Showing posts with label Perkahwinan Nabiha x Sham. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan Nabiha x Sham. Show all posts
Assalamualaikum, hai readers.. Harini baru berkesempatan nak simpan kenangan ni dalam blog. Mana tahu, akan datang teringin nak tengok balik kan?
Hari sabtu 2minggu lepas kenduri kawen my cousin. Tapi kami satu family sampai dah lewat. Dalam pukul 1 lebih. Sebab hari jumaat ddy dorang tak dapat cuti. Kena naik duty pulak tu. So, terpaksa la gerak hari sabtu.
Ddy dorang pulak habis duty jam 9.30.
Kitorg semua memang siap sebelum jam 9.30 la. Sementara nak tunggu ddy dorang balik kan.
Kalau duduk gemas, dalam 1jam sampai dah ke kampung. Tapi disebabkan dari Mersing, 4jam la baru sampai. Penat? Semestinya la. Sebab bukan laluan highway. Lalu jalan kampung kan.
Sampai je kat kampung, terus tukar baju. Sebab cousin nak seragam. Baju ni bukan saya taknak pakai siap siap dari rumah. Tapi sebab mak yang tolong jaitkan, so dia bawakan dari Ipoh.
Lawa pula bila tengok semua pakai warna seragam kan?
Kain ni my cousin yang sponser. Rezeki. Semoga murah rezeki cousin saya yang sponser. Tudung ikutkan nak seragam warna pastel soft blue. Tapi ada cousin yang takde warna tu, tu main bedal je la. Janji biru.
Apa apa pun, majlis pun dah selesai. Dah selamat semuanya. Walaupun masa kitorg sampai, majlis memang dah selesai, tapi happy sebab dapat jumpa mak abah adik beradik walaupun sekejap je.
Hanya gambar la dapat jadikan kenangan walaupun sampai majlis dah selesai.
Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat ya.
Psst : Cantikkan pelamin dia. Tengok depan depan memang lawa tau. Teruja kita tengok. Walaupun sebenarnya majlis ni buat dekat rumah kampung je tau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons