STOK MASIH ADA.. hehehe


Friday, 20 November 2015

Shopping Online Di Lazada

3:30 pm 4 Comments
assalamualaikum.. hai readers and bloggers.. :)



haritu saja la survey survey barang kat LAZADA.. ntah macam mana berkenan pula dengan bag ni. 3in1.. bag biasa-biasa je.. boleh la tuk bawak jalan-jalan g mall ke, g pasar kata orang.. tuk pelasah hari hari...

Brand apa?? Faux Leather je.. :( actually berkenankan sling bag tu.. hehe.. tu yang nak beli tu. senang time kuar bawak zara pergi taman ke, pakai sling bag je.. tak la risaukan.. dengan nak handle anak lagi..

harga? RM69 je. Free Shipping. 

sekarangkan lazada tengah ada sale.. so sapa sapa yang tengah survey barang tu, boleh la terjah LAZADA.

happy shopping uollss.. ;)

Sunday, 6 September 2015

Jemput Cuci Mata & Shopping..

8:30 am 5 Comments
Selamat Pagi !

Assalammualaikum.. Hai readers..

Pagi minggu buat apa tu korang.. Saya macam biasa la.. Settle kan segala kerja rumah yang ada. Settle kerja rumah, sambil pantau zahra, sambil tu juga la bisnes online pun berjalan..

Saja nak tempek kat blog ni juga.. Mood nak mengarang benda lain takde, so kita saja la nak ajak korang cuci mata sikit pagi ni.. Hihi..

Actually banyak lagi yang tak upload kat fb. Kalau ada kawan kawan yang berkenan, inform la ye.. Saya bagi diskaun dari setiap harga asalnya..



Jemput shopping online semua.. ;)

Psstt: Jangan la risau nak beli dgn kita ye.. In shaa Allah barang mesti sampai.. :)


Ok la.. Nak tenpek semua kat sini banyak pula.. Jemput singgah fB saya ye.. -syamimi saad-

Monday, 23 February 2015

Shopping Di Lazada Part 3 : Baju Baby

9:30 am 14 Comments
assalamualaikum..hai semua..

orang kata, bila dah ada anak ni, semua benda yang kita buat mesti untuk anak kan? nak-nak kalau shopping barang. barang kita ni sanggup diketepikan dulu. kalau dulu suka shopping baju sendiri, bila dah ada anak ni, silap-silap baju sendiri pun tak bertukar.. kekekeke..

ye, tu saya la tu.. hehehe.. makin zahra membesar ni, memang pergi shopping mall mesti tuk dia. tak kira la pakaian ke, permainan ke apa-apa je la.. mesti tuk dia...



Monday, 22 December 2014

Shopping Pertama Di ZALORA

9:00 pm 13 Comments


Assalamualaikum.. hai semua..

Sebelum ni saya tak pernah pun beli barangan secara online di ZALORA. Buat pertama kalinya saya membeli di website berkenaan, sangat sangat berpuashati. Sebenarnya dengan lebih tepat saya bukanlah shopping dengan mengeluarkan duit pun. Tapi saya tebus voucher RM50 yang pernah diberikan dahulu.

Alhamdulillah. Barang sampai dengan cepat menggunakan perkhidmatan Gdex. Disebabkan saya menggunakan alamat di Ipoh, jadi lambat sikit la saya terima barang tu kembali. Alhamdulillah, mak datang ke rumah dan bawa sekali barang saya ni.

Sebenarnya beg yang saya survey adalah sangat sangat banyak yang menarik. Harga juga berpatutan. Rambang mata nak pilih. Saya berkenan sangat dengan 2 beg. Tapi disebabkan nak tebus voucher dulu, jadi saya pilih beg yang ni.


Sunday, 16 November 2014

Shopping Di Lazada Part 2

9:00 am 9 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Haritu saya ada cerita, saya ada shopping barang di lazada kan? >> shopping di lazada << Tu barang yang pertama saya beli. Masa tu bulan 9. Kiranya percubaan pertama la tuk shopping online.

Kali ni kita share apa barang kedua yang saya beli di lazada lagi. Sebelum tu saya ada juga survey barang ni kat luar. Tapi macam tak banyak pilihan, then harga pun macam mahal, jadi survey la kita di lazada ye dok..




Friday, 14 November 2014

Shopping Di Lazada Part 1

7:50 am 24 Comments
assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Saya ni salah sorang yang bukannya rajin nak shopping online. Setakat ni boleh dikira la berapa kali je membeli atas talian ni. Salah 1 sebab saya rasa beli online ni tak dapat pegang, tak dapat nak belek puas puas.

Tapi dek kerana nak kan 'pemanggang ajaib' ni, maka try juga la shopping online ni. Sebab saya tengok harganya jauh lebih murah dari harga di pasaran luar sana.


Sponsor

Comments