Showing posts with label Sekadar Untuk Berkongsi. Show all posts

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan
yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.
1. Membuat Anda Bertenaga
Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus
memberikan tenaga segera.
Kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium
3.
Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk
menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya.
Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4. Baik untuk wanita
mengandung/bersalin
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan
memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah
semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan
mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.
5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma
akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus
seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan
zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
sumber >> SINI <<
nota cinta : banyak khasiat kurma ni.. insyaAllah akan cuba diamalkan.
sumber : facebook
2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)
3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.
5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.
6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.
7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
8. Memberi pendidikan agama yang cukup.
9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Silakan
SHARE jika ianya bermanfaat buat anda J
kisah dari : SINI
Kami nak berkongsi satu kisah yang kami terima ni. Agak
menyentuh hati dan perasaan. Siapa yang dah mendirikan rumah tangga tu, banyak
pengajaran boleh korang ambil dari kisah ni. Apa pengajarannya? Baca dan
hadamkanlah sendiri ya! Enjoice!
BILA aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih.
Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.
Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.
Eiiiii… geramnya aku!!!
Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.
Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.
Haihhh… memang sakit hati.
Baju baru kot, mahal lagi!!!
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna.
Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…”
Eiii… geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.
Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan.
Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..
Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh.
Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!
Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.
Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!!
Huhh. Memang sakit hati betul!!
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana?
Kenapa call tak angkat??!!
Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…
Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..
” Eiiii… geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.
Ok fine. Aku masak je.
Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan.
Aku hidang bagi dia makan.
Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa.
Tapi dia diam.
Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.
Habis makan pun tak kata apa.
Aku pun confius.
Dia ni takde respons. Sedap ke tak??
Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah.
Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..
Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal.
Tak boleh start. Panik gak la aku time tu.
Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…
Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.
Then, aku call dia.
Yang aku tak boleh tahan tu....
Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….
” Eiii… geramnya aku!!!
Tapi dia datang jugak lepas tu.
Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh.
Dan lepas start terus boleh…
Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas.
Dia kata pergi sekejap je.
2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.
Dia nak pi buat keja dia.
Takkan nak kata tak boleh kot.
Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.
Tapi memang agak sakit hati jugak lah.
Boleh dia lesap macam tu je.
Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke.
Tapi memang hampeh!!.
Langsung dia tak call!!
Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de.
Kosong inbox!!
Eiii… geramnya aku!!!
Pagi tu aku basuh baju.
Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.
Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.
Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.
Jeng Jeng Jeng.......
Huishh siap dengan surat lagi.
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku yang tersayang...
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Jangan marah-marah ek.. hehe..
Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..
Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi
Pertama sekali saya nak bagi tau lah.
Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak.
Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..
Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!
Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…
Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.
Comel sangat… Iskk..
Awak ni.. tak perasan ke??
Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.
Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..
Takut terkantoi.
Ye la saya pi cari baju awak kot!!
Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??
Huh… memang tension.
Susah betul nak cari.
Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm…
Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu…
Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.
Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.
Ikut jam dinding kat rumah kita.
Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Keempatnya time keta awak rosak… hmm.
Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!
Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik.
Tau tak saya langgar semua traffic light merah!!
Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas.
Saya lagi seronok.
Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2??
Saya memang saja je tak call awak…hihi…
Tapi saya ok je.
Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least.
Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi
Love,
Suamimu.......

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari
rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di
telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.
