Showing posts with label Beautea By Safi. Show all posts
Showing posts with label Beautea By Safi. Show all posts

Wednesday, 31 July 2019

Safi Bersama Pencuci Muka Beautea 4 Variasi Baru

5:16 pm 16 Comments

Hai, assalamualaikum semua. Salam sejahtera..
Harini Cik Mimi dengan rasa happy nya nak bercerita tentang produk baru keluaran Safi iaitu Pencuci Muka. Pencuci muka pun boleh buat Cik Mimi teruja?
Of course la kan.. Sebab kali ni, Safi Keluaran produk yang dikatakan ada kelainan sikit.

Sekarang ni Cik Mimi dok pakai produk Safi. So bila Safi cuba mengeluarkan produk baru, mesti la nak share dengan kengkawan semua. Mungkin ada kawan kawan diluar sana yang tak tahu kan? So dengan rasa bahagianya, Cik Mimi share kan ye.

Kenapa Safi mengeluarkan Pencuci Muka Beautea? Okay, sebenarnya pencuci muka terbaru ni dia berasaskan teh tau. 'Premium Tea Extracts' 100%.


Dan kali ni ada 4 variasi terbaru. Apa 4 variasi tu?

>> White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser
>> Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
>> Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
>> Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub


White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser.
Sesuai Untuk Kulit Kering

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mrngecilkan saiz liang-liang yang besar menjadi kecil.


Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan dan menghapuskan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat bagus membantu menjaga kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan


Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak daun Green Tea & Neem membantu  melegakan kulit terhadap jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.


Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub
Membantu membersihkan liang dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. 

Yang paling penting, ianya :
√ Diuji secara dermatalogi
√ Bebas paraben
√ Bebas SLS/SLES
√ Bebas Silikon


Harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Hanya RM23.30.
Tapiiii.. Sekarang nampaknya ada diskaun tau.. Hanya RM19.80 sahaja.


Cik Mimi dah beli 2 jenis tau. White Tea & Damask Rose dan Apricot Tea scrub. Walaupun muka kita dan licin, dan kita yakini ianya bersih, perlu juga gunakan pencuci jenis scrub tau. Tapi awas yaaaa.. Jangan gunakan setiap hari. Untuk scrub ni boleh gunakan seminggu mungkin 3kali sahaja.  Kalau gunakan dengan kerap mungkin boleh merosakkan kulit wajah kita. 


Selebihnya, untuk mencuci muka harian, perlu gunakan cleaser jenis biasa. Tak kisah la jenis foam atau gel. Sebab tu la cik mimi grab yang ni. Sebab sekarang ni kulit muka cik mimi dah okay. Perlu gunakan cleaser untuk kulit normal. 

Dekat mana nak dapatkan produk ni? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan ataupun, korang mesti suka pergi Watson kan? Haaaa, kat Watson semestinya ada. So korang boleh dapatkan disana sementara stok masih ada okay. 😉👌




Sponsor

Comments