Assalamualaikum & morning everyone.
Salam jumaat buat semua..
Kejap je masa ni berlalu kan. Tup tup dah hari jumaat. Esok dah sabtu. Lepas tu ahad. Kemudian isnin. Hari hari begitu la pusingan hidup kita kan..
Cikmimi ni macam biasa la. Hari hari takde yang berubah. Cuti ni duduk rumah je. Kecuali keluar cari barang dapur dengan barang niaga je. Nak ber~holidayyyyyy ntah la.. Rasa macam kalau ada cuti lama sikit, better balik kampung. Maklumlah kampung jauhhhhhhhhh kan. So berbaloi la balik jumpa keluarga.. haaaa gituuu..
Alhamdulillah cuti cuti sekolah gini niaga aiskrim kira agak memberangsangkan la.. cikmimi ingat stok tak berapa nak jalan. Yela, musim cuti, orang pun balik kampung.
Alhamdulillah sangat sangat, mak mak rajin memborong. Sampai tak memang tangan. Tapi terasa la kepuasan hati berniaga, penat penat hari hari memintal. Nak kata penat tu takde la sangat juga. Hihihi..
Setiap hari cikmimi akan cuba memikirkan flavour baru. Yela memang la dah banyak flavour yang cikmimi buat. Cuma biasa la.. kita mesti nak try yang lain kan.. Alhamdulillah la, semua ada peminat nya yang tersendiri.
Kalau orang perlekeh kata niaga eskrim ni untung sikit, takpe sikit pun. Janji ada. Tapiiiii.. Jangan la beli, tak reti bayar. Hutang berbulan bulan. Acah acah tak ingat nak bayar. Alhamdulillah setakat ni customer cikmimi semua okay. Cuma ada juga kawan yang kena gitu .
Siapa yang rasa "aiskrim je pun.. nanti nanti la bayar".. kena pikir ye . Kita berniaga sebab nak bantu keluarga sama. Nak ringankan beban suami. Idok ler nanti nak beli pisang goreng 2ringgit pun kena tunggu cik suami hulur duit. Tak gitu?..
Post a Comment