Senyum :)
- Pakar Diari Hati -

entry dari : SINI
*Ya Allah..indah sangat-sangatkan..makin kita meningkat dewasa, makin kita memahami situasi itu.. moga 1 hari nanti kita semua dapat menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami.. nak sangat jadi seorang 'ibu' macam kisah diatas ni.. insyaAllah.. :) *
assalamualaikum dan salam sejahtera..
sumber : sini
tetiba terjumpa artikel ni.. erm.. ada 10 sabahat yang perlu kita hargai.. mungkin ada lebih lagi.. tapi bukan senang juga nak jumpa 10 ciri-ciri ni dalam diri seseorang sahabat tu kan.. :)
so, bersangka baiklah dengan sahabat-sahabat kita.. :)
*kalau saya diberi pilihan untuk menjadi sahabat yang macam mna, tentu juga saya nak kesemua nya..tapi saya tahu, saya hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan silap.. akan tetapi, jika disuruh pilih 5 ciri itu, saya nak sangat menjadi sahabat seperti ciri-ciri no.1, 2,3,9 & 10
bukan lagi 5 tu saya tak nak..tapi 5 yang pertama itu, adalah yang utama.. :)
assalamualaikum/salam sejahtera..
perasan kan tajuk kat atas tu? straight to the point. korang pernah tak terfikir tentang suatu hari nanti apa yang akan jadi? ok, sebagai contoh, kita ambik la sesuatu yang terdekat dengan diri kita. kita berblog.
korang pernah terfikir tak, kalau suatu hari nanti kehidupan kita akan berubah. kalau sebelum ni kita berblog masa kita tengah belajar. mungkin kita ada masa nak meng-update. tapi nanti bila kita dah masuk alam pekerjaan, tiba-tiba, kerja kita tu bukan kena menghadap komputer 24jam. mungkin akan kena pergi sana sini, outstation ke, pergi site ke, mesyuarat selalu ke..
pernah tak korang terfikir macam tu? bila kita dah kerja, blog yang kita usahakan ni masa kita belajar ni terabai akhirnya.. kalau tidak kerana kerja, mungkin kerana kita bertukar status. dulu kita bujang..sekarang kita dah ada pasangan.
pasangan kita pun kena juga dilayan. kalau perempuan, tentu nak kena jaga makan, minum. pakai suami kan.. belum lagi dengan anak.
kena pula anak yang jenis kita perlu perhati 24jam. mungkin kerana anak kita tu jenis aktif. agak-agak pernah tak korang terfikir tentang tu? macam mana la dengan blog kita ni nanti. belum lagi kalau 1 hari nanti kita memang dah tiada di dunia. mungkin jika penulisan kita ni baik, orang akan jadikan panduan dalam kehidupan. tapi kalau dalam blog kita ni, setiap penulisan kita penuh dengan kata-kata yang tak sepatutnya macam mana..? nak menyesal? tak boleh dah.. sapa yang nak ubah penulisan kita tu..lain la kalau ada seseorng yang tahu tentang passwordnya kan?.
saya selalu terfikir. walaupun saya ni bukan la seorang yang 'otai' atau 'hebat' dalam dunia blogging ni, saya selalu juga belek-belek cerita kawan-kawan lain. ada juga blog yang saya masuk, ceritanya lebih kepada sesuatu, seolah-olah tempat lepaskan perasaan.. jangan la camtu..tak elok kan.. eh, ni bukan saya nak bagi ceramah ye, sesungguhnya peringatan untuk diri saya juga.. tak juga la saya kata, setiap hasil penulisan saya ni, semua baik-baik belaka. cuma kalau boleh, gunakan lah bahasa yang sebaiknya.
saya selalu terfikir. kalau sekarang saya sempat berblog kerana saya belum lagi menjadi isteri orang. belum bertukar status. saya sempat juga berblog ditempat kerja. tapi kalau 1 hari nanti saya dah bertukar status, masih sempatkah saya nak berblog seperti harini?..
moga-moga kehidupan saya akan datang tidaklah terlalu sulit sehingga saya tak sempat nak berblog. bukan la maksud saya nanti saya tak dapat kumpul followers seramainya. tapi saya harap, jika 1 hari nanti jika saya tiada pun, masih ada lagi sesuatu yang dapat saya tinggalkan buat kawan-kawan semua.. *itupun kalau pihak google tak matikan akaun saya ni* hehehe
dan yang paling-paling saya harapkan, saya dapat berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua.. yang baik perlulah kita berkongsi bersama kan..betul tak? ^_*
*alahai...seriusnya entry kali ni..* ;)

assalamualaikum..
