Showing posts with label Serunding. Show all posts
Showing posts with label Serunding. Show all posts

Wednesday, 7 August 2019

Popia Simpul Kasih

9:11 am 16 Comments
Hai readers.. Morning..
Lagi beberapa hari nak tempuh raya aidiladha pula kan.. Korang balik kampung ke tu?
Cik mimi? Beraya kat Mersing aje kot..
Lagipun cuti Ahad Isnin je kan.
Takde hal la setakat cuti raya 2hari je..
Nak balik kampung jauh.
Kalau nak ke Melaka je dah 5jam.
Nak ke Ipoh lagi la... 10jam. Tak berbaloi penatnya tu.. 
Takpe la, beraya di Mersing pun okay je kan..
Janji kita raikan..
Jiran jiran kan ada..



Korang dah buat kuih raya ke tu?
Cik mimi?? Alahai.. Kuih raya dah sedia di ngap. 
Baru ni buat popia simpul kasih tu..
Alahai.. Mudah je rupanya ye..
Awat la sebelum ni tak terpikir nak buat sendiri je kan..

Serius, sebelum ni rasa macam 'alaaaa, nanti beli je senang'..
Beli memang la senang.. Tapi harga la kan..
Kalau ada duit, no hal la kan. Petik jari je..
Masa bulan puasa 2x beli kat bazar ramadan. 
Tak sure berat popia simpul tu sebalang berapa.. Maybe setengah kilo kut.. Dalam Rm18
Beli dalam kem masa tuk raya pun 2x order.
Rm30 untuk 1kg..

Bila try buat sendiri, jimat tu banyak sangat kan..
Kita membeli pun niat tuk bantu orang juga kan..
Tak salah pun..
Tapi bila dah tahu buat sendiri sebenarnya lagi mudah.




Bahan pun senang. Hanya kena ada serunding, ada kulit popia nya..
Haaaa, lepas tu ON la menyimpul. Bukan susah pun.
Sambil boring boring tu buat la kan..
Memang macam ambil masa sikit.
Tak boleh terlalu kalut. Karang tak simpul betul betul, berterabur pula serundingnya..


Simpul kasih gunakan 100g serunding ikan

Haritu send gambar kat mak, sekali mak cakap boleh dah buat jual.
Erm.. Tak pe la.. Buat makan sendiri aje la..
Bukan taknak buat jual.
Dalam kem pun ada je orang ambik tempahan..
Lagipun niaga dalam kem mersing ni tak sama macam kat kem gemas.
Lambat dapat respon. 



So, Cik mimi buat tuk sendiri dah lepas, okay la tu..
Cik mimi buat simpul kasih untuk Cik mimi ngan ddy dorang. Buat simpul kosong tuk anak anak.
Sebab budak budak ni dia tak suka ada inti serunding.
Sedap jugak simpul kosong je.
Kalau korang rajin boleh je buat simpul kosong, then gaulkan dengan nestum tu.
Cik mimi malas nak gaulkan. Karang melekit umah sana sini.



Nak mudah, serunding pun Cik mimi beli je Online dari kawan Cik Mimi. Beli serunding ikan untuk buat popia simpul, serunding Daging untuk makan dengan nasi. Serunding Ayam tu kebetulan kawan Cik mimi bagi rasa.
Allah..
Rezeki pula kan.. 
Erm.. Tak try lagi serunding ayam tu kalau buat popia simpul tu sedap ke tak ekk??

Korang buat kuih raya apa je tuk raya haji nanti?
Jom share.. Kita tukar menu.
Cik mimi pun tengah cari idea nak masak apa ni. 😎

Sponsor

Comments