Hujan Lebat Melanda

Tuesday 24 January 2023

 Assalamualaikum & hi readers..

Dah malam-malam camni cikmimi baru sempat nak duduk depan laptop. Gian nak menaip. Tak puas rasanya tak membebel kat sini..
Kalau membebel kat rumah tu, sepanjangggggggggggggg masa la.. Lagi-lagi budak tengah cuti ni kan.

Saat cikmimi tengah menaip entri ni, keadaan kat luar tu tengah hujan.
Harini cuaca seharian mendung. Sejuk. Hujan on off.
Dan dekat bandar Mersing tu dorang kata dah naik air dah. Eh memang dah naik air pun. Dengar-dengar akan ada air pasang besar. Wallahualam..

Bila cikmimi pikir balik, bersyukur sangat cikmimi sekeluarga ke JB haritu, hari ahad cuaca masih baik. Walaupun time tu hujan dah melanda, tapi masa hari cikmimi ke sana cuaca boleh dikatakan dalam keadaan baik. Belum hujan berterusan.




Dan masa cikmimi ajak ddy dorang meronda bandar mersing semalam pun, belum dalam keadaan air naik. Allah, bila dipikirkan balik, syukur sangat la Allah bagi peluang tu.
Hari ahad dapat keluar bawa anak anak berjalan. Malam semalam pun keluar dalam keadaan cuaca belum hujan.

Tiba-tiba kan bila dipikirkan balik, cikmimi nak kena pastikan segala barang keperluan dari segi makanan kena cukup dalam rumah.
Maklum sahaja la, bila dah hujan, terasalah lapar kan..




5 comments

  1. Sekarang memang musim hujan kan mimi. tidur malam pasang kipas pun sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam tadi tido tak berkipas dah. tak tahaaaan sejukk

      Delete
  2. Take care.. kat pontian nie pun seharian dah hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Take care juga ye awk. Belah johor memang tengah naik air..

      Delete
  3. take care walau dimana berada mimi..:)

    ReplyDelete