Showing posts with label Etok Masak Serai. Show all posts
Showing posts with label Etok Masak Serai. Show all posts

Tuesday, 2 October 2018

Etok Masak Serai | Resepi Mudah dan Senang

7:30 am 5 Comments

Etok Masak Serai | Resepi Mudah dan Senang


Hai readers. Siapa biasa makan etok? Ataupun tak pernah tengok etok sebelum ni? Sebenarnya saya pun pertama kali tengok etok ni. Duduk mersing ni baru jumpa. Kebetulan kawan ddy dorang bagi. Etok ni dia macam kerang tau. Tapi isi dalam dia tu macam lala la lebih kurang. Sedap rasa dia. Orang kata etok ni banyak kat kelantan, terengganu. Kira makanan pemes jugak la kat sana.

Haritu nak masak google juga la resepi. Sebab pertama kali nak makan kan? Tak tahu nak masak macam mana. So, google punya google, macam pemes je menu etok masak serai ni, so kita try la. Tawakal je la. Sedap tak sedap masa tu tak tahu kan. Dah la nak masak banyak masa tu. 


Etok
Etok yang sudah dimasak akan terbuka.

Bahan bahannya mudah je.
​Etok
​Serai
​Bawang putih
​Bawang merah
​Halia
​Sos tiram
​Kicap
​Garam
​Cili (ikut kepedasan tekak memasing)

Cara caranya :-
- ​Basuh etok sebersihnya
- ​Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halia sedikit, atau ketuk halia tadi. Ketuk serai juga.
​- Tumiskan hasil tumbukan tadi sehingga naik bau / sedikit garing. (Bawang merah + bawang putih + halia + Serai)
- ​Masukkan sos tiram. 
- ​Masukkan air sedikit. 
​- Masukkan etok tadi. Kacau rata dan masukkan sedikit kicap serta garam.
- ​Tutup kuali tadi. Biarkan dalam 5minit ke macam tu nak bagi etok tadi masak dan rasa sekata.
​- Siap.

Selamat mencuba

Sponsor

Comments