tetiba harini rajin nak menaip kat blog ni. singgah blog angel love soldier, terperasan dengan entry autopublish dia ni.. penting ke perbezaan usia bagi korang?
sebenarnya dah lama nak buat entry macam ni.. pastu terlupa..bila dah ingat, takut pula nak taip..takut nak share, takut nanti ada pula yang menyentap.. maaflah ye, bukan semua tu niat saya. tapi hanya pendapat saya je saya nak berkongsi.
kalau korang nak bercinta, korang pernah tak terlintas nak cari pasangan yang jarak umur berapa? kalau saya? semestinya. kadang-kadang saya ni cerewet sikit. hehe.. lagipun tak salah kan? saya pernah berniat kalau nak cari pasangan TAKNAK umur sebaya. TAKNAK yang jarak setahun. TAKNAK jarak 2 tahun. kalau boleh saya nak cari pasangan biarlah umurnya jarak 3tahun hingga bawah 10tahun.
kenapa saya memilih macam tu? ok la, ni hanya cerita saya je tau.. jangan pula ada yang mara-mara komen nanti..hehe.. saya pernah berkawan dengan orang yang umurnya sebaya..umurnya jarak tua setahun ke 2 tahun camtu.. semuanya macam merimaskan. yela, masa tu time sekolah. jadi dorang punya aktiviti ni kadang-kadang kita takleh nak halang. kang kita tegur kata salah, berontak pula kan.. so, biarkan je la.. pastu.. xpelah, yang lain saya simpan je la eh..hehehe
kejam betul cite tergantung..haha
start dari macam-macam hal tu la saya tanamkan niat. nak cari orang yang lebih dewasa sikit, yang tua sikit umurnya dari saya. dan yang paling tak tahan tu, dah pasang niat nak cari yang dah bekerjaya.. dan bekerjaya sebagai seorang tentera.. alhamdulillah,, dapat en.tunang sekarang ni.. :)
jarak umur antara saya & en.tunang atas 5 tahun, bawah 10 tahun..kih3.. kiralah ye.. :p tapi saya tak kisah pun.. malah syukur dan bahagia dengan dia. sebab cara dia jaga saya, take care saya tu ada kelainan. yela, kalau dah namanya jodoh, semuanya Allah dah aturkan, kan.
memang berlainan cara dia ambik tahu hal saya. kalau kena mara tu biasa lah kan.. kalau dah silap sendiri, terima je la. buat setakat ni saya dah kenal en.tunang 7tahun, dia tak pernah la mara saya teruk-teruk sampai keluar segala makian. naik tangan pun tak pernah. kalau dari cara tegur tu pun saya terima je.
kematangan diorang pun lain.. cara pemikiran dorang.. cara percakapan dorang..
dan yang penting, saya ni bukan lah juga jenis nak menggediks tak tentu pasal. tak dapat 1 barang, terus nak merajuk berminggu-minggu.. buang masa je ok.. tak kuasa saya nak macam tu. setakat ni tak pernah minta barang lagi kut dari en.tunang.. yang selalu minta ialah kasih sayang, cinta dari dia moga kasih yang tersemai akan berpanjang..insyaAllah.. :)
erm, pernah la mak, makcik2 saya cakap kat saya.. biarlah berapa pun jarak jauh umur korang.. sebab bila orang yang lebih tua dari kita ni, dia akan jaga kita sebaiknya.. yang penting kita pun kenalah macam tu juga.. cara dia jaga kita lain.. kita kenalah cari orang yang boleh jaga kita, buka kita kena jaga dia je.. nak-nak dapat tunang comel macam i..hahaha *ok-ok..ni ayat mengarut tambah sendiri eh*..
