Anytime Fitness Meningkatkan Pencapaian Menerusi Pelancaran Kelas Les Mills dan Kelab Baharu di Wilayah Johor

Friday 12 May 2023

Anytime Fitness Meningkatkan Pencapaian Menerusi Pelancaran Kelas Les Mills dan Kelab Baharu di Wilayah Johor 


KUALA LUMPUR, 09 MEI 2023 - Anytime Fitness, francais kelab kecergasan 24 jam yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, mengumumkan perkembangan penting dalam industri kecergasan di Malaysia menerusi pelancaran kelas Les Mills dan pembukaan kelab baharu di wilayah Johor.
 
Bermula Jun ini, ahli Anytime Fitness boleh merasai pengalaman inovasi kecergasan terkini menerusi kelas Les Mills yang menggabungkan muzik bertenaga dan pergerakan berkoreografi untuk memberikan senaman yang berkesan dan menyeronokkan buat peserta dalam apa jua peringkat kecergasan.
 
Di samping pelancaran kelas Les Mills, Anytime Fitness membuka kelab baharu di wilayah Johor. Kelab baharu berkenaan menyediakan peralatan terkini, kawasan senaman yang luas serta jurulatih pakar untuk membantu para ahli mencapai matlamat kecergasan masing-masing. Perluasan jenama ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kecergasan.
 
"Ini merupakan perkembangan penting dalam industri kecergasan di Malaysia, pelancaran kelas Les Mills dan pembukaan kelab baharu kami di wilayah Johor bakal merevolusikan pengalaman kecergasan untuk ahli kami dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri,” kata COO Anytime Fitness Malaysia, Ryan Cheal.
 
Untuk meraikan perkembangan menarik ini, Anytime Fitness kini menganjurkan Jualan Mega & Jualan Ulang Tahun dengan harga keahlian yang menarik,” tambah Ryan.
 
Jualan berkenaan akan diadakan mulai pertengahan Mei di beberapa lokasi termasuk R&F Mall, Setia Tropika, Tasek Central dan Sunway Big Box.
 
Mulai pertengahan Mei, individu yang berminat boleh mendaftar untuk keahlian di lokasi berikut:-
 
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tarikh :15 Mei – 21 Mei , R&F Mall
           22 Mei – 28 Mei, Setia Tropika
           29 Mei – 4 Jun, Tasek Central
           5 Jun – 11 Jun, Sunway Big Box

Bagi memulakan perjalanan kecergasan mereka, Ryan Cheal berkata, ahli baharu boleh menyertai pelan transformasi 60 hari Anytime Fitness.
 
Pelan terbabit termasuk rancangan senaman, bimbingan pemakanan dan sokongan daripada jurulatih pakar untuk membantu ahli mencapai matlamat kecergasan mereka.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran kelas Les Mills, pembukaan kelab haharu di wilayah Johor serta Jualan Mega, sila layari laman sesawang Anytime Fitness di www.anytimefitness.com.my




Mengenai Anytime Fitness

 

Anytime Fitness ialah francais kecergasan 24 jam terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, dengan lebih 5,000 kelab yang berada di lebih daripada 50 negara. Anytime Fitness percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada peralatan dan sumber yang diperlukan untuk mencapai gaya hidup sihat. Kelab mereka dilengkapi dengan peralatan terkini, jurulatih pakar serta komuniti sokongan bagi membantu para ahli mencapai matlamat kecergasan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anytimefitness.com.my

 


Post a Comment