Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts

Wednesday, 3 October 2018

Apam Nasi Mudah Dan Senang

7:21 am 11 Comments

Apam Nasi Mudah Dan Senang


Hai readers! Sebenarnya kita nak simpan resepi dekat blog ni sebab takut akan datang terlupa apa bahan yang diperlukan kalau nak buat apam nasi ni. Ni bukan resepi copy tapi tak pernah try tau. Tapi dah try dah. Dan menjadi dah pun.

Sedap apamnya. Orang kata boleh la nak jadikan minum petang. Tapi macam kita, anak-anak kurang sikit dengan apam ni. Makan sikit dah takmau. Dia macam pelik pulak, walhal sedap sangat. Rasa macam apam biasa tu juga. Cuma kali ni guna nasi. Elok la nasi yang tak habis tu, kita modified kan jadi sesuatu kan? Tak la membazir.

Untuk bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 paket kecil mauripan/yis

Cara-caranya :
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
Blend kan kasi nasi nampak hancur
Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
Kemudian kukus. Antara 15-30 minit

Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.

Siap. Selamat mencuba!



Nota : Resepi ni kita jumpa dari facebook. Dan panjangkan perkongsian disini. Terima kasih buat empunya resepi kerana berkongsi. 

Thursday, 16 November 2017

Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam

9:26 am 4 Comments

Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam


Hai readers.. today kita share resepi la yerk. Macam dah lama je tak Share resepi kan? Dah tu pusing pusing lauk sama, tak kan nak share menu yang sama kan. Ok, harini share resepi menu yang belum pernah share lagi. 

Semalam takde idea nak masak apa. So buka peti ais tengok apa yang ada. So kita jadikan ia sebagai 1 jenis lauk. 

Sup Sayur Bebola Ayam

Bahan-bahannya :
📍 Carrot
📍 Jagung tongkol
📍 Bebola ayam
📍 Bawang Merah (hiris)
📍 Bawang Putih (hiris/diketuk)
📍 Kayu manis
📍 Bunga cengkih
📍 Bunga lawang
📍 Buah pelaga
📍 Sedikit lada sulah/lada putih (ditumbuk)
📍 Sedikit garam
📍 Sedikit kiub pati ayam
📍 Daun sup

Cara-caranya : 
📌 Tumiskan bawang putih + bawang merah + rempah 4 sekawan.

📌 Masukkan air (untuk dijadikan kuah)

📌 Masukkan carrot + jagung tongkol (biarkan lembut/didih). Masukkan sedikit lada sulah yang telah ditumbuk. 

📌 Dah mendidih masukkan bebola ayam. Ikut suka la nak bubuh banyak mana pun ye. Pastu masukkan juga kiub pati ayam knorr.

📌 Perasakan dengan garam. Dan masukkan sedikit daun sup.

Alaaaa, mudah je. Macam buat sup ayam tu jugak. Cuma hat ni bubuh jagung tongkol. Lada sulah. Sedap tau. Fav sangat la sup macam ni. Makan pun tak muak. Haaaa, kan dah tercipta satu resepi. So boleh la mak mak cuba. 

Sponsor

Comments