tapi saya dah berniat, walaupun orang zaman sekarang sanggup je kawin ngan umur jarak berpuluh tahun, saya tak sanggup ok..kesian kat mak abah saya juga. kang makan hati dibuatnya dengan perangai anak dorang ni..hehe.. mak abah lebih mudo dari menantu.. camne tu..hehehe
tapi kan, semuaaaaaaaa yang kat atas ni lahir dari hati saya je tau.. jangan mara-mara saya pula.. dan semua tu kehendak saya je.. lagipun tak salah kalau kita begitu kan..memasang niat untuk cari yang terbaik buat pasangan kita..
yang penting, semua yang terbaik datangnya dari Allah.. kita hanya perlu berdoa & berusaha sikit je untuk dapatkannya.. jodoh, ajal, maut & rezeki datangnya dari Allah..
to angel, akk dulu pun macam awak juga..akk kenal en.tunang time akk sekolah lagi. bila kawan dengar cite akk, sume pakat suh putus..macam-macam alasan dorang bagi. tapi akak tak kisah. lagipun akk ikhlas dengan pasangan akk. then akk cite tau pada mak abah akk, akk kawan dgn en.tunang ni.. malah mak akk bagi green light lagi.. pada akk, kalau awak pilih dia, cite la pada parent.. minta pendapat dari mereka.. insyaAllah, mereka akan merestui kalau dia yang terbaik buat anak mereka.. :) yang penting juga selidik la sedikit latar belakang dia.. supaya kita tahu sikit tentang dia.. :)
so, abaikan la kata-kata orang lain ye.. memang la kadang-kadang kita kena minta pendapat dari orang lain, tapi bab pasangan ni, lebih elok juga cite pada parent.. biar mereka juga menilai.. :) so, jgn sedih-sedih ya.. ^_^

sumber : en.google
Assalamualaikum..
Sekadar
untuk berkongsi dengan semua.. ni pun sebab saya terbaca.. so, boleh la kut nak
share dengan kawan-kawan kan? ^_^
Tahukah
anda kita boleh mengenali personality seseorang hanya melalui gaya tidurnya? Sebagai
contoh, tidur dengan gaya meringkuk melambangkan individu
itu seorang beremosi dan suka berseorangan.
Tidur meniarap pula untuk karakter
seseorang berfikiran agak sempit.
Tidur berselubung seluruh badan
dengan selimut, terlalu mementingkan perasaan sendiri dan sukar terima perubahan
diri.
Kajian
menunjukkan kebanyakan individu tidur dalam posisi sama sepanjang malam dan
hanya 5% daripada mereka berubah-ubah posisi. Lebih menarik, hanya 1 dalam 10
orang tidur berselimut dengan membiarkan lengan atau kedua-dua belah kaki terdedah.
*kalau saya pula suka tidur telentang, pastu letak bantal banyak-banyak..tak pun tidur mengiring..hehehe
gaya2 kat atas ni saya jarang buat sebab tak selesa.. ^_^

Dah lama terdetik nak berkongsi kisah ni.. kisah semua insan yang mengalami..
Indahnya detik pertemuan.
Indahnya detik pertemuan (jodoh) yang Allah aturkan, kan? Indah sangat-sangat.. tak semua orang jumpa pasangan tu depan mata secara tiba-tiba.
Ada juga yang menggunakan khidmat orang tengah, khidmat dari ibu bapa, dari kawan-kawan dan datang secara sendiri.
saya tak la kata detik pertemuan saya dan en.tunang tu unik.. tapi pada saya, kalau bukan kerana saya hadiri motivasi anjurkan veteran tentera masa tahun 2005 tu, tak tahu la siapa jodoh saya pada hari ini.
En.tunang pun pernah juga terfikir perkara yang sama, dia kata kalau saya tak pergi motivasi tu, agak-agak siapa jodoh saya.. dan jawapan saya adalah, mungkin belum bertemu siapa-siapa ataupun minta mak carikan kut..hehe..
