Showing posts with label Saja Sembang Sembang. Show all posts
Showing posts with label Saja Sembang Sembang. Show all posts

Friday, 21 December 2018

Dia Punya Perasaan Tuuuu..

4:32 pm 22 Comments
Hai readers.. 
Selamat petang.. Tengah buat apa tu.. Petang macam ni syok dapat golek golek kan. 
Kita ingat nak tidur jugak tadi. Memandangkan budak budak aktif sangat bermain, makanya kena la tahan mata sambil tu kita godek blog.

Memandangkan lagi beberapa hari bakal menjengah ke tahun baru, harap harap dapatlah konsisten dalam update blog. Nak tanya la kan dengan kengkawan, lagi lagi yang dah berblog lama. Lebih dari 5tahun dan ke atas.



Pernah tak korang belek balik entri lama-lama? Contohnya masa korang berblog dulu, korang mungkin tengah berada dalam zaman percintaan gitu. So bila buat ayat tu pun alahaaaaaiii, berbunga kobis habis. 

Then bila baca balik entri tu, apa korang rasa? 😅
Rasa macam meluat ke, rasa macam kelakar ke.. 
Share la sikit.. 😅😅

Macam kita berblog dah 8tahun macam tu. Masa tu zaman bujang lagi. Belum bertunang pun lagi. Ura-ura nak bertunang pun takde lagi la masa tu. 
Bila baca balik entri entri lama tu alahaaaii. Rasa meluat dengan apa yang diri sendiri tulis.
Hahahhaa 😅😅😅

Dia punyaaaa kelakar tu rasa macam, hoiiii.. Macam mana aku boleh buat entri macam ni.. Macam orang tak matang je kot. 😄
Nampak sangat semua entri syok sendiri.

Tapi tu la kronologi hasil penulisan kita kan. Dulu mungkin banyak menulis sesuatu sekadar untuk sedapkan perasaan. Orang tak baca pun tak kisah. PV tak naik pun tak heran. Kalau guna sesuatu produk pun konon share tuk diri sendiri macam tu. 

Berbeza rasanya 8tahun kemudian ni. Setiap masa cuba perbaiki setiap hasil penulisan. Dari menulis sekadar untuk diri sendiri, membebel perkara tak bermanfaat, sekarang dah tahu kepentingan blog ni bukan sekadar untuk rujukan diri sendiri je. Tapi blog ni pun penting untuk perkongsian bersama untuk tatapan pembaca lain diluar sana. 

Bagi korang pulak kan.. Sejauh mana pentingnya blog ni untuk korang? Meh la share sikit..


Pssst : Korang jangan geledah entri lelama tau. I is segan. Hahaha 🙈🙈🙈🙈

Friday, 16 June 2017

Dah Shopping Raya Ke Tu?

8:17 am 2 Comments


Dah Shopping Raya Ke Tu?


Assalamualaikum.. Selamat Pagi.

Actually tak tahu apa nak diceritakan sebenarnya. Tiba tiba nak update blog. Update pasal life pula.. Karang penuh dengan contest, pening korang kan. Takmo singgah sini pulak..Dah lama tak dan nak berupdate. Bz nau kita ni. Bisnesssssss women katanya. 😄

Sponsor

Comments