Bila saya dengar dari cerita kawan-kawan, macam macam cerita yang saya dengar macam mana mereka bertemu jodoh.. Ya Allah, besar kuasaMu Ya Allah.. ada kawan-kawan bertemu jodoh semasa praktikal.. dari menjadi kawan gaduh, usikkan kawan suruh kawin, akhirnya bakal disatukan. Indahkan? :)
Ada juga saya dengar cerita dari my mum, ada sorang kakak ni dia bertemu jodoh di hospital. Mungkin masa tu sama-sama sakit dan duduk katil sebelah menyebelah kut..saya pun tak pasti.. Indahkan cara Allah temukan kita dengan pasangan. Di hospital pun boleh bertemu jodoh.
Jodoh kerana tersilap no.telefon pun ada.. contohnya kawan blogger saya yang baru je melangsungkan perkahwinannya iaitu Cik Puan Zaniff.. alhamdulillah.. dari tersilap no telefon, terus menjadi suami isteri.
Jika ada keyakinan, ada juga yang bertemu jodoh dari FB. Tapi kalau saya, saya kurang berkeyakinan dengan FB. Tapi kalau dah takdir, kita tetap tak boleh menolak ketentuan dari Allah kan.. :)
Ada juga yang bertemu jodoh ketika pergi percutian.. Ya Allah, banyak betul cara dari Allah untuk Dia temukan kita dengan pasangan, kan..
Jadi buat kawan-kawan yang belum bertemu pasangan, janganlah risau ya.. InsyaAllah, Allah dah aturkan jodoh kita. Cuma kita saja belum pergi tempat yang Allah bakal temukan kita dengan jodoh.
Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita untuk bertemu dengan pasangan yang selayak dengan kita. :)

5S
adalah singkatan kepada 5 aktiviti seperti berikut :
Sisih
: aktiviti pengasingan barang berdasarkan keperluan
- Peringkat ini
membabitkan pemilihan dan pengumpulan barang yang boleh digunakan dan barang
yang perlu dibuang
Susun
: aktiviti penyusunan barang mengikut kategori
- Selepas
aktiviti sisih dilakukan, barang yang masih diperlukan hendaklah disusun dan
disimpan ditempat yang sesuai.
Sapu
: aktiviti harian baik sebelum, semasa mahupun selepas melakukan sesuatu
tugasan.
- Pastikan
kawasan kerja dibersihkan dan semuanya disimpan semula ditempat asal selepas
digunakan
Seragam
: keseragaman pembabitan pekerja dalam setiap aktiviti 5S serta barangan
ditempat kerja.
- Setiap
pekerja perlu melakukan aktiviti 5S
secara bergilir. Begitu juga barang dan peralatan ditempat kerja
menggunakan label atau warna yang seragam dalam menentukan jenis mahupun
kegunaan.
Sentiasa
Amalkan : amalam kerja secara berterusan.
- Pelaksanaan
5S seharusnya mengikut turutan dan secara berterusan yang membawa kepada
kebiasaan serta menjadi tabiat pekerja pada akhirnya.
MANFAAT
5S
1. Meningkatkan kualiti
persekitaran kerja (lebih bersih, selesa dan selamat)
2. Meningkatkan kualiti
kerja (hasil kerja yang lebih baik meningkatkan imej dan keupayaan syarikat)
3. Mengurangkan kerosakan
peralatan (kurang kerosakan akan mengurangkan kos penggantian dan pembaikan
sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat)
4. Mengurangkan pembaziran
masa (kes kerosakan yang berkurangan akan mengurangkan pembaziran masa
sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja)
5. Menigkatkan rasa
tanggungjawab di kalangan pekerja dan pengurusan (rasa cintakan tempat kerja
akan menjamin kesetiaan pekerja)
6. Meningkatkan semangat
kerjasama berpasukan (pekerja dan pengurusan adalah asset utama organisasi)
sumber : Harian Metro 08.